Saturday, August 23, 2014

Singapore : Part 1

Greeting…

Mission ambush Singapore finally accomplished ngan jayanya. Berbekalkan bajet ciput, akhir berjaya gak aku pijak semen-semen negara kota singa…hoho. Ringkasnya, trip nih berlangsung 2 hari 1 malam dan segala persiapan dalam urusan booking-membooking dilakukan hampir 2 bulan sebelum tarikh kejadian terjadi.

Dan, Ya! Aku kaptennya. Takde orang len yang berani amik position aku lagi setakat ni. Jadi, segala mak nenek bapak cucu segala booking online dan dealing task aku managekan. Book tiket USS,  hotel tune & deal ngan Oddyssey bus nanti aku wrap dalam next entry. Kali ni, aku just nak share pengalaman aku ke USS untuk first day.


Singapore : Day 1 – Universal Studio Singapore 1-Day Trip

Aku tiba kat tune hotel Danga Bay, JB dalam kul 3 pagi lepas hampir 4 jam drive dari Bangi. Berlegar-legar kitorang  kat area tune hotel sementelah tunggu 4 jam lagi nak kul 7.30 pagi. Nak cari hotel bajet nak tido, raso tak dayo dah. Berbaloi pun tak. Lastnya tido kat surau tune hotel jer lah jawabnya…

Dalam 15 minit sebelum kul 7, bangun ngan muke cam budu. Basuh muka & semayang subuh gajah kat surau terus siap-siap nak gerak dah. Pas settle dapatkan tiket bas Oddysey & isi borang whitecard (borang imigresen Singapore) melopong jap tunggu akak staf Oddysey bus arrange kitorang naik bas mana-naik bas mana. Cam kelam-kabut jer cik akak staf Odyssey bus nih buat kerja. Memula aku naik bas no.1, pastuh kene tukar bas no.2 lak… kulu-kilir, 8.30 pg baru gerak.

Dalam 15 minit kot, sampai kitorang kat imigresen Malaysia, kene turun bas dan ke tingkat atas untuk urusan check passport kemudian turun platform A (untuk kenderaan yang disewa penumpang) tunggu ahli rombongan lain. Dah nak masuk Singapore nih, semua benda nak kena cepat-cepat.. Ada yang berlari-lari anak nak kejar bas. Tapi ngan Oddysey bas ni, xyah nak kejar-kejar sangat, cepat ke lambat ke, dia memang tunggu kita, cukup ahli jemaah baru boleh gerak.

Ikotkan dari imigresen malaysia (CIQ) ke imigresen Singapore (Woodlands) dekat jer, tapi jammed bagai nak gila atas Tambak nih. Hampir 1 jam lagi baru sampai kat imigresen Singapore. Dah sampai tu, kena turun bas lagi, naik tingkat atas, check/cop passport& check bag kemudian kena turun platform A untuk  cari bas Oddysey lagi.

Masuk jer highway Singapore, dah rasa kelainan sikit.. smooth je jalan, xjam langsung cam Malaysia. Keta tak banyak kat Singapore nih (harga keta &  petrol mahal kot.. keh3). Tak sampai 30 minit dari Woodland tadi sampai lah kami kat Resort World Sentosa kat Pulau Sentosa yang terletak di selatan Singapore.

Pasal tiket USS, tak jadi masalah. Aku nengok ramai nau beratur panjang, tapi kitorang kitorang jalan dengan kembang hidung sebab  aku awal-awal lagi purchase tiket secara online masa RWS buat promosi, SD68 je seorang.

Hokey, tang Universal Studio ni aku taknak citer banyak, kecuali korang rasa sendiri. Dia terbahagi kepada 7 tema cam:

  • Hollywood – jalan pintu masuk USS memula korang lalui. Kat sini ada Walk of Fame.
  • Madagascar – ada watak-watak Magascar cam Alex the lion, kuda belang (aku tak hingat nama) gloria the Hippo, zirafah tuh ngan penguin-penguin ngan lemurs sekali.
  • Far Far Away – karakter Shrek ngan tersenggam istana Far Far Away. Dalam tuh ada 4D movie. Selain tuh, ada roller coster Dragon lau korang nak cuba.
  • The Lost World – taman bertemakan haiwan purba. Kat sini boleh cuba Jurassic Park Dual ride yang hayung koranground taman tema ni. Ingat nak try, sekali panjang berderet beratur…
  • The Egypt Ancient – tema ala mesir purba. Ada berhala-berhala firaun gitu. Sini gak ada ride adventure yang boleh wat darah korang tinggal sesudu.
  • Sci-fi – Science Fiction adanya Tranformer 4D. Yang ni aku saran korang cuba walaupun panjang korang beratur. Best tak hengat. Ingat nak repeat tapi tak sempat time… next time maybe?
  • New York – ada Sesame street ngan beberapa lagi yang aku miss. BTW, aku assume tema New York ni adaptdari jalan New York Time Square, tapi dia adapt ala-ala Broadway gitu jer.




































































Dalam jam-jam tertentu setiap tema karekter-karekter akan kuar buat show dan bergambar dengan korang. Kalau jenis suka bergambar lah...

Diingatkan kat USS nih barang-barang dia mengikut standard pelancong asing yang berkemampuan. Baik sourvenir dan makanan… fuh! Yang tak berapa berkemampuan cam aku ni mengurut dada je lah. Satu lagi tips, cuaca kat sini panas (cam Malaysia je pon), jadi sediakan sebotol air, payung atau baju hujan, kot-kot tetiba hujan. kalau nak solat, ada surau terletak kat area belakang Egypt Ancient.

Hokey, takat tuh dulu… next day, till then!

No comments: