Monday, May 26, 2014

Yogyakarta : Part 5

Hellllooo allll….!!!

Nak teruskan citer pengalaman bercuti bajet aku di Jogja nih… sila duduk semua cucu-cucu, atok wan nak start citer ni hah…

Day 3 : Kraton, Masangin & Taman Sari

Kalau dah semalam bangun awal, hari ni aku bangun lambat walaupun tidoq lena semalam. Dalam kul 10 pagi baru terhegeh-hegeh ke bilik air. Breakfast dalam bilik je ari nih, burger KFC semalam ngan air mineral.. dah!

Pas siap-siap, kemas-kemas packing-packing barang tak sampai setengah jam (main sumbat, tu pasal cepat..hehek) aku checkout then teruskan perjalanan hari ini. Bagi melengkapkan syarat ke Jogja, spot point pertama hari ni yelah Kraton. Ringkasnya, Kraton ni merupakan Istana lama raja-raja Jogja dulu-dulu. Sape rajanya? sila check google yer…

Untuk ke Kraton nih senang jer. Bleh naik beca ngan caj IDR30 000 atau kereta kuda caj IDR50 000. Lau ikut cara aku, jalan kaki. Kata nak berjalan. Lagipun bukan jauh sangat Kraton nih dari jalan Malioboro. Kira-kira 500-700 meter jer. Tenaga muda jangan dipersiakan hokey.

Dari jalan Malioboro, jalan terus melalui jalan Ahmad Yani kemudian jumpa simpang 4 jalan KH Ahmad Dahlan (Jalan Kyai Haji Ahmad Dahlan), terus lagi akan jumpa jalan Joni. Jalan straight je jalan joni, jauh dah nampak pintu gerbang Kraton. Masa aku sampai tuh pintu gerbang besar tutup. Aku tak sure memang dia tutup ke atau hari tuh je dia tutup. Kena pusing perkarangan Kraton then barulah jumpa loket tiket dia. Kecik jer rupenya pintu masuk dia. Masa aku sampai tak ramai orang, tourist mat salleh pun 2-3 kerat jer. Memula aku masuk sini, lost beb. Tak tahu nak wat apa. Kalau tourist lain ada jer tourist guide yang offer diri jadi guide diorang (tapi mesti ada bagi tip arr…) tapi aku tak. Tu ler, sombong sangat.

Pada yang pencinta sejarah dan kebudayaan kerajaan jawa dulu-dulu, maybe ni tempat korang boleh datang lawati. Bagi aku plak, sejarah kerajaan Melaka tak habis khatam, sebok nak studi sejarah orang. Ok fine! 15 minit lepas tuh aku keluar dari Kraton.

Langsung terus ke check point seterusnya iaitu Alun-alun Selatan atau dipanggil gak Masangin. Kalau ikot map, Masangin nih dekat jer ngan Kraton, in fact kat belakang Kraton jer. Tapi ntah camana aku tersalah jalan plak, jauh aku kena menapak. Ramai gak pak-pak cik beca pelawa aku naik beca diorang. Tapi bongkak aku tolak. Yelah, biler lagi aku dapat experience camni yer tak. Pas tanya 2-3 orang, akhir aku aku berjaya gak. Dalam perjalanan ke Masangin nih, aku lalu Pasar Burung secara tak sengaja. Pasar Burung nih aku ingat yang Qi promote dalam Destinasi Bajet ni.

Dari Pasar Burung, jalan terus dan aku jumpa lak signboard Taman Sari. Rupernya Masangin ni lagi dekat Taman Sari rupenya.

Masangin nih tempat faymes orang-orang muda Jogja ni datang lepak petang-petang. Masa aku kat sini ari tuh tak ramai orang… then baru aku teringat yang ari tuh hari jumaat, tengah hari plak tuh. Apa yang best kat Masangin nih korang boleh test tahap confident korang kat sini. Caranya, korang tutup mata korang ngan kain, pastuh kena berjalan dan lalu ke celah-celah pokok beringin nih. Kalau korang berjaya, confidential korang tinggi lah tuh. Kata bapak yang approach aku masa aku duduk lepak ari tuh, ramai yang fail. Even, Qi pun fail gak.

Aku teringin nak try, tapi pikirkan safety terpaksa lupakan je. Ye lah, macam-macam bleh jadi masa korang tutup mata tutup. Orang kat sini bukan leh caya sangat. Jujur aku cakap, aku pun hampir terkena ngan sorang pakcik ni. Sebelum dia keletong lebih, aku blah. Ikut hati nak bagi IDR2 000, tapi aku bagi dia IDR4 000 je. Padan muka!











Sebahagian Pasar Burung yang aku sempat snap























 TBC… ( tetiba ada hal urgent kene wat)


No comments: