Showing posts with label Jepun : Nagoya. Show all posts
Showing posts with label Jepun : Nagoya. Show all posts

Tuesday, November 10, 2015

Nagoya - Tokyo : Part 11

Day 4 : From Nagoya ke Tokyo – 300kmph on the ride way

“Halamekkk, dah hari ke empat dah… cepatnya masa…” rungut aku separa sedar pagi tuh di Nagoya. Dah berapa kali aku luah perasaan, kalo ade peluang nak jer aku tinggal kat Jepun terus… siyesss bahagia.

Eco Hotel Nagoya. takde building spesifik nak tunjuk coz hotel dalam building lain. trademark dia patung sotong tuh jer since restoran takoyaki ni berada di bawah hotel ni. (source photo: pantip.com)
Dalam kemalasan hari sabtu, bingkas bangun, capai towel, gi basement untuk mandi. Kat Eco Hotel Nagoya nih, tempat mandi dia lain sikit. Aku tak hingat dah istilah bilik mandi camni, ala bilik mandi cam kotak peti ais tuh. sempit jer. Kalau aku mandi, bunyi degegum gedegang bergema abis dalam tuh. tapi syok beb, takde sorang pun dengar and tau kita wat aper dalam tuh. hahaha…

Dah siap pakai baju, boleh hairdryer depan cermin besar lagi… agak selesa jugak lah. kalo ader minah vogue Jepun atau mat saleh, kena ler simpan sikit jakun tuh…

Brekfast roti gardenia yang terakhir pagi. Dah tamat tempoh semalam, tapi belasah jer lah.

Dalam kul 10 pagi menapak lah kitorang ke Nagoya station yang tak sampai 5 minit. Hotel Eco Nagoya nih aku highly recommend. Senang & simple. Kalo sesat pon, marking terus Nagoya Station, kompem jumpa.

Untuk Naik Shinkasen, aku memang tak beli secara online sebab train nih boleh jer walk in kat office kaunter dia.
Note sikit: option dalam beli tiket Shinkasen

Reserve seat: class yang seat dia memang direserve. Ada flat screen bagai, kira yang mewah lah ni. Dah nama pun reserve, harga tiket dia pon mahal ler. Kena bajet dalam JPY12 000 utk seat ni

Non-Reserved Seat: Class ekonomi. Free seat, kira boleh jer duk mane2 seat asalkan tak duk di class reserve seat tadi.
Pastuh ader tiga jenis Shinkasen iaitu:
Nozomi: Train paling laju iaitu 300kmph. Train ni hanya berhenti kat stesen-stesen besar jer ok. ader extra charge ke tak, aku tak pasti. Tapi rase takde cuma Nozomi ada time-time dia bergerak.

Hikari: Train kedua iaitu dalam 270kmph. Train ni gak berhenti kat kat stesen-stesen besar jer.

Kodama: Train nih lagi laju dari Hikari iaitu 285kmph. Tapi train berhenti di setiap stesen, tu pasal lah dia lambat sikit dari Hikari.
Masa kat kaunter tuh cakap; “ticket to Tokyo, please…. 3 person”,.. pastuh dia akan mintak passport (kekadang dia tak mintak). 3 minit pastuh, dia bagi ticket Nagoya ke Shinagawa station. Time tuh, aku expect ker Tokyo Station terus, tapi kena tau Shinagawa nih kira KL Sentral kita ok. Itulah muka pintu Tokyo dan segala pengangkutan ada kat situ. Dah dapat ticket tuh, tunggu kat terminal. Mulanya cadang nak naik Hikari, tapi entah macam mana ternaik Kodama. Hati tak sabar beb.



"one ticket to tokyo please..!" - The bride (Kill Bill) cenggitu lah feeling aku time purchased tiket. haha

Tiket Shinkasen. RM360 one way. *pitam

schedule train. Non reserved tuh kira cam free seat. then, coach dia  1-3.

kenape train ni laju? sebab train ni terapung dgn menggunakan teknologi semi conductor. Sila baca buku fizik tingkatan 4 yer. Kredit untuk cikgu Hasmaruddin.






















































































Korang expect aper aku buat dalam train laju nih, 30 minit pertama layan view ngan perasaan teruja cam nak mampos.. lepas tuh aku gi bantai tido … hahaha

p/s: Dari Nagoya ke Tokyo, Shikansen guna Tokkaido line and sampai kat area FujiShin, please lebar mata, kalo ader rezeki hari terang boleh tengok Gunung Fuji. Tapi hari tuh, kabus tebal, aku dapat tengok tapak kaki tanah gunung fuji jer… sedeyy…

Friday, November 6, 2015

Nagoya : Part 10

Day 3 : Nagoya Castle & Osu Shopping District

Lepas Awkward moment kat masjid Nagoya tadi, aku ngan ahli jemaah pon slow-slow jalan untuk ke Nagoya Castle. Dari Masjid Nagoya ke Nagoya Castle jaraknya dalam 1.5 km tapi slow-slow sampai gak kitorang kat Istana tuh dalam kul 2 petang. Cuaca suam-suam jer. Tak panas, tak sejuk.

