Saturday, July 26, 2014

Kredit kad & aku

Greetingsss...

Baiklah, sebelum langkah kaki aku makin panjang berjalan sana-sini, memang aku ada apply kredit kad sebagai permulaan kerna (kerna kau!!..) ia amatlah penting espeseli time nak membeli tiket flight, book hotel, tiket atau pass masuk attraction macam themes park dan juga backup cash dikala masa sangat-sangat-sangat diperlukan. Walaupun kredit kad sering disalahertikan sebagai penokok tambah beban hutang tapi bagi aku, selagi bijak guna, in-sha-Allah, takdenya menjadi masalah menimbun hutang korang…. (belagak!)

Lepas buat survey dan buat perkiraan, kebanyakan prosedur dan terma & syarat kredit kad sama jer dari mana-mana bank pun. Ada govermnent tax RM50 setahun dan beberapa lagi caj seperti yuran tahunan yang korang boleh utarakan dengan pihak bank untuk pemahaman jelas. Sekarang syarat untuk apply kad pun dan dilonggarkan, gaji RM2000++ sebulan atau RM24000++  setahun pun dah boleh apply kad.

Selepas buat perkiraan, aku  apply dengan CIMB bank. Sebabnya dapat kumpul bonus point,  takde yuran tahunan dan lagi best – setiap pembelian dikira pembelian runcit selepas 20 hari selepas tarikh transaksi dilakukan. Maknanya, dalam masa 20 hari pas korang buat pembelian, korang bayar harga transaksi tanpa sebarang caj-caj atau faedah tersembunyi. Contohnya, tiket flight korang RM200, RM200 lah korang bayar dalam masa 20 hari tuh… best kan??

contoh kad CIMB kepunyaan aku

Bagi orang yang puntual cam aku ni, kredit kad nih teramatlah sesuai untuk aku. setakat nih, CIMB jer yang aku tahu wat offer camni…

Cara nak apply kredit CIMB nih, bawa copy ic dan statement KWSP korang ke CIMB. Isi borang dah tunggu kelulusan dari CIMB selama 7 hari masa berkerja. Untuk menjamin keselamatan dan memudahkan, minta kredit kad dihantar ke cawangan CIMB yang korang apply itu sendiri. sebab ada kes, kredit kad tak sampai kepada pemohon jika suruh dipos ke rumah.

Harus dingatkan, kredit kad mana-mana pun akan ada faedah 8%++ hingga 17%++ dari hutang sama ada jika lambat bayar, bayar sikit dari jumlah minimun atau tak bayar langsung. Setakat nih, aku takde lagi masalah dengan CIMB kredit kad. Dan hubungan aku dengan CIMB kad masih lagi akrab. Ya ler, dah tahu berhutang, kena tahulah tanggungjawab kita pulak yer…