Ellloooo…
Entry ni sepatutnya sambungan dari entry Macau pt.2 hokey…
Day 4: The Peak
Aku tiba di China Ferry Terminal, Kowloon dalam kul 4-5 petang selepas seharian di Macau. Timing jadual planning aku dah lari sikit. Balik bilik, tukar kasut ke selipar, minum air seteguk dua, buang air – amazing race sikit naik MTR ke Central Station. Dari Central station kena menapak jalan kaki ke Peak Tram. Sebabnya cecepat ni nak kejar sunset di The Peak.
Tapi semua itu tak kesampaian. Dah lah terlajak jalan, pastuh sesampai kat stesen tram, perghhhhh…. Berderet-bersusun manusia beratur nak naik tram untuk naik ke the Peak. Dari kul 5 petang beratur, kul 7 belum tentu boleh naik. Semua nak kejar naik nak tengok sunset. Yang ni aku geram. Apasal time nih ramai orang ha???... apsal diorang mesti nak berebut ngan aku hah??!!.. grrrr (aku dah mengarut)
Lepas dapatkan tiket tram, kena plak berebut naik tram plak. Serius aku cakap erk, dah jadi adat kot nak naik benda alah ni mesti kena berebut. tak tahu mana sopan dan timbang rasa diorang nih. Nasib baik aku tak bawak mak aku untuk ke trip Hong Kong nih, kalau tak… tak tahu lah. walau macam mana pun, aku taknak kalah beb, berebut pun berebut lah… last2 lah dapat duduk gak. Belah kanan lagi – sebab belah kanan akan nampak bandar Hong Kong time tram mendaki. Masa tram start gerak, hari dah gelap, kelihatan lampu-lampu neon bangunan-bangunan Hong Kong dah bergemerlapan cemerlang.
Tak lama pun tempoh naik tram, dalam 5-7 minit jer aku rasa. Sampai-sampai berada mall The Peak. Selain Sky Terrace, The Peak ada gak attraction yang korang mesti tau yakni Madame Tussaude. Aku tak purchased tiket Madame Tussaude, jadi aku tak tahu. Korang jangan banyak tanya. Tiket Tram (return) + Sky terrace 428 adalah HKD80.
Sky Terrace 428 ni lebih kurang cam menara tinjau bagi aku. Dia dibangunkan untuk tourist-tourist menikmati dan menghayati keindahan Hong Kong dari Puncak Victoria, iaitu sudut pandangan tertinggi di Hong Kong (menghayati lah sangat). Kat atas nih, sempoi-sempoi angin selain disajikan view yang incredible.
Lama aku lepak kat atas nih, dalam 2 jam rasanya hingga perut rasa lapar, baru sibuk nak balik. Aktiviti lain kat The Peak; shopping, lepak-lepak, makan-makan atau jalan-jalan sekitar taman dia. Dalam kul 9, aku pun gerak turun. (nak turun pun kena beratur panjang + berebut jugak.. hampeh).
Lupa plak nak bagitau, dari MTR Central, exit J2. Kena seberangi dataran Chater Garden, (depan korang nampak menara Bank of China kan) hingga jumpa depan bangunan Cheung Kong Centre. Pusing bangunan kiri sikit akan jumpa jalan Garden Road. Jalan terus jer Jalan Garden Road hingga jumpa Bank of China berada sebelah kiri korang. Terus jalan hingga jumpa The Peak Tram dihadapan korang. Tempoh berjalan dalam 5-8 minit yer.
Sila ke Website The Peak… memacam info korang akan dapat. A to Z.
Hong Kong The Peak
Ok, cukup untuk hari yang panjang ni (jika korang combine trip aku ke Macau). Balik aku mandi dan melantak maggi kemudian tidur dengan nyenyaknya… tamat hari ke-4!
No comments:
Post a Comment