Monday, October 5, 2015

Kansai (Osaka) : Part 2

Day 1 : Osaka Guest House Drummer’s Dream & Sumiyoshi Taisha

Aku rasa dah beberapa kali aku ingat kan kat hangpa semua. Cari hotel atau tempat nginap tuh dekat stesen bas atau main attraction. Senang nak cari. Tapi aku pon kali ni main langgar jugak tips yang aku sendiri bagi… hoho.

Bukan senang nak cari hotel murah tapi selesa kat Jepun. Dalam Booking.com, balik2 yang nih yang kuar. Location tak penting time nih, janji murah. ekceli time nih AirBNB tak berapa nak faymes lagi. So, aku main rembat jer lah.

BTW, Guest House ni ok jer sebenarnya. Takde masalah kalo jenis boleh berjalan sikit (kira-kira 500 meter dari Stesen Shinchido). Lagi pon, guest house ni located kat area Sakai, area yang tak berapa sibuk sangat. Feeling2 macam duk area umah Shin Chan gitu. Recommended, ngan syarat korang print map google dia.. hehehe.























Sweet memorable: pas hagak dah sesat, kitorang ader tanya 2-3 orang local kat situ. Diorang memang baik dan helpful walaupun sepatah haram diorang cakap Jepun aku tak paham. Last sekali, ade pakcik nih berbasikal, dia tolong kitorang cari guest house nih. Comel pakcik tuh, dia nih pendek, umur mungkin dalam 65-70 kot. Dia suh ikut dia yang berbasikal, kitorang jalan kaki. haha.. sweet giler

Pung pang pung pang, settle checkin, letak bag kat guest house nih.. jam dah kul 12 tengah hari tak silap time tuh. Hujan turun plak renyai, boleh tahan sejuk jugak lah Kansai nih. Pakai baju 2 lapis pon tak berpeluh.

Sebelum nak jejak kaki ke bandar Kobe, aku singgah jap kat Sumiyoshi Taisha atau Grand Shrine. Temple satu nih tak berapa popular, tourist kurang pegi sangat walau pun dia agak cantik. Lagi-lagi part jambatan dia yang melengkung ngan bangunan cat merah yang memorable sangat.

vending mesin air minuman ader di mana2 sahaja.. takyah risau.


























Cara nak ke Sumiyoshi Taisha ni ialah melalui Nakkai Line dan got off kat Stesen Sumiyoshitaisha.

 ok, tu jer so far...

Friday, October 2, 2015

Kansai (Osaka) : Part 1

Assalam readersss….

Seperti yang digembar gemburkan, aku berjaya abiskan trip jepun aku yang merupakan negara ke-10 yang dah aku jejaki. Alhamdulillah…. HAHAHA (gelak bangga jap)

Day 1 : Kansai International Airport

Perjalanan dari KLIA ke Kansai International Airport ambil masa selama 7 jam. Ini first time aku naik Airasia X. Tak banyak beza cuma flight dia extra besar, ruang kaki sikit luas dan seat dia 3-3-3 (9 seat satu baris). flight depart dari klia2 kul 1 pagi. Bajet aku boleh lah tido since aku datang awal kat airport. Tapi kul 4 pagi dah nampak silau-silau kuning langit Jepun. Teruja tu memang teruja, tapi rasa nak mengamok gak biler tak cukup tidur nih. FYI, waktu Jepun adalah 1 jam lagi awal dari Malaysia, cumer langit dia cepat cerah. Kul 5 pagi dah totally cerah. So korang kira, kul 5 pagi dah abis cerah, pastuh tolak lagi 1 jam berbanding Malaysia. maknanya kalo kat Malaysia, kul 4 pagi dah kena bangun untuk gi kerja. (subuh dlm kul 3 pagi) hehehe.. nampak? ada masalah jetlag kat situ.

Nah kau, time kul 5 pagi.. kat bawah tuh kepulauan Okinawa. well, aku dah lalu Okinawa.





















arrival card + custom declare... kena bawak pen siap2..





















Memang tak dinafikan, Jepun sangat-sangat owsome, canggih manggih and baqq hangggg. …Takde tanah, diorang buat tanah sendiri. Takde pulau, diorang wat pulau.. landasan kapal terbang nih pun adalah pulau buatan manusia. Impressed betol. Flight baru nak landing dah start jakun dah.

Proses immigration Kansai agak senang cume part nak scan mata ngan jari tangan tu agak kelakor. Pengawai immigresen dok bermoshi moshi, aku ingat nak cakap apa… rupenya dia nak suh aku tengok kat eyes scanner.

Settle immigration, aku keluar dari arrival hall dan dengan gaya langkah mak minah sayang menuju ke Tourist Information kaunter, nak purchased Kansai Thru Pass. Sebelum blah sempat lagi aku rembat 2-3 travel guide book yg English punya. Banyak yang lain tapi mostly dalam Bahasa Jepun. Bila aku pusing belakang, 2 member jemaah rombongan aku telah diapproach oleh sorang lelaki Jepun. Segak orangnya. Katanya dia pengawai polis yang buat interview dan wat sikit survey. Interview takde lah serius creepy pun. Just dia tanya, dari negara mane, berapa hari kat Japan, bla bla bla… sempoi abis, rasa diWelcome lagi adalah.

view dalam airport


pass ngan Handbook dia. Dalam handbook dah ader map subway yang pass ni cover.






Pelan-pelan aku menuju ke gate train. Malas ah nak rush-rush, lagipun time tuh baru kul 10. (flight landing lewat 1 jam). First destinasi aku, nak gi hotel dulu sebab nak letak beg-beg yang berat nak mampos nih. Confident tak cofident, aku naik train line Nakkai (train nih stop kat Namba Station). Aku kena get off kat Sinchido Station.


Walau macamana pon, tak note, ade 2 jenis line train iaitu Normal Express Train dan Limit Express Train. Pelik jugak sebab train aku naik time tuh tak berhenti kat stesen kecik2. Sampai kat Sakai, aku terpaksa turun sebab taknak terlepas kat Sinchido tuh. Kena ambik 1 lagi train yang Normal yang berhenti setiap stesen tuh.

Tuesday, September 29, 2015

Pengalaman Menjejak Negara Matahari Terbit

Toyota, Honda, Mitshubishi, Hitachi, Panasonic, bateri Yokohama, Kansai paint, Nippon paint, Nagoya textile, Daiso, Denso, sushi, wasabi, Dragon ball, Sailormoon, Pokemon, Doraemon, Shin Chan, Fresh & White, hantu Ju-On, hantu jepun, selipar jepun, Maria Ozawa, apalagi yang aku tak sebut pasal Jepun ek? Boleh kata banyak gak pengaruh Jepun dalam hidup kita ya. Tapi tu semua material konkrit yang kita guna hari-hari, camane plak ngan life style dan budaya mereka yer. Hah!, ini peluang aku untuk menyingkap dan mendekati budaya Jepun yang faymes dengan kisah Samurai, Ninja, Geisha dan awek-awek manga.

Memang tak nafikan, aku tunggu saat-saat nih. Jepun kot. Sekali lagi, JEPUN. Bukan ramai yang ade peluang dan rezeki untuk ke negara Moden nih. Setahun aku tunggu untuk prepared trip nih. (aku book tiket sejurus balik dari Hong Kong). Nak fokus pada Jepun dalam masa setahun, tak lah sampai macam tu sekali. Cuma debaran tuh lain macam sikit.


Anyway, secara kasarnya route aku ialah land on kat Osaka. Pastuh pit stop kat Nagoya kemudian take off kat Tokyo.

