Tuesday, November 13, 2018

Sydney : Langkah pertama di Benua Kanggaru

Assalamulaikum… dan salam sejahtera.

Setelah beberapa kali tertangguh-tangguh, akhirnya ada juga masa nak share pasal trip Sydney. Itupun, time tulis content ni pun aku bertabahkan hati nak buat jugak. Kerja sebagai GD ni, paham-paham laaa….

FYI, trip ni adalah trip negara yang ke 12 sebelum aku ke Bandar Seri Bangawan yakni sebelum aku berkerat rotan dengan syarikat AMSB. Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun dah rupanya aku peram.

Lengkap tak lengkap, ingat tak ingat… aku go through aje dulu. Once, ada penambahbaikan (Ceh, ayat KPM membawak ke sini!) , aku topup lah nanti…


Day 1: Langkah pertama di benua Kanggaru

Perkara pertama aku nampak pada Sydney adalah view dia. Of course lah kan… tapi, Maksud aku kat sini adalah interaksi orang-orangnya dengan ekosistem dan budaya kehidupan diorang. Bahasa mudah, hubungan kepelbagaian kaum (campuran mat salih dan orang asia) tinggal bersama, bersatu padu untuk menjadikan dahulunya tanah tandus ni menjadi sebuah negara maju – faham dak? Kalau tak faham apa benda aku merepek ni, tak pelah. Go on layan gambar aje….

diguna untuk naik train, bas, feri dan memacam lagi..
train 3 tingkat for the first time aku tengok

on the way ke hostel. first view sydney aku 
























Day 2: Perjalanan ke Three Sister

Ekceli aku pun lupa macam mana aku boleh sampai dekat sini. Yang aku ingat, perjalanan menaiki train ke Emu Plain yang menempatkan Echo point ni ambil masa 3 jam dari stesen Central..

Echo point


Three sister

hamparan gunung ganang. nikmat mana yang kau nak dustakan?


laluan ke sister

laluan ke sister

dinner hari kedua
























Day 3: merayau ke Darling harbour, Sydney Opera house & Taman Botani Sydney

Simple bajet punye trip. Merayau jalan kaki sekitar bandar sydney. Daripada darling harbour ke taman botaninya… satu aje aku rasa time ni, lonely.

Obviously, Sydney sangat sesuai untuk family atau group trip…




Bukti aku dah pegang Sydney Opera house





























Day 4: Bondi junction & Bondi beach

Sebelum pergi jauh, untuk tidak malukan diri, sebutan Bondi ni adalah “Bondaii” okey.

Yang ni pun trip ala kadar jugak. Aku guna kudrat kaki untuk terjah pantai yang faymes kat sydney. Lebih kurang 1 jam dari bandar seingat aku.

Bondi beach. walopon sejuk, still lagi ada dugong2 berjemur.. 


























Apa yang membuatkan aku Ralat sepanjang trip ni

  • Sepanjang trip Sydney, aku dalam keadaan blur gile. First, langsung tak wat preparation sebab banyak masa dengan kerja.  Disebabkan itulah, aku  jadi tak ada mood langsung nak teruskan trip ni. Pergi pon just terasa rugi kat harga tiket. tak guna la berebut harga paling murah kalo cancel.
  • Second, aku banyak termenung sambil memikirkan masalah yang menekan jiwa time tu. Allah saja tahu betapa stressnya aku time trip ni. Nak dapat cuti 3 hari bukan main payah, siap bersyarat bagai walaupun aku dah penuhi tanggungjawab. Memacam aku kena ugut untuk dapat cuti ni. kompeni lambakkan kerja sampai aku burnout tau. tapi once aku buat salah, siaplah! Itu belum lagi kena hadap manusia2 hasad dengki dan muka-muka bertalam. Perangai masing-masingkan... Ah, aku datang jauh2 semata2 untuk fikir masalah aje tau!
  • Aku tak dapat bertemu mata dengan kanggaru dan beruang koala
  • Gambar banyak hilang semenjak pendrive aku rosak ari tu…
mesej yang sempat aku buat masa stay sesorang kat Taman Botani tu... harap diterima

Tuesday, June 13, 2017

Nostalgia Ramadan, Bazar & BSB, Brunei

Assalamualaikum

Ramadan dah masuk hari ke-18 dah. Pejam celik, pejam celik… rupanya dah setahun trip Bandar Seri Begawan ni ek. Tak tahu lah nape, maybe bulan ramadan ni, perut ngah lapar pulak.. effectnya mengundang nostalgik untuk aku remind, terkenang-terkenang negara yang aku sempat singgah ni. Mana taknya, trip Bandar Seri Begawan ni aku hanya terjah 3 hari aje di bulan Ramadan tahun lepas, 2016. Kepergian aku ke sini adalah mereput seorang sahaja, untuk merasa bulan puasa kat sana katanyaa...

caption aku update kalo ada masa. just enjoy pic dulu lah yeee!! Selamat berpuasa..


menuju balai ketibaan





















Langsung lengang. lebih kurang airport langkawi

naik bas ajo ke kota... BND1

Ni ajelah bekalan wang yang dibawa. takbanyak, tpi cukup2 sbb tak gi memana pun..

along the way ke bazar ramadan hari 1. kau rasa kereta2 ni milik siapa?

walaupun BSB berstatus ibu negara, tapi still lagi ada jalan berteratak kayu camni. Ini jalan dari masjid Sultan Omar Ali Saifuddin nak ke hotel tempat menginap.

kubur dia. alahai...

Ini bukan Kg Ayer ok. ni  antara jalan shortcut yang aku lalu dari hotel ke bandar.

dari atas jambatan. masjid Sultan Omar Ali Saifuddin tengah wat renovation. planning macam nak wat dataraan ala  putrajaya

dari atas jambatan jugak. inilah rumah2 pemilik2 kereta yang aku snap tadi... sumpah aku tak bohong..  rumah alahh camni je.. tapi keretanya? subaru adalah paling cikai!

melewati pagar masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. sempat snap pic ni. nampak cam tenet kan... aku tiru. hahah

bandar BSB. macam bandar mati walaupun baru pukul 4. time nih baru lepas asar.

bazar dekat muzium alat dan istiadat Brunei. first round kat sini aje.

dengan BND1(RM2.50) kau dapat 1 beg  plastik tuh.... aku beli ABC (semua komplete dengan buah kabung dan kacang)

Semua BND1 (RM2.50)



Day 2: Bazar dekat Stadium Brunei (berpeluh-peluh nak sampai sini)

Stadium hasanah Bolkiah. pas sesat birat, berjaya juga sampai kat sini dalam kul 6 (nak berbuka puasa dah time ni)

Sempat snap 1 gambar bazar Stadium Hassanah Bolkiah (kat sini boleh jumpa peniaganya orang kelantan dengan Kedah. nasi kerabu siap budu weeyyy....

terkonco-konco berbuka kat tepi stadium... aku sambung masuk Bazar balik (semua dah menyimpan barabg dah, tapi boleh beli lagi) peniaganya baik-baik semua.

hahhh.. time nilah moment aku takleh lupa sampai mati... dari Stadium balik ke hotel... kena jalan kaki! 5KM jauh dia... air mata, air hidung, air peluh, segala air keluar dah time ni...  (di Brunei pada bulan puasa, SEMUA PERKHIDMATAN TERMASUK  PERKHIDMATAN BAS, TAMAT JAM 6 PETANG)

hari ketiga (sempat singgah sekitar kota)


kampung ayer


mereput dekat airport lagi. walaupun ngam 1 jam seblum boarding, still takde orang lagi.

Ok, Byeee BSB! kita jumpa lagi!!















































































ps/ haih,dah  Setahun  aku ‘bercuti’  dalam arena kembara aka naik flight ni. *sighhh*

takpe. waktu adalah ubat kedukaan. Rindu nak naik flight!!!