Thursday, December 3, 2015

Tokyo : Part 15


Day 5 : Harajuku

Boring lepak kat Yoyogi Park, moh ler kite ke Harujuku. Sebut Harujuku nih, teringat plak lagu Gwen Stefani, Harujuku Girl…

Wa mono - there's me, there's you (hoko-ten)
In a pedestrian paradise
Where the catwalk got its claws (meow)
A subculture in a kaleidoscope of fashion
Prowl the streets of Harajuku (irasshaimase)
Super lovers, tell me where you got yours
(at the super lovers store)
Yoji Yamamoto, I'm hanging with the locals
Where the catwalk got its claws, all you fashion know-it-alls
With your underground malls in the world of Harajuku
Putting on a show, when you dress up in your clothes
Wild hair color and cell phones
Your accessories are dead on

Harajuku Girls you got the wicked style
I like the way that you are, I am your biggest fan
Harajuku Girls you got the wicked style
I like the way that you are, I am your biggest fan

Harajuku girls, I'm looking at you girls
You're so original girls
You got the look that makes you stand out
Harajuku Girls, I'm looking at you girls
You mix and match it girls
You dress so fly and just parade around (arigato)

I'm fascinated by the Japanese fashion scene
Just an American girl, in the Tokyo streets
My boyfriend bought me a Hysteric Glamour shirt
They're hard to find in the states, got me feeling couture (it's really cool)
What's that you got on? Is it Comme des Garcons?
Vivienne Westwood can't go wrong, mixed up with second hand clothes
(Let's not forget about John