Preparation ke Jepun ni aku upgrade dari preparation gi Hong Kong ari tuh jer
  • Bawak 5 paket maggi jer. Pastuh on the go, aku beli Snikers 10 bar, kebetulan Econsave wat promotion ari tuh. 
  • Check cuaca kat Osaka & Tokyo. Kena tau, jarak Osaka ke Tokyo agak jauh gak. dalam 600km, macam duk Bukit kayu hitam nak ke Johor Bahru. Kalau Osaka panas, tak semestinya Tokyo panas. BTW, time aku pergi nih peralihan musim panas nak ke musim luruh, jadi hari-hari hujan 2-3 tempat nanti.
  • Paling penting aku tak amik luggage kali ni. Pandai-pandai nak seludup barang-barang nanti.
  • tempat atraction aku refer kat Youtube terus. aku try gak baca blog-blog blogger, tapi rata-rata merepek-repek ngan ayat meleret-leret tanpa point. bla bla, kyoto bla bla bla bla bla haha.. bla bla bla bla bla sampai mereput...
  • Pas tengok Youtube tempat attraction, listkan then check google map untuk tengok location dan susun itinerary. Yang dekat-dekat gi dulu jadi priority, yang kena menapak jauh-jauh letak last sekali.
  • Pas dihitung tolak tambah, itinerary jadi ginih.
Itinerary aku. yg petak kecik2 tuh kira checklist lah.

Seperti sedia maklum, Jepun nih terkenal ngan World of Trains. So, bestnyer ceruk Jepun mane pon boleh jejak ngan naik trains jer. Yang tak best nyer, berserabut tengok line train diorang. Silap-silap boleh pitam sebab usus tak hadam tengok line diorang nih. Walau bagaimanapun, aku sangat suka trip yang menggunakan train sebab ia sangat convenient & easy-to-reach. Selain tuh, dalam train la aku boleh lihat budaya, attitude dan ragam orang luar lebih dekat (termasuklah cara diorang dressing.. hehehe).

Aku nyaris nak beli pass JR Line yang reger nya cecah RM12++ tuh. kalo feeling kaya boleh la. Tapi jenis poket nipis nafsu jejalan boya aku, terpaksa lah aku tekap poket pastuh sengih kat depan pc sebab duit tak cukup.. keh3

Day 1 & 2 : Osaka, Kobe & Kyoto

Sepanjang kat Kansai, aku beli pass Kansai Thru 2-day Pass jer. Harga dia JPY4000 atau RM140. Dengan pas nih, aku boleh cover 1 kansai iaitu area Osaka, Kobe, Kyoto, Nara dan Wakayama. Penggunaan Pass ni takde had, Unlimited tapi dalam masa 2 hari jer lah, start first day kita mula guna kad nih. Aku tak tahu lah, untung ke tak untung guna pass nih. Tapi rasa berbaloi gak lah sebabnya aku stay kat Osaka 2 hari jer pastuh aku nekad nak cover 4-5 tempat satu hari. Kira touch n Go lah. lagi satu takyah ler terhegeh2 nak beli tiket sehala kat machine tiket diorang yang sepatah haram aku tak paham.

Website Kansai Thru 2-day Pass

Note: Kuar dari arrival gate, sila ke kaunter tourist info. Kat sini lah nak beli Kansai Thru pass. ekceli, banyak lagi pass yang dia jual yang boleh jadi pilihan kalbu. Kansai Thru Pass juga ada yang 3 hari. Map subway & train dia akan bagi sekali dengan handbook Pass nih.

Map yang Kansai Thru pass ni cover.

Day 3 - 4 : Nagoya

Dari Osaka nak ke Nagoya aku naik Willer bus. Hohoho. Murah ler tambang dier, JPY4500 atau RM45.++ jer. Aku book online terus sebab time tuh Willer bus wat promo, agaknye lah.

Website: Willer Bus

Kat bandar Nagoya; Jalan kaki adalah transport aku.


Day 4-5: Tokyo

Dari Nagoya ke Tokyo, aku naik kereta api paling laju di dunia, Shinkasen atau Bullet Train. Memang harganya boleh wat rasa nak bunuh diri, tapi sekali seumur hidup, bile lagi ye dak?

Bullet Train

Then, touch down kat Shinagawa station, Tokyo. Aku purchase Suica Card untuk aku naik train JR dan Metro subway dengan Harga JPY2000. Fungsi Suica card lain sikit dari Kansai Thru Pass, Sica Card dia macam Touch n Go, ataupun cam Octopus card Hong Kong. Kena slide, topup kalo baki habis dan boleh redeem kad ngan JPY500, ok. Nanti aku citer lagi lain kali k.

 Web site Suica Card 


Map Subway & train JR

Sebenarnya banyak cara lain untuk beli tiket train atau transport lain. BANYAK okey. Tips aku, takyah pening-pening, just cari 1 jer decision terbaik and go!

Untuk expericed lengkap, korang tunggu la yer entri-entri akan datang. Aku rasa panjang nih hikayat jejak jepun nih. Untuk setakat ni, ni je lah dulu. Ok bai..

Thursday, August 27, 2015

Tourist vs Traveller

Assalam sumer…

Sekang baru ada masa nak bercorat coret sikit… (*dah nak bersawang dah blog, baru ko nak tunjuk muka ye?..)

Entry kali ni aku nak take 5 lah sementelah aku berehat panjang dari arena travelling ni. Pas hadap bulan puasa, pastuh raya.. dah raya, rumah-rumah terbuka pulak… kat ofis lak tak habis-habis nak finalizes projek itu ini, itu ini. Tambah lagi aku tengah menghadam fasa baru dalam hidup aku. Yang follow dalam fb tau ler maksud aku ni… Semua tuh kesibukan itu betul-betul membunuh idea, masa dan modal aku untuk meluangkan masa kat sini.

Korang pernah dengar tak tagline “being a traveller, not a tourist”? berikut ni ialah comparison antara tourist ngan traveller yang dikeluarkan oleh website Holidify.com

































Kalo dah diamati betol-betol, ada rasa mengundang tak? Ya, secara sarkastik aku rasa annoy pulak camparison ini dikeluarkan. Lagi-lagi ia mula dibahaskan dalam social network, group travel xspecially. Pastuh mula lah yang otai-otai traveller bash tourist. Siap jadi kes buli cyber lagi. Kononnya tourist nih tak cool lah, takde sifat kembara sejati lah, takut keluar zon selesa lah, menghabiskan duit, kaya & manja dan bla bla.. aku dengar pon sakit hati…

Ada traveller sanggup pergi merantau berbulan-bulan, malah bertahun-tahun lamanya demi mencari pengalaman berharga. Ada yang sanggup berhenti kerja. Pada aku, buat lah asalkan korang bahagia. Itu stail korang, lantak korang ler...

Aku nak bagi reason why most of time aku jadi backpacked tourist.
  • Cuti. Reason pertama aku ialah cuti. Takyah explain lebih kot sebab lain kompeni lain lah rule polisi dia. Aku punya kompeni projek based on death line. Kalo dapat 1 projek dalam 1 masa, sedap lah, tapi itu tak pernah akan berlaku. sebab itulah, aku kena manfaatkan cuti yang singkat sepadat-padat mungkin. Aku kena atur semua itinerary dan mengoogle segala moyang info tempat yang aku nak pergi nanti. Takde lah sampai nanti terkial-kial nak cari hotel, itu dan ini yang boleh membazir masa 1 hari (itu pun ikut nasib). "Traveller sejati sanggup berhenti kerja nak gi travel," kata orang, "Makcik kau" aku jawab... Sori, aku masih sayang karier yang aku. Karier yang bina dari hasil aku habiskan masa 3 tahun utk diploma, dengan hutang menempek ngan PTPTN, takkan aku sia-siakan gitu jer...
  • Tanggungjawab keluarga – kalo jenis sebatang kara atau jenis hati kering, tak pedulikan keluarga langsung., go on. Tipu la kalo ko kata ko tipon dan bagitau any detail kepada mak bapak masa travel sesorang (biasanya yang jenis hardcore traveller). Sorry lah aku kata, kalau ko mati nanti, ingat boleh bergolek sendiri masuk kubur?
  • Homesick. Ingat lagi trip aku ke Singapore hari tuh. Itu trip pergi hari jer tuh, tapi bile cecah bumi Malaysia.. tekak dah mula nak minum Milo Ais. Yang nih memang aku tak kuat. Walaupun trip 6 hari jer, balik memacam meroyan nak makan - nasi ayam penyet, Laksa Penang, Rojak mee,  Nasi Goreng Kampung + Telur Mata, Teh tarik, ABC dan memacam lagi makanan halal yang takde setanding dengan makanan yang ada kat bumi Malaysia. Sungguhpun negara Malaysia kini banyak kes korup, kaki kipas dan kes derma... aku tetap sayang Malaysia sebabkan tanah tumpahnya darah aku kat sini...
  •  “Aku kena kerja kuat sebab Aku bukan anak orang kaya.” Percayalah, hidup sebagai rakyat Malaysia ni, kalo tak berduit, berkereta mewah dan berumah banglo akan dikeji sampai mati. Kalo berhenti kerja then pergi travel selama setahun contohnya, balik nanti ingat dapat kerja sesemudah itu ke? Dalam masa tuh, transport, rumah dan keperluan harian acaner? Saving plak dah terrguna masa emergency time travel lak… Kalo ada mak bapak kaya boleh la back up. Itu je. Aku cukup tersentak bile Qi Razali cakap “jadi pengembara jangan jadi pelancong” (something like that lah) dalam rancangan The Street tuh. Bro, ko gi melancong orang taja boleh lah ko cakap. Dah buat rancangan, jual kat TV plak tuh. Aku ni travel semua bayar sendiri.
Kesimpulannya, tak salah pun jadi tourist. Jangan dok kecoh sangat lah isu ni. Dan jangan pandang rendah pada kami sebagai tourist. At least kami tahu nak pergi mana, apa kami nak buat dan takkan menyusahkan orang. Aku lebih prefer jadi backpacked tourist with DSLR camera. Senang.

Pada yang traveller lak, travel ler ngan hati. Dah korang berjaya explore sesuatu negara, bantulah kitorang yang newbies nih. Sebab kebanyakan traveller Malaysia aku lihat, sangat ler angkuh-angkuh dan sombong dan tak membantu langsung. Bila newbies tanya soalan yang bagi diorang sangat kacang, mula ler sesi bash dan tunjuk lagak. Ini pandangan aku sebab aku join satu group travel dalam facebook.

Kalo rasa entry aku kurang menyenangkan, its okay then. Lain kali kita sembang lagi…

Wednesday, July 29, 2015

Bajet : Ho Chi Minh City



Preflight
Return tiket : RM277

Day 1
Bus to Ben Thanh VND5 000
Le Le Hotel: USD66
Dinner @ hajah basiroh: VND100 000
Chu Chi Tunnel / Mekong trip : VND648 000
Total: VND753 000 + USD66

Day 2
Chu Chi tunnel entrance fee: VND110 000
Mangga: VND20 000
T-shirt Vietnam: VND820 000
Kopi: VND100 00
Kopi ais: VND20 000
Dinner @ Aishah Rest: VND90 000
Keychain: VND60 000
Total: VND1 220 000

Day 3
Madu: VND100 000
Tip: VND20 000
Kain pasang: VND200 000
Mineral water: VND10 000
Baju kurung: VND170 000
Dinner @ Hajah Basiroh : VND105 000
Baju budak 3 helai: VND49 000
Total: VND654 000

Day 4
Bus to Airport: VND5 000
Total: VND5 000


Total:     VND2 622 000 + USD66 + RM277
               = RM458.85 + RM240.90 + RM277

Grand Total = RM976.75


VND1 = RM0.000175
USD1 = RM3.69

Murah nak mampos ringgit skang. Makin menjunam-junam turun. ok bai!

Friday, June 12, 2015

Ho Chi Minh : Part 5

Day 4 – last day…

part last takde yang menarik sangat coz tak ke mana-mana pon. Even, flight blik mesia kul 12.00 tengah ari, tapi memasing nak sampai awal kat airport. Pas breakfast dalam kul 8, kul 10 gerak ke Station bas kat depan Ben Thanh Market.

Amik bas no. 152, kat platform mana? carilah yang no 152.

Tapi sebelum menapak ngan bebarang dah cam hapa kat belakang nih, sempat jap aku snap Ben Thanh Market untuk kali terakhir. Bye bye Ho Chi Minh..
























Dari sepanjang trip ni, dapat aku simpulkan yang
  • Bandar Saigon agak bersih dari pemerhatian aku. Rasanya boleh dikatakan lagi bersih dari bandar Kuala Lumpur. Salah satu sebab bandar diorang bersih ialah takde seekor pon kucing yang bekeliaran dalam bandar Saigon. Anjing 2-3 ekor jer, itu pun yang dibela dan didandan comel oleh penjaganya. Vietnam ngan kucing???… paham-paham ler.. hehe
  • Takde seorang pengemis yang teserempak sepanjang aku berada di bandar nih. Semuanya bekerja dengan penuh ketekunan dan kegigihan. Tak kira lah jenis OKU ke tak, mereka rajin berkerja. Takde alasan nak malas. Mungkin segmen Bersamamu versi Vietnam tak wujud kat TV diorang… 
  • Ade sebilangan kecil kaum Melayu di Indochina seperti di Thailand, Kemboja, Vietnam dan Loas yang dikenali Melayu Champa. Mereka ni berkomunikasi boleh berbahasa melayu yang baur loghat Kelantan. Camane mereka ni boleh terpisah dari gugusan rumpun bahasa melayu, tak tau lak aku..
  • Memacam cerita tak enak aku dengar pasal Vietnam dalam isu jenayah sebelum wat trip ni. Ragut dan peras ugut berleluasa kat bandar saigon. Sepanjang 4 hari, sekali aku jer dengar dari member aku pasal ragut yang berlaku, tu pun aku tak tengok secara live. Aku tak kata Saigon teruk ngan jenayah atau selamat sangat. Cuma kita jer lah perlu berhati-hati dan amik langkah jaga-jaga dengan kemungkinan yang berlaku setiap masa hokey. Pada aku lah kang, macam lah Malaysia selamat sangat. Hurmmm…..
tips: keep moving. Kalau berjalan, jalan terus laju-laju. Jangan nak jap-jap stop selfie tepi jalan. Beg, please jangan bawak macam yang nak gi kenduri. Bawak beg galas atau beg silang. Jangan jalan sorang-sorang atau di tempat sunyi. Ruang kawasan berjalan kaki di Saigon agak luas, possibility orang ragut agak senang. Jadi, berjalan di khalayak ramai… tengah-tengah mat salleh pon kalau boleh join diorang, joinlah…

Aku tak tahu dah nak melalut apa-apa dah.. nanti total expen aku bentang next entry ok… Choww!!

Wednesday, June 10, 2015

Ho Chi Minh : Part 4

Day 3

Mekong Delta – Ben Tre & My Tho

Tour Mekong ni flow dia sama jer ngan tour Chu Chi Tunnel semalam. Cumer kali ni amik masa 1 hari, dari pagi bawak ke petang. So, banyak agenda-agenda dan aktivitinya. Memula bersemangat lah, masuk dah petang-petang sikit cam tempeyek dah aku tengok memasing.
My Tho is 86km away from Ho Chi Minh City and one of the attractive destinations not to be missed. The major economy of My Tho is from agriculture. Coconut trees occupy most of its land, thus it dominates the My Tho’s scenery.There will be activities such as taking a boat ride on Tien River, overlooking the floating houses along the river, sitting on a horse-cart and taking part in learning how to make the coconut candies as well as participating in rowing a small boat in a canal…
8:30AM: Departing from The SinhTourist office for My Tho city by air-conditioned bus. At My Tho, boarding the motorboat at a pier and cruising on the Mekong River. Here, overlooking floating houses where fishes are farmed beneath the house (viewing from the motorboat). Continuing the journey on the river until reaching Cồn Thới Sơn (Unicorn Island), from here taking a horse cart to reach a performance site where Vietnamese traditional music (Intangible Cultural Asset of Humanity accredited by UNESCO in 2013) can be heard and seasonal tropical fruit can be tasted (included). Afterward, being on a small hand-rowing boat (the main mean of transportation in My Tho & Ben Tre) and slowly cruising through a small creek with beautiful overhanging coconut trees. Lives from both sides of the creek can be observed. Before heading to lunch, passing through bee-keeping farm and enjoying honey tea, a typical Mekong house can be viewed here. Then, it is lunch time after a short walk. After lunch, boarding the motorboat and heading to learn coconut candies making process from a workshop. Sample of candies can be tasted.
03:00PM: Returning back to bus and going back to Ho Chi Minh City. 
Ini Itinerarynya untuk tour nih. Cumer ada sedikit perubahan lah ikut kesesuaian tour guide. Sebut tour guide, tour Mekong ni ada guide gak, cume aku tak berapa masuk. Nama pun aku tak hengat.

Tour nih termasuk ngan lunch, tang nih korang kena declared dan inform kat guide korang yang korang Muslim. Aku sendiri pun lupe nak bagitau nih. Nasib baik time makan dia hidang ikan Kaloi goreng sebagai main menu. Terpaksa makan Mak sendiri daaa…..

Info: My Tho dan Ben Tre (sebutan Ben Cé) ni dua tanah besar yang disempadani Sungai Mekong. Disebabkan sungai dia besar, terbina lah pulak gugusan-gugusan pulau iaitu Delta Mekong. Delta ni plak tanah dia subur kerna segala nutrien dan baja-baja kompos dari hulu sungai Mekong yang start Loas, terus ke Thailand dan Cambodia, amat ler sesuai untuk bercucuk tanam. Dah macam cikgu georgrafi dah aku rasa…

Masa tour ni tak ramai orang Malaysia ada. Bukan tak ramai, sorang pun aku tak jumpa. Maybe diorang datang Saigon semata-mata nak bershopping jer kot. Bagi aku yang jenis datang sekali seumur hidup, sayang ler tak turun ke Mekong ni. Dulu, masa subjek Georgrafi selalu dok sebut-sebut Sungai Mekong nih.

Spoil warning: masa ronda-ronda pulau tuh, aku rasa cam entah hape2 entah. Pegi melawat kebun jer pon. Setakat tengok pokok pisang, pokok limau nipis, cempedak semua, tak de nak pelik dah bagi aku. Yang menyangapkan tour ni bagi aku cruise atas sungai Mekong, first time aku tengok sarang lebah dan naik sampan kecik ala Lisa Surihani tu aku rasa memorable sangat.

Sg mekong dr pandangan pertama

yang nak dilawati nanti ada 4 pulau. paling besar Unicorn Island.

Ni lah Sg. Mekong ya adik-adik..
rumahnelayan kalo tak silap

first checkpoint. makan dulu sebab memasing dah kebulur. make sure declare korang muslim. nanti diorang akan  masakan asing dari yang non halal.

jungle trekking dalam kebun.

Sesi minum madu + teh + limau. sedap

kawasan perternakan lebah.. (?)

moment nih yang paling best.. serius.

mak cik yang wat gula-gula kelapa

ok dah..nak balik dah























Night Market

Sampai hotel dalam kul 7. Aku decides nak rehat dulu jap kemudian ke pasar malam sekitar Ben Thanh Market untuk beli sourvenir untuk bawak balik Malaysia. Malam tu aku cekau Kain Pasang, baju jubah, baju T dan banyak lagi lah tapi dengan berhemah sebab luggage pun aku tak amik.

Poyo Info: peniaga pasar malam nih sebenarnya peniaga Ben Thanh Market. Bila malam, dia amik bebarang diarang pastuh bentang jual kat luar pulak. Taddaa!! Jadi pasar malam…

Phó di Hajah Basiroh




Kemudian gi makan lagi kat Hajah Basiroh, pekena Phó. Ape benda pho? Ala, sup daging yang dimasak ngan herba-herba. Lain sikit lah dari sup sebenarnya. Memang patut cuba kalo berada di Vietnam.

Time aku nak makan nih ada sedikit drama berlaku. Ada satu family nih order diorang tak dapat. Mengamuk sakan pak cik dan makcik tuh bila order tak sampai-sampai. Siap angkat-angkat tongkat lagi. Dalam hal nih, dua-dua pihak salah. Pakcik dan makcik tuh tak patut marah-marah. Imej Malaysia kena jaga. Ingat tuh. Cakap lah elok-elok tak boleh ker? Berapi-api taknak makan tapi last-last makan jugak. Yang amik order pun boleh tahan bangang gak. Camana order boleh hilang tak tahu ler. Dah tau family tuh lama tunggu, tak boleh ker amik order baru??? 


Ok, takat ni lah ya peeps.. next entry lak..