Thursday, March 24, 2016

Seoul : Part 2

Sepanjang aku berada di bumi Korea ini, aku stay dekat Dongdaemum Guest House di Sinseol-Dong, Dongdaemum. So far, aku amatlah suggestkan guesthouse ni sebab lokasi dia dekat dengan subway stesen. Sebab lain, dia sangat convinient nak pergi kedai-kedai serbaneka. Dalam guest housenya plak dia sediakan tempat makan sekali dengan breakfast complete dengan oven ngan peti ais lagi.


Perkakas dapur cam kuali ngan periuk belanga ada, tapi kitorang ragu-ragu nak guna sebab berkongsi ngan non-muslim. Tapi, time kitorang tengah lepak tuh, ada family dari indonesia, selamba badak jer diorang goreng nasik guna kuali tuh… ko rase?

Siap check in dan letak bag, kitorang gerak ke lokasi pertama kami di Seoul ni, iaitu Gwanghwamun. Letaknya istana Gyeongbokgung dan patung raja Seoul dulu-dulu. Katanya sis aku, tempat ni faymes sebab filem-filem atau drama korea yang ada scene-scene raja banyak guna kemudahan istana ini sebagai site mereka. Aku iya akan aje lah. kalau dia tipu aku, maknanya aku tipu lah jugak korang nih… hahaha

Cara nak ke sini melalui subway, kena turun kat Gyeongbokgung station, pastuh guna exit 5.

Kalo tanya aku, apa aktiviti best kat Gyeongbokgung pada aku, tentulah sesi ambil gambar dengan guard Gwanghwamun gate. Pengawal-pengawal gate nih semua stock gergasi punya orang. Tinggi nak mampos. Aku yang dah kategori kemetot lagi lah kemetot rasanya. Bawah ketiak diorang aje beb aku ni. Setiap jam pengawal akan bertukar. Time tuh boley lah tengok ‘laksamana’ dia turun bagi arahan.

Gwanghmum Square

raja amenda ntah.. tak tahu n taknak amik tahu

Gwanghmum



antara guard Gwanghmum.. syarat nak jadi guard ni, kena tahan gelak. 

Balai istana utama Gyeokbukgung

dalam istana. cantik lagi istana lama negara kita.
























 Satu lagi, istana Gyeongbukgung nih ada tiket masuk iaitu KRW4000 seorang ya. Ingat free ke?

Ok.. aku sambungkan ke next entry…

C ya!

No comments: