Showing posts with label Indonesia : Bandung. Show all posts
Showing posts with label Indonesia : Bandung. Show all posts

Saturday, April 12, 2014

Bajet: Bandung - Jakarta












Baiklah, ni mungkin last entry pasal Bandung-Jakarta. Kali ni aku nak bentang bajet penbelanjaan plak. Ekceli, aku pegi dengan 3 orang members family aku, tambah tolak bahagi darab keluar masuk, aku habis roughly IDR4 juta… tapi aku bajet nih untuk aku seorang jer memudahkan korang paham..

Rate: IDR1 = RM0.00028

Prebook & preflight

Tol ke KLIA pergi balik : RM5.20 x 2 = RM10.40
Parking Zone C LCCT : RM14 (RM16.00 x 4 hari= RM64 – share 3 orang )
Tix flight Airasia return : RM213 (termasuk insure insurance excluding luggage & meal)
Agoda hotel serena : RM158.75 (total 2 malam RM317.50 termasuk extra katil)
Booking.com hotel 55 : 0 (RM122 tp tak termasuk dalam bajet aku)

Total : RM396.15 ( kalau dianggarkan bayar 1 orang : RM726.90)

Day 1

Bas damri tiket ke stesiun gambir : IDR30 000
Ticket Argo Parahyangan: IDR65 000
Angkutan ke pasar baru: IDR4 000
Shopping di pasar baru: IDR173 000*
Angkutan pergi balik ke Cihampelas Walk : IDR3 000 + IDR10 000 = IDR13 000
Shopping (baju + bag I love Bandung) : IDR431 000* (wah!! Tak sangka sampai lebih RM120++…!!)

Total exclude shopping : IDR112 000* 
Total include shopping : IDR716 000

Day 2

Pas masuk Kawah putih: IDR44 500
Topeng muka :   IDR10 000
Keychain: IDR5 000
Strawberri: IDR20 000
Shopping di Pasar Baru : IDR828 000*
Driver Charge & tips: IDR550 000
Teksi ke Paris Van Jawa pergi balik : IDR17 000 + IDR20 000 = IDR37 000
T-shirt di Carrefour : IDR55 000

Total exclude shopping : IDR721 500*
Total include shopping : IDR1 549 500

Day 3

Pas masuk + mobil pass : IDR75 000 + IDR15 000 = IDR90 000
Misc. (t-shirt, kechain, tasbih, magnet fridge) = IDR260 000
Hotel 55 extra room : IDR150 000 ( price sebenar IDR390000)
Tip driver : IDR200 000
Tambang angkutan & bajai pergi balik ke Blok M : IDR20 000
Tambang Busway pergi balik Halte Kota ke Blok M : 3 500 + 3 500 = IDR7 000
Shopping di Blok M = IDR513 000*

Total exclude shopping : IDR467 000*
Total include shopping : IDR1 240 000

Day 4

Tiket busway : IDR3 500
Bajai: IDR7 000
Keychain Monas : IDR 10 000
Bus damri ke Airport : IDR30 000
Aiport Tax : IDR15 0000
Meal dalam air asia : IDR100 000

Total : IDR300 500

Grand total exclude Shopping: IDR 1 601 000 (convert duit malaysia : RM448.28)
Grand total include Shopping : IDR 3 806 000
(convert duit malaysia : RM1 065.68)

Grand Total : RM1 461.83

Haha.. tulah jumlah perbelanjaan yang aku boleh trace pegi Bandung / Jakarta selama 4 hari. Sebenarnya, lebih IDR4 juta habis, yang lebih2 tu taktau pi mana… consider aku wat makan je lah… tu je lah rasenyer.. jadi aku tutup jelah fail gi bandung/jakarta ni kat sini OK. C u next destination!!

Saturday, April 5, 2014

Jakarta / Bandung : Tip & Trip

Kali ni aku berkongsi tip, trivia, preparation, prebook benda alah semua untuk ke Bandung ngan Jakarta dari point view aku ok, time-time ngah rajin nih.. ni pendapat aku dari pemerhatian jujur lagi rigid aku… kalau ada percanggahan, aku tak kesah lah, korang bleh wat penilaian dan tokok tambah sendiri lah..

1. Ticket flight

Kalau nak murah, takde flight lain selain Airasia kalo nak main dalam south-east asia nih. tic return aku ke Jakarta cuma RM213 je masa AA promo, itupun dah aku tersalah tick insure insurans. Kalau takde luggage tak payah nak beli insuran, boleh save RM23 lagi. Ekceli, tic aku dapat still mahal lagi, stakat aku survey, ada orang dapat RM100 jer return kl-jakarta.. wah panas hati weyhh…

2. Tukaran wang

Untuk money changer nih aku prefer tukar kat money changer dalam Metro Kajang. Dalam tuh satu jer money changer, kat aras 1, line Poh Kong. Boleh tahan gak rate dia, memula aku tukar duit masa awal tahun, murah gila. 1 juta indo, baru RM272. Kemudian, aku tukar lagi 3 bulan kemudian, seminggu sebelum berangkat, duit indon dah naik. 1 juta dah RM292, aku tukar 2 juta jer. Total aku tukar, nak bagi average; aku tambah total first aku tukar ngan second aku tukar pastu bahagi 6 juta.. dapat lah aku rate 1 juta rupiah sama dengan RM278 atau 1 rupiah sama dengan RM0.000278.

Masa shopping aku dah set converter matawang dalam handset nokia 105 sebab dia senang dan cepat. Xyah nak kuar calculator atau jadual bagai…hehe

3. Hotel

Cari jer kat agoda, booking, asiarooms bla…bla …, bersepah-sepah hotel kat bandung ngan Jakarta. Tengok bajet sendiri ngan kriteria hotel tu camner jer. Macam aku, hotel Serena best sebab dekat ngan Stesen Kereta api bandung ngan Kartika Sari. Pasar baru pun dekat kalau gagah sikit nak berjalan.

Dan antara Agoda dan booking, sebenarnya aku lebih gemar Booking.com 10 kali ganda. sebabnya dia takde hidden charge dan boleh bayar kat hotel sendiri berbanding Agoda yang ada tipu2 sikit.

4. Itinerary

Yang ni korang kena study betol-betol tempat best kat Bandung ngan Jakarta. Takde lah korang terkial-kial nak ke mana-nak ke mana lepas tuh. It’s okay nak tiru dari orang lain selagi tak melampau sangat. Baca blog ke, tengok risalah ke ape ker, janji korang tak buta masa kat sana nanti.

Tempoh perjalanan antara hotel ngan tempat dituju pun korang kena tahu. Contohnya dari Hotel Serena ke Kawah putih makan masa 3 jam, 1 jam kat kawah putih then balik 3 jam, sesampai dalam kul 2 petang. Guna waktu tuh untuk shopping kat area faymes yang dekat ngan hotel korang kalau taknak lama-lama dalam keta. Jangan ditibai dari hotel nak ke kawah putih, pastuh nak tangkuban perahu, habis tangkuban nak shoppping kat jalan riau then ke Paris Van jawa kemudian ke pasar baru… Sumpah dapat kat aku, aku pelangkung jer pale orang wat initerary camnih…

By the way, ni tempat yang wajib pergi kalau kat bandung. Kawah putih dan tangkuban perahu aku sempat noted masa dan jarak perjalanan dia dari hotel serena (town bandung):

Bandung
  • Kawah putih ( 60km++) : 3 jam (kalau jam maybe extra 1 jam)
  • Tangkuban perahu (20km++) : 40 minit – 1 jam
  • Pasar Baru Trade Center (Serius… 10 kali pegi pon takpe… sinilah duit melompat riang kuar)
  • Kartika Sari (tempat jual kek dan brownies- 200 meter jer dari hotel serena tapi tak sempat gi)
  • Toko Tiga (jual seluar jean ori murah2)
  • Rumah Mode (kat jalan Setiabudi - Jangan pegi hari sabtu, ramai orang)
  • Transtudio bandung
  • Cibaduyut (tempat jual barangan kulit)
  • Jalan Riau (factory outlet area; faymes FO - Secret dan Heritage)
  • Jalan Dago (factory outlet area)
  • Jalan Braga (bangunan lama dan  hasil seni lukisan warga Indon)
  • Paris Van Jawa ( tempat high class)
  • Cihampelas Walk ( wajib pegi kalau nak bergambar ngan patung spiderman – aku tak sempat jumpa pun)

Dan bannnnyyaakkkkk lagi……..

Jakarta
  • Tugu Monas
  • Tanah Abang (tak sempat dan tak hingin pun nak pegi)
  • Mangga dua trade Center
  • Blok M (tempat wajib baru kena pegi)
  • Ancol Dreamland
  • Pulau Tidung kat Kepulauan Seribu (kalau ada masa panjang boleh pegi sini)

Dan 2-3 tempat lagi yang tak sempat aku nak pegi…

5. Sim kad telefon


Beli SIMPATI sim kad. Murah giler dan jimat giler, topup (indon panggil topup pulsa) IDR13000 boleh pakai 4 hari, tupun tak habis.. kalau bawak masuk malaysia, dia jadi DiGi… aku pun pelik yang nih…

6. Pengangkutan


Selain supir yang aku book dari Hayuka Bandoeng, aku jugak guna angkutan dan teksi kalau nak main dalam town Bandung. Kalau kat Jakarta, ada angkutan, bajaj, busway dan blue bird taxi. Sila tanya dan tawar menawar harga dulu ya sebelum naik…

7. Makanan

Ikut kata pemandu taxi yang aku naik masa nak ke Paris Van Jawa hari tuh, 95% makanan kat Bandung Halal. So, takyah lah risau kalau korang nak ke bandung/jakarta yer…, sini tak macam kat Bali, yang faymes ngan Babi Guling yang dah jadi favorite dish… hahaha.. Cuba try nasi padang dan nasi Sunda selain pekena nasi ayam penyet dan bakso yang dah memang faymes kat Malaysia. Oh, Es buah ngan Es campur pun aku pernah try… Gurame goreng ngan Bebek panggang tak sempat aku merasa. Apa benda yang aku mengarut nih? Es buah tuh air campuran semua buah, Es campur lak, kalo kat malaysia ABC tapi lain style… Gurame goreng yelah Ikan kaloi goreng dan Bebek panggang tuh, Itik panggang…kah3

8. Airport Tax

Apa benda airport tax nih? setiap orang yang guna khidmat kapal terbang nih wajib kena bayar tax. Tak kiralah korang tourist ke atau orang indon sekalipun, korang totap kena bayar cukai nih. ia hanya berbeza kalau korang nak ke International atau domestik. Kalau international bandung IDR75 000 dan international jakarta plak IDR150 000 seorang.

Yang nih korang kena asing-asingkan awal lagi, takot letak sekali ngan duit shopping dan terguna, mampos guling-guling pon diorang tak benarkan korang balik. OK!

8. Lain-lain keperluan

Yang wajib ada, International plug, korang boleh beli kat MR.DIY, murah RM7 jer aku punya. Plug kat indon lain ngan kita punya. wajib ada kalo korang nak charge tipon, laptop atau tab korang.

Pastuh ubat-ubatan kalo korang jenis antibodi kurang. Minyak urut pon boleh.

Baju jangan ngegada bawak banyak-banyak. Aku hari tu bawak 1 helai dalam bag, tapi tak pakai pon. Yang pakai baju yang dibeli kat Cihampelas Walk tuh. Then, aku suggest bawaklah sos cili ke, nescafe ke, milo ker, atau jam dalam peket-peket kecik kalo korang rasa tekak korang tak ngam dengan makanan Indon.

Tu je lah kot… ok next!!

Friday, March 28, 2014

Bandung : Part 3

Haiyooo… penat gak nak menaip nih… kan best kalau ada software yang bleh translate voiceover ke bentuk teks. Takyah nak keras buntut duduk dan menaip nih. Huussshhh…. (‘-_- )

Day 3 : Tangkuban Perahu

Pagi tuh, cuaca nampak best jer. Alhamdulillah…. Trip diteruskan ke Tangkuban Perahu. Kitorang dah siap2 kemas dah packing sebab hari ini last day di bandung. Breakfast macam biasa di Serena Hotel sebelum menunggu Wawan yang lambat sikit hari sebab tersangkut jam katanya. Maklumlah hari ini hari Ahad, paham2 jelah. Dalam 8.30 pg baru dia sampai, dan kitorang teruskan perjalanan ke Tangkuban Perahu yang berada di daerah Subang (bukan Subang, Petaling Jaya yer...), Jawa Barat.

Pak Wawan yang kacak bergaya.

Bercakap pasal Tangkuban Perahu ni, dia macam Langkawi lah. Penuh cerita lagenda pasal Dayang Sumbi dengan Sankuriang, try klik link ini untuk baca kisah tangkuban perahu ni. Ok, perjalanan dia amik masa 1 jam je dari bandar Bandung.

Tiket masuk ke Tangkuban Perahu adalah IDR150000 seorang (bukan warganegara Indonesia) dan IDR15000 untuk kenderaan. Dia tak macam kawah putih yang sediakan ontang-anting, kira terus naik dengan driver-driver sekali. Perjalananan dari guard house ke destinasi dikehendaki dalam 1km jer.

Main attraction Tangkuban perahu yelah Kawah Ratu. Kawah paling besar dan ramai orang yang pusing-pusing sekitarnya. Selain Kawah Ratu, ada Kawah Domas ngan Kawah Upas. Kawah Domas kalau korang banyak masa dan duit lebih, boleh pergi sebab dia kena tambah beberapa ratus ribu rupiah lagi untuk masuk dan jungle trekking selama 1 jam lebih untuk sampai ke Kawah Domas tuh. Kawah Upas tak faymes sangat, tak pegi pun takpe.

Kat Tangkuban Perahu tak sama dengan kat Kawah Putih. Ramai tourist seriau nak ke Tangkuban Perahu ni. Sebabnya mana-mana korang pergi mesti kena kacau dengan penjual-penjual yang suka mendesak. Wawan sendiri pun cakap jangan layan sangat penjual-penjual nih sebab mereka jual barang mahal-mahal woo.. setakat aku survey, ramai gak jadi mangsa. Kalau taknak tempat nih jadi nightmare korang, tolonglah kena kuatkan iman korang.

Nak cakap aku pandai, ada lah sikit, dari pemerhatian aku, selain pujuk rayu dan mendesak untuk beli barang diorang , diorang juga guna taktik bagi pertolongan. Contohnya, nak tolong ambil gambar lah, pegang barang kita, tunjuk tempat ke atau apa-apa jer konon diorang ikhlas dan baik-baik. Dalam baik-baik ni lah dia guna kesempatan, sekali korang bagi diorang ambil gambar pun, mampos dia ikot selagi barang diorang tak dibeli. Pastuh mula mengungkit-ungkit. So, korang jangan bagi diorang tolong tau abang-abang kakak-kakak. Pandang muka diorang pun jangan OK!

Lepas ambil gambar bagai dan bertafakur kejap dalam 5 minit (takleh lama-lama, kiri-kanan duk tarik-tarik baju suh beli barang bagai), aku decide nak balik dah memandangkan kitorang kena hadap perjalanan 3 jam lagi ke Jakarta jap lagi. Sebelum tu, aku sempat rembat T-shirt Tangkuban Perahu 3 helai, keychain 5 jambak, magnet fridge 4 ketul dan tasbih batu gunung berapi 1 set. Semuanya aku beli kat kedai-kedai yang berada atas Tangkuban nih. Murah dan buleh tawar-menawar. Tu yang best tuh.

berasap-asap lg ok...

Ok takat ni jelah untuk Bandung. Trip ke Jakarta aku wat entri lain ok. See Ya!

TBC…..

Monday, March 24, 2014

Bandung : Part 2

Jom sambung day 2, sementara aku tengah ada masa ni.

Day 2: Kawah Putih, Jalan Riau & Pasar Baru

Hari kedua bermula dengan ke Kawah Putih. Lepas bersiap-sedia dan breakfast kat hotel serena, jam 8.00 pagi kitorang tunggu driver kitorang. Aku sebut driver sebab rasa tak berapa best plak panggil driver dengan nama supir. Ntah ler, supir-supir ni cam merendah-rendahkan orang plak. Driver kitorang namanya Pak Wawan. Aku panggil dia wawan jer sebab dia muda lagi, baru 30 tahun. Mula-mula jumpa, dia cam malu-malu gak lar. Aku pun bukan jenis cakap banyak, tapi lama-lama dia ok jer, peramah dan helpful sangat. Sabar je layan perangai sengal kitorang nih.

