just for note: Nagoya merupakan bandar terbesar yang terletak dalam Aichi Prefecture, region Chubu.
Day 3 : Nagoya – Bersolat Jumaat di Nagoya Mosque
Lepas 2 jam naik bus willer akhirnya sampai lah aku kat Bandar Nagoya. Bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Osaka. Dalam bas bajet nak tengok view kampung-kampung, tapi bajet jer lah.. melangok aku tido sepanjang perjalanan.
view dari bas yang aku sempat snap. |
view dari bas yang aku sempat snap. bukti jepun pon still tanam padi |
Nagoya |
dari view Sasashhima Live. Nampak bangunan Avengers plak kat depan tuh. |
Sampai bandar Nagoya, bas willer campak kitorang kat Sasashima Live, kena jalan kaki ke Station Nagoya since Hotel Eco Nagoya aku berdekatan dengannya.
Sampai kat hotel dalam kul 11 pagi gitu, check in dan tinggalkan beg kat kaunter. Terus kitorang bertebaran untuk ke Masjid Nagoya.
Kalo dulu, maybe boleh jumpa orang Malaysia atau tourist pelanggan tetap Airasia, tapi sekarang takde lah kelibat diorang sebab Airasia dah tutup route ke sini.
Seperti yang diplankan, kat Nagoya nih aku taknak naik Metro subway. Bukan nak jimat ke hape, saje nak feel and nak cabar daya tahan berjalan kaki aku. Hari-hari duk selambak atas kerusi main komputer, jogging pon tidak… so, aku jadikan travel sebagai senaman. Ade moral anjakan paradigma kat situ.
route Nagoya. |
Kedai dia dalam 150 meter belakang masjid Nagoya nih jer. Aku tak banyak cakap ngan pakcik, tapi dia ajak aku bersolat jumaat,. Aku senyum, setuju padahal masa tuh surprised habis, “errrr…jumaat ke hari nih???” awkward dua.
Aku tengok jam kul 12.15 minit. Pakcik tuh kata Solat jumaat kat Nagoya nih start 12.40 pm. Pakcik tuh tinggalkan aku sebab Khutbah dah start dah. Hadoi, kebetulan makanan siap cepat jadi cepat2 lah aku makan. Ahli jemaah order roti naan ngan nasi beriani. Sedap gak.
Beriyani Kambing. Yummmeh!! |
Ayam Tadoori. pon sedap |
Roti Naan |
Kedai makan sebelom aku semayang jumaat |
Nagoya Mosque |
12.30 aku gerak ke masjid, taknak ler dicop orang Malaysia lembap dan tak tepati masa yer dok? Memang beb, Khutbah dah start time tuh, tak sempat kebas pon kaki aku, tak sampai 10 minit dah start semayang dah. Tak ramai pon jemaah dia, ade 4 baris (tapi masjid dia ader 4 tingkat, 1 tingkat untuk pompuan)
Khutbah pasal Ukhwah – brothers in Islam protecting and humanity for Palestine against Israel. Gitu ler tajuk dier.. tak reti nak translate dalam BM.
Selesai bersolat jumaat, aku nak thanks pakcik tuh tapi baru nak ramah, sekali dia jumpa geng dia daa…, dengarnya baru datang Nagoya nak sambung belajar. Aku hanya senyum dari tepi, nak menyampuk diorang cakap Jawa. Awkward giler time tuh. then diorang pon blah, sebab student tuh nak makan – pakcik tuh tunjuk kedai yang dia tunjuk kitorang makan tadi. AWKWARD.
aku salam pakcik sebelum dia blah sementara aku plak tunggu member trip aku selesai solat.
No comments:
Post a Comment