Sunday, February 28, 2016

Mari berimiginasi Korea ~ BerKPOP lah kita di Seoul ~

Hai… I Nak Sayo!!!

Hahaha..

Minggu lepas (19 Feb – 24 Feb) aku telah meround bandar Seoul yang tengah musim sejuk sekarang. Trip yang aku rasa entah hapa-hapa. Sebabnya duk pusing-pusing dalam bandar itu jer sampai lebam. Gila betol enam hari duk pusing-pusing dalam bandar ni. Macam tak ada keje je kang.

Kuar guest house naik train… pergi makan-makan sampai bajet burst, pusing-pusing sikit pastuh balik tido. hahaha. Sejuk! Nak wat ape pun tak boleh. Kalau kuar berjalan, muka rasa macam kena tempek dengan air batu. Kejang abis muka cam kena cucuk botox je rasanya.

Btw, trip ni ialah trip adik beradik, aku dengan kakak aku serta adik. Jadi gaduh-gaduh adalah perkara biasa bagi kami. Aku kutuk kau, kau kutuk aku. Gitu lah kitorang. Trip ini aku serahkan sahaja bulat-bulat kepada adik aku. Disebabkan minah nih memang kaki k-pop, jadi aku lantik dia jadi kapten secara paksaan since aku malas giler nak buat research. Hahaha. Padan muka dia!

Jadi segala info pasal transport, tempat attraction, tempat makan atau tempat tidur aku kena rujuk kepada dia lah.

Mula-mula planning macam itinerary ka bawah nih.


Tapi bila sampai sana, itinerary berubah secara total. Iyalah, kalau satu tempat nak kena ulang datang 2-3 kali memang masaklah. Kat situ jugak aku edit itinerary dia.

Okay, meh lah aku ajak korang tengok dulu gambar-gambar trailer sepanjang aku dekat Seoul. Forward untuk tatapan Kak Yani.

Nak masuk negara orang, kena masuk mengadap maharaja dulu. Gwanghwamun.

Gwanghwamun Square

Gyeongbokgung Palace

Bukchon Hanok Village

Insadong Market.

Pergi mengendap Korea Utara dekat Imjingak Park

Mesej untuk Korea Utara

Ikan Bakar Dongdaemum.

Dekat Namsan Park. jumpa couple sweet ni.

Menuju puncak ke seoul Tower. ni saja nak cari pasal. 2-3 kali pancit.

Padlock Love

Myeongdong Market

Op! op! oppa gangnam Style!....

Nami Island.

Ni hah breastfeeding kat public. takde pun kena marah.

area junsang ngan awek dia berbasikal.
























































































































































































































































































































































Entry-entry citer Korea Selatan mungkin panjang sedikit sebab ia berlangsung selama 6 hari. Jadi harap bersabarlah kalau makan masa berbulan-bulan ya. Aku janji, selagi tak habis log Korea nih, aku takkan mencelah gi memana.

Ok... itu jer lah dulu ya... nnt aku  update sikit2... bye!