Aku baru jer terrrrgoogle dan jumpa travelogue sorang blogger nih yang pernah gi travel sesorang kat Jogja. Sedikit info yang dipetik dari entry dia pasal rental motor kat Jalan Pasar Kembang. Rupa-rupanya, kedai yang served khidmat sewa motor berada berdekatan dengan Stesen Keretapi Tugu, belakang-belakang stesen tuuuu je….. Cesss! best lak baca kisah dia, adventure & random… siap gi Merapi ngan Mat salleh lagi… jelesi sangat!
Day 2 (cont.) : Rumah Mbah Maridjan & Candi Parambanan
Bersambung dari gi Borobodur, kali ni aku menuju ke area gunung Merapi yang faymes di Jogja sebab meletus pada tahun 2010 dan mengorbankan banyak jiwa. Ekceli takde lah betol-betol ke Merapi sangat pon, sebenarnya ke Rumah Mbah Maridjan je. Lokasi kampungnya berada di kaki bukit Gunung Merapi. Mbah Maridjan ni jurukunci gunung Merapi yang terkorban sekali dalam letusan gunung tu.
Dari Borobudur nak ke kampung Mbah Maridjan aku tak sure jarak dia, tapi lebih kurang satu jam jugak lah. Ia akan lalu kampung-kampung yang ada kawasan ladang salak yang besar. Beriya-iya Pak Mariono explain kat aku apa menda buah salak nih. Aku budak kampung beb.., setakat buah salak tak jadi pelik dah.
Untuk masuk ke Kampung Kinahrejo, ada caj yakni – IDR3 000 seorang ngan pas mobil IDR5 000. Kalau ada cuti yang panjang, boleh jer nak ke puncak Merapiterus dengan menyewa jeep dengan caj IDR50 000 dengan perjalanan lebih 4 jam. Tapi aku kira tak payah la kot, ke rumah Mbah Maridjan pon dah kira berbaloi dah untuk kenal Gunung Merapi. Sama ada sewa motor kena caj IDR30 000 atau caj sewa motor ngan tourist guide plak IDR20 000. Sebabkan aku sorang, tentulah aku angkut ngan tourist guide sekali. Best ambik tourist guide, diorang siap offer ambil gambar aku lagi.. hehhe. Sebab puas hati aku bagi dia IDR20 000 sebagai tips.
Kat sekitar umah Maridjan ni, sunyi sepi… perasaan sayu datang ngan sendiri tanpa aku mintak. Ronda nengok barang peninggalan, tapak umah dan dengar citer dari tourist guide pon dah cukup wat kau rasa insaf dan sayu dah. ..
Ekceli, aku cuak gak nak sini… ye lah, gunung Merapi ni dikatakan meletus 4 tahun sekali.. sebelum 2010, pernah gak bergegar pada tahun 2006. Jadi kalau kira balik, tahun 2014 nih lah ya akan bergegar lagi. Logiknya, gunung berapi takde meletup tiba-tiba.. kalau dia nak meletus ada signal-signal… takyah nak cuak memasal hokey.
Pas settle Merapi, kembara diteruskan ke next destinastion candi Hindu yang agung, Candi Parambanan yang terletak lebih kurang 20km dari jalan Malioboro dan kira-kira 5km je dari Airport Adi Sucipto. Sebenarnya, boleh jer datang sini dengan bas dari Halte Malioboro turun di Halte Parambanan guna lane 1A bas TransJogja. Tapi, dah2 alang bayar mahal guna supir nih… langsung aja ke sini.
Environment Candi Parambanan agak berbeza sikit dari Borobudur. Lebih sistematik dan teratur. Kat sini takde peniaga-peniaga cam kat borobudur (*_* teringat-ingat kejadian kat borobudur) Dengan bayar pas IDR207 000 (pon naik harga dah!), aku diberi minum kopi atau teh sebelum masuk ke perkarangan Parambanan. Kalau tak cuaca panas membahang, serius aku duduk sini lama lagi. Nak amik gambar pon aku takde mood dek panas membahang nih. Sambil duduk bawah pokok, duk termenung je lah keje aku. Pastu decide nak balik dah. Serius takde mood.
Kat Parambanan ni nak masuk dekat, senang jer… nak keluar, patah kaki rasanya. Along the way nak kuar, Parambanan sediakan attraction lain cam Muzium, show gamelan, ronda sekitar kompleks naik shuttle bus selain adanya Candi Sewu ngan Candi Sari. Belah malam pulak dia ada show-show ada citer-citer sejarah Parambanan (Biasanya tourist mat salleh tunggu show ni lah) Tapi semua tu aku tak heran dah, penat woo…menonong jer aku kuar. Last-last rasa nyesal lak tak gi.
Pak Mariono tanya aku nak ke mana lepas nih sebab baru kul 3 ptg time tuh. Kalau penat tak menguasai, cadang aku nak serbu pantai Parangtritis sebab kat sana orang cakap sunset dia lawa. Tapi energi nasi Liwet yang aku jamah pagi tadi tak dapat tampung lagi. Aku suh Pak Mariono hantar aku balik ke hotel dalam kul 4 lebih…
Pastuh korang tahu apa aku buat lepas tuh? Terrrbongkang aku tidur…. ZZZZzzZZ… Kahkahkakahak…
TBC
No comments:
Post a Comment