Showing posts with label Malaysia : Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Malaysia : Kuala Lumpur. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Hotspot : BBQ Portugese Grill Fish

Sebenarnya, lama benar dah aku nak wat entry pasal tempat makan feveret aku nih kalau datang bertandang kat Mid Valley. Dah 2-3 tahun rasanya aku pendam since takde platform nak berkongsi ngan you alls... kali ni tak bleh dah, membuak-buak nak citer kat korang…

Nampak?!.. beriya benor aku nak citer nih… ye lah, setiap kali aku ke Mid Valley, mesti nak beli, at least tapau seketul dua ikan bakar portugese nih wat balik umah… ~Makan! ( ~ wat cam bunyi lagu raya, time WARIS cakap ‘makan’ tuh)

Walaupun story hikayat Singapore tak habes lagi, aku nak distract jap ngan spot point ni, ikan bakar portugese atau nama IC dia – BBQ Portugese Grill Fish.

Aku tak tahu nak explain camana dalam bentuk teks atau kata-kata unless korang kena nikmati rasa and bau dia. Silap-silap bleh ketagih cam aku nih…

Dah siap masak, biasanya kakak kaunter merangkap tukang amik order akan bukak bungkusan foil tuh dan korang tinggal nak perah asam limau atasnya… korang bayangkan lah ehh, faveret aku ikan kembung, panas-panas ngan wap stim, ngan bau-bau rencah cam ala asam pedas sikit tuh, aroma seafood, ketam, udang, ikan bilis naik.. perah lak asam limau… perghhhh!!.. serius aku ngah kecur air liur dah nih….

Sebut tang kakak tadi, ada sorang kakak yang aku tak tahu nama tapi dia memang lama dah kerja situ… dari memula aku start makan dalam tahun 2009 lagi hingga sekarang dia masih lagi kerja kat situ.. trademark dia, dia akan jerit; “Order! Order!” atau “Bos! Order bos!”…. takpun “Order!... Order Lencai/amoi!” (utk orang cina).... hahaha…. Kelasss giler!!




kakak yang aku cakap tuh..yang pakai baju pink tuh...























Btw, ni alamat dia, BBQ Portugese Grill Fish, Oasis Foodcourt , Level 2 Center Court, Mid Valley.

Dah jumpa tempat nih, tengah nak-nak makan tuh, jangan lupa aku lak, ok? bye!..

Tuesday, January 14, 2014

First Timer: Cara Beli Token LRT Guna Mesin

Ok straight to the point la yer…


1. memula pastikan screen machine macam ni... pastuh, tekan yang button biru (token sehala).. yang button merah (analisa kad) tuh jangan tanya aku, sebab aku pon tak tau function dia..hehe (-_-)






2. then, akan keluar satu map transit lrt. Kat sini korang kena hati-hati tekan, lagi-lagi jenis jari besar. sebab salah tekan ke lain nko pegi kang. Macam aku nak ke stesen universiti, so aku tekan lah kat icon stesen Universiti. Lagi elok korang tekan kat font/tulisan dia.







3. screen seterusnya, dia still lagi tunjuk map transit lrt, tapi kali ni dia bagi kod ngan harga token sekali. Tekan sekali lagi kat stesen Universiti tu sekali lagi.











4. ok, screen maksudnya summary purchasing token korang. Korang boleh tambah bilangan token dengan tekan kat button biru tu (+).Bila dah konpem, tekan jer lah button hijau (OK).










5. then, sekali lagi dia tunjuk summary macam nih. masa nih korang kena masukkan duit tambang korang. Bila dah bunyi duit baki korang jatuh terabur sekali token kat tempat ambil baki, kira dah settle lah tuh.











Most important, token ni kena touch jer masa kat checkpoint lalu masuk tuh.. jangan jadi macam aku terhegeh-hegeh cari lubang nak masukan token tuh. Giler malu…

P/S: Sebenarnya aku lupa camne nak beli token nih. jadi aku google & ikut cara dari satu blog nih. screen machine tuh pun lain skit sebab aku lukis balik guna software graphic. (rajin tak aku?!).

Kata hati: (Aduss.. bizi gila sejak dua menjak nih.. ikut maleh aku nak wat entry ni.. bior la peram lelame jadi perkasam pun.. Arghhh! merungut kang tak ikhlas pulak.. sape suh gatal-gatal nak wat blog kang..aper-aper jelah!)

Saturday, January 4, 2014

Kuala Lumpur : KL Sentral & KL Transit

Hari sabtu minggu lepas, aku gi Low yatt, nak check harga gajet terkini, Samsung Galaxy Tab 3. Point aku bukan nak cakap pasal gajet nih, tapi aku nak citer cara aku ke low yatt ni.hehehe.. seperti sedia maklum, aku gemar drive sendiri kalo nak ke mana-mana kan.. tapi kali nih, aku cuba alih angin jap. Nak pakai public transport plak. Bukan ape, kalo drive rasa membazir plak sebab aku pegi Low yatt sesorang.. jadi kalo dihitung harga minyak & tol, uihh tak berbaloi sangat. Lagi-lagi harga tol & minyak naik sekarang kang… hahaha..

Ok..ok berbalik kisah ke low yatt, sebenarnya takde spesel pon entry ni cuma aku nak wat note pasal public transport cam komuter, LRT ngan Monorail untuk aku boleh refer balik pada masa akan datang. Sebabnya aku bukan expert sangat benda alah ni semua & memang very the jenis cepat lupa..

Untuk ke Low yatt, aku naik komuter kat kajang turun ke KL Sentral. Dari KL sentral pulak aku kene naik Monorail turun kat Time Square. Hehehe.. senang kan? Tapi ader citer setiap perjalanan aku amik nih (giler dramatik ayat). Sebabnya , pening gak lah nak faham aliran transit kl, lagi-lagi yang first timer cam aku nih. Ok, aku bagi peta sistem aliran transit kat KL nih dulu. Faham dulu aliran dia ok.

clik for enlage!


Beberapa minggu sebelum tuh pun, aku pernah pergi ke rumah kawan aku dekat dengan stesen univesiti guna LRT putra. Cara dia, turun kat KL Sentral dan amik putra line yang berada di tingkat 2. Oh ya, the biggest isu is cara nak beli token.. haha.. mengelupur aku google cara macam mana nak beli token LRT. Nnt aku bagi tutor camne nak beli token LRT guna mesin.

Lagi satu, stesen monorail kat KL sentral pun satu hal gak. Melilau aku cari mana tempat naik monorail dalam KL sentral nih. POYO information, stesen monorail KL sentral berada di luar bangunan KL sentral yer. Kat bawah ni map dia ke Monorail KL sentral stesen.

map ke Monorail.


Ni lah rupernya Stesen Monorail. masa aku pergi hari tuh tengah renovate.