Ok, aku nak cakap pasal kisah cinta aku dengan PTPTN. Hehehe, bukan apa.. masa aku nak wat passport ari tuh, tak semena-mena terimbas kisah perjalanan aku yang berhempas pulas nak remove blacklist PTPTN sebab tahun ni aku nekad nak wat 2-3 trip ke oversea. Tang trip tuh – kat mana aku nak pegi, nanti aku citer. Biar kasi surprise sikit. Cuma aku nak share pengalaman aku masa nak remove Blacklist yang makan tahun nak settle.
Sebelum tuh, sumpah aku tak kesah pasal nama aku dah blacklist kat Imingresen sebab tak bayar PTPTN. Bukan apa, starting aku kerja dekat satu kompeni kad kahwin dengan gaji yang amat ciput membuatkan aku tak terpikir langsung nak gi oversea bagai. Cukup makan je. Tapi, lain pulak bila aku join kompeni aku skang, persepsi dan kehendak bergerak seiring dengan gaji yang boleh dikatakan lebih sedikit dari dulu. Camne erk nak explain, kang salah cakap – riak plak kang. Tapi gitu lah yer…
Ok, first jiwa aku tersentak bila bos nak wat trip ke Beijing pada bulan 6 tahun lepas. Masa tuh, kehendak aku dah terusik “wahhh..best nyer!!!” – kata aku yang keriangan dalam hati”. Tapi terbantut giler dengan isu PTPTN aku yang diblack list. Kira aku moody lah seminggu pasal PTPTN tuh. Tambah lagi, aku kena bayar RM2500 kalo tak join trip nih. nak tak nak, aku kena gaklah clear blacklist aku tuh.
First, aku pergi kat putrajaya one stop center kat kementerian pelajaran tinggi kat precint 15. Aku discuss dengan satu pegawai kat kaunter macam mana nak clearkan blacklist aku. Pengawai tuh cakap kalau nak clearkan ada 2 cara, pertama: aku kena bayar semua baki tertunggak aku dan kira settle, Imigresen pun kira clear. Kedua: Aku boleh bayar half baki tertunggak dengan 1 satu surat rayuan dan 1 SI (slip potongan gaji) yang kena buat dekat bank. Aku setuju dengan cara pertama tadi sebab ia tak leceh dan berprosedur macam2 sangat. Aku janji akan datang semula dan blah tanpa tanya nama pengawai tadi. Itu yang buat aku silap besar.
Sebabnya, aku bila aku pergi kali kedua, dia dah jadi lain. Rundingan aku dengan pengawai kedua tak berapa best. Dan aku rasa pengawai 2 nih macam budak baru sebab dia muda dengan pengawai first yang aku jumpa hari tuh. Cara berunding memang tak best. Katanya, aku tetap kena buat SI dan surat rayuan even aku dah bayar semua baki tertunggak aku. SI aku pun hampir RM300 aku kena bayar. Aku argue dengan dia pasal pengawai 1 yang hari tuh cakap lain. Dia buat dek jer aku. Cilake!... time tuh lah aku menyumpah2 dengan diri aku. Apsal aku tak tanya nama pengawai 1 hari tuh. Kang susah nak refer balik.
Pada view aku sekarang, pengawai 1 mungkin dah berpengalaman dan tak skema sangat macam pengawai 2 untuk handle probs nih. so, dengan perasaan yang memang frust tahap gaban, aku balik dan hold kejap bagi hati aku reda jap.
Then, nasib baik, trip beijing tak jadi… haha. Tapi semangat nak clearkan PTPTN aku berkobar balik lepas raya. Time tuh PTPTN wat promosi diskaun untuk semua peminjam clearkan semua bayaran. Entah macam mana, kes aku ni pun diberi keistimewaan jugak. Kali ini aku ke KL sentral pulak dan kali ni aku tanya nama kakak pengawai PTPTN tuh awal-awal lagi. Nama dia Kak Salwa. Yang jadi best tuh, kak Salwa suggest aku untuk tukar PTPTN ke sistem Ujrah. Meleret-leret dia terangkan kat aku, tapi satu hape pun aku tak paham. Lagi-lagi dia banyak guna calculation dan matematik. Maklum matematik aku cecukup makan jer. HAHAHA…
Last, baru aku paham cara dia. Memula dia bagi aku isi borang untuk tukar UJRAH then aku kena tunggu 7 hari untuk tunggu email confirmation dia. Dalam masa tuh jugak, aku kena wat SI kat mana-mana bank, tapi setakat nih Maybank jer yang senang dan tak renyah untuk buat potongan gaji pada PTPTN ni. Jumlah SI pun kak Salwa suggest RM200++, tapi aku letak RM200 jer. Bila semua dah standby, akhirnya aku dapat gak email dari kat Salwa sendiri yang hantar surat pengesahan Ujrah tuh. Terima kasih Kak Salwa!...
Surat cinta yang aku terima |
Kemudian aku pergi KL Sentral sekali lagi untuk sign dan serahkan dokumen pengesahan UJRAH. Selain surat tawaran tukar Ujrah, SI slip dan beberapa dokumen lain yang dia mintak, aku ada juga prepair Surat rayuan dan RM 3500 kot-kot dia mintak. Kali nih, aku jumpa pengawai 4, yang aku tak tanya plak nama sebab aku dah guna nama kak Salwa tadi. Masa tuh aku tak nampak kak salwa, cuti kot – hari sabtu. Pengawai 4 nih terima surat pengesah & dokumen tadi dan tanya aku nak ke oversea ke dalam masa terdekat. Aku jawab tak dan ternyata jawapan aku betul-betul tepat. Dia tak mintak pun duit yang aku standby RM3500. Fuh! Lega aku. Katanya, yang urgent pergi ke oversea jer yang kena bayar. Itupun dalam masa 7 hari.
Lepas tuh aku tanya lagi dia macam mana kalau aku nak tambah lagi duit potongan SI, sebab kak salwa kata RM200 tak cukup lagi untuk cover pinjaman aku. Pengawai 4 tunjuk jumlah dalam surat – RM150.19 jer dan dia cakap jumlah SI aku sekarang dah melebihi dah. Wauu.. serius, aku bahagia.. Nak jer aku melompat kegumbiraan depan pintu masuk PTPTN hari tuh. Pengawai itu pun kata dalam masa 7 hari aku, nama aku akan clear. Tunggu jer dia telefon atau check kat PTPTN. (pengawai tuh tak call pon).
Dan lepas seminggu lepas tuh, aku check dan key in aku punya IC, dia pun keluarkan screen ginih……
AKU BEBAS..!!!!!!!
#berdoauntukMH370... Ya Allah selamatkanlah MH370.. amin
No comments:
Post a Comment