Design Nagoya Castle ni cam sama ngan Osaka Castle tapi lain sikit. aku nak citer lebih pon tak pandai sebab bukan arkitek. Ader fee lak nak masuk nya, JPY500/pax. Tapi, kira berbaloi lah masuk sini sebab dalam Istana nih dah renovate jadi Muzium. Laman dia pun cantik dengan pokok sakura. Lagi cantik kalo time autumn atau sakura spring dia.

Nagoya dari view jejantas di main road










Nagoya nampak lebih relax dari Osaka dan Kobe.











Ada laksamana Fasolatido..hoho











tiket Nagoya. JPY500 aka RM15+











bayangkan time sakura... Waa lah!
















oh.. ni sejarah Nagoya Castle.






































































































 Nak ke sini dari masjid Nagoya, cari jer dalam google map macam ni hah…


dari masjid jalan straight sampai jumpa sungai dan belok kiri. Taa daa, jumpa gak Istana nih.

Sekali lagi aku nih nak bagi statement; aku tak berapa gemor sejarah. Jadi jangan tanya aku sejarah Nagoya Castle ok. Nak tau google jerrrr…

Satu lagi perkataan jepun aku tahu, Jo bermaksud Istana. Nagoyajo maknanya Istana Nagoya… haha bijak tak aku?

Selesai Istana Nagoya, next destination ialah Osu Shopping district. Kalo naik subway kena turun kat Osukannon (guna line Tsrumai)

Kalo jalan kaki cam kitorang dalam 15-20 minit dah sampai. Btw, tak jauh, dalam 1km jer. Along the way boleh tengok view bandar Nagoya since Osu nih betul-betul tengah bandar. Kira cam Petaling Street ler nih.

Seperti yang dijangkakkan, banyak ler bebarang sourvenir, fesyen dan kasut yang ader kat sini. Dan harga sourvenir, t-shirt pon boleh tahan murah kalo nak dibandingkan kat main point utama di Osaka dan Tokyo.








Selain Osu, juga dikenali sbg Banshoji St.











Ni ler kedai T-shirt murah tuh. makcik kedai taknak bagi aku amik gambar kedai die. aku taktau naper tapi aku amik jugak atas tujuan promote ni hah.











Jumpa kebab Turki. Satu JPY600 @ RM17 satu. tercekik!
































































Sambil cuci mata, terserempak plak kedai makan turki. Boleh lah layan kebab, walaupun aku teringin sangat nak makan sushi yang ori dari jepun ni. Kat Dotonbori ari tuh, banyak tapi takde pulak yang halalnya.

Tuesday, November 3, 2015

Nagoya : Part 9

Assalam...

just for note: Nagoya merupakan bandar terbesar yang terletak dalam Aichi Prefecture, region Chubu.

Day 3 : Nagoya – Bersolat Jumaat di Nagoya Mosque

Lepas 2 jam naik bus willer akhirnya sampai lah aku kat Bandar Nagoya. Bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Osaka. Dalam bas bajet nak tengok view kampung-kampung, tapi bajet jer lah.. melangok aku tido sepanjang perjalanan.

view dari bas yang aku sempat snap.
view dari bas yang aku sempat snap. bukti jepun pon still tanam padi

Nagoya


dari view Sasashhima Live. Nampak bangunan Avengers plak kat depan tuh.























Sampai bandar Nagoya, bas willer campak kitorang kat Sasashima Live, kena jalan kaki ke Station Nagoya since Hotel Eco Nagoya aku berdekatan dengannya.

Sampai kat hotel dalam kul 11 pagi gitu, check in dan tinggalkan beg kat kaunter. Terus kitorang bertebaran untuk ke Masjid Nagoya.

Kalo dulu, maybe boleh jumpa orang Malaysia atau tourist pelanggan tetap Airasia, tapi sekarang takde lah kelibat diorang sebab Airasia dah tutup route ke sini.

Seperti yang diplankan, kat Nagoya nih aku taknak naik Metro subway. Bukan nak jimat ke hape, saje nak feel and nak cabar daya tahan berjalan kaki aku. Hari-hari duk selambak atas kerusi main komputer, jogging pon tidak… so, aku jadikan travel sebagai senaman. Ade moral anjakan paradigma kat situ.

route Nagoya.

 Sebenar aku pura-pura lupa hari tuh hari jumaat Memang betul aku lupa, kebetulan aku lalu, ader pakcik yang berasal dari Indonesia (aku lupa nama dia) bagi salam kat aku since dia nampak aku nih ada muka jawa. Aku jawab sambil nonong wat bodo jer jalan lalu depan dia tapi bila aku pusing belakang, ehhh..??? ahli jemaah tanya tempat makan halal kat pakcik tuh, tak abis-abis makan je diorang ni. Pakcik tuh beriya bawak kitorang makan ke sini. Tadi cam sombong ngan pakcik tuh, awkward satu.

Kedai dia dalam 150 meter belakang masjid Nagoya nih jer. Aku tak banyak cakap ngan pakcik, tapi dia ajak aku bersolat jumaat,. Aku senyum, setuju padahal masa tuh surprised habis, “errrr…jumaat ke hari nih???” awkward dua.

Aku tengok jam kul 12.15 minit. Pakcik tuh kata Solat jumaat kat Nagoya nih start 12.40 pm. Pakcik tuh tinggalkan aku sebab Khutbah dah start dah. Hadoi, kebetulan makanan siap cepat jadi cepat2 lah aku makan. Ahli jemaah order roti naan ngan nasi beriani. Sedap gak.

Beriyani Kambing. Yummmeh!!

Ayam Tadoori. pon sedap

Roti Naan

Kedai makan sebelom aku semayang jumaat


Nagoya Mosque





































































12.30 aku gerak ke masjid, taknak ler dicop orang Malaysia lembap dan tak tepati masa yer dok? Memang beb, Khutbah dah start time tuh, tak sempat kebas pon kaki aku, tak sampai 10 minit dah start semayang dah. Tak ramai pon jemaah dia, ade 4 baris (tapi masjid dia ader 4 tingkat, 1 tingkat untuk pompuan)

Khutbah pasal Ukhwah – brothers in Islam protecting and humanity for Palestine against Israel. Gitu ler tajuk dier.. tak reti nak translate dalam BM.

Selesai bersolat jumaat, aku nak thanks pakcik tuh tapi baru nak ramah, sekali dia jumpa geng dia daa…, dengarnya baru datang Nagoya nak sambung belajar. Aku hanya senyum dari tepi, nak menyampuk diorang cakap Jawa. Awkward giler time tuh. then diorang pon blah, sebab student tuh nak makan – pakcik tuh tunjuk kedai yang dia tunjuk kitorang makan tadi. AWKWARD.

aku salam pakcik sebelum dia blah sementara aku plak tunggu member trip aku selesai solat.

Tuesday, September 29, 2015

Pengalaman Menjejak Negara Matahari Terbit

Toyota, Honda, Mitshubishi, Hitachi, Panasonic, bateri Yokohama, Kansai paint, Nippon paint, Nagoya textile, Daiso, Denso, sushi, wasabi, Dragon ball, Sailormoon, Pokemon, Doraemon, Shin Chan, Fresh & White, hantu Ju-On, hantu jepun, selipar jepun, Maria Ozawa, apalagi yang aku tak sebut pasal Jepun ek? Boleh kata banyak gak pengaruh Jepun dalam hidup kita ya. Tapi tu semua material konkrit yang kita guna hari-hari, camane plak ngan life style dan budaya mereka yer. Hah!, ini peluang aku untuk menyingkap dan mendekati budaya Jepun yang faymes dengan kisah Samurai, Ninja, Geisha dan awek-awek manga.

Memang tak nafikan, aku tunggu saat-saat nih. Jepun kot. Sekali lagi, JEPUN. Bukan ramai yang ade peluang dan rezeki untuk ke negara Moden nih. Setahun aku tunggu untuk prepared trip nih. (aku book tiket sejurus balik dari Hong Kong). Nak fokus pada Jepun dalam masa setahun, tak lah sampai macam tu sekali. Cuma debaran tuh lain macam sikit.


Anyway, secara kasarnya route aku ialah land on kat Osaka. Pastuh pit stop kat Nagoya kemudian take off kat Tokyo.

Preparation ke Jepun ni aku upgrade dari preparation gi Hong Kong ari tuh jer
  • Bawak 5 paket maggi jer. Pastuh on the go, aku beli Snikers 10 bar, kebetulan Econsave wat promotion ari tuh. 
  • Check cuaca kat Osaka & Tokyo. Kena tau, jarak Osaka ke Tokyo agak jauh gak. dalam 600km, macam duk Bukit kayu hitam nak ke Johor Bahru. Kalau Osaka panas, tak semestinya Tokyo panas. BTW, time aku pergi nih peralihan musim panas nak ke musim luruh, jadi hari-hari hujan 2-3 tempat nanti.
  • Paling penting aku tak amik luggage kali ni. Pandai-pandai nak seludup barang-barang nanti.
  • tempat atraction aku refer kat Youtube terus. aku try gak baca blog-blog blogger, tapi rata-rata merepek-repek ngan ayat meleret-leret tanpa point. bla bla, kyoto bla bla bla bla bla haha.. bla bla bla bla bla sampai mereput...
  • Pas tengok Youtube tempat attraction, listkan then check google map untuk tengok location dan susun itinerary. Yang dekat-dekat gi dulu jadi priority, yang kena menapak jauh-jauh letak last sekali.
  • Pas dihitung tolak tambah, itinerary jadi ginih.
Itinerary aku. yg petak kecik2 tuh kira checklist lah.

Seperti sedia maklum, Jepun nih terkenal ngan World of Trains. So, bestnyer ceruk Jepun mane pon boleh jejak ngan naik trains jer. Yang tak best nyer, berserabut tengok line train diorang. Silap-silap boleh pitam sebab usus tak hadam tengok line diorang nih. Walau bagaimanapun, aku sangat suka trip yang menggunakan train sebab ia sangat convenient & easy-to-reach. Selain tuh, dalam train la aku boleh lihat budaya, attitude dan ragam orang luar lebih dekat (termasuklah cara diorang dressing.. hehehe).

Aku nyaris nak beli pass JR Line yang reger nya cecah RM12++ tuh. kalo feeling kaya boleh la. Tapi jenis poket nipis nafsu jejalan boya aku, terpaksa lah aku tekap poket pastuh sengih kat depan pc sebab duit tak cukup.. keh3

Day 1 & 2 : Osaka, Kobe & Kyoto

Sepanjang kat Kansai, aku beli pass Kansai Thru 2-day Pass jer. Harga dia JPY4000 atau RM140. Dengan pas nih, aku boleh cover 1 kansai iaitu area Osaka, Kobe, Kyoto, Nara dan Wakayama. Penggunaan Pass ni takde had, Unlimited tapi dalam masa 2 hari jer lah, start first day kita mula guna kad nih. Aku tak tahu lah, untung ke tak untung guna pass nih. Tapi rasa berbaloi gak lah sebabnya aku stay kat Osaka 2 hari jer pastuh aku nekad nak cover 4-5 tempat satu hari. Kira touch n Go lah. lagi satu takyah ler terhegeh2 nak beli tiket sehala kat machine tiket diorang yang sepatah haram aku tak paham.

Website Kansai Thru 2-day Pass

Note: Kuar dari arrival gate, sila ke kaunter tourist info. Kat sini lah nak beli Kansai Thru pass. ekceli, banyak lagi pass yang dia jual yang boleh jadi pilihan kalbu. Kansai Thru Pass juga ada yang 3 hari. Map subway & train dia akan bagi sekali dengan handbook Pass nih.

Map yang Kansai Thru pass ni cover.

Day 3 - 4 : Nagoya

Dari Osaka nak ke Nagoya aku naik Willer bus. Hohoho. Murah ler tambang dier, JPY4500 atau RM45.++ jer. Aku book online terus sebab time tuh Willer bus wat promo, agaknye lah.

Website: Willer Bus

Kat bandar Nagoya; Jalan kaki adalah transport aku.


Day 4-5: Tokyo

Dari Nagoya ke Tokyo, aku naik kereta api paling laju di dunia, Shinkasen atau Bullet Train. Memang harganya boleh wat rasa nak bunuh diri, tapi sekali seumur hidup, bile lagi ye dak?

Bullet Train

Then, touch down kat Shinagawa station, Tokyo. Aku purchase Suica Card untuk aku naik train JR dan Metro subway dengan Harga JPY2000. Fungsi Suica card lain sikit dari Kansai Thru Pass, Sica Card dia macam Touch n Go, ataupun cam Octopus card Hong Kong. Kena slide, topup kalo baki habis dan boleh redeem kad ngan JPY500, ok. Nanti aku citer lagi lain kali k.

 Web site Suica Card 


Map Subway & train JR

Sebenarnya banyak cara lain untuk beli tiket train atau transport lain. BANYAK okey. Tips aku, takyah pening-pening, just cari 1 jer decision terbaik and go!

Untuk expericed lengkap, korang tunggu la yer entri-entri akan datang. Aku rasa panjang nih hikayat jejak jepun nih. Untuk setakat ni, ni je lah dulu. Ok bai..