Showing posts with label Review & Main Event. Show all posts
Showing posts with label Review & Main Event. Show all posts

Saturday, April 26, 2014

Wishlist

Assalamualaikum…

Hehe, baik kan intro tuh… bagi salam, (jarang tau aku bagi salam kat orang, bese guna pakai “weyhhh!, kau!” takpun “Woiii!!!” je... hahaha.. bukan apa, benda baik, niat baik kena dahulukan dengan sapaan baik, baru berkat… kira cam intro nak gi pinang anak dara orang ler, takkan nak pakai greeting weyhhh gak kan, mahu kena kaki bakal mertua…. Kahkahkah

Ok, walaupun besday aku lambat lagi, tapi aku nak buat wishlist aku pada korang semua. Selain nak tunjuk betapa kuatnya aku berangan, at da same time aku nak tunjuk gak betapa seriusnye aku nak kejar angan-angan yang aku dah set dari zaman sekolah lagi. (walaupun aku bukan datang dari background orang-orang yang suka travel… so, agak payah untuk mengatur langkah. )

Rase tak keterlaluan kot kalau aku listkan destinasi ria cuti-cuti aku. Bukan apa, kadang-kadang aku nih jenis mudah lost track. Lain nak buat lain yang dibuat… kalau dimurahkan rezeki, in sha allah adalah tuh rezeki… urmmmmm

Untuk permulaan nih, aku target Asia, dekat-dekat Malaysia dulu.. lau lebih-lebih kang bukan semua dan yer tak…

1.  Thailand –Krabi, Phuket, Shurat Thani (Koh Samui)


















2. Indonesia – Yogyakarta, Surabaya

















 3.  Vietnam – Ha Long Bay 

















4.  Cambodia – Siem Reap (Angkor Wat)

















5.  India – New Delhi (Taj Mahal) 

















6.  China – Shanghai, Beijing, Kunming 


7.  Jepun – Kyoto, Kansai,  Tokyo 

















 8. Australia – Sydney
















Tapi kalau tuah datang bergolek, tetiba dapat offer gi mana-mana selain yang aku list nih pon lagi stim gak.. hehe..

P/S: dah takde bahan nak mengomel sebenarnya…heheee..

photos sources: Google from multiple site... 

Saturday, December 14, 2013

Big Bad Wolf


Aku sebenar takler giler sangat dengan Big Bad Wolf ni, tapi disebabkan aku sudah terjerumus ke kancah arena publisher pun terpalit sama dengan kehangatan pesta yang memang dinanti-nantikan ini. Bagi pencinta tegar buku mungkin dah tunggu-tunggu pesta Big Bad Wolf, perasaannya samalah seperti menunggu makwe/pakwe balik dari obersea yang balik setahun sekali. Gitulah gamaknya feeling dier.

Macam aku cakap tadi, aku tak teruja sangat ngan benda-benda nih. Tapi biler nengok member-member opis, especially jenis bookworm terujat giler , tak pasal-pasal aku pun terseret sama untuk join pesta ni. Mana tak giler, buku-buku stok dari obersea cam Amerika, Kanada dll dijual secara lambak and ofcoz lah murah giler. Bayangkan, harga asal buku yang berharga yang dalam rate RM300-RM400 (lebih kurang USD120) didiskaunkan jadi RM20 sahaja. Ya, RM20 je beb. Macam mana si bookworm tak giler.

Sesampai je kat dewan Big Bad Wolf ni, memasing menghilang diri. Walau dah midnight, tapi orang still ramai lagi. Aku cool jer memula, tapi bila jumpa buku yang buleh aku cakap best, hilang ingatan jap. Melilau mata cari buku yang lagi best. FYI, memacam genre buku dijual dalam Hall Big Bad Wolf; dari buku ABC kanak-kanak ke Novel remaja, dari buku journal ke buku masak semua ada. Bagi aku, ofcoz buku grafik & travel jadi pilihan aku.heh! ;p

Sedar-sedar dah lebih 5 buah buku aku pegang, rate RM120 aku kira. Banyak dah tuh, jadi aku terpaksa singkir 2-3 bijik demi menjaga bajet aku minggu nih. Hehe. Baru 5 buku dah pening nak buang yang mana, belum tengok lagi bookworm-bookworm lain yang memasing bawak kotak, trolley ngan bakul. Aku tengok pun hela nafas panjang.

Aku cerita banyak pun tak guna, tapi aku rasa Big Bad Wolf tahun ini lagi grand kot sebab dia buat 24 jam selama seminggu ni start hari khamis hari tuh – 6 Disember 2013 sampai 15 Disember 2013 di Mine Covention Center. Kalau korang nak merasa pergi lah, aku suggest pon… takde nye aku dapat komisen dri organiser Big Bad wolf ni.

Cukup sampai sini lah review aku. bye!

P/S: kamera tak bawak, handphone camera kong..so xde lah gambar yer…