Saturday, July 26, 2014

Kredit kad & aku

Greetingsss...

Baiklah, sebelum langkah kaki aku makin panjang berjalan sana-sini, memang aku ada apply kredit kad sebagai permulaan kerna (kerna kau!!..) ia amatlah penting espeseli time nak membeli tiket flight, book hotel, tiket atau pass masuk attraction macam themes park dan juga backup cash dikala masa sangat-sangat-sangat diperlukan. Walaupun kredit kad sering disalahertikan sebagai penokok tambah beban hutang tapi bagi aku, selagi bijak guna, in-sha-Allah, takdenya menjadi masalah menimbun hutang korang…. (belagak!)

Lepas buat survey dan buat perkiraan, kebanyakan prosedur dan terma & syarat kredit kad sama jer dari mana-mana bank pun. Ada govermnent tax RM50 setahun dan beberapa lagi caj seperti yuran tahunan yang korang boleh utarakan dengan pihak bank untuk pemahaman jelas. Sekarang syarat untuk apply kad pun dan dilonggarkan, gaji RM2000++ sebulan atau RM24000++  setahun pun dah boleh apply kad.

Selepas buat perkiraan, aku  apply dengan CIMB bank. Sebabnya dapat kumpul bonus point,  takde yuran tahunan dan lagi best – setiap pembelian dikira pembelian runcit selepas 20 hari selepas tarikh transaksi dilakukan. Maknanya, dalam masa 20 hari pas korang buat pembelian, korang bayar harga transaksi tanpa sebarang caj-caj atau faedah tersembunyi. Contohnya, tiket flight korang RM200, RM200 lah korang bayar dalam masa 20 hari tuh… best kan??

contoh kad CIMB kepunyaan aku

Bagi orang yang puntual cam aku ni, kredit kad nih teramatlah sesuai untuk aku. setakat nih, CIMB jer yang aku tahu wat offer camni…

Cara nak apply kredit CIMB nih, bawa copy ic dan statement KWSP korang ke CIMB. Isi borang dah tunggu kelulusan dari CIMB selama 7 hari masa berkerja. Untuk menjamin keselamatan dan memudahkan, minta kredit kad dihantar ke cawangan CIMB yang korang apply itu sendiri. sebab ada kes, kredit kad tak sampai kepada pemohon jika suruh dipos ke rumah.

Harus dingatkan, kredit kad mana-mana pun akan ada faedah 8%++ hingga 17%++ dari hutang sama ada jika lambat bayar, bayar sikit dari jumlah minimun atau tak bayar langsung. Setakat nih, aku takde lagi masalah dengan CIMB kredit kad. Dan hubungan aku dengan CIMB kad masih lagi akrab. Ya ler, dah tahu berhutang, kena tahulah tanggungjawab kita pulak yer…


Saturday, June 21, 2014

Hotspot : Pasar Karat @ Bazar JB

greeting…

Kali ni aku nak review spot point masa aku wat trip tak rasmi ke JB hari tuh. Ekceli ramai dah tahu dengan Bazaar JB atau gak dikenali ngan Pasar Karat JB ni, tapi aku still nak gak wat entri Pasar Karat JB ni sebab takde bahan dah memandangkan ini pon dah dikategorikan trip gak kan…

Kalau nak dkira, sebenarnya aku dah jejak kaki ke Johor Bahru dah 5 kali sepanjang hidup aku, tapi ke Pasar Karat nih first time lah. Sebelum nih Pasar Karat ni tak faymes, tapi ia dah direbrand dan dirasmikan oleh PM, en.najib kita (bukan nak main politik kat sini yer) – tu pasallah Pasar KB ni jadi faymes tetiba, ekspeseli mula dari tahun lepas lagi. Pastuh, ramai ler selebriti yang hos rancangan travelog malaysia yang dok promote pasar karat JB nih.

Untuk ke Pasar Karat, senang jer. Kalau dari Danga Bay, drive terus masuk ke bandar JB melalui jalan Ibrahim hingga jumpa menara bank OCBC. Pasar Karat located dia belakang-belakang bank OCBC, di Jalan Segget. Masa aku parkir (tepi jalan) hari tuh jauh aku nampak Tambak Johor.





Aku pun takde expert sangat jalan jb ni, selain ada member yang tunjukkan jalan – ada gak guna Google maps GPS ari tuh.

Ok bai…!

#Danga Bay dah berubah... lain dari 4 tahun yg dulu, first time aku sampai JB (sila baca dalam nada jakun)

Saturday, June 7, 2014

Bajet: Yogyakarta





Pre-matters  
Flight : RM194   
LCCT – Kajang by ERL @ Bandar Tasik Selatan, teksi &  bas : RM 40.20
Whiz hotel via Agoda.com : RM160.80 (2 night include tax) 
Total : RM395   

Day 1
Bas tranjogja : IDR3 000
Shopping : IDR 220 000
KFC : IDR36 000
SDN Band : IDR3 000 
Total day 1 : IDR262 000  

Day 2
Breakfast @ Whizz hotel : IDR25 000
Mobil + supir : IDR400 000
Borobudur pass: IDR230 000
Borobudur parkir : IDR5 000
Survenir Borobudur : IDR230 000
Pulsa: IDR12 000
Kinahrejo pass + mobil pass : IDR3 000 + IDR5 000
Sewa motor + tips : IDR40 000
Prambanan pass : IDR207 000
Parkir prambanan : IDR5 000
Tips driver : IDR50 000
Final Shopping : IDR255 000
KFC : IDR 30 500 
Total day 2: IDR1 497 500

Day 3
Taman Sari : IDR5 000
Kraton : IDR5 000
Teh Botol : IDR5 500
Bapak* : IDR4 000
Air Mineral : IDR5 000
Beca : IDR40 000
Tranjogja to Adi Sucipto : IDR3 000
Bakpia pathuk + Pringles : IDR70 000
Airport tax : IDR100 000 
Total day 3 : IDR237 500

Total for 3 days at Jogja : IDR1 997 000
GRAND TOTAL : RM395 + RM561.34 = RM956.34

1 RUPIAH =RM 0.0002811

Surprise kan, tak sampai RM1000 pun dah round 1 Jogja siap shopping2 lagi. Termasuk kena tipu dah tu… dari IDR3 juta bawak pergi, lebih IDR950 000 aku bawak balik… hehe

Ok.. c u soon…!

Sunday, June 1, 2014

Tip & Trip : Yogyakarta
















Cam biasa lah, aku ngan murah hatinya nak berkongsi tip-tip dan trivia berguna untuk ke jogja nih. kalau ada benda yang tertinggal nanti pepandai lah topup sendiri yer…

Basically, sama jer ngan trip aku gi Jakarta - Bandung ari tuh… Cuma kali ni takde kelam kabut sangat, kekadang aku rasa trip jogja ni cam aku nak gi pasar pon ada gak…


1. Ticket flight












Aku book tiket flight ke Jogja nih seminggu pas balik dari Jakarta. Nak kata suka-suka tak gak lah, memang berharap pon kalau Airasia wat promo, then nengok tiket flight return Jogja cuma RM194 (all-in) laju jer aku book. Cam biasa lah…hehe


2. Hotel

Kalau survey kat online, please cari hotel kat sekitar Jalan Malioboro. Macam aku, Whiz Hotel memang cukup best kat aku. Bersih giler dan staff dia baik dan helpful … tapi, kalau korang jenis backpacker tegar – carilah hotel-hotel dekat main point cam Borobudur atau Parambanan dulu.

Hotel-hotel yang faymes dikalangan tourist malaysia ialah cam hotel 1001 Malam dan Pop! Hotel. Aku tak tau nak review hotel-hotel ni sebab aku tak stay sini, bagi aku Whiz hotel pon dah sangat baik dah, 4 Bintang!…


3. Transport

Untuk jenis yang terancang, korang boleh lawati web Yogyes.com untuk cari transport atau supir. Kalau jenis yang suka redah lak, korang boleh counting ngan driver teksi masa korang arrival kat airport Adi sucipto lagi. Kalau jenis cam aku konon nak backpacker sangat, boleh cari kenderaan sewa seperti kereta + supir atau motor sewa kat area Jalan Dagen ngan Jalan pasar Kembang. Aku hari tuh deal ngan agen depan hotel 1001 malam. Motor plak korang boleh cari kat area Stesen Tugu.

Masa aku sampai memula kat airport dulu, aku prefer naik bas TransJogja untuk ke Jalan Malioboro sebab murah giler. IDR3 000 je. Untuk cari halte bas ni, korang ikut board yang tunjuk arah je. Senang gile. Selain bas, ada train yang turun kat stesen Tugu dan teksi. Memasing rate IDR10 000 ngan IDR50 000.

Jogja faymes dengan beca dan kereta kuda untuk pusing jalan Malioboro atau nak ke Kraton-Taman Sari. Aku sempat naik beca je hari tuh, tu pun terpaksa. Harga korang boleh runding. Rate biasa Kereta kuda IDR70 000 dan beca IDR50 000.


4. Itinerary

Mostly attraction point Jogja nih sangat dekat-dekat. Yang paling jauh pon Borobudur ngan Gunung Merapi yang berada di luar daerah Jogja. Selain tempat aku terjah hari tuh, sebenarnya banyak lagi spot point yang korang pergi kalau korang ada banyak masa.


Attraction Jogja:-
  • Candi Borobudur (dalam 45 minit dari Jalan Malioboro)
  • Kampung & Rumah Mbah Maridjan (1 jam dari Candi Borobudur)
  • Kawah Gunung Merapi (4 jam dari kaki gunung merapi – sewa jeep)
  • Candi Parambanan ( 40 minit dari Merapi atau 20km dari jalan Malioboro)
  • Candi Ratu Boko (3km dari Candi Parambanan) – aku tak sempat pegi…
  • Pantai Parangtritis – kalau aku pegi jogja, tempat nih dulu aku terjah, sunset dia lawa…
  • Kota Gede – tempat buat barangan perak, mak-mak datin suka tempat nih
  • Taman Sari
  • Kraton
  • Alun-alun Selatan (masangin)
  • Telaga Warna – aku tak sure tempat nih, tapi ambik masa 3 jam dari Jogja
  • Kawah Sikidang di daerah Dieng ( 4 jam dari bandar Jogja)

Dan kalau korang nak tau, korang boleh ke Solo untuk 1 hari sebab tempoh perjalanan ke Solo cuma 2-3 jam sahaja dari Jogja. Ke Semarang pulak lebih kurang 7 jam dari jalan Malioboro…


5. Makanan

Aku takde jaminan lau bab makan di Jogja nih. mungkin 70% adalah halal. Aku sendiri pon selamba je tanya kat staf Whiz hotel hari tuh, makanan kat sini halal ke tak. Ye lah, kat jogja nih muka jawa ala melayu, tapi ada yang beragama buddha atau hindu, yang bernama tommy2 lak agama islam… mau tak konfius aku.. daripada dok ragu-ragu, direct aku tanya. Tergelak staf hotel hari tuh. Yang konfem halal adalah kat lesehan dan tak lain tak bukan, KFC ler… sorry aku concern sikit bab makan… makanan tuh kan jadi darah daging kita nanti hokey.

Kat Jogja amatlah disarankan untuk cuba Nasi Gudeg, Nasi Liwet dan Bakpia Pakthuk. Tak cuba makanan ni, taksah ke Jogja ok..






















takat tuh je lah trivia yang bleh bagi... memang sama ngan trip gi bandung / jakarta.. cuma few things jer yang korang kena take note.. ok bye...

