Saturday, November 15, 2014

Shenzhen : Part 3

Greetingsss…

Day 2: Windows of the World

Settle bab Metro yang 1 hari aku cuba memahaminya, terus aku ke Muslim Hotel yang kena exit di Huang Beiling station. Pastuh kena jalan kaki sepanjang jalan Shennan East Road menuju ke Wenjin South Road. Lebih 5-10 minit jalan kaki, sampai lah aku di Muslim Hotel dalam kul 9.40 pagi. Cik amoi receptionist tak pandai cakap english, tapi aku paham dia kata checkin kul 2 ptg. Jadi aku letak beg & luggage dan nak gi Windows of the World.






















Kena patah balik jalan kaki 5-10 minit ke Huangbeiling stesen untuk WoW. Sepanjang jalan kaki, dah rasai dah kechinaan dia (nampak?! bahasa aku tuh..hehe). Berbeza dari Hong Kong, Shenzhen nampak tenang, aman dan tak sesibuk Hong Kong. Ruang jalan kaki dia luas jer. Bukan tuh jer, orang-orang dia pun nampak lebih lembut, mesra dan biasa-biasa jer dari Hong Kong yang dressed yang sooo over tuh. Tapi, pandangan-pandangan selek kat golongan berhijab memang tetap adalah. Ok dah!, stop judging…

Ok, nak ke Window of the World boleh jer guna line oren direct ke Window of the World, tapi lebih suka tranfer-tranfer train nih. Bile lagi nak rasanya yer tak? (padahal still jakun lagi… ;p) Aku naik line oren di Huangbeiling dan tranfer line hijau kat Grand Theatre.

Sampai kat stesen Window of the World, pilih exit J (Window of the World (pyramid)). Ok, tahu nak Exit mana nih pun penting nih. Aku tersalah exit I, kena berjalan sikit sebab keluar dari pintu timur Window of the World. Kalau kuar exit J,  kuar-kuar akan terus jumpa main gate Window of the World dah.

Window of the World nih merupakan salah satu attraction yang wajib pergi kalau di Shenzhen. Window of the World macam theme park yang dalam terkumpulnya memacam mercu tanda, landmark dan trademark sesebuah negara. Contohnya, Taj Mahal (India), Borobudur (Indonesia), Tulips (Netherland) dan memacam lagi. Menara Eiffel (France) yang jadi main core trandmark. Banyak lagi, nak bagitau satu-satu tak habis. Tapi, KL Tower atau KLCC tak kelihatan plak.

Dia terbahagi kepada 5 region iaitu, Europe, Asian, Oceania, Africa dan America. Sila ke link Wiki Window of The World nih. Aku malas copy.

Tak semua aku jengah, lagi-lagi yang last-last belah africa. Luas dan besar beb Window of the World nih. Berbaloi aku bayar CNY180 untuk tiket. Last-last sendiri mengaku kalah. Masuk dalam kul 10 pagi tadi, kol 3 lebih dah nak kuar dah.

Apapon, aku belanja 2-3 gambar.. nak belanja semua tak terrajin plak aku... heh!













































Overall, aku tak kata Window of the world tak bagus, cuma dia sikit boring. Mungkin Windows nih tersangat besar kot, membuatkan aku berjalan cam nak patah kaki, penat memang tak boleh tipu lah. Lagi-lagi time summer cam aku pegi nih. Berbotol-botol air habis tapi still haus, dihidrat lebih.. tuh yang moody giler tuh kot. (ditambah makanan halal tak disediakan di sekitar area nih). Selain tuh, ada 2-3 monumen cam kesian jer aku tengok, tak di maintainence ngan baik. Paling ketara Sydney Opera House tuh le, berkerak aku tengok, ngan satu dinding roboh... haha.. apapon 2-3 monumen jer... tak semua. Paling happening & boleh pujuk ambik mood korang balik adalah area Menara Eiffel tuh.. ~ni sikit coretan pendapat aku je hokey..

Dalam kul 4 aku balik hotel dan aku stori next entry lah yer….

No comments: