Sunday, March 1, 2015

Boracay : Part 2

Sebelum hikayat ni gi lagi jauh, aku nak explain geographic Boracay dulu dari pemahaman aku okey.


  • Pulau memanjang sepanjang lebih kurang 8 km.
  • Untuk tumpuan tourist, Boracay menyediakan tiga kawasan yang disebut Station 1, station 2 dan Station 3. Station 1 adalah kawasan pantai elit di mana hotel-hotel mewah lagi berprivasi tinggi kat sini, siap ada tempat main golf 18 lubang lagi. Station 2 plak middle level, tapi ada jer hotel-hotel murah kat sini. Hotel aku, Panorama Sunrise Resort pon terletak kat Bulabog beach, belakang Station 2 nih. Station 3 adalah stesen untuk kita-kita jer. Ramai muslim Philipine dari keturunan Midanao ada kat sini.
  • Boracay ada 3 pantai faymes iaitu White beach, Bulabog beach dan Puka Beach. Memasing berhadapan dengan Laut Sulu dan laut Sibuyan. Sila rujuk map yer. Yang happening mestilah di White beach sebab ketiga-tiga station tuh terletak di sepanjang pantai nih. 

Day 1 : Panorama Sunrise Resort & D’Mall

Sampai ke Jetty boracay, next transport adalah jeepney untuk ke hotel. Memacam transport hari ni aku naik. Keta > kapal terbang > Van > bot > jeepney. Teringat plak trip ke Jakarta ke Bandung aku taun lepas. 1 hari on the road jer.

Untuk ke hotel, aku berkira-kira nak naik tricycle ke jeepney. Tricycle diorang offer PHP100/pax dan PHP250 /jeepney. So, rasa lebih kurang jer, jadi aku naik jeepney. Rumusannya, trip ke Boracay amat sesuai kalau 4 orang yang join.

Dalam 15 minit sampailah aku kat Panorama Sunrise Resort. Nak kata Hotel, tak jugak… memang bilik betol lah. jalan nak masok ke hotel jer agak creepy time malam. Tapi biliknya sangat bersih, siap ada guard yang akan jaga 24 jam. Biliknya betol-betol sebelah pantai Bulabog, tapi sayangnya takde view terus ke pantai sebab dilindungi resort mewah lain. Lepas settle kan urusan check-in, dapat kunci terus aku melabuhkan badan untuk rest sekejap atas katil empuk nih.

nampak tak bendera-bendera ngan pokok kelapa tuh.. tuh dah pantai Bulabog dah



*********

Sekejap aku kata? Entah biler masa aku terlelap aku pon tak tahu, tahu-tahu sedar hari gelap. Bile aku tengok jam, baru 6.50 ptg… tapi gelap macam kul 8 malam weh… tak bersunset lah jawabnya..

Kemas-kemas, basuh muka-muka.. pastu melilau cari plan untuk malam ni. End up, gi round-round kat D’Mall jer lah malam nih.

D’Mall nih kira cam uptown lah, locate nya kat Station 2. Tak susah jalan jer ke Station 2, jumpa board D’Mall warna biru… itulah tempatnya. Dalam ni memacam tourist buat, mostly aktiviti malam lah… makan-makan, lepak-lepak, tengok fire-dancing, ambil angin pantai waktu malam dan shopping, of course.

Sambil round-round sempat bantai Magnet Fridge Boracay ngan Mini Glass. Pas tawar menawar dapatlah aku PHP310 utk bebarang nih. Sesambil belek-belek bebarang tuh, tiba-tiba je akak jurujual bisik kat aku “I tought you a pinoy”.. aku sengeh jer… Nak bodek suh beli lebih lah tuuu…

Pastuh, pekene plak Jus mangga kat Fruitas. Kalo kat Boracay, makanan jangan nak memilih sangat. Bila nengok Fruitas jual jus buah ngan Cheese Fries jer, boleh lah try. Lagi pun, aku tengok yang buat jus siap pakai sarung tangan plastik lagi, kualiti kebersihan terjamin dan aku rasa confident sikit. SLURPPPP! Perghhhh!... sedap siot jus mangga dia… ada rasa masam masam manis mangga tuh… sedap sungguh!

Pas melilau tak tentu pasal, tetiba jumpa sorang brader orang pilipine beragama muslim kat pantai. Siap boleh cakap bahasa melayu lagi since dia pernah kerja kat Gombak 2-3 tahun lepas. Nama dia Fikri katanya. Hokey part tuh, memang aku akui orang Boracay nih memang cukup peramah, nak nak lagi diorang tahu kita nih orang Malaysia dan Muslim. Dari tadi mesti ader jer tanya, “Malaysia?” dan bagi salam je manjang, rasa cam faymes sangat sebagai orang malaysia. Tapi, jangan nak terlalu percayakan orang sangat ok, lesson nih aku dah belajar masa kat Yogjakarta lagi...

aktiviti malam di Boracay - lepak-lepak

Makan makan - minum-minum

tengok abang sador main api








shopping sourvenir








Outlet Fruitas... sedap tak hengat











Jalan-jalan sampai penat sampai kul 11 tak silap, balik bilik aku kemas sikit walaupun barang tak banyak aku bawak. 2 helai baju + 1 short jer. Tapi mengemasnya cam buat luggage 2 guni.. yo yo o je nih…hahaha

No comments: