Saturday, December 14, 2013

Big Bad Wolf


Aku sebenar takler giler sangat dengan Big Bad Wolf ni, tapi disebabkan aku sudah terjerumus ke kancah arena publisher pun terpalit sama dengan kehangatan pesta yang memang dinanti-nantikan ini. Bagi pencinta tegar buku mungkin dah tunggu-tunggu pesta Big Bad Wolf, perasaannya samalah seperti menunggu makwe/pakwe balik dari obersea yang balik setahun sekali. Gitulah gamaknya feeling dier.

Macam aku cakap tadi, aku tak teruja sangat ngan benda-benda nih. Tapi biler nengok member-member opis, especially jenis bookworm terujat giler , tak pasal-pasal aku pun terseret sama untuk join pesta ni. Mana tak giler, buku-buku stok dari obersea cam Amerika, Kanada dll dijual secara lambak and ofcoz lah murah giler. Bayangkan, harga asal buku yang berharga yang dalam rate RM300-RM400 (lebih kurang USD120) didiskaunkan jadi RM20 sahaja. Ya, RM20 je beb. Macam mana si bookworm tak giler.

Sesampai je kat dewan Big Bad Wolf ni, memasing menghilang diri. Walau dah midnight, tapi orang still ramai lagi. Aku cool jer memula, tapi bila jumpa buku yang buleh aku cakap best, hilang ingatan jap. Melilau mata cari buku yang lagi best. FYI, memacam genre buku dijual dalam Hall Big Bad Wolf; dari buku ABC kanak-kanak ke Novel remaja, dari buku journal ke buku masak semua ada. Bagi aku, ofcoz buku grafik & travel jadi pilihan aku.heh! ;p

Sedar-sedar dah lebih 5 buah buku aku pegang, rate RM120 aku kira. Banyak dah tuh, jadi aku terpaksa singkir 2-3 bijik demi menjaga bajet aku minggu nih. Hehe. Baru 5 buku dah pening nak buang yang mana, belum tengok lagi bookworm-bookworm lain yang memasing bawak kotak, trolley ngan bakul. Aku tengok pun hela nafas panjang.

Aku cerita banyak pun tak guna, tapi aku rasa Big Bad Wolf tahun ini lagi grand kot sebab dia buat 24 jam selama seminggu ni start hari khamis hari tuh – 6 Disember 2013 sampai 15 Disember 2013 di Mine Covention Center. Kalau korang nak merasa pergi lah, aku suggest pon… takde nye aku dapat komisen dri organiser Big Bad wolf ni.

Cukup sampai sini lah review aku. bye!

P/S: kamera tak bawak, handphone camera kong..so xde lah gambar yer…

No comments: