Day 3: Blok M
Dari Tangkuban Perahu sebenarnya boleh jer direct terus ke Jakarta tanpa masuk balik ke Bandung melalui daerah/pekan Subang. Tapi Wawan cakap, Subang mungkin jam teruk, lagi-lagi hari ini hari Ahad. So, bagi jer lah yang expert yang handle. Perjalanan Tangkuban Perahu ke bandung 1 jam dan Bandung ke Jakarta 3 jam melalui highway. Kalau kat Malaysia, macam KL ke Kuantan lah jauhnya.
Dalam kul 2 ptg gak lah sampai kat Mangga Dua, Jakarta. Destinasi kami adalah kat mangga Square untuk pickup member kakak aku, Suwarni yang akan jadi tourist guide kitorang kat Jakarta nih. Asal nak pickup jer, tapi dah susah-susah jam nih, kitaorang terus gi makan kat food court Mangga Square nih. Wawan tak join, cam biasalah dia takkan makan kalo nak drive. Mengantuk katanya. Jadi tunggu kat kereta je lah. Tapi, awal-awal lagi aku cakap aku akan tapau makanan untuk dia.
Setibanya kami di Jakarta |
Nasi ayam penyet yg sempat aku jamah |
Pas makan, kitorang tunggu Wawan yang hilang kejap ntah ke mana. Sebenarnya, Wawan parking keta dia kat basement yang kompen line tipon tak masuk. Bila call tak dapat. Nasib baik, tak lama. Mungkin dia pun perasan yang kitorang lama dalam mall tuh. Last-last dia kuar dan baru lah dapat call dia balik. Jam 6.00 ptg, baru kitorang sampai kat Hotel 55, Mangga Dua.
Sedih gak nak berpisah ngan Wawan. Sebab dia best sangat. Aku bagi dia tip IDR200000, nasi ayam penyet, 2 tin air nescafe, keropok ubi ngan 1 kotak strawberi yang terlupa nak bagi dia semalam. Hah amek kau!.. sebab aku memang puas hati servis yang Wawan bagi. Trima kasih ya Wawan, kalau umur panjang, rezeki lebih kita jumpa lagi….
Kat hotel 55, aku terpaksa tambah 1 lagi bilik sebab Warni sanggup stay nak jadi kitorang punya tourist guide. Bilik Suite yang order dari Booking.com untuk dia ngan sibling aku, manakala 1 bilik lagi yang harga IDR35000 untuk aku dan emak aku. Pas Check in, kitorang berehat jap, sementara plan nak ke Blok M.
Halte kota dekat dengan muzium Mandiri |
Apa benda Blok M ni? Mungkin Blok M tak feymes di kalangan tourist Malaysia yang lebih prefer Tanah Abang. Tapi, bila aku sampai jer kat sini, teruja plak aku. Blok M nih Mall lebih kurang macam Time Square tapi kedai-kedai dia boleh bargain harga. Kat sinilahaku rembat pakaian untuk aku cam kemeja 1 helai, sweater jean berhood, seluar panjang fit 1 helai, baju I love Jakarta 2 helai (beli 2 jer sebab mahal), bag pakaian, kain sarong mak aku 2helai, dan most memorable – seluar pendek warna hijau yang jadi favorite aku sekarang. Keh3.
suasana dalam blok M |
Cara nak ke Blok M dari Hotel 55 nih, kitorang kena jalan lintas jalan sampai jumpa 1 jalan, pastuh naik angkutan ke stesen busway transjakarta bermula di Halte Kota. Harga cajnya UDR35 000 seorang. Blok M ni last destination jika naik Halte Kota (Halte tuh maksudnya stesen atau hentian) makan masa hampir 40 minit. So, berakar gaklah kaki aku, berdiri jer sepanjang perjalanan nih. Dan tolong hati-hati ngan pencompek yer. Kalau bawak bag, tolong pindah galas ke depan korang dan jaga-jaga wallet korang.
Satu yang aku amazed sangat pasal busway nih, sebenar dia bas… tapi dia pun design cam LRT yang ada 2 gerabak. 1 gerabak lelaki dan 1 gerabak perempuan. Tolong make attention k, jangan jadi macam aku termasuk plak dalam gerabak perempuan.
Lepas pusing-pusing Blok M hampir 1 jam, kitorang tapau makanan dan balik semula ke hotel. Sebenarnya kat area blok M tuh ada pasar malam plak malam tuh.. hari ahad, malam isnin… tapi capek sih… balik terus lah...
Pas makan, aku terpaksa arrange untuk packing bag yang dah beranaknya 1 bag baru yang aku beli kat Blok M tuh. Risau gak aku sebab takut overweight, nak2 lagi aku tak amek pun charge luggage.. apapun tawakal jer lah.
Tu saja untuk trip jakarta yang last night kitorang kat Indonesia.
TBC…
No comments:
Post a Comment