# ngah tengok siri Dengan Basikal Aku Menjelajah..

Tuesday, May 27, 2014

Yogyakarta : Part 6

Day 3 (cont.) : Taman Sari

Selasai lawatan kat Masangin, aku patah balik dari jalan aku mula masuk untuk ke Taman Sari. Dari Mas Angin ke Taman Sari, macam aku cakap tak jauh. Jalan kaki mungkin dalam 5-8 minit dah sampai.

Kalau nak dibandingkan ngan Kraton, Taman Sari ni lagi ada attraction dia. Nak-nak lagi tourist mat Salleh. Suka naww datang Taman Sari ni. Sebab apa? Kalau nak cerita dia punya sejarah, Taman Sari ada unsur 18SX. Ringkas dari pemahaman aku, Taman Sari atau dikenali Istana Air (mat salleh panggil Water Castle) tempat raja jogja dulu-dulu beriadah. Dia akan duduk di satu menara yang tinggi dan lihat dayang-dayang dia mandi dalam kolam. Kalau raja tuh berkenan sangat ngan salah seorang dayang, dia campak bunga. Kira chop lah tuh. Pastuh korang tau dia buat aper? … dari hasil lawatan aku kat Taman Sari nih, belakang menara tinggi ni ada satu kolam lagi (kira private lah tuh), pastuh siap ada katil lagi dalam satu bangunan… korang rasa Raja ngan Dayang “bertuah” tuh buat ape? Haha memasing dok imagine dah ni…

Tiket masuk ke Taman Sari nih sama jer ngan Kraton, IDR 5000. Dan aku rasa ia lagi berbaloi datang ke sini, sebab Taman Sari ni ada ciri-ciri kesenian di dinding bangunan dan pintu gerbang setiap laman dia. (Nampak ayat kesenian tuh, dah macam pengacara Nona dah aku rasa) Nak bergambar pon cantik kat sini. So, kalau datang lagi ke Jogja secara berjemaah, aku lebih prefer datang sini dari Kraton.

Selesai tawaf dan duduk rilek jap, tetiba dengar azan solat jumaat habis (kuat bunyi azan kat Taman Sari sebab dekat ngan masjid) aku gerak balik. Kira destinasi aku bajet abis kat sini je lah. Nak berjalan kaki balik ke Jalan Malioboro, memang tak lah. Terus aku cari pakcik beca untuk hantar aku ke Halte Ahmad Yani. Yang ni pon kelakar gak, aku sengaja pilih pakcik beca yang muda-muda sebab aku kesian lau yang tua2. Pas ushar harga kat seorang pakcik nih (yang kategori muda) aku setuju ngan caj IDR40 000 untuk ke Halte Ahmad Yani. Pas settle runding, pak cik tuh cakap; “nanti guwe panggil bapak saya ya mas..” sekali datang cam baya-baya bapak aku daa… terpaksa aku ketepikan rasa kesian aku nih walaupun jauh dalam kesian giler, lagi-lagi time dia batuk-batuk.. hadoiiii

Lebih kurang 15 minit gitu, aku sampai kat halte Ahmad Yani, langsung terus naik Bas Tranjogja lane 1A untuk menuju ke Airport Adi Sucipto.

Sampai kat Airport, aku tunggu lebih kurang 3 jam lagi sebab terawal sangat lak… dalam pada masa tuh, sempat aku beli Bakpia Pathuk, kuih yang faymes kat Jogja ni. Wajib kena beli tau, aku pon nasib baik beli last minit. Kalau kat Jalan Malioboro, murah jer tapi aku beli kat airport mahal lah sikit. Mahal pon mahal lah, dari dok kempunan. Sedap jugak kuih nih weyh, aku beli perisa keju. Rasa dia cam kuih semperit, tpi rasa lembap2 sikit.Selain keju, bakpia nih ada perisa coklat, strawberi, durian dan memacam lagi




























Dok melangok sambil main Candy Crush sampai jam 4.00 ptg baru lah gate boarding bukak… apapun aku simpulkan percutian ni memang best... tolak kes takde orang amik gambar aku, memang pengalaman travel sesorang cukup bermakna sebab aku boleh kenal siapa diri sendiri. even aku boleh bangga dengan anak cucu aku nanti yang penah travel sesorang…keh3..

tamat utk bahagian Yogyakarta / Jogja ~(Yuhuuu!!!!)

