Monday, October 5, 2015

Kansai (Osaka) : Part 2

Day 1 : Osaka Guest House Drummer’s Dream & Sumiyoshi Taisha

Aku rasa dah beberapa kali aku ingat kan kat hangpa semua. Cari hotel atau tempat nginap tuh dekat stesen bas atau main attraction. Senang nak cari. Tapi aku pon kali ni main langgar jugak tips yang aku sendiri bagi… hoho.

Bukan senang nak cari hotel murah tapi selesa kat Jepun. Dalam Booking.com, balik2 yang nih yang kuar. Location tak penting time nih, janji murah. ekceli time nih AirBNB tak berapa nak faymes lagi. So, aku main rembat jer lah.

BTW, Guest House ni ok jer sebenarnya. Takde masalah kalo jenis boleh berjalan sikit (kira-kira 500 meter dari Stesen Shinchido). Lagi pon, guest house ni located kat area Sakai, area yang tak berapa sibuk sangat. Feeling2 macam duk area umah Shin Chan gitu. Recommended, ngan syarat korang print map google dia.. hehehe.























Sweet memorable: pas hagak dah sesat, kitorang ader tanya 2-3 orang local kat situ. Diorang memang baik dan helpful walaupun sepatah haram diorang cakap Jepun aku tak paham. Last sekali, ade pakcik nih berbasikal, dia tolong kitorang cari guest house nih. Comel pakcik tuh, dia nih pendek, umur mungkin dalam 65-70 kot. Dia suh ikut dia yang berbasikal, kitorang jalan kaki. haha.. sweet giler

Pung pang pung pang, settle checkin, letak bag kat guest house nih.. jam dah kul 12 tengah hari tak silap time tuh. Hujan turun plak renyai, boleh tahan sejuk jugak lah Kansai nih. Pakai baju 2 lapis pon tak berpeluh.

Sebelum nak jejak kaki ke bandar Kobe, aku singgah jap kat Sumiyoshi Taisha atau Grand Shrine. Temple satu nih tak berapa popular, tourist kurang pegi sangat walau pun dia agak cantik. Lagi-lagi part jambatan dia yang melengkung ngan bangunan cat merah yang memorable sangat.

vending mesin air minuman ader di mana2 sahaja.. takyah risau.


























Cara nak ke Sumiyoshi Taisha ni ialah melalui Nakkai Line dan got off kat Stesen Sumiyoshitaisha.

 ok, tu jer so far...

No comments: