“Halamekkk, dah hari ke empat dah… cepatnya masa…” rungut aku separa sedar pagi tuh di Nagoya. Dah berapa kali aku luah perasaan, kalo ade peluang nak jer aku tinggal kat Jepun terus… siyesss bahagia.
Eco Hotel Nagoya. takde building spesifik nak tunjuk coz hotel dalam building lain. trademark dia patung sotong tuh jer since restoran takoyaki ni berada di bawah hotel ni. (source photo: pantip.com) |
Dah siap pakai baju, boleh hairdryer depan cermin besar lagi… agak selesa jugak lah. kalo ader minah vogue Jepun atau mat saleh, kena ler simpan sikit jakun tuh…
Brekfast roti gardenia yang terakhir pagi. Dah tamat tempoh semalam, tapi belasah jer lah.
Dalam kul 10 pagi menapak lah kitorang ke Nagoya station yang tak sampai 5 minit. Hotel Eco Nagoya nih aku highly recommend. Senang & simple. Kalo sesat pon, marking terus Nagoya Station, kompem jumpa.
Untuk Naik Shinkasen, aku memang tak beli secara online sebab train nih boleh jer walk in kat office kaunter dia.
Note sikit: option dalam beli tiket ShinkasenPastuh ader tiga jenis Shinkasen iaitu:
Reserve seat: class yang seat dia memang direserve. Ada flat screen bagai, kira yang mewah lah ni. Dah nama pun reserve, harga tiket dia pon mahal ler. Kena bajet dalam JPY12 000 utk seat ni
Non-Reserved Seat: Class ekonomi. Free seat, kira boleh jer duk mane2 seat asalkan tak duk di class reserve seat tadi.
Nozomi: Train paling laju iaitu 300kmph. Train ni hanya berhenti kat stesen-stesen besar jer ok. ader extra charge ke tak, aku tak pasti. Tapi rase takde cuma Nozomi ada time-time dia bergerak.Masa kat kaunter tuh cakap; “ticket to Tokyo, please…. 3 person”,.. pastuh dia akan mintak passport (kekadang dia tak mintak). 3 minit pastuh, dia bagi ticket Nagoya ke Shinagawa station. Time tuh, aku expect ker Tokyo Station terus, tapi kena tau Shinagawa nih kira KL Sentral kita ok. Itulah muka pintu Tokyo dan segala pengangkutan ada kat situ. Dah dapat ticket tuh, tunggu kat terminal. Mulanya cadang nak naik Hikari, tapi entah macam mana ternaik Kodama. Hati tak sabar beb.
Hikari: Train kedua iaitu dalam 270kmph. Train ni gak berhenti kat kat stesen-stesen besar jer.
Kodama: Train nih lagi laju dari Hikari iaitu 285kmph. Tapi train berhenti di setiap stesen, tu pasal lah dia lambat sikit dari Hikari.
"one ticket to tokyo please..!" - The bride (Kill Bill) cenggitu lah feeling aku time purchased tiket. haha |
Tiket Shinkasen. RM360 one way. *pitam |
schedule train. Non reserved tuh kira cam free seat. then, coach dia 1-3. |
kenape train ni laju? sebab train ni terapung dgn menggunakan teknologi semi conductor. Sila baca buku fizik tingkatan 4 yer. Kredit untuk cikgu Hasmaruddin. |
Korang expect aper aku buat dalam train laju nih, 30 minit pertama layan view ngan perasaan teruja cam nak mampos.. lepas tuh aku gi bantai tido … hahaha
p/s: Dari Nagoya ke Tokyo, Shikansen guna Tokkaido line and sampai kat area FujiShin, please lebar mata, kalo ader rezeki hari terang boleh tengok Gunung Fuji. Tapi hari tuh, kabus tebal, aku dapat tengok tapak kaki tanah gunung fuji jer… sedeyy…
No comments:
Post a Comment