Ini dia entry terakhir yang aku janji2kan tuh. Full entry Hong Kong mengikut trilogi. Hopefully dapat bagi clearkan kekonfiusan korang. Kira ni sharing initerary akulah masa kat Hong Kong…
Introduction | Bajet
Day 1 : • Hong Kong part 1 • Hong Kong part 2
Day 2 : • Shenzhen part 1 • Shenzhen part 2 • Shenzhen part 3 • Shenzhen part 4
Day 3 : • Shenzhen part 5 • Hong Kong part 3
Day 4 : • Macau Part 1 • Macau part 2 • Hong Kong part 4
Day 5 : • Hong Kong part 5 – Seharian di Disneyland
Day 6 : • Hong Kong part 6
Btw, aku nak minta maaf kalo ade kekasaran bahasa sepanjang penulisan aku ni. Bukan apa, aku ni jujur orang yer… kalo ya, ya lah.. kalo idak, idak ler. No Hipocrite at all… \ selain nak impressed perasaan aku time kejadian tuh.
Lagi satu… that’s a difficulty to struggle with when you have nothing, yet there a desire that you really really want it… it’s not be a reason anymore, because you exactly in powerless to reach that and make the differences… what should you do?
See you next all!… ;p
Sunday, December 7, 2014
Friday, December 5, 2014
Bajet : Hong Kong
Ekceli aku lupa abisssss bajet Hong kong secara detail. Tapi, untuk tidak mengusarkan hati, aku nak bagitau secara kasar atau main budget yang aku roughly telah dispendkan.
Prebook matter:
Airasia return with 22 kg luggage: RM558/pax
Canadian Hotel : RM195/pax – by credit card (HKD1360 - 3 night)
China Visa : RM85
Total Prebook matter: RM838
Hong Kong
Octopus cards : HKD250 + HKD50 (topup)
Traveller Simkad : HKD30/pax (HKD88)
HK Downtown Hostel : HKD112/pax (HKD337)
Tram + Sky Terrace : HKD80
Disneyland : HKD415
Lunch @ Explorer club : HKD200
Sourvenir : HKD535
Various Miscellouse : HKD48
Total Hong Kong : HKD1720
Shenzhen
Muslim Hotel : CNY80/pax (CNY240)
Window of the World tic : CNY180
Sourvenir @ Wow : CNY100
Sourvenir @ Dongmen Street : CNY50
Metro Shenzhen fare : CNY30 – for 2 days
Total Shenzhen : CNY440
Macau
Jetstar return tic : HKD320
I love Macau shirt: HKD25
Total Macau : HKD345
Grand Total : RM825 + HKD2065 + CNY440
: RM838 + RM867.30 + RM228.80
= RM1934.10
HKD1 = RM0.42 | CNY1=RM0.52
Info: duit china sangat laju turun naik rate dia. Aku hari tuh check hari khamis 100 yuan = RM41.70, tup tup bila aku nak tukar hari sabtu (minggu yang sama).. dah naik RM52.00 untuk CNY100.
Rate paling murah untuk tahun 2014, duit China CNY100 = RM51.60 dan HKD100 = RM33.90. kalau dapat lagi murah, maknanya korang hebat!
Air mineral @ air minuman sangat mahal di Hong Kong & Shenzhen. Paling murah pun HKD6 untuk botol kecik. Kalau korang jenis kuat dehydrate, sila bawak botol air sendiri dan refill di hotel memasing.
That all for me.. see u then…
Monday, December 1, 2014
Macau : Part 2
Greetingsss…
hahah!... nampak kisah percutian panjang ni akan berakhir... lama nau aku peram citer Macau atas alasan-alasan klise seorang blogger berstatus amatur nih. Apapun alasannya, aku tetap on, lambat atau cepat je. Hoping everything going better next!...
Day 4: Senado Square & St. Paul Ruin
Turun jer dari shuttle bus The Venetian, dengan tak berapa konfiden aku naik shuttle bus Lisboa. Hokey, yang nih aku silap disebabkan map & nota aku tertinggal, aku lupa. Sepatutnya aku naik Grand Lisboa, kalau nak dekat sikit lagi untuk ke Senado Square.
Sudahnya, kena menapak lah… tapi taklah jauh antara Lisbao dengan Grand Lisbao. Extra 100 – 200 meter je jalan kaki. Satu kekeliruan lagi, lepas jumpa hotel Grand Emperor, aku sepatutnya jumpa Metropole… tapi entah mana aku pusing, sampai sudah aku tak jumpa. Sudahnya lagi, sesat ler. Time nak cari Senado Square, tak semena-mena hujan turun ngan lebatnya. Itulah… asal sesat mesti nak hujan. Sama time nak cari Oct east itu hari gak… mesti nak hujan. Dalam 30 minit gak lah tunggu hujan betul-betul berhenti. Aku dah mula patah semangat dah. Ingat nak balik jer terus sebabkan time tuh dah dekat-dekat kul 12 tengah hari dah.
Tapi, nasib baik jumpa jugak warga Macau yang pandai berbahasa inggeris masa nak patah balik tuh. Senang jer rupanya, dari tempat aku berdiri tuh, jalan depan hingga jumpa bank of china dan ikut-ikut lorong celah-celah rumah, jumpa lah Senado Square. Tapi nak sampai kat Senado square pun kena topup tanya 1-2 orang lagi. Mostly, area-area Senado Square tuh orang-orang dia dah pandai berbahasa inggeris dah. Paling kurang pun dia faham bila orang cakap Senado Square dan kasi tunjuk arah pakai tangan. Hehe..
Tapi, sebelum nak sampai kat Senado Square, sempat gak lah aku lunch kat satu kedai auntie nih. Takde nak lunch nasik sangat pun, Maggi cup ngan roti + ikan bilis adabi jer pun. Dah-dah lapar nih, semua pun sedap. Ada gak mata-mata sepet jeling kitorang, tapi ada aku kesah. Aku nak makan…
Dari kedai aunty tadi, jalan turun bukit terus jumpa Senado Square dah. Meriah betol kat sini. Tempat tourist dan anak-anak muda Macau melepak. Mostly tourist lah kat sini. Sebab ramai pun, adanya orang jual sourvenir dan jalan direct terus ke St. Paul Ruin dalam 200 meter lagi.
Sebut pasal St. Paul Ruin ni, ada kisah dia. Tapi aku tak berapa nak faham sangat. Istimewa St. Paul Ruin ni pun sebab dia tersenarai dalam UNESCO sama macam Borubudur dan Prambanan, itu pasal aku beriya sangat nak datang sini. Kalo ada masa baca wiki ni.. St. Paul Ruin
Area St. Paul Ruin ada kedai-kedai sourvenir Macau banyak-banyak. Tapi yang satu yang aku tak boleh blah, diorang bukan takat jual sourvenir jer… dengan-dengan babi goreng diorang jual. Babi Goreng Keping Sira Madu lagi kau!!.... Ada sekali, diorang siap tawar kat aku lagi… haha Mangkuk! Selain tuh, tat telur adalah satu ruji kat area ni.
Disebabkan ada sikit kekalutan dan kebangangan, tak sempat aku nak beli FM atau keychain dia. Aku hanya sempat beli baju I love Macau jer, itu pun kat Senado Square. Satu helai, HKD25 atau RM10+ gitu. Oh ya, Macau menggunakan matawang Patacas. Tapi, penggunaan Hong Kong Dollar pon meluas jugak. Lega aku sebab tak sempat nak convert duit Macau nih.
Dalam jam 2, aku rasa dah cukup lewat dah sebab petang nih aku ada planning satu lagi trip. Lepas amik gambar sepuasnya di Senado square dan St. Paul Ruin nih, aku mula beransur.
Untuk balik ke Terminal Feri – kali ni aku naik shuttle bas di Grand Lisbao, sekali gus aku dah masuk dan jejak kaki kat kasino terbesar Macau nih. Still lagi guna konsep cantik dan mewah. Ikut hati nak stay sampai malam, sebab nak tengok lampu-lampu neon Macau, tapi aku simpan dalam hati je lah. Masa sangat cemburu, itu buatkan aku sikit ralat.
Baiklah, ini tip dan cara untuk ke Senado Square:

aku siap upgrade lagi map nih... jadi ke tak jadi, betul ke idak.. Gasak ler! |
- Amik bas Grand Lisboa dan akan turun betul-betul depan main entrance Grand Lisbao. Jalan terus ke depan hingga jumpa simpang empat di mana sebelah kiri ada Winman (mall warna hitam)
- Jalan terus lagi (akan lintas jalan) hingga jumpa Hotel Sintra belah kiri. Jangan risau, biasanya orang ramai akan berjalan bertentangan ngan korang. Diorang pun dari Senado Square sebenarnya tuh. Jalan terus lagi sampai jumpa Senado square ngan trademark dia ada air pancut.
Macau : Part 1
Hai Alllssss...
This part start di hari keempat selepas trip Shenzhen. Konfius?... nnti aku list initerary sebenar trip Hong Kong nih... at dizz time, enjoy story aku dulu k....
Day 4: A day in Macau – The Venetian
Kembara Hong Kong diteruskan. Hari ini aku akan menuju ke Macau. Wilayah independent yang terpisah dari republic China. Aku ke Macau nih nak feel sendiri kemewahan The Venetian selain ke St. Paul Ruin yang tersenarai dalam tempat UNESCO yang selalu digembar-gembur oleh tourist yang datang ke Macau ni.
Dari Hong Kong ke Macau, aku melalui jalan air iaitu menaiki feri Turbojet di China Terminal Ferry. Asalnya aku nak cop feri pertama yang bergerak dari jeti adalah kul 7 pagi sebab taknak kat Macau sampai tengah hari, tapi memasing berjalan lenggang mat kangkung, alih-alih kul 7.30 gak dapat tiket.
Nak ke China Terminal Ferry dari Chungking Mansion, jalan kaki melalui Peking Road pastuh jumpa mall The Sun Arcade. Depan Sun Arcade adanya lot-lot kedai jenama mewah cam Prada, Fendi, Coach dan memacam lagi di Canton Road. Ikut jer jalan tuh sampai jumpa Giorgio Armani. Jalan depan sikit lagi dari Giorgia Armani tuh, akan jumpa macam mall. Korang akan jumpa pintu masuk China Terminal Ferry kat situ. Kiranya terminal feri nih berada dalam mall ok…
Aku purchase tiket return kat sorang ejen turbojet dengan harga discount. Sebenar ulat tiket nih. Dah dia offer murah, sebat jer lah… (kalau ada papehal menanggung ler aku). HKD320 return tiket. Harga asal korang check lah sendiri. Tiket pergi kul 7.30 pg dengan tiket balik flexible time sampai 9.30 mlm. Tapi, aku tak berniat nak stay sampai malam kat Macau nih, cukuplah sampai kat tempat wajib yang aku nak gi tuh.
Seperti maklum, Macau ni adalah Asia Las Vegas. Mean, tempat untuk orang-orang yang cuba menguntung nasib melalui mesin-mesin jackpot dan meja taruhan (haha.. habis cover baik berlapik ayat aku kan…) tapi, aku datang sini bukan nak menghabiskan duit cara diorang - *cukuplah sampai kat tempat wajib yang aku nak gi tuh.(*copy ayat atas)
Memula aku nak ke The Venetian. Tapi sebelum tu kena clearkan imigresen Macau dulu. Imigresen Macau tak gunakan arrival kad atau visa pun. Jadi sampai terus beratur kat imigresen. Cukup bawak passport jer. Lepas keluar dari terminal feri, cari shuttle bus untuk ke The Venetian.
Yer, seperti dimaklumkan – hotel-hotel dan kasino faymes di Macau ini menyediakan perkhidmatan bas percuma, khas untuk semua orang yang nak pergi menghabis duit di kasino mereka. Kita-kita pun boleh menumpang sekaki menikmati kemudahan ini, tanpa prasangka. Untuk ke The Venetian, naik lah bas The Venetian yang warna biru tuh. Bas nih gerak setiap 15 minit.
Sepanjang perjalanan, korang boleh melihat bangunan-bangunan Macau selain boleh lihat jaringan highway diorang yang dibangunkan secara jambatan untuk menyambung antara pulau-pulau Macau (disebabkan Macau nih terdiri dari pulau-pulau). Aku juga boleh lihat bangunan kemegahan Macau iaitu Macau Tower. Bukan tuh jer, nampak gak bukit-bukau yang belum lagi ditarah untuk bakal dibangunkan menjadi kasino. Huh! Terpikir gak aku tang tuh.
Dalam 10-15 minit, sampai lah aku kat The Venetian. Antara kasino dan hotel terbesar di Macau. Cantik dan mewah struktur dan konsep binaan yang penuh elemen-elemen Itali. Siap ada sungai dan gondola lagi.
The Venetian nih besar dan banyak ruang legar dia. Kalau jenis suka amik gambar, nak feel cam anak raja kaya-kaya boleh datang. Tapi aku agak bosan sebab setiap section The Venetian ni guna konsep yang sama jer – Mewah & Gah, tambah aku bukan jenis materalistik, 1 jam je kot aku merayap kat The Venetian nih. Oh ya, kat sini ada jual sourvenir dengan harga standard tourist. Aku hari tuh tak terpikir plak beli FM kat sini. Melepas dan hagak menyesal plak.
Untuk ke destinasi seterusnya, aku kena patah balik ke terminal feri dengan menggunakan platform “Macau Ferry”.
to be continue....

Subscribe to:
Posts (Atom)