Showing posts with label Korea Selatan : Seoul. Show all posts
Showing posts with label Korea Selatan : Seoul. Show all posts

Thursday, March 24, 2016

Seoul : Part 2

Sepanjang aku berada di bumi Korea ini, aku stay dekat Dongdaemum Guest House di Sinseol-Dong, Dongdaemum. So far, aku amatlah suggestkan guesthouse ni sebab lokasi dia dekat dengan subway stesen. Sebab lain, dia sangat convinient nak pergi kedai-kedai serbaneka. Dalam guest housenya plak dia sediakan tempat makan sekali dengan breakfast complete dengan oven ngan peti ais lagi.


Perkakas dapur cam kuali ngan periuk belanga ada, tapi kitorang ragu-ragu nak guna sebab berkongsi ngan non-muslim. Tapi, time kitorang tengah lepak tuh, ada family dari indonesia, selamba badak jer diorang goreng nasik guna kuali tuh… ko rase?

Siap check in dan letak bag, kitorang gerak ke lokasi pertama kami di Seoul ni, iaitu Gwanghwamun. Letaknya istana Gyeongbokgung dan patung raja Seoul dulu-dulu. Katanya sis aku, tempat ni faymes sebab filem-filem atau drama korea yang ada scene-scene raja banyak guna kemudahan istana ini sebagai site mereka. Aku iya akan aje lah. kalau dia tipu aku, maknanya aku tipu lah jugak korang nih… hahaha

Cara nak ke sini melalui subway, kena turun kat Gyeongbokgung station, pastuh guna exit 5.

Kalo tanya aku, apa aktiviti best kat Gyeongbokgung pada aku, tentulah sesi ambil gambar dengan guard Gwanghwamun gate. Pengawal-pengawal gate nih semua stock gergasi punya orang. Tinggi nak mampos. Aku yang dah kategori kemetot lagi lah kemetot rasanya. Bawah ketiak diorang aje beb aku ni. Setiap jam pengawal akan bertukar. Time tuh boley lah tengok ‘laksamana’ dia turun bagi arahan.

Gwanghmum Square

raja amenda ntah.. tak tahu n taknak amik tahu

Gwanghmum



antara guard Gwanghmum.. syarat nak jadi guard ni, kena tahan gelak. 

Balai istana utama Gyeokbukgung

dalam istana. cantik lagi istana lama negara kita.
























 Satu lagi, istana Gyeongbukgung nih ada tiket masuk iaitu KRW4000 seorang ya. Ingat free ke?

Ok.. aku sambungkan ke next entry…

C ya!

Monday, March 14, 2016

Seoul : Part 1

Day 1: Incheon International Airport ke bandar Seoul

Jadual flight ke Seoul ni lebih kurang sama dengan jadual pergi Osaka hari tuh. tu pasallah aku rasa cam dejavu sikit. Flight kul 1 pagi, kena ada kat airport KLIA2 dalam kurang pukul 10 malam. Dah siangnya aku kerja cam bese, berkejaran gi airport. Penat wooo…

Diz time aku tanak kelam kabut cam gi Jepun dulu. Sampai tertinggal duit aku. Kat sana terkebil-kebil nak beli apa pun tak boleh. Tak cukup duit kau!...

Btw, preparation ke Seoul ni aku settlekan 2 hari sebelom flight.. boleh? Tak payah bawak banyak baju, bawak sweater tebal 2 helai, sweater nipis 2 helai, jean 3 helai ngan Tshirt lengan panjang 3 helai. Spender tuh takyahlah aku cakap kan… pepandai lah. Bawak Sneakers 5 bar ngan Maggi 5 bungkus. Ok cukup dah… Jom kita terbang!!!...

Dari KLIA2 sampai ke Incheon (sebutan dia ican) ambil masa 7 jam berapa minit entah. Lebih 10 minit jer kot. Makanya, flight kul 1 pagi, sampai sana lebih kurang kul 8 pagi. Masa Korea pantas 1 jam dari Malaysia. Ala… lebih kurang cam Jepun jer. Dalam flight, takde benda nak buat… membuta ajer lah aku. Nak tengok flight attendant, takde sekor pun yang menarik pandangan. Baik aku tidur je. Haha! Malam tuh lak, flight cam tenang jer perjalanan dia. Cuma time nak makan tuh dia goyang2 sikit. Sib baik kakak aku tak wat onar, kalau goncang sikit lagi mau muntah minah tuh. Huhu…

Ok, sampai dekat Incheon, kena isi borang Arrival untuk lepas imigresen… pastuh kena isi plak luggage declaration untuk kuar dari kastam. Leceh. Masa dalam flight, dia tak bagi form nih, sampai kat airport baru kena isi. So kena cepat-cepat lah. Kalau tak beratur panjang beb.


Korean Air


button untuk bukak pintu toilet orang kurang upaya. terpaksa aku masuk sebab tak tahan sangat nak terkucil. canggih siot.
Declaration form untuk lepas kastam. isi 1 borang sahaja untuk 1 group. satu lagi, Arrival form untuk lepas imigresen. yang tuh aku tak sempat nak snap.


Settle bab-bab tuh semua, barulah cari T-Money. Kad untuk naik transport cam Touch n Go tuh. Rasanya tiap2 negara ada kad macam ni kot, yang aku citer sebelom-sebelom nih. Faham-faham lah ya… T-money ni boleh dibeli di 7E. Harga dia KRW250. Terus topup yang kawan-kawan, beli dengan KRW50 000 sekali harga kad T-Money tuh. Balance dalam tuh kalau tak habis, boleh claim. Memang sebijik macam Suica Card atau Octopus card.

T-Money

Dalam airport, suhu dia macam normal jer. Sekali aku melangkah kuar dari pintu gate airport. Hahh kau! Sejuk giler. Nasib baik tak heart attack. Tiap kali hembus nafas, berasap-asap.. jakun giler, sengaja jer hembus nafas kuat2… nak kuatkan asap tuh.. peduli apa orang lain tengok, nih first time kot boleh main-main asap. ;p

Tempat tunggu bas. Depan arrival gate

bas ke Sinseol-Dong, no 6002























Untuk ke bandar Seoul, ada banyak transport yang boleh ke sana. Ada train, kereta sewa, teksi dan prebet sapu. Pilihlah yang mana-mana yang sesuai dengan bajet. Paling murah ialah train, kos dia dalam KRW2 000 jer untuk sampai kat Seoul Station. Yang paling mahal lak ialah, bas. KRW10 000 seorang. Tapi pro n con dia, bas direct ke stesen yang dekat dengan hotel lah. Takyah angkut beg-beg besar nak tukar-tukar train bagai. Teksi plak ada yang bermeter dan prebet sapu plak bolehlah bargain harga. Kalau terer, boleh jer tawar murah.. tapi kalau diorang tipu kau… aku tak jamin. Ahaks!

Pung pang pung pang, aku naik bas. Nyesal sebab mahal. Tulah, sapa bongok sangat tak wat research. Berbeza ngan Hong Kong, train mahal bas murah, tapi kat Korea, bas mahal, train murah. Nampak? Mainan dia tuh.

Tempoh perjalanan dari airport ke bandar Seoul ialah lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Guesthouse aku pulak ialah Dongdaemum Guest House. Dekat dengan Sinseol-Dong Station exit 1.

Ok. Aku stop sini dulu. Sambung ke next entri ok!

C U!

Sunday, February 28, 2016

Mari berimiginasi Korea ~ BerKPOP lah kita di Seoul ~

Hai… I Nak Sayo!!!

Hahaha..

Minggu lepas (19 Feb – 24 Feb) aku telah meround bandar Seoul yang tengah musim sejuk sekarang. Trip yang aku rasa entah hapa-hapa. Sebabnya duk pusing-pusing dalam bandar itu jer sampai lebam. Gila betol enam hari duk pusing-pusing dalam bandar ni. Macam tak ada keje je kang.

Kuar guest house naik train… pergi makan-makan sampai bajet burst, pusing-pusing sikit pastuh balik tido. hahaha. Sejuk! Nak wat ape pun tak boleh. Kalau kuar berjalan, muka rasa macam kena tempek dengan air batu. Kejang abis muka cam kena cucuk botox je rasanya.

Btw, trip ni ialah trip adik beradik, aku dengan kakak aku serta adik. Jadi gaduh-gaduh adalah perkara biasa bagi kami. Aku kutuk kau, kau kutuk aku. Gitu lah kitorang. Trip ini aku serahkan sahaja bulat-bulat kepada adik aku. Disebabkan minah nih memang kaki k-pop, jadi aku lantik dia jadi kapten secara paksaan since aku malas giler nak buat research. Hahaha. Padan muka dia!

Jadi segala info pasal transport, tempat attraction, tempat makan atau tempat tidur aku kena rujuk kepada dia lah.

Mula-mula planning macam itinerary ka bawah nih.


Tapi bila sampai sana, itinerary berubah secara total. Iyalah, kalau satu tempat nak kena ulang datang 2-3 kali memang masaklah. Kat situ jugak aku edit itinerary dia.

Okay, meh lah aku ajak korang tengok dulu gambar-gambar trailer sepanjang aku dekat Seoul. Forward untuk tatapan Kak Yani.

Nak masuk negara orang, kena masuk mengadap maharaja dulu. Gwanghwamun.

Gwanghwamun Square

Gyeongbokgung Palace

Bukchon Hanok Village

Insadong Market.

Pergi mengendap Korea Utara dekat Imjingak Park

Mesej untuk Korea Utara

Ikan Bakar Dongdaemum.

Dekat Namsan Park. jumpa couple sweet ni.

Menuju puncak ke seoul Tower. ni saja nak cari pasal. 2-3 kali pancit.

Padlock Love

Myeongdong Market

Op! op! oppa gangnam Style!....

Nami Island.

Ni hah breastfeeding kat public. takde pun kena marah.

area junsang ngan awek dia berbasikal.
























































































































































































































































































































































Entry-entry citer Korea Selatan mungkin panjang sedikit sebab ia berlangsung selama 6 hari. Jadi harap bersabarlah kalau makan masa berbulan-bulan ya. Aku janji, selagi tak habis log Korea nih, aku takkan mencelah gi memana.

Ok... itu jer lah dulu ya... nnt aku  update sikit2... bye!