Friday, March 28, 2014

Bandung : Part 3

Haiyooo… penat gak nak menaip nih… kan best kalau ada software yang bleh translate voiceover ke bentuk teks. Takyah nak keras buntut duduk dan menaip nih. Huussshhh…. (‘-_- )

Day 3 : Tangkuban Perahu

Pagi tuh, cuaca nampak best jer. Alhamdulillah…. Trip diteruskan ke Tangkuban Perahu. Kitorang dah siap2 kemas dah packing sebab hari ini last day di bandung. Breakfast macam biasa di Serena Hotel sebelum menunggu Wawan yang lambat sikit hari sebab tersangkut jam katanya. Maklumlah hari ini hari Ahad, paham2 jelah. Dalam 8.30 pg baru dia sampai, dan kitorang teruskan perjalanan ke Tangkuban Perahu yang berada di daerah Subang (bukan Subang, Petaling Jaya yer...), Jawa Barat.

Pak Wawan yang kacak bergaya.

Bercakap pasal Tangkuban Perahu ni, dia macam Langkawi lah. Penuh cerita lagenda pasal Dayang Sumbi dengan Sankuriang, try klik link ini untuk baca kisah tangkuban perahu ni. Ok, perjalanan dia amik masa 1 jam je dari bandar Bandung.

Tiket masuk ke Tangkuban Perahu adalah IDR150000 seorang (bukan warganegara Indonesia) dan IDR15000 untuk kenderaan. Dia tak macam kawah putih yang sediakan ontang-anting, kira terus naik dengan driver-driver sekali. Perjalananan dari guard house ke destinasi dikehendaki dalam 1km jer.

Main attraction Tangkuban perahu yelah Kawah Ratu. Kawah paling besar dan ramai orang yang pusing-pusing sekitarnya. Selain Kawah Ratu, ada Kawah Domas ngan Kawah Upas. Kawah Domas kalau korang banyak masa dan duit lebih, boleh pergi sebab dia kena tambah beberapa ratus ribu rupiah lagi untuk masuk dan jungle trekking selama 1 jam lebih untuk sampai ke Kawah Domas tuh. Kawah Upas tak faymes sangat, tak pegi pun takpe.

Kat Tangkuban Perahu tak sama dengan kat Kawah Putih. Ramai tourist seriau nak ke Tangkuban Perahu ni. Sebabnya mana-mana korang pergi mesti kena kacau dengan penjual-penjual yang suka mendesak. Wawan sendiri pun cakap jangan layan sangat penjual-penjual nih sebab mereka jual barang mahal-mahal woo.. setakat aku survey, ramai gak jadi mangsa. Kalau taknak tempat nih jadi nightmare korang, tolonglah kena kuatkan iman korang.

Nak cakap aku pandai, ada lah sikit, dari pemerhatian aku, selain pujuk rayu dan mendesak untuk beli barang diorang , diorang juga guna taktik bagi pertolongan. Contohnya, nak tolong ambil gambar lah, pegang barang kita, tunjuk tempat ke atau apa-apa jer konon diorang ikhlas dan baik-baik. Dalam baik-baik ni lah dia guna kesempatan, sekali korang bagi diorang ambil gambar pun, mampos dia ikot selagi barang diorang tak dibeli. Pastuh mula mengungkit-ungkit. So, korang jangan bagi diorang tolong tau abang-abang kakak-kakak. Pandang muka diorang pun jangan OK!

Lepas ambil gambar bagai dan bertafakur kejap dalam 5 minit (takleh lama-lama, kiri-kanan duk tarik-tarik baju suh beli barang bagai), aku decide nak balik dah memandangkan kitorang kena hadap perjalanan 3 jam lagi ke Jakarta jap lagi. Sebelum tu, aku sempat rembat T-shirt Tangkuban Perahu 3 helai, keychain 5 jambak, magnet fridge 4 ketul dan tasbih batu gunung berapi 1 set. Semuanya aku beli kat kedai-kedai yang berada atas Tangkuban nih. Murah dan buleh tawar-menawar. Tu yang best tuh.

berasap-asap lg ok...

Ok takat ni jelah untuk Bandung. Trip ke Jakarta aku wat entri lain ok. See Ya!

TBC…..

1 comment:

Unknown said...

Teck City Tour Bandung agustus 12, 2015 at 11.15 am

salam sejahtera tuan/puan semoga senantiasa semua diberikan kesihatan dan dimurahkan rezekinya,amiin.
Kami disini nak menawarkan sewa kereta tuk Bandung/Jakarta city tour.
BAgi sesiapa tuan/puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di bandung/Jakarta boleh
Call : +6282214441280
WhatsApp : +6282214441280
Email : teck.bandung@yahoo.com
Fb : teckbandung
dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik/layanan 5 bintang ***** insyaAlloh
Mohon maaf tuan/puan apbila ada ayat yang kurang berkenan dalam promotion yang kami tawarkan...


Nb : yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada,tapi kami jamin yang terbaik tetap teck bandung(insyaAlloh)
jom jom bercuti di Bandung murah jer. TERIMAKASIH