Sekian….

#Review ngan bajet aku wat nanti-nanti lah yer..

Monday, May 26, 2014

Yogyakarta : Part 5

Hellllooo allll….!!!

Nak teruskan citer pengalaman bercuti bajet aku di Jogja nih… sila duduk semua cucu-cucu, atok wan nak start citer ni hah…

Day 3 : Kraton, Masangin & Taman Sari

Kalau dah semalam bangun awal, hari ni aku bangun lambat walaupun tidoq lena semalam. Dalam kul 10 pagi baru terhegeh-hegeh ke bilik air. Breakfast dalam bilik je ari nih, burger KFC semalam ngan air mineral.. dah!

Pas siap-siap, kemas-kemas packing-packing barang tak sampai setengah jam (main sumbat, tu pasal cepat..hehek) aku checkout then teruskan perjalanan hari ini. Bagi melengkapkan syarat ke Jogja, spot point pertama hari ni yelah Kraton. Ringkasnya, Kraton ni merupakan Istana lama raja-raja Jogja dulu-dulu. Sape rajanya? sila check google yer…

Untuk ke Kraton nih senang jer. Bleh naik beca ngan caj IDR30 000 atau kereta kuda caj IDR50 000. Lau ikut cara aku, jalan kaki. Kata nak berjalan. Lagipun bukan jauh sangat Kraton nih dari jalan Malioboro. Kira-kira 500-700 meter jer. Tenaga muda jangan dipersiakan hokey.

Dari jalan Malioboro, jalan terus melalui jalan Ahmad Yani kemudian jumpa simpang 4 jalan KH Ahmad Dahlan (Jalan Kyai Haji Ahmad Dahlan), terus lagi akan jumpa jalan Joni. Jalan straight je jalan joni, jauh dah nampak pintu gerbang Kraton. Masa aku sampai tuh pintu gerbang besar tutup. Aku tak sure memang dia tutup ke atau hari tuh je dia tutup. Kena pusing perkarangan Kraton then barulah jumpa loket tiket dia. Kecik jer rupenya pintu masuk dia. Masa aku sampai tak ramai orang, tourist mat salleh pun 2-3 kerat jer. Memula aku masuk sini, lost beb. Tak tahu nak wat apa. Kalau tourist lain ada jer tourist guide yang offer diri jadi guide diorang (tapi mesti ada bagi tip arr…) tapi aku tak. Tu ler, sombong sangat.

Pada yang pencinta sejarah dan kebudayaan kerajaan jawa dulu-dulu, maybe ni tempat korang boleh datang lawati. Bagi aku plak, sejarah kerajaan Melaka tak habis khatam, sebok nak studi sejarah orang. Ok fine! 15 minit lepas tuh aku keluar dari Kraton.

Langsung terus ke check point seterusnya iaitu Alun-alun Selatan atau dipanggil gak Masangin. Kalau ikot map, Masangin nih dekat jer ngan Kraton, in fact kat belakang Kraton jer. Tapi ntah camana aku tersalah jalan plak, jauh aku kena menapak. Ramai gak pak-pak cik beca pelawa aku naik beca diorang. Tapi bongkak aku tolak. Yelah, biler lagi aku dapat experience camni yer tak. Pas tanya 2-3 orang, akhir aku aku berjaya gak. Dalam perjalanan ke Masangin nih, aku lalu Pasar Burung secara tak sengaja. Pasar Burung nih aku ingat yang Qi promote dalam Destinasi Bajet ni.

Dari Pasar Burung, jalan terus dan aku jumpa lak signboard Taman Sari. Rupernya Masangin ni lagi dekat Taman Sari rupenya.

Masangin nih tempat faymes orang-orang muda Jogja ni datang lepak petang-petang. Masa aku kat sini ari tuh tak ramai orang… then baru aku teringat yang ari tuh hari jumaat, tengah hari plak tuh. Apa yang best kat Masangin nih korang boleh test tahap confident korang kat sini. Caranya, korang tutup mata korang ngan kain, pastuh kena berjalan dan lalu ke celah-celah pokok beringin nih. Kalau korang berjaya, confidential korang tinggi lah tuh. Kata bapak yang approach aku masa aku duduk lepak ari tuh, ramai yang fail. Even, Qi pun fail gak.

Aku teringin nak try, tapi pikirkan safety terpaksa lupakan je. Ye lah, macam-macam bleh jadi masa korang tutup mata tutup. Orang kat sini bukan leh caya sangat. Jujur aku cakap, aku pun hampir terkena ngan sorang pakcik ni. Sebelum dia keletong lebih, aku blah. Ikut hati nak bagi IDR2 000, tapi aku bagi dia IDR4 000 je. Padan muka!











Sebahagian Pasar Burung yang aku sempat snap























 TBC… ( tetiba ada hal urgent kene wat)


Sunday, May 18, 2014

Yogyakarta : Part 4

Day 2 (Cont.) : Final Shopping & Mirota Batik

Sedar-sedar dari tido, dah kul 7 malam. Cepat-cepat aku bersiap-siap takut nanti tak sempat nak ronda-ronda kedai kat jalan Malioboro nih. Malam terakhir lah katakan. Malam nih aku nekad nak cari baju-baju batik untuk mak ayah aku, selain sourvenir lain kalau ada yang berkenan.

Serius, aku tak rasa lonely pun kalau join dalam kesibukan jalan malioboro nih. Walau dah dua tiga kali ronda tak bosan. “Setengah jam kemudian…”(tolong wat ton suara cam spongebob) aku berjaya cari bebarang aku nak yakni baju kemeja batik, blaus batik ngan t-shirt malioboro untuk aku pakai esok.

Tetiba aku teringat plak satu kedai yang selalu disebut-sebut dek tourist Malaysia iaitu Mirota Batik. Aku tak sure Mirota Batik ni berada di jalan Malioboro atau dah sampai jalan Ahmad Yani tapi ia dekat sangat kalau aku nak pegi. Dah alang-alang nih, pelan-pelan aku tuju ke arah Mirota Batik.

Tapi nasib tak berapa baik sebab Mirota Batik tutup pulak la pulak. Nak kata baru tutup, tak mungkin sebab dari board dia tulis jam 9 baru tutup.. masa aku sampai hari tuh tak sampai jam 8 malam lagi. Ke dia memang tutup hari ni sebab hari nikan 1 Mei…

Apa yang istimewa Mirota Batik nih? Jawapan aku… Entah. Mungkin kat Mirota Batik nih jer kot yang jual Fridge Magnet Jogja. Kalau korang nak FM, sinilah tempatnye. FM nih barang rare kat Jalan Malioboro, so dia mahal sikit. Aku lak, dapat FM Borobudur yang mahal nak mampos siang tadi, dah cukup dah kot. Selain FM, Mirota Batik jual batik-batik lah cam biasa. Nak kata murah, aku dapat baju batik lagi murah kot…hehehe hasil skil tawar-menawar.

Aku snap gambar board Mirota Batik, pastuh blah dari situ sebelum gi tapau makanan. Cadangnya nak rasa nasi Gudeg kat lesehan, kat seberang jalan Malioboro… tapi, ntah camane lalu kat depan KFC, terus turn-in masuk KFC. Sedar-sedar ada 2 bijik burger, fries ngan Manggo sundae kat tangan aku…. Hak3..






belanja gambar selfie satu!...

ok, next time...