Thursday, September 18, 2014

Hong Kong : Introduction

Salammmmm…. !!!

Waaa… teruja cheq nak story kat hangpa semua ni… cheq ni baru balik dari trip Hong Kong selama 6 hari 5 malam. 6 hari tau.. lama tu – agak lama bagi cheq sebab sebelum nih paling lama 4 hari jer, trip ke Bandung tuh. Dalam tempoh 6 hari kat Hong Kong ni, memacam perkara baru cheq belajar, lalui dan memang pengalaman yang amat berharga bagi cheq naa…! – (tak memasal cakap loghat kedah)






















Sebelum tu, aku nak bagitahu kedudukan geografik Hong Kong dari pemahaman aku pas wat bedah siasat. Hong Kong terbahagi 4 wilayah, iaitu:

  • Lantau Island : Letaknya Airport Hong Kong, Disneyland, Cable car dan Tokong buddha yang besar tuh
  • Kowloon : Sebahagian tempat tumpuan pelancong. Adanya Tsim Sha Tsui dan Mongkok. Kira tempat nih area Shopping, Hotel dan memacam lagi lah.
  • Hong Kong Island : letaknya bangunan-bangunan faymes Hong Kong yang jadi mercu tanda Hong Kong cam Bank of China, Sky100 dan International Finance Centre. Kira nih wilayah pentadbiran Hong Kong la kot.
  • New Territories : yang nih aku tak berapa tahu sangat. Mungkin area warga Hong Kong tinggal, universiti-universiti, taman reakreasi warga Hong Kong dan ketenteraan.

sila klik
Hong Kong menggunakan bahasa cina dialek Cantonese secara meluas, 85% secara kasar. Jadi amatlah payah nak cari warga Hong Kong yang betul-betul yang berbahasa Inggeris. Sepanjang aku kat sana, takde seorang pun Chinese local yang boleh tolong time sesat jalan. Bila jumpa Chinese yang cakap Inggeris, tanya-tanya balik - mereka adalah Chinese Singapura, Chinese Indonesia dan Chinese Malaysia yang berkerja kat sana. Dan, Chinese Singapura, Indonesia atau Malaysia ini faham sangat dengan sikap rakyat Malaysia yang baik hati & bertimbang rasa, lagi-lagi time dalam train. (bersyukur jadi rakyat Malaysia)

By the way, sebenarnya trip ni bukan aku main kat Hong Kong jer, kaki memanjangkan lagi ke Shenzhen dan Macau memandangkan 2 bandar nih dekat-dekat ngan Hong Kong. Alang-alang tiket flight mahal, serbu jer semua.

Ringkasnya, trip Hong Kong nih aku planning lebih kurang 6 bulan yakni lepas trip aku ke Yogyakarta. Dalam masa 6 bulan nih, sebenar aku busy ngan keje tapi at the same time, kena gak uruskan soal visa ke China, booking hotel dan menggoogle segala maklumat tentang Hong Kong, Macau ngan Shenzhen nih.

SYS!

No comments: