Friday, June 5, 2015

Ho Chi Minh : Part 3

Day 2

Chu Chi Tunnel (1/2 day tour)

Hari kedua aku dimulakan dengan tour ke Chu Chi Tunnel. Sebenarnya banyak pakej-pakej Chu Chi tunnel ni di The Sinh Café, tapi aku amik tour separuh hari je sebab memang stail aku travel. Kalo boleh nak padat sepadat boleh. Satu hari tuh nak cover 4-5 tempat kalo boleh.

Tour start kul 7.45 pagi, tapi kitorang semua 1 bas kena datang kat depan office The Sinh café setengah jam sebelum tuh untuk settlekan hal tiket tour. Nak breakfast memang tak sempat lah kat hotel. So, pandai-pandai lah bawak bekalan makanan sendiri ye. Then kitorang 1 bas dalam 25-30 orang bergerak ke Chu Chi Tunnel bersama-sama seorang tour guide iaitu Law (sebutannya Lau) yang akan guide kitorang kat Chu Chi Tunnel nanti. Perjalanan mengambil masa kurang 1 jam jer dari bandar Saigon.

Selain excited nak masuk terowong kecil, lawatan Chu Chi Tunnel nih sebenarnya bertujuan untuk tunjuk bagaimana cara orang Vietnam meneruskan hidup zaman Perang Vietnam berlaku dulu. Pada mulanya, aku tak rasa apa-apa, tapi bila Law mengaku dia salah sorang dari ahli gerila dan pernah hidup dalam terowong kecil ni dulu, wat aku tersentuh gak. Feeling sedih ngan kesian tu datang ngan sendiri bila Law menceritakan sendiri betapa peritnya hidup zaman peperangan tu.

Manusia serata alam, paling ramai Korean.

Ni OTW ke CCT. Kau cari mana keta...?

View Chu Chi Tunnels


main tutup pintu lubang yang jadi tumpuan. Law represent aku...

Yang ni pondok Hospital. aku mampu tengok dari luar. malas aku berebut ngan mengkeme2 ni semua.

Tukang buat selipar. Orang vietnam dulu pakai selipar yg dibuat dari tayar.
























Banyak perkara menarik yang aku belajar tentang Chu Chi Tunnel dan Perang Vietnam. Antara aktiviti yang tourist patut buat ialah masuk dan tutup pintu terowong kecil (yang ni wajib kena buat), merangkak dan berjalan dalam terowong, menembak guna peluru hidup, makan ubi kayu cicah kacang bakar + minum teh daun nenas (satu pinggan aku belasah ubi kayu nih hari tuh), dan banyak lagi lah.

Settle Chu Chi Tunnel dalam kul 1 rasenya, tak hingat dah aku.

Ben Thanh Market

Balik dari Chu Chi Tunnel, aku rilex jap dari bilik. Kemudian ke Ben Thanh Market yang selalu disebut-sebut kalau berada di Saigon. Dah jadi ikon Saigon dah pun. Kat sini kalau nak cari kain cotton murah-murah ini lah tempatnya. Time terjah BTM ni tak macam duk Vietnam dah, rasa duk kat Kenanga Mall pun yer jugak sebabnya ramai nau orang Malaysia ada kek sini hah.

Disebabkan ini jer masa yang ada, aku ngan member dengan rakusnya berbelanja. Pada mulanya aku nak ushar-ushar dulu, tapi bila kena paksa ngan seorang peniaga nih, aku terpaksa gak beli 10 helai t-shirt Vietnam nih ngan harga yang kurang memuaskan. Asalnya sehelai dia jual VND170 000 sehelai, tapi bila aku cakap taknak, dia diskaun sampailah VND82 000 sehelai atau RM14 lebih kurang. Kira aku dapat lebih separuh harga dah tuh. Tapi still lagi aku tak puas sebab kalau harga t-shirt yang sama, kat depan Restoran Hajah Basiroh RM7 jerrrrr…..

Tip dan info; point utama utuk shopping adalah KAIN, boleh bargain harga kaw kaw, kebanyakan peniaga dia boleh berbahasa melayu dan Kopi, mesti korang beli sebab kopi Vietnam antara kopi yang faymes di dunia (ye ker???... agaknya lah ;p

Suasana dalam Ben Thanh. Separuh peniaga dia boleh berbahasa Melayu.

kain-kain

Nothing is less... but kain is the most. kain kain kain ...




































































Notre Dame &  The Central Post Office

Nak tak nak, kena balik hotel dulu letak barang. Sebabnya planning aku nak terjah Central Post Office Saigon yang cantik-mantik gaya seni bina France. Mostly bangunan-bangunan Saigon ada pengaruh France sebab effect jajahan portugis dulu-dulu.Baca lah buku sejarah tingkatan 3 balik kalau nak faham lebih lanjut. (Dedikasi untuk Cikgu Rohana Ismail, cikgu Sejarah Sekolah Menengah Bukit Bunga, saya rindu cikgu sejarah saya ini). Sebelum sampai ke Post office nih pun aku jumpa bangunan muzium Saigon. Cantik tapi dah tutup.

Pos ofis nih tutup kul 4.30 ptg, aku sampai dah lebih kul 6… so, takyah nak harap sangat lah boleh masuk. ushar dari luar pun jadi lah. Seberang jalan Pos office nih ada plak Notre Dame, Gereja. Jadi tak beriya sangat aku nak amik gambarnya.

Jarak Central post office nih lebih 700 meter jer dari BTM. Boleh sewa teksi kereta, teksi motosikal atau jalan kaki. Aku pun jalan kaki je. Selain Post Office dan Notre Dame, satu lagi bangunan yang dekat dan jadi tumpuan ialah Reunification Palace. Korang boleh jalan kaki jer. Tapi aku tak pegi Palace nih sebab time tuh dah malam.

Sampai kat BTM, aku singgah makan kat Restoran Aishah. Tak ada apa yang menarik masa makan, kecuali kena tunggu lama sebab order aku tak sampai. Yang ni hati aku mendidih gile. pas makan aku terus balik hotel. Oh ya, time nih, Vietnam tengah sambut hari merdeka ke-40 diorang. malam ni dengarnya ada fireworks bagai. Kat dataran Ben Thanh meriah. Lagu kebangsaan diorang berkemundangan.

Bangunan Muzium yang aku terserempak. tapi dah tutup..


Sebelum Notre Dame, jumpa HSBC besar nih

Notre Dame, tak sama pun cam kat Paris...

isi dalam Central Post
























panjang benor ler entry kang.. gasak lerrr..

Thursday, June 4, 2015

Ho Chi Minh : Part 2

Ok...ok.. ok sambung yang ari tuh.. tetiba muka bos aku muncul depan aku ari tuh.. tu yang cecepat logout tuh... haha

Day 1 (continue previous)

Le Le Hotel

Then, aku mengorak langkah sendiri untuk cari tempat menginap. Sepanjang berada di Saigon ni, aku stay kat Le Le Hotel. Berbekalkan Google map yg aku dah siap print, tak susah lah cari hotel walaupun located dia agak jauh dari Ben Thanh Market. Lebih kurang 300 meter kot.

Biasanya hotel negara lain akan amik Duit Key Deposit sebagai jaminan dan cagaran, berbeza dengan Vietnam, diorang pegang Passport terus ko. Tapi ok gak diorang pegang passport ni, sekurang-kurangnya risiko hilang atau kena curi tuh rendah lah.



























 Hajah Basiroh Restaurant

Settle Check in, melabuhlah sekejap atas katil, nak hilang penat-penat sikit. Penat hilang, perut plak lapar. Dalam jam 6-7 rasanya, aku kuar gerak untuk cari makan. Untuk malam pertama ni, aku makan kat Hajah Basiroh kat belakang Ben Thanh Market. Aku order nasi Goreng Ayam + Air Tropicale.. semuanya harga VND100 000. Biasalah tuh, harga international.

Duong Nguyen An Ninh.. juga dikenali Malaysian Street, sebab bersepah orang malaysia kat sini (siap ada kedai logo 1Malaysia besar lagi ko, ape kes?)



Nasi Goreng ayam. dah ganyang baru terpikir nak amik gambar... lapar tak menahan.


Sebelah Hjh. Basiroh.. ada restoran Kampong Melayu ngan Haji Osman. aku rasa diorang laki bini pastuh duk di Kg.Melayu..??

Juga banyak guna bahasa melayu. sumpah, cam jejalan kat Jalan TAR pon ada time nih.




































































The Sinh Cafe Tourist

Next, aku pergi deal tour untuk esok dan lusa dekat satu tour agen iaitu The Sinh Tourist (dulu dia Cafe jer). Untungnya stay kat Le Le Hotel sebab area dia banyak agent tour. Tapi aku pilih The Sinh Café nih sebab dia MURAHHH…. Aku amik pakej Chu Chi Tunnel (half-day tour) untuk hari esok dan Mekong Delta (1 day tour) untuk hari berikutnya. Kedua-dua pakej reger dia VND648 000 atau convert duit Ringgit RM113.40 jer… Murahhhhhhh hokey!

























ok... aku rasa dah settle ari first nih...  jumpa next ok..

Tuesday, June 2, 2015

Ho Chi Minh : Part 1

As-SALAM semua…

Bandung adalah syurga shopping. Sebut jer nak apa? kain, telekung, kain semayang, jeans, baju bajan segala mak nenek ada. Tapi sejak awal tahun 2013, Vietnam start buka pintu untuk terima orang-orang luar datang bertandang ke negara diorang. Ho Chi Minh menjadi alternatif Bandung dan mula menjadi sebutan tourist-tourist dan traveller-treveller untuk mencari pengalaman dan belajar sejarah Vietnam, juga kaki-kaki shopping bershopping sakan.

Tourism Vietnam

Aku pun dah diberi peluang dan rezeki untuk ke negara republik Indochina ini time cuti buruh hari tuh. Jadi meh lah aku start citer aku tanpa segan silu…

Day 1

Sebenarnya aku malas nak mati citer pasal Ho Chi Minh.  Kenapa? sebab dah ramai dah orang Malaysia yang lagi berpengalaman ke Ho Chi Minh ni. So, kalau citer aku agak boring tak boring, klise tak klise, gasak jer lah… Ready? Let’s Go!

Tan Son Nhat International Airport

Flight aku sepatutnya jam 11.15 am, tapi tertangguh 3 jam kemudian. Sebab apa? Biarlah rahsia… hehe

Flight ke Ho Chi Minh mengambil masa hampir 2 jam gitu. Masa Vietnam 1 jam lagi lambat. Kalau Malaysia pukul 1 petang, Vietnam baru kul 12 tgh hari. Dalam kul 4 aku touch down airport international Ho Chi Minh iaitu Tan Son Nhat International Airport. Agak moden jugak lah airport dia walaupun flight Airasia berlabuh di Terminal 2.

Untuk ke bandar Ho Chi Minh, aku amik bas jer. Bas No 152, yang akan turun kat bus stand dekat Ben Than Market. Tambang dia hanya VND5 000/pax jer, murah-semurah murah alam. Kena sediakan wang kecil untuk naik bas nih. Kalo tak de, beli lah ape2 asalkan dapat jumlah tuh. Kesian drebar bas tuh nak cari duit balance pulak. Jarak Ben Thanh Market dari airport dalam 7km, ambil masa 20 minit untuk sampai. Seperti sedia maklum, bandar Ho Chi Minh atau sebelum ini dipanggil Saigon sangat sangat faymes dengan bandar motosikal. Jadi kadar kesesakan lalu lintas agak rendah di Saigon ya. Kalau jem pon jem motorsikal jerr… 

Bas akan berhenti kat station dia. Masa dalam bas lagi, aku ngan geng teramah mesra plak ngan seorang pakcik nih. Dia datang ke HCM ni nak amik barang jer.. malam nanti flight balik malaysia terus. Dahsyat aku kata. Banyak pengalaman dia ke Saigon (aku sebut Saigon lah yer, melentik lidah aku sebut HCMC banyak kali ni). Dia lah yang bagi banyak tips, siap tunjuk kitorang tempat makan halal kat area Ben Thanh Market lagi sebelum kitorang wat haluan masing-masing. Tima kasih pakcik, (aku tak tahu nama).

Vietnam Airlines



ini ler pakcik yang ramah mesra baik hati tu... cam cikgu hasmaruddin, cikgu fizik aku dulu gaya dia... :p

first snap. cam bandar Kota Bharu gitu.

































































Trivia Ho Chi Minh dari kaca mata aku:
  • Ho Chi Minh ialah Presiden Pertama Vietnam yang berjaya memerdekakan Vietnam dari Amerika pada tahun 1975. Diorang mengabadikan nama Ho Chi Minh ini dengan menukarkan nama lama Saigon.
  • Local still guna nama Saigon nih.
  • Hari kemerdekaan Vietnam ialah 30 April, masa trip aku nih tepat sekali ngan hari kemerdekaan dia. So, sempat lah dengar lagu hari merdeka dia hari tuh.... "Viettttt Nammmm!!!!"- semangat betul bunyi dia..
  • Tak perlu arrival form untuk diisi untuk masuk negara Vietnam. Khas untuk Asean kot.
  • Penggunaan Matawang Dong. USD turut digunakan tapi skang Vietnam slow-slow nak mansuhkan penggunaan USD ni. So, tak tukar USD pon takpe masa gi convert duit.
  • Orang Ho Chi Minh nih macam merendah diri dan pemalu bagi aku. lagi-lagi bila dia jumpa orang Malaysia.
  • Walaupun bukan negara Islam, orang Ho Chi Minh still ada rasa hormat dan open untuk terima dan tahu keperluan orang muslim.
Aku rentikan kat sini dulu... til then (*tetiba.......  antiklimaks punya Ridwan!!....)

Saturday, May 30, 2015

Vietnam - Ho Chi Minh City Trailer

assalam peepss..

memandangkan aku kurang masa nak update entry pasal Ho Chi Minh,  jadi aku kasi korang trailer ringan sebelum pala otak aku yang RAM Memory 256MB nih penuh.. tanggungjawab terhadap karier lebih membuntuhkan pada masa ini... just kipidap ok!




























Ok, kita jumpa Jun nanti... hehehe..

Friday, May 22, 2015

Transportation: Jakarta - Bandung - Singapore - Hong Kong - dll

*apa da tajuk..

Assalam sumer…

Pas belek-belek balik entry-entry aku nih, rupenyer aku perasan kaya yang aku tak selit pun citer-citer sistem pengangkutan sepanjang trip-trip cik Kiah aku nih *tepuk dahi*

Info pengangkutan amat lah penting, kalo takde orang baca pon blog aku nih, at least, akan jadi bahan rujukan aku sendiri pada masa akan datang. Mana tahu aku akan repeat tempat yang pernah aku terjah-terjah dulu-dulu,…. walaupun perkara itu takkan terjadi.

Baik, biarlah aku detailkan sistem pengangkutan yang pernah aku guna sepanjang aku bertravel walaupun hati aku menjerit malas nak google balik… (-_-‘)

Jakarta

Dari airport nak ke Stasiun Gambir aku guna bas, Bas Damri… ingat lagi tak? Klik sini untuk entrynye… Entri Perjalanan Jakarta ke Bandung
  • Dari stasiun Gambir nak ke Stesen Bandung, Bandung (sila baca macam suara pompuan announce dalam KTM)- aku naik kereta api Argo Parahyangan. Tiket kereta api nih boleh beli kat kaunter dan online. Online aku tak reti sangat.
TranJakarta Busway
  • memandang Jakarta takde lagi LRT dan Monorail, busway ialah alternatif untuk jejalan kat bandar jakarta. Time nih aku first time aku travel international, jadi aku tak ambik port sangat betapa pentingnya duk dekat-dekat stesen bas. 
Peta jaringan Transjakarta





















 
Lain-lain: Teksi bermeter (direcommed kan teksi warna biru), angkutan dan bajaj. Sila tanya dulu harga berapa ya supaya tiada risiko kena tipu.


Bandung
Untuk kesana-ke mari, aku memang deal dengan Hayukka Bandoeng untuk perkhidmatan Pak Supir. Pak supir aku namanya Wawan. Sampai sekarang dia masih lagi in-touch ngan aku, tanya bile lagi gi bandung. Sorry lah wawan, Nak travel tempat lain dulu la..hehehe
Link Facebook HAYUKKA BANDOENG untuk Deal..
 
Hayukka Bandoeng

Kalo nak no. telefon untuk Whatapp Wawan, sila emel aku… Just for bisnes ok!
Lain-lain: Teksi dan angkutan (wajib tanya harga)


Yogyakarta

Dari airport ke Jalan Malioboro, aku naik bas TransJogja yang murah giler tuh.
Sila baca entry, malas nak citer balik.

Kalo nak wat trip ke candi borobudur, Kinahrejo, gunung Merapi dan sebagainya, Supir adalah sangat diperlukan. Aku pernah sebut Yogyes nih dalam entry tip dulu, jadi inilah link dia.. 

Tips & trip •  Yogyes

Lain-lain: Teksi (banyak kat airport), Kereta kuda dan beca untuk pusing jalan Malioboro dan sekitarnya. taman sari dan Kraton boleh jer jalan kaki.


Singapore

Sebab musabab aku suka city-type trip adalah transportnya. Sangat mudah dan friendly. Singapore contohnya, ada sistem MRT yang jenis cam aku nih suka duduk dan perhati gelagat orang dalam kenderaan awam.

Tambah lagi singapore ada sediakan tourist pass yang korang boleh swap je sesuka hati untuk pergi ke mana sahaja.

Dari JB ke singapore boleh naik bas jer ngan tambang RM1. Takkan ke murah tuh? Link-link transport yang aku pernah wat research dulu:


Singapore Tourist Pass  •   Singapore MTR System   •   Bas Causeways


Lain-lain: Teksi – aku tak prefer naik teksi masa kat Singapore. Kalo rasa duit korang jenis tak habis. Sila lah naik teksi.


Hong Kong

Untuk ke Tsim Sha Tsui, tolong naik bas. Murah jer. HKD33/pax. Kalo wat trip reramai 4-5 orang contohnya, boleh naik teksi, sebab harganya HKD200-300/car. MTR airport ke Tsim Sha Tsui HKD100/pax.


Hong Kong juga sediakan Octopus Cards untuk mudahkan naik MTR diorang. Cuma Octopus cards nih cam Kad touch n Go, habis jer kena topup.



Lain-lain: Sistem subway. Sangat efisen dan sangat aku setuju kalo malaysia wat sistem subway ni. Sebabnya dia membuatkan kita selesa berjalan, risiko ragut rendah dan memdekatkan jarak perjalanan penjalan kaki.



Shenzhen

Mostly aku guna Metro Shenzhen. Sangat efisyen dan tepati masa. Kalau kerja kat shenzhen, pasti aku tak pernah lambat masuk ofis. Tiap 10 minit, ada jer train.

baca entry aku pasal Shenzhen Metro ni dah cukup kot... Shenzhen Metro

Lain-lain: Bas dan Teksi. Sila google sendiri utntuk pemahaman lanjut.


Macau

Dari Hong Kong ke Macau, aku naik bot dengan 1 jam perjalanan. Guna feri jenama TurboJet seingat aku. cekidap jer lah attachment nih…



Kat Macau, ada shuttle bas yang tersedia untuk kasino-kasino terkenal. Paling stim, shuttle bas ini free, FREEE hokey dan boleh digunakan oleh semua orang. Point-point seperti A-Ma Temple, St. Paul ruins, Senado Square, Fisherman Wharf, Macau tower dan memacam lagi boleh dijayakan hanya menggunakan shuttle bas ini, dan sikit berjalan kaki lah. Aku tak tahu sampai bila servis ini, harap-harap sampai bila-bila lah.

Okey, aku dah makin malas…


Boracay / Kalibo / Manila…

Kalibo – Boracay, - purchased tiket van transit ke terminal boat Boracay. tempoh perjalanan lebih kurang 1 jam setengah. Naik bot 10 minit untuk sampai pulau Boracay kemudian amik jeepney. Sumernya disettlekan secara pakej dan walk in.

Manila: aku recommend Teksi. Warna apa? Warna putih ya kengkawan. Takkan dah luper kang… sesuai untuk trip 3-4 orang. Boleh share duit tambang.

Sistem MRT Manila... 3 line jer dan tak cover mainpoint
Lain-lain: Jeepney, Tricycle, LRT dan bas. Semuanya kena google sendiri sebab aku tak tahu nak cite macam mana coz aku tak naik public nih.

Ok...malas aku dah memuncak. Entry nih semata-mata sharing pengalaman aku time meresearch tempat yang aku dah terjah tuh. lepas nih jangan harap aku bukak cerita  balik..

terabur giler entry nih ..