Monday, January 11, 2016

Krabi : Part 2

Pengalaman hari kedua Krabi

Assalam semua…

Bagi hari kedua nih agak bosan sikit sebab sebelah siangnyer aku dan Krabi Clique mati kutu tak tau watper. Semalam yer2 dicuss cam banyak nak wat. Nak gi Blue pond la (pond ok, not porn), Emerald pool, Heaven 7 dan memacam lagi… tapi tuh semua terkubur sebab tak tau nak hala ke mana. Tambah lagi Emerald pool kena redah 70km untuk sampai. Kalo ikut hati aku, nak jer redah sesorang.. tapi aku tengok diorang , tak sampai hati lah. (tambahan lagi tengahari tuh hujan pastu hari jumaat plak… please terima alasan nih)

Antara aktiviti roughly aku buat iyelah:
  • Sewa motor kat area hotel Orange City (hotel Faiz & Bob) dengan THB200 per day
  • Pergi terjah Fossil Shell beach (tak masuk pon sebab ada entry fee THB200)
  • Aku lebih duk melanguk menghanjing sesorang kat dorm.
  • Aku sempat berjumaat kat masjid Aonang. Settle solat… sambung menghanjing, pastuh tido kat dorm. 
  • survey harga island hopping
  • gi pasar malam dekat Krabi Town
  • last, bersantap di Rohanee Restaurant
Gastropod Fossil

area lepak Gastropod Fossil

dari view Gastropod Fossil clive

Eh! nampak kepala ayam. itu Chicken Island

Pasar Malam Krabi

akak yang ukir bunga lilin

Bunga lilin. ini benda paling berseni dan kreatif di Pasar Malam Krabi

Magnet Fridge. aku sebat 2 ketul

Ro Hanee. recommended.

Dragon fruit jus. betol2 buah dragon fruit tuh dia blended. taktipu.

Nasi Goreng apa entah tak hingat. tapi sangat sangat sedap. sayangnya portion sangat ciput.





















Dalam kul 5, Bob datang hotel aku sebab nak gi deal Island Hopping untuk esok. Pas dihitung dan dikira, kitorang dapat THB910/pax untuk trip Phi Phi Island.

Petang tuh kitorang ke Krabi town untuk ke Krabi Night Market dengan menaiki motor. First time naik motor Ego, cam bongok berlapis-lapis sebab sebelom nih aku pernah kutuk motor yang jenis duduk kepit ni, tak macho ok. Bile lama2 bawak nih, rasa cam cool pulak.

Berkenaan Krabi Night Market plak, untungnya sebab night market nih hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jer. Barang-barang sourvenir dan baju-baju t-shirt dia murah. Sangat murah jika dibandingkan kat Aonang street Walk. Aku tak sure boleh ke tak bargain harga, tapi harga baju cam THB100 aku rasa cam dah murah dah bagi aku lerrr…

Jarak Krabi town ke Aonang adalah lebih kurang 18 km*. Aku serahkan trip nih pada Bob dan Faiz. Aku ngikut jer dari belakang, best gak jadi ekor sekali sekala..hak3

Dalam kul 10 baru balik dan kitorang singgah makan jap kat Rohanee restoran. Nasi Goreng Kari ngan Jus Dragon fruit dia…. Perghhhhhh!!! Sedap sungguh.

* jalan Krabi ke Aonang agak creepy bile memalam ok. Jangan ler nak brani sesorang wat trip bermotorsikal kat sini. Hantu Nang Nak takpe lagi, takot yang bawak pistol je yang kuar nanti.

No comments: