Saturday, December 21, 2013

Langkawi : Bajet



Wuiihhh… aku ingat citer Langkawi aku nih dah habis.. ruper-rupernya ada lagi, member-member opis sebok tanya pasal bajet plak.. katenye nak tau lah kang brape hinggit aku habis ke langkawi hari tuh, sebagai rujukan katanya... kalau sekali tanye takpe, nih datang sorang-sorang tanya, cemuih aku nak menjawabnya.. meh sini aku nak nak bagitau korang semua berapa bajet yang kena ada untuk ke langkawi stail aku…

First Day:

Tol & Minyak

Aku isi 2 kali.. full terus, kat Damansara sekali.. kat Shell Juru, penang sekali…
Total dia, RM51 + RM47 = RM98

Dari kuala lumpur ke Kedah ada 2-3 tol.. Tol kat Sprint, Juru & Alor setar (u)
= RM2.50 + RM43.00 + 19.70 = RM62.70

Parking = 2 keta x RM60 (3 hari) = RM120

Tiket feri = 8 dewasa x RM23 + 1 budak x RM17 = RM201

Seri Indah Apartment (seaview hotel) = 2 malam x RM320 = RM640

Van =2 malam x RM100 = RM200

Petrol = RM20

Makan Malam = RM 4.50 x 9 = RM40.5

Total = RM1382.20




Second Day:

Makan Tengahari = RM47.00

Petrol = RM20

Island Hopping = 8 dewasa x RM25 + 2 kanak-kanak x RM15 = RM230

Makan malam = RM36

Total = RM333



Last day:

Cable car = 6 dewasa x RM15 + 2 kanak-kanak x RM10 = RM110

Petrol van = RM10

Tiket feri = RM201

Makan besar = RM153

Tol & Minyak = RM62.70 + RM100 (isi full 2 kali)

Total= RM636.70




Grand Total Langkawi = RM2 351.90


p/s: Jumlah ni tak termasuk kerja shopping menyopping tau.. tang tuh korang bajet sendiri. Alah sourvenir tak mahal lah kat Langkawi nih.. stakat nak t-shirt..yang RM5 pun ada.. keychain pun murah gak.. ada RM1 satu atau 1 peket RM10 dalam tuh ada 10-12 jenis keychain.. Beg bagasi yang besar gedabak tuh, kakak aku beli tuh RM55 hinggit jer…

Aku rasa dah cukup detail nih.. malas nak tulis panjang-panjang dah..

ok selamat bercuti-cuti bajet yer…

Saturday, December 14, 2013

Big Bad Wolf


Aku sebenar takler giler sangat dengan Big Bad Wolf ni, tapi disebabkan aku sudah terjerumus ke kancah arena publisher pun terpalit sama dengan kehangatan pesta yang memang dinanti-nantikan ini. Bagi pencinta tegar buku mungkin dah tunggu-tunggu pesta Big Bad Wolf, perasaannya samalah seperti menunggu makwe/pakwe balik dari obersea yang balik setahun sekali. Gitulah gamaknya feeling dier.

Macam aku cakap tadi, aku tak teruja sangat ngan benda-benda nih. Tapi biler nengok member-member opis, especially jenis bookworm terujat giler , tak pasal-pasal aku pun terseret sama untuk join pesta ni. Mana tak giler, buku-buku stok dari obersea cam Amerika, Kanada dll dijual secara lambak and ofcoz lah murah giler. Bayangkan, harga asal buku yang berharga yang dalam rate RM300-RM400 (lebih kurang USD120) didiskaunkan jadi RM20 sahaja. Ya, RM20 je beb. Macam mana si bookworm tak giler.

Sesampai je kat dewan Big Bad Wolf ni, memasing menghilang diri. Walau dah midnight, tapi orang still ramai lagi. Aku cool jer memula, tapi bila jumpa buku yang buleh aku cakap best, hilang ingatan jap. Melilau mata cari buku yang lagi best. FYI, memacam genre buku dijual dalam Hall Big Bad Wolf; dari buku ABC kanak-kanak ke Novel remaja, dari buku journal ke buku masak semua ada. Bagi aku, ofcoz buku grafik & travel jadi pilihan aku.heh! ;p

Sedar-sedar dah lebih 5 buah buku aku pegang, rate RM120 aku kira. Banyak dah tuh, jadi aku terpaksa singkir 2-3 bijik demi menjaga bajet aku minggu nih. Hehe. Baru 5 buku dah pening nak buang yang mana, belum tengok lagi bookworm-bookworm lain yang memasing bawak kotak, trolley ngan bakul. Aku tengok pun hela nafas panjang.

Aku cerita banyak pun tak guna, tapi aku rasa Big Bad Wolf tahun ini lagi grand kot sebab dia buat 24 jam selama seminggu ni start hari khamis hari tuh – 6 Disember 2013 sampai 15 Disember 2013 di Mine Covention Center. Kalau korang nak merasa pergi lah, aku suggest pon… takde nye aku dapat komisen dri organiser Big Bad wolf ni.

Cukup sampai sini lah review aku. bye!

P/S: kamera tak bawak, handphone camera kong..so xde lah gambar yer…

Sunday, December 1, 2013

Fast & Easy Trip: Berjaya Hill aka Bukit Tinggi

Fuh! Lama benor plan nak gi tempat nih, akhir tercapai gak akhirnya. Berjaya Hill atau nama lame die Bukit Tinggi, Maybe tak ramai tahu atau tak nak ambil tahu pasal tempat nih sebab tak feymes sangat cam Genting Highland. Tapi bagi aku, Bukit Tinggi ada special dan keunikan tersendiri. Unik, yes! Unik yang boleh menggambarkan Bukit Tinggi nih. Beb! Mana ada tempat yang ada 2 buah negara dalam satu area, outdoor lagi. Takyah lah sebok2 nak pergi French ngan Jepun semata-mata nak cuci mata. Kat sini pun ada lah. Bajet kurang RM200 pun boleh pergi tau.

Aku wat trip ke Bukit Tinggi pada hari Ahad, tapi still lagi tak crowded sangat ngan orang ramai. Sebabnya kenapa tak ramai orang, kang aku habaq sini kurang feymes sikit. So, takyah nak hadap jem atas bukit. Dah menjadi keselesaan aku untuk drive sendiri kalau nak ke mana-mana, jadi dari Kuala Lumpur merentasi Lebuhraya Karak sejauh dalam 30km untuk ke Bukit Tinggi. Untuk masuk ke Karak highway untuk ke Kuantan nih, korang kena exit MRR2 dan akan jumpa tol Gombak yang bayaran RM5 jer. Bagi drivers yang orang belah pantai timur cam aku nih, memang dah khatam giler lah jalan Karak highway nih. Boleh kata dah hafal lah jalan dia, kat mana boleh wat lap ke, drift 360 darjah ke… sebab tuh orang kata, orang pantai timur nih terrer drive..hahaha

Ok, pas dah lepas R&R Genting sempah, korang akan jumpa exit Genting Higland dulu sebelum exit Berjaya Hill Resort. Masuk jer exit Berjaya Hill resort, korang akan lalu jalan kecil macam jalan kampung hingga jumpa Guard House. Lepas tuh, korang akan jumpa simpang 3, belah kiri ke Hotel Bukit tinggi, belah kanan ke tempat-tempat yang hendak dituju. Bagi aku, ofcoz lah Colmar Tropicale jadi first event aku. Jangan risau lah, korang takkan sesat pun sebab jalan dier satu jer untuk naik ke atas. drive jer sampai jumpa Guard House kedua. Sinilah korang kena bayar tiket untuk masuk taman-taman dia. Seorang dewasa dia caj RM12 per head. Aku ada 4 orang, jadi RM 48 lah.

Dari Guard House ke Colmar Tropicale dalam 1-2km. Ikut jer board yang ada tuh. Tempat parking pun cantik giler. Macam Castle kerajaan Eropeh dulu-dulu dia punya design. Korang kena keluar dari tempat parking tuh dan berjalan ke Colmar Tropicale. Memula aku masuk Colmar Tropicale ni, memang cantik. Camne diorang terpikir wat camni tak tahu lah. Kreatif kau tahu. Duduk di tengah-tengah antara-antara deretan bangunan ala perancis dah cukup buat aku rasa aku duduk negara orang dah. Kat sini pon dia ada show. Aku lupa bila time-time dia, tapi masa aku datang hari tuh dalam kul 12, dia ada show ala gimnastik gitu.

Aku datang sini dengan mindset aku untuk cuti-cuti bajet jer , sebab tu aku rasa tak berapa pueh hati dengan harga-harga kat sini. Harga standard untuk pelancong luar negara. Satu helai baju paling cikai & tak cantik pun dah RM25. Aku berkenan sangat dengan sehelai baju T tapi terpaksa lepaskan sebab aku rasa harga dia tak berbaloi sangat. Sudahnya aku beli keychain seketul dengan harga dia RM6 sebagai kenang-kenangan. Tang makan plak lagi haru. Entah camner kitorang lupa yang kitorang belum makan pon tak tahulah. Kat situ ada 2-3 kedai makan jer dan aku pilih yang depan air pancur berhadapan kedai makan roti tuh. Aku order ¼ Classic Grilled Chicken, ¼ Percik Chicken , ¼ pepper Grilled Chicken dengan hotdog bread dengan 4 botol drinking water, sebab yang tuh aku rasa paling murah. Total dia semua RM91.80. Kalah makan kat TGI Fridays. Dah lah makanan dia langsung tak sedap. Redha jer lah aku. Tak jadi dah destinasi bajet aku. Jadi aku nasihatkan kat korang supaya korang makan dulu kat R&R Genting Sempah atau bawak makan sendiri.













Pas makan kitorang memusing jap sekitar pekan perancis sebelum bergerak ke Japanese Tea Village. Untuk ke kampung Jepun nih, korang diberi pilihan untuk naik sendiri dengan kereta sendiri atau naik bas treller yang memang dah disediakan. Untuk tidak menyulitkan masalah parking dan demi menjimatkan minyak kereta yang banyak ditekan masa naik bukit, aku pilih naik bas treller. Sekejap jer pon tunggunya.

Perjalanan mungkin dalam 15 minit kot untuk ke Kampung Jepun nih. Jalan dia memang berbukit dengan condong lebih 45 darjah. Sampai kat tempat parking Japanese Tea Village kat kaki bukit, korang kena menapak jalan kaki dalam 300 meter untuk sampai ke atas. Takyah risau ramai orang turun naik untuk sampai ke atas. Makcik-makcik pun ada, korang ikut jer diorang tuh. Sesampai jer kat kampung jepun, korang akan dijamu dengan pandangan yang very nice. Suhu tak panas dan tak sejuk, bile ada angin korang akan rasa kedinginannya sebab korang dah berada di 3,500 meter aras laut. Bagi aku, kampung jepun nih memang agak best lah, tapi ada certain-certain benda yang ada kurang. Contohnya takde pokok sakura. At least ada lah sebatang, boleh gak aku kenal. Then, takda bunyi tapis air yg dibuat dari buluh tuh. Kalau korang pencinta budaya jepun mesti korang tau kang apa yang aku dok cakap nih. Sori lah, aku nih agak detail sikit. Orang seni la katakan.

Nak tambah kejepunan korang, korang boleh menyewa baju tradisional jepun, kimono yang disediakan dengan bayaran RM20 per head tanpa limit masa. Mahal sikit kot aku rase, sebab sewa jer pon. Bukan korang dapat baju tuh. Bagi aku, tak apa lah, kang aku cakap aku nak destinasi bajet jer. Melilau lah aku berpusing-pusing tempat nih, sementara family aku sebok nak ambik gambar. Balas dendam katanya sebab kat Langkawi hari tuh, gambar diorang tak banyak jadi. Kui3.

Pas pusing dalam taman kampung jepun, kalau korang ada full energy lagi, korang boleh round masuk dalam Taman botani yang berhadapan dengan tempat jual sourvenir, belah kanan dari memula korang sampai kat taman Kampung jepun tadi. Tapi, kitorang dak gerak turun dah. Menyerah dah aku. Penat weyh. Asyik berjalan jer.

Untuk balik ke Colmar Tropicale balik, korang kena tunggu bas treller tempat memula korang turun tadi. Dan tips sikit, korang terus tunggu bas treller kat bawah pokok, bukan kat bus stop tuh. Sebabnya, driver akan buat roundbout lepas dia turunkan penumpang kat depan tangga dan takkan berhenti depan Bus-stop lagi sebab parking dia membukit sikit.

tempat parking kaki bukit kampung jepun








Sesampai kat Colmar Tropicale dalam kul 4 lebih, jadi cukup ler sampai sini yer. Sebenar banyak lagi korang boleh wat kat sini cam Flying Fox dan tunggang kuda. Tapi bagi aku dah cukup kot. Dah nama pun Fast & Easy trip, kena lah lelaju Nanti lau ada masa, aku datang la lagi. Bukan jauh pun kang.

Bajet Untuk Berjaya Hill aka Bukit Tinggi

Tiket Masuk: RM12 x 4 = RM48
Makan = RM91.80
Keychain: RM11.00
Tol & Minyak = RM35
Total = RM185.80