Oh ya, Wawan nih dari Hayuka Bandoeng bandung trip agent. Aku jumpa Hayuka ni hasil google-menggoogle, so jumpa lah Hayuka nih kat FB. Selain tuh, aku dapat gak no whatapp seorang lagi driver nama Pak Iman tapi tak deal pun dengannya, sebab rata-rata harga supir/driver sama jer. IDR450000-500000 per day. Di Hayuka nih plak IDR390 000 bandung trip dia dan Wawan minta tambah IDR100000 untuk ke Kawah Putih.

Perjalanan ke Kawah Putih yang berada di daerah Ciwidey lebih kurang 3 jam termasuk jam atau macet bak kata Wawan. Jalannya lebih kurang ke Cameron Highland jer kalau kat tempat kita tapi tak extreme dia punya bengkang-bengkok lah. Parking lot dia ada tempat jual-jual barang dan kedai makan. Untuk masuk ke Kawah Putih, ada 2 cara sama ada nak naik dengan driver dengan tambah berapa rupiah aku tak hinggat atau naik ontang-anting (suttle bus) jer. Dah tentu lah aku ambil yang jimat, naik ontang-anting. Dan tiket plak, aku dapat special price, yakni harga tiket untuk warga indon. Inipun Wawan yang deal ngan kakak kasir tuh, aku juru hulur duit je. Harga sebenar untuk tourist aku tak ingat, tapi untuk 4 orang dalam IDR200000++, tapi bila dapat harga special nih dapat IDR178000 untuk 4 orang. Terima kasih Wawan!

Dari parking ke Kawah Putih tak lah jauh. Dalam 5-10 minit dah sampai dah kat parking ontang-anting. Then, berjalan pulak ke kawah-putih. Kat sini ada bau belerang tak lah kuat sangat, jadi takyah lah termakan pujuk penjual yang jual penutup hidung. Wat rugi IDR10000 jer.

Masa aku sampai tuh, mendung-mendung nak hujan. Air kat kawah putih berwarna hijau turqoise. Poyo information, air kat kawah putih ni akan berubah color kalau ikut masa dia tau. Kata Wawan, air jadi warna biru time musim tengkujuh dan merah kalau time kemarau. Selain air, pokok di sekeliling tasik kawah putih pun pelik gak, warna hitam dan tak berdaun macam kena bakar padahal suhu sejuk kat sini. Korang jangan tanya aku plak apehal lah jadi camnih. Kang aku bagi ajaran sesat lak kang. Korang google lah lau nak tau lebih. <klik sini untuk info> Bagi aku, semua kuasa Allah Azza wa Jalla.

Dalam masa 40 minit kot, kitorang dok sini. Snap 2-3 gambar sebelum naik balik kat tempat parking ontang-anting tadi. Itu pun hujan yang halau kitorang sebab dalam masa 40 minit macam singkat sangat beb. Turun dari kawah putih, lunch kat satu kedai bakso. Wawan join tapi dia tak makan. Katanya dia memang tak makan time nak drive. Ngatuk katanya. Sebelum bertolak balik, aku sempat beli keychain kawah putih seketul jer sebab design tak cantik dan tak banyak pilihan. Seketul tuh pun dah IDR5000. Mahal weyh. Beli pon untuk tanda ingatan jer. Pastuh aku beli strawberi 2 kotak dengan harga IDR20000.










Ikut plan aku ada 3 tempat nak aku gi bershopping di area Factory Outlet yang faymes di kalangan tourist Malaysia iaitu Jalan Braga, Jalan Dago dan Jalan Riau tapi aku pilih satu yang dekat ngan hotel sebab aku dah penat. Ekceli, aku tak tahu pun condition ketiga-tiga tempat nih. Jadi aku refer Wawan, kata Wawan; jalan Braga nih ada bangunan-bangunan lama hasil tinggallan portugis dan area jual hasil seni lukisan. Jalan Dago dan Jalan Riau plak memang kawasan Factory outlet, tapi wawan rekemen gi Jalan Riau.

Dalam perjalanan, kitorang lalu di area Cibaduyut. Haahh… kalo kakak-kakak, abang-abang jenis giler barangan kulit ori cam beg, kasut, jaket sinilah tempatnya. Cibaduyut yer. Punyalah bagus wawan, nak jer dia berhenti nak bagi kitorang tengok. Tapi takpelah, aku tak prefer sangat barangan kulit-kulit bagai nih. Sampai kat Jalan riau, kitorang berhenti kat first outlet iaitu Secret. Tempat dia cun, tapi apa yang aku pikir tau – aku expect tempat nih cam pasar baru, boleh bargain harga, tapi rupa-rupanya tak. Tempatnya sebijik sama macam korang beli kat Reject Shop tahu tak. Sehelai baju ada tulisan I love Bandung pun tarak. So, bagi aku FO kat tak berapa best lah. Terus aku minta Wawan bawa aku ke Pasar Baru yang dekat yang amat.

Kat Pasar Baru mulalah aku mengganas. Tak payah citer banyak yer . Kat sini aku rembat, t-shirt I love bandung 12 helai, keychain 5 jambak, kain semayang (tempat yang sama yang beli semalam) 3 pasang, kain pelikat 2 helai, baju anak buah aku 3 pasang dan buah salak 2 kg. harga takyah cakap ya. Tang kain semayang tuh lagi best harga. Beli banyak, banyak plak diskaun. Pas habis shopping, hujan turun lagi dengan lebat dan kitorang pun balik dalam kul 6 petang sampai hotel. Sebenarnya tempoh servis driver kul 8pg- 9 mlm. Tapi takpelah, aku pun dah penat sebenarnya. Jadi balik awal lah si Wawan tuh. Untuk first day nih, aku bagi dia IDR550000 sekali ngan tips.

Then, aku berehat jap sampai maghrib dalam untuk pergi ke Paris Van Jawa. PVJ ni kitorang pergi untuk suka-suka jer. Takde harapan tinggi pun. Seperti yang jangkakan, tempat nih memang High Class untuk orang Bandung. So, ramai orang-orang kaya Bandung aku jumpa dan kebanyakan kaum Cina yang takde pelat cina bila bercakap. Semua straight bahasa indonesia atau jawa. Kuat betol perkauman diorang…. keh3. Kat PVJ nih ada Carrefour, Sogo dan 2-3 outlet faymes lagi. Serius cakap, sebijik korang berjalan kat area Alamanda ataupun jalan TAR. Kat Carrefour, aku beli t-shirt untuk dipakai esok dengan harga IDR59000 sehelai.

Indonesia faymes ngan Carrefour ok..

Dari stesen bandung ke PVJ, jujur aku cakap takde transport selain teksi. Nak guna teksi kena runding lah yer sebelum naik. Runding baik-baik tau. baik lah hasil yang korang dapat. Macam kitorang dapat IDR50000 masa nak pegi. Driver teksi yang masa pegi tuh caj IDR50000 seorang memula, tapi kitorang runding last-last dapat IDR50000 untuk 3 orang. Kira 1 keta lah tuh. Abang driver ni pun kategori baik dan helpful gak tau. korang tanya apapun pasal bandung, dia jawab dengan baik sekali k... nama dia aku tak tau. kalu tahu pun bukan leh jumpa lagi pun pasni kang. Pastuh balik, caj teksi PVJ ke hotel serena pulak IDR60000 per car.

Sampai kat hotel, kitorang dinner KFC lagi sebelum masuk tidur. Kumpul tenaga sebab esok nak jalan jauh. Nak patah balik ke Jakarta pulak esok.

TBC..........

Sunday, March 23, 2014

Bandung : Part 1

#tafakurberdoauntukMH370

Assalamulaikum…

Ahhah!, berjaya gak first trip oversea aku setelah lama aku impikan….hehe. Yelah, asyik bercuti dalam negara jer, tu pun main kat semenanjung jer.. bosan tau… Sesekali keluar dari Malaysia, memang pengalaman bercuti yang memorable dan terbestttt bangat untuk aku.

Tanpa membuang masa, aku nak buat rempitan percutian aku ke Jakarta – Bandung pada minggu lepas iaitu 14 mac 2014 hingga 17 Mac 2014. Macam biasalah, aku seperatedkan by hari, senang sikit aku nak citer. Korang pun mudah paham nanti. Tapi sebelum tuh, aku nak ucap terima kasih kat Airasia sebab sediakan tiket murah ke jakarta. Return ticket aku RM213 jer (termasuk insure insurance walaupun xbawak luggage… mengong!) AirAsia! Wat lah promo best2 selalu yer…

Day 1 : Stesiun Gambir, Blue Bird taxi, Damri Bus & Argo Parahyangan

Flight ke Jakarta jam 7.00 pagi tapi jam 4.00 pagi kitorang dah tercegat kat LCCT dah. Tak nak rushing mushing katanya padahal, memasing teruja nak naik flight. Nak ke LCCT nih, aku drive sendiri dan parking kat Zone C yang jauh giler nak menapak ke Terminal. Nak wat camne, Zon C nih yang paling murah. RM16 per day jer. Kalo tanya pasal secured tak secured, aku cakap tawakal je lah. Sebab tak dengar lagi orang hilang kete kat parking area nih. Pas settle keje-keje check-in dan check-up imigresen, tercongok memasing kat waiting room nak tunggu jam 7 pagi tuh.

Flight makan masa 2 jam perjalanan sebelum sampai kat Airport Jakarta. Dalam pada masa nih, memang diwajibkanlah untuk isi borang arrival dan declaration. Sila bawa pen yer. Masa nih nasib baik, geng2 mak datin sebelah aku bagi pinjam pen diorang. Selesai isi borang, tido jerlah keje aku.

On the way to LCCT
LCCT jam 5.00 pgi
Soerkano - Hatta Airport Terminal 3 jam 8.15 pg

Dalam kul 8 pagi waktu indon (kul 9 pagi waktu malaysia) aku selamat gak sampai kat Soekarno-Hatta international Airport, Jakarta. Cuak beb, mana taknya, berita kehilangan MH370 masih lagi bualan hangat time nih. Keluar dari airport, kena rushing sikit untuk dapatkan tiket bas Damri untuk ke Stesen Gambir. Sebab kat Stesen Gambir nantilah naik kereta api untuk ke Bandung, ya pak yaa…

Ekceli, selain bus damri, boleh gak guna teksi Blue Bird. Tapi aku tak tau berapa harga tambangnya. Kata orang, Blue bird guna meter dan selamat berbanding teksi lain. tapi, aku lebih prefer naik bas sebab konpem murah dan percentage kena tipu zero. Seorang tiket bas damri dari airport ke Stesiun Gambir IDR30 000 ok. Convert duit mesia :RM8.40. – sebenarnya harga tiket nih naik tau, last aku check harga tahun lepas dalam IDR25000 jer. Minyak naik kot. Nampak tak? Efek dia tuh.

Tempoh sebenar perjalanan dari airport ke stesen gambir dalam 40 minit je, tapi disebabkan jem giler dibantai 2 jam. Nasib baik dalam bas ada wifi. Bleh aku checkin & mengedate FB bagai. Sesampai kat Gambir stesen dalam pukul 10 pagi, aku rushing untuk beli tiket kereta api. Kereta api stesen Gambir ke stesen bandung satu jer ada, tak lain tak bukan: Argo Parahyangan. Kalo korang beli tiket lain, maknanya korang bukan ke bandung lah tuh. Lega gak aku, sebab dapat tiket jam 10.50 pagi. Yelah, kalau habis tiket, terpaksalah kena tunggu lebih 1 jam lagi. Untuk masa dan harga tiket depart kereta api nih korang boleh check kat website dia. Time nih, family aku sempat tapau KFC untuk dimakan dalam train.

Dengan Bisnes kelas, aku bayar IDR65 000 seorang. Selain kelas bisnes, dia juga ada kelas eksekutif yang mahal sedikit sebab dia lebih comfort. So what? bisnes pon sampai gak bandung. Perjalanannya ambil masa 3 jam dan sepanjang perjalanan, korang akan dijamu dengan view-view kampung-kampung indonesia yang cantik mantik. Pastikan korang snap 2-3 gambar k. serius cantik, macam lukisan pemandangan bak kata orang. Lagi-lagi ada satu lembah yang ada air terjun di daerah Cipatat kalau tak silap. Pastikan tak tidur time-time nih.

Gate masuk Stesen Gambir
Bunting faymes utk ke Bandung
Loket (kaunter) train - make sure Argo Parahyangan yer..
Kena bagi passport utk beli tiket train. ni lah tiket train
view dari train

Sampai di stesen bandung ngam2 jam 2 petang. Dah boleh checkin hotel dah. Hotel yang aku dah booked ialah Hotel Serena. Takyah sebok2 cari teksi, sebab hotel nih betol2 depan stesen bandung. Keluar-keluar dari gate timur Stesen Bandung, jauh dah nampak signboard hotel ni. So jalan kaki lah. Pas checkin, aku berehat-rehat jap kat hotel. Nak hilang lelah perjalanan yang panjang hari ni sekejap. Kemudian, dalam kul 4 aku bergerak ke Pasar Baru. Untuk Pasar Baru nih, aku naik angkutan dengan kadar tambang IDR4000 seorang.

Kat pasar baru nih lah, duit mula melompat-lompat keluar. Aku yang bukan kaki shopping pun leh tewas. Bukan sebab harga murah jer, semua segala benda ada kat sini. Rambang mata jadinya. Kat sini aku rembat selipar, seluar pendek, kain semayang dan kain batik. Semua murah-murah, terutama kain semayang tu, dalam IDR120 000, convert RM33.6 jer. Kain cantik siap sulam tau. aku beli sikit dulu sebab yang nih untuk keperluan malam nih dan esok jer. Pastuh kitorang balik hotel jalan kaki. Pasar baru nih dekat jer dengan hotel serena sebenarnya tapi dipisahkan oleh Stesen keretaapi bandung nih. Kitorang try & error, mana tahukan boleh lalu tembus dalam stesen bandung tapi ternyata tak. Korang kena pusing stesen nih yang jauh dalam 700 meter. Tak menyiksakan sangatkan. Kata nak jalan-jalan. Sampai hotel, rehat sekali lagi sebab jap lagi nak ke Cihampelas Walk pulak.

Pas maghrib dalam kul 8 malam, kitorang gerak ke muka pintu stesen bandung. Untuk ke Cihampelas Walk, naik angkutan warna kuning dengan bayaran IDR3000 seorang dan turun di jalan ke Sukajadi. Ekceli, takde angkutan direct ke C.walk dari Stesen bandung. Sebab tuh driver hentikan kitorang kat jalan yang aku tak tahu tapi ia menuju ke Sukajadi nih. Jalan kaki dari jalan tuh ke C.Walk dalam 400 meter jer.

Kat C. walk pulak aku rembat beg I love Bandung 6 pcs kat Mr.Bean FO, dan baju untuk mak aku, t-shirt ngan polo t-shirt sehelai-sehelai kat Iron Man FO. Selain tuh, family aku beli sweater ngan jeans kat satu kedai yang berhadapan Iron Man FO. Semua kedai-kedai nih berada memula sekali bila kitorang masuk ke C. walk ni. Kitorang kat C. Walk nih tak lama sebab kebanyakan kedai dah mula tutup. Jam 10.00 malam totally dah semua tutup. Kitorang sempat tapau KFC lagi untuk makan malam kitorang. Kitorang balik ke hotel dengan angkutan juga tapi kena bayar lebih sikitlah. IDR10000 seorang. Boleh lah dari jalan kaki ye dak. Tang nak naik nih, korang kena tanya harga dulu ye. Jangan main sebat jer. Kang ada yang kena mahal dan tak berbaloi kang.

Sampai hotel, pas makan. Aku tido untuk hilang penat hari yang panjang hari nih. Nyenyak giler sampai berdengkur lah kata family aku. Hehehe…

Settle day 1….. TBC