Friday, June 12, 2015

Ho Chi Minh : Part 5

Day 4 – last day…

part last takde yang menarik sangat coz tak ke mana-mana pon. Even, flight blik mesia kul 12.00 tengah ari, tapi memasing nak sampai awal kat airport. Pas breakfast dalam kul 8, kul 10 gerak ke Station bas kat depan Ben Thanh Market.

Amik bas no. 152, kat platform mana? carilah yang no 152.

Tapi sebelum menapak ngan bebarang dah cam hapa kat belakang nih, sempat jap aku snap Ben Thanh Market untuk kali terakhir. Bye bye Ho Chi Minh..
























Dari sepanjang trip ni, dapat aku simpulkan yang
  • Bandar Saigon agak bersih dari pemerhatian aku. Rasanya boleh dikatakan lagi bersih dari bandar Kuala Lumpur. Salah satu sebab bandar diorang bersih ialah takde seekor pon kucing yang bekeliaran dalam bandar Saigon. Anjing 2-3 ekor jer, itu pun yang dibela dan didandan comel oleh penjaganya. Vietnam ngan kucing???… paham-paham ler.. hehe
  • Takde seorang pengemis yang teserempak sepanjang aku berada di bandar nih. Semuanya bekerja dengan penuh ketekunan dan kegigihan. Tak kira lah jenis OKU ke tak, mereka rajin berkerja. Takde alasan nak malas. Mungkin segmen Bersamamu versi Vietnam tak wujud kat TV diorang… 
  • Ade sebilangan kecil kaum Melayu di Indochina seperti di Thailand, Kemboja, Vietnam dan Loas yang dikenali Melayu Champa. Mereka ni berkomunikasi boleh berbahasa melayu yang baur loghat Kelantan. Camane mereka ni boleh terpisah dari gugusan rumpun bahasa melayu, tak tau lak aku..
  • Memacam cerita tak enak aku dengar pasal Vietnam dalam isu jenayah sebelum wat trip ni. Ragut dan peras ugut berleluasa kat bandar saigon. Sepanjang 4 hari, sekali aku jer dengar dari member aku pasal ragut yang berlaku, tu pun aku tak tengok secara live. Aku tak kata Saigon teruk ngan jenayah atau selamat sangat. Cuma kita jer lah perlu berhati-hati dan amik langkah jaga-jaga dengan kemungkinan yang berlaku setiap masa hokey. Pada aku lah kang, macam lah Malaysia selamat sangat. Hurmmm…..
tips: keep moving. Kalau berjalan, jalan terus laju-laju. Jangan nak jap-jap stop selfie tepi jalan. Beg, please jangan bawak macam yang nak gi kenduri. Bawak beg galas atau beg silang. Jangan jalan sorang-sorang atau di tempat sunyi. Ruang kawasan berjalan kaki di Saigon agak luas, possibility orang ragut agak senang. Jadi, berjalan di khalayak ramai… tengah-tengah mat salleh pon kalau boleh join diorang, joinlah…

Aku tak tahu dah nak melalut apa-apa dah.. nanti total expen aku bentang next entry ok… Choww!!

Wednesday, June 10, 2015

Ho Chi Minh : Part 4

Day 3

Mekong Delta – Ben Tre & My Tho

Tour Mekong ni flow dia sama jer ngan tour Chu Chi Tunnel semalam. Cumer kali ni amik masa 1 hari, dari pagi bawak ke petang. So, banyak agenda-agenda dan aktivitinya. Memula bersemangat lah, masuk dah petang-petang sikit cam tempeyek dah aku tengok memasing.
My Tho is 86km away from Ho Chi Minh City and one of the attractive destinations not to be missed. The major economy of My Tho is from agriculture. Coconut trees occupy most of its land, thus it dominates the My Tho’s scenery.There will be activities such as taking a boat ride on Tien River, overlooking the floating houses along the river, sitting on a horse-cart and taking part in learning how to make the coconut candies as well as participating in rowing a small boat in a canal…
8:30AM: Departing from The SinhTourist office for My Tho city by air-conditioned bus. At My Tho, boarding the motorboat at a pier and cruising on the Mekong River. Here, overlooking floating houses where fishes are farmed beneath the house (viewing from the motorboat). Continuing the journey on the river until reaching Cồn Thới Sơn (Unicorn Island), from here taking a horse cart to reach a performance site where Vietnamese traditional music (Intangible Cultural Asset of Humanity accredited by UNESCO in 2013) can be heard and seasonal tropical fruit can be tasted (included). Afterward, being on a small hand-rowing boat (the main mean of transportation in My Tho & Ben Tre) and slowly cruising through a small creek with beautiful overhanging coconut trees. Lives from both sides of the creek can be observed. Before heading to lunch, passing through bee-keeping farm and enjoying honey tea, a typical Mekong house can be viewed here. Then, it is lunch time after a short walk. After lunch, boarding the motorboat and heading to learn coconut candies making process from a workshop. Sample of candies can be tasted.
03:00PM: Returning back to bus and going back to Ho Chi Minh City. 
Ini Itinerarynya untuk tour nih. Cumer ada sedikit perubahan lah ikut kesesuaian tour guide. Sebut tour guide, tour Mekong ni ada guide gak, cume aku tak berapa masuk. Nama pun aku tak hengat.

Tour nih termasuk ngan lunch, tang nih korang kena declared dan inform kat guide korang yang korang Muslim. Aku sendiri pun lupe nak bagitau nih. Nasib baik time makan dia hidang ikan Kaloi goreng sebagai main menu. Terpaksa makan Mak sendiri daaa…..

Info: My Tho dan Ben Tre (sebutan Ben Cé) ni dua tanah besar yang disempadani Sungai Mekong. Disebabkan sungai dia besar, terbina lah pulak gugusan-gugusan pulau iaitu Delta Mekong. Delta ni plak tanah dia subur kerna segala nutrien dan baja-baja kompos dari hulu sungai Mekong yang start Loas, terus ke Thailand dan Cambodia, amat ler sesuai untuk bercucuk tanam. Dah macam cikgu georgrafi dah aku rasa…

Masa tour ni tak ramai orang Malaysia ada. Bukan tak ramai, sorang pun aku tak jumpa. Maybe diorang datang Saigon semata-mata nak bershopping jer kot. Bagi aku yang jenis datang sekali seumur hidup, sayang ler tak turun ke Mekong ni. Dulu, masa subjek Georgrafi selalu dok sebut-sebut Sungai Mekong nih.

Spoil warning: masa ronda-ronda pulau tuh, aku rasa cam entah hape2 entah. Pegi melawat kebun jer pon. Setakat tengok pokok pisang, pokok limau nipis, cempedak semua, tak de nak pelik dah bagi aku. Yang menyangapkan tour ni bagi aku cruise atas sungai Mekong, first time aku tengok sarang lebah dan naik sampan kecik ala Lisa Surihani tu aku rasa memorable sangat.

Sg mekong dr pandangan pertama

yang nak dilawati nanti ada 4 pulau. paling besar Unicorn Island.

Ni lah Sg. Mekong ya adik-adik..
rumahnelayan kalo tak silap

first checkpoint. makan dulu sebab memasing dah kebulur. make sure declare korang muslim. nanti diorang akan  masakan asing dari yang non halal.

jungle trekking dalam kebun.

Sesi minum madu + teh + limau. sedap

kawasan perternakan lebah.. (?)

moment nih yang paling best.. serius.

mak cik yang wat gula-gula kelapa

ok dah..nak balik dah























Night Market

Sampai hotel dalam kul 7. Aku decides nak rehat dulu jap kemudian ke pasar malam sekitar Ben Thanh Market untuk beli sourvenir untuk bawak balik Malaysia. Malam tu aku cekau Kain Pasang, baju jubah, baju T dan banyak lagi lah tapi dengan berhemah sebab luggage pun aku tak amik.

Poyo Info: peniaga pasar malam nih sebenarnya peniaga Ben Thanh Market. Bila malam, dia amik bebarang diarang pastuh bentang jual kat luar pulak. Taddaa!! Jadi pasar malam…

Phó di Hajah Basiroh




Kemudian gi makan lagi kat Hajah Basiroh, pekena Phó. Ape benda pho? Ala, sup daging yang dimasak ngan herba-herba. Lain sikit lah dari sup sebenarnya. Memang patut cuba kalo berada di Vietnam.

Time aku nak makan nih ada sedikit drama berlaku. Ada satu family nih order diorang tak dapat. Mengamuk sakan pak cik dan makcik tuh bila order tak sampai-sampai. Siap angkat-angkat tongkat lagi. Dalam hal nih, dua-dua pihak salah. Pakcik dan makcik tuh tak patut marah-marah. Imej Malaysia kena jaga. Ingat tuh. Cakap lah elok-elok tak boleh ker? Berapi-api taknak makan tapi last-last makan jugak. Yang amik order pun boleh tahan bangang gak. Camana order boleh hilang tak tahu ler. Dah tau family tuh lama tunggu, tak boleh ker amik order baru??? 


Ok, takat ni lah ya peeps.. next entry lak..

Friday, June 5, 2015

Ho Chi Minh : Part 3

Day 2

Chu Chi Tunnel (1/2 day tour)

Hari kedua aku dimulakan dengan tour ke Chu Chi Tunnel. Sebenarnya banyak pakej-pakej Chu Chi tunnel ni di The Sinh Café, tapi aku amik tour separuh hari je sebab memang stail aku travel. Kalo boleh nak padat sepadat boleh. Satu hari tuh nak cover 4-5 tempat kalo boleh.

Tour start kul 7.45 pagi, tapi kitorang semua 1 bas kena datang kat depan office The Sinh café setengah jam sebelum tuh untuk settlekan hal tiket tour. Nak breakfast memang tak sempat lah kat hotel. So, pandai-pandai lah bawak bekalan makanan sendiri ye. Then kitorang 1 bas dalam 25-30 orang bergerak ke Chu Chi Tunnel bersama-sama seorang tour guide iaitu Law (sebutannya Lau) yang akan guide kitorang kat Chu Chi Tunnel nanti. Perjalanan mengambil masa kurang 1 jam jer dari bandar Saigon.

Selain excited nak masuk terowong kecil, lawatan Chu Chi Tunnel nih sebenarnya bertujuan untuk tunjuk bagaimana cara orang Vietnam meneruskan hidup zaman Perang Vietnam berlaku dulu. Pada mulanya, aku tak rasa apa-apa, tapi bila Law mengaku dia salah sorang dari ahli gerila dan pernah hidup dalam terowong kecil ni dulu, wat aku tersentuh gak. Feeling sedih ngan kesian tu datang ngan sendiri bila Law menceritakan sendiri betapa peritnya hidup zaman peperangan tu.

Manusia serata alam, paling ramai Korean.

Ni OTW ke CCT. Kau cari mana keta...?

View Chu Chi Tunnels


main tutup pintu lubang yang jadi tumpuan. Law represent aku...

Yang ni pondok Hospital. aku mampu tengok dari luar. malas aku berebut ngan mengkeme2 ni semua.

Tukang buat selipar. Orang vietnam dulu pakai selipar yg dibuat dari tayar.
























Banyak perkara menarik yang aku belajar tentang Chu Chi Tunnel dan Perang Vietnam. Antara aktiviti yang tourist patut buat ialah masuk dan tutup pintu terowong kecil (yang ni wajib kena buat), merangkak dan berjalan dalam terowong, menembak guna peluru hidup, makan ubi kayu cicah kacang bakar + minum teh daun nenas (satu pinggan aku belasah ubi kayu nih hari tuh), dan banyak lagi lah.

Settle Chu Chi Tunnel dalam kul 1 rasenya, tak hingat dah aku.

Ben Thanh Market

Balik dari Chu Chi Tunnel, aku rilex jap dari bilik. Kemudian ke Ben Thanh Market yang selalu disebut-sebut kalau berada di Saigon. Dah jadi ikon Saigon dah pun. Kat sini kalau nak cari kain cotton murah-murah ini lah tempatnya. Time terjah BTM ni tak macam duk Vietnam dah, rasa duk kat Kenanga Mall pun yer jugak sebabnya ramai nau orang Malaysia ada kek sini hah.

Disebabkan ini jer masa yang ada, aku ngan member dengan rakusnya berbelanja. Pada mulanya aku nak ushar-ushar dulu, tapi bila kena paksa ngan seorang peniaga nih, aku terpaksa gak beli 10 helai t-shirt Vietnam nih ngan harga yang kurang memuaskan. Asalnya sehelai dia jual VND170 000 sehelai, tapi bila aku cakap taknak, dia diskaun sampailah VND82 000 sehelai atau RM14 lebih kurang. Kira aku dapat lebih separuh harga dah tuh. Tapi still lagi aku tak puas sebab kalau harga t-shirt yang sama, kat depan Restoran Hajah Basiroh RM7 jerrrrr…..

Tip dan info; point utama utuk shopping adalah KAIN, boleh bargain harga kaw kaw, kebanyakan peniaga dia boleh berbahasa melayu dan Kopi, mesti korang beli sebab kopi Vietnam antara kopi yang faymes di dunia (ye ker???... agaknya lah ;p

Suasana dalam Ben Thanh. Separuh peniaga dia boleh berbahasa Melayu.

kain-kain

Nothing is less... but kain is the most. kain kain kain ...




































































Notre Dame &  The Central Post Office

Nak tak nak, kena balik hotel dulu letak barang. Sebabnya planning aku nak terjah Central Post Office Saigon yang cantik-mantik gaya seni bina France. Mostly bangunan-bangunan Saigon ada pengaruh France sebab effect jajahan portugis dulu-dulu.Baca lah buku sejarah tingkatan 3 balik kalau nak faham lebih lanjut. (Dedikasi untuk Cikgu Rohana Ismail, cikgu Sejarah Sekolah Menengah Bukit Bunga, saya rindu cikgu sejarah saya ini). Sebelum sampai ke Post office nih pun aku jumpa bangunan muzium Saigon. Cantik tapi dah tutup.

Pos ofis nih tutup kul 4.30 ptg, aku sampai dah lebih kul 6… so, takyah nak harap sangat lah boleh masuk. ushar dari luar pun jadi lah. Seberang jalan Pos office nih ada plak Notre Dame, Gereja. Jadi tak beriya sangat aku nak amik gambarnya.

Jarak Central post office nih lebih 700 meter jer dari BTM. Boleh sewa teksi kereta, teksi motosikal atau jalan kaki. Aku pun jalan kaki je. Selain Post Office dan Notre Dame, satu lagi bangunan yang dekat dan jadi tumpuan ialah Reunification Palace. Korang boleh jalan kaki jer. Tapi aku tak pegi Palace nih sebab time tuh dah malam.

Sampai kat BTM, aku singgah makan kat Restoran Aishah. Tak ada apa yang menarik masa makan, kecuali kena tunggu lama sebab order aku tak sampai. Yang ni hati aku mendidih gile. pas makan aku terus balik hotel. Oh ya, time nih, Vietnam tengah sambut hari merdeka ke-40 diorang. malam ni dengarnya ada fireworks bagai. Kat dataran Ben Thanh meriah. Lagu kebangsaan diorang berkemundangan.

Bangunan Muzium yang aku terserempak. tapi dah tutup..


Sebelum Notre Dame, jumpa HSBC besar nih

Notre Dame, tak sama pun cam kat Paris...

isi dalam Central Post
























panjang benor ler entry kang.. gasak lerrr..

Thursday, June 4, 2015

Ho Chi Minh : Part 2

Ok...ok.. ok sambung yang ari tuh.. tetiba muka bos aku muncul depan aku ari tuh.. tu yang cecepat logout tuh... haha

Day 1 (continue previous)

Le Le Hotel

Then, aku mengorak langkah sendiri untuk cari tempat menginap. Sepanjang berada di Saigon ni, aku stay kat Le Le Hotel. Berbekalkan Google map yg aku dah siap print, tak susah lah cari hotel walaupun located dia agak jauh dari Ben Thanh Market. Lebih kurang 300 meter kot.

Biasanya hotel negara lain akan amik Duit Key Deposit sebagai jaminan dan cagaran, berbeza dengan Vietnam, diorang pegang Passport terus ko. Tapi ok gak diorang pegang passport ni, sekurang-kurangnya risiko hilang atau kena curi tuh rendah lah.



























 Hajah Basiroh Restaurant

Settle Check in, melabuhlah sekejap atas katil, nak hilang penat-penat sikit. Penat hilang, perut plak lapar. Dalam jam 6-7 rasanya, aku kuar gerak untuk cari makan. Untuk malam pertama ni, aku makan kat Hajah Basiroh kat belakang Ben Thanh Market. Aku order nasi Goreng Ayam + Air Tropicale.. semuanya harga VND100 000. Biasalah tuh, harga international.

Duong Nguyen An Ninh.. juga dikenali Malaysian Street, sebab bersepah orang malaysia kat sini (siap ada kedai logo 1Malaysia besar lagi ko, ape kes?)



Nasi Goreng ayam. dah ganyang baru terpikir nak amik gambar... lapar tak menahan.


Sebelah Hjh. Basiroh.. ada restoran Kampong Melayu ngan Haji Osman. aku rasa diorang laki bini pastuh duk di Kg.Melayu..??

Juga banyak guna bahasa melayu. sumpah, cam jejalan kat Jalan TAR pon ada time nih.




































































The Sinh Cafe Tourist

Next, aku pergi deal tour untuk esok dan lusa dekat satu tour agen iaitu The Sinh Tourist (dulu dia Cafe jer). Untungnya stay kat Le Le Hotel sebab area dia banyak agent tour. Tapi aku pilih The Sinh Café nih sebab dia MURAHHH…. Aku amik pakej Chu Chi Tunnel (half-day tour) untuk hari esok dan Mekong Delta (1 day tour) untuk hari berikutnya. Kedua-dua pakej reger dia VND648 000 atau convert duit Ringgit RM113.40 jer… Murahhhhhhh hokey!

























ok... aku rasa dah settle ari first nih...  jumpa next ok..

Tuesday, June 2, 2015

Ho Chi Minh : Part 1

As-SALAM semua…

Bandung adalah syurga shopping. Sebut jer nak apa? kain, telekung, kain semayang, jeans, baju bajan segala mak nenek ada. Tapi sejak awal tahun 2013, Vietnam start buka pintu untuk terima orang-orang luar datang bertandang ke negara diorang. Ho Chi Minh menjadi alternatif Bandung dan mula menjadi sebutan tourist-tourist dan traveller-treveller untuk mencari pengalaman dan belajar sejarah Vietnam, juga kaki-kaki shopping bershopping sakan.

Tourism Vietnam

Aku pun dah diberi peluang dan rezeki untuk ke negara republik Indochina ini time cuti buruh hari tuh. Jadi meh lah aku start citer aku tanpa segan silu…

Day 1

Sebenarnya aku malas nak mati citer pasal Ho Chi Minh.  Kenapa? sebab dah ramai dah orang Malaysia yang lagi berpengalaman ke Ho Chi Minh ni. So, kalau citer aku agak boring tak boring, klise tak klise, gasak jer lah… Ready? Let’s Go!

Tan Son Nhat International Airport

Flight aku sepatutnya jam 11.15 am, tapi tertangguh 3 jam kemudian. Sebab apa? Biarlah rahsia… hehe

Flight ke Ho Chi Minh mengambil masa hampir 2 jam gitu. Masa Vietnam 1 jam lagi lambat. Kalau Malaysia pukul 1 petang, Vietnam baru kul 12 tgh hari. Dalam kul 4 aku touch down airport international Ho Chi Minh iaitu Tan Son Nhat International Airport. Agak moden jugak lah airport dia walaupun flight Airasia berlabuh di Terminal 2.

Untuk ke bandar Ho Chi Minh, aku amik bas jer. Bas No 152, yang akan turun kat bus stand dekat Ben Than Market. Tambang dia hanya VND5 000/pax jer, murah-semurah murah alam. Kena sediakan wang kecil untuk naik bas nih. Kalo tak de, beli lah ape2 asalkan dapat jumlah tuh. Kesian drebar bas tuh nak cari duit balance pulak. Jarak Ben Thanh Market dari airport dalam 7km, ambil masa 20 minit untuk sampai. Seperti sedia maklum, bandar Ho Chi Minh atau sebelum ini dipanggil Saigon sangat sangat faymes dengan bandar motosikal. Jadi kadar kesesakan lalu lintas agak rendah di Saigon ya. Kalau jem pon jem motorsikal jerr… 

Bas akan berhenti kat station dia. Masa dalam bas lagi, aku ngan geng teramah mesra plak ngan seorang pakcik nih. Dia datang ke HCM ni nak amik barang jer.. malam nanti flight balik malaysia terus. Dahsyat aku kata. Banyak pengalaman dia ke Saigon (aku sebut Saigon lah yer, melentik lidah aku sebut HCMC banyak kali ni). Dia lah yang bagi banyak tips, siap tunjuk kitorang tempat makan halal kat area Ben Thanh Market lagi sebelum kitorang wat haluan masing-masing. Tima kasih pakcik, (aku tak tahu nama).

Vietnam Airlines



ini ler pakcik yang ramah mesra baik hati tu... cam cikgu hasmaruddin, cikgu fizik aku dulu gaya dia... :p

first snap. cam bandar Kota Bharu gitu.

































































Trivia Ho Chi Minh dari kaca mata aku:
  • Ho Chi Minh ialah Presiden Pertama Vietnam yang berjaya memerdekakan Vietnam dari Amerika pada tahun 1975. Diorang mengabadikan nama Ho Chi Minh ini dengan menukarkan nama lama Saigon.
  • Local still guna nama Saigon nih.
  • Hari kemerdekaan Vietnam ialah 30 April, masa trip aku nih tepat sekali ngan hari kemerdekaan dia. So, sempat lah dengar lagu hari merdeka dia hari tuh.... "Viettttt Nammmm!!!!"- semangat betul bunyi dia..
  • Tak perlu arrival form untuk diisi untuk masuk negara Vietnam. Khas untuk Asean kot.
  • Penggunaan Matawang Dong. USD turut digunakan tapi skang Vietnam slow-slow nak mansuhkan penggunaan USD ni. So, tak tukar USD pon takpe masa gi convert duit.
  • Orang Ho Chi Minh nih macam merendah diri dan pemalu bagi aku. lagi-lagi bila dia jumpa orang Malaysia.
  • Walaupun bukan negara Islam, orang Ho Chi Minh still ada rasa hormat dan open untuk terima dan tahu keperluan orang muslim.
Aku rentikan kat sini dulu... til then (*tetiba.......  antiklimaks punya Ridwan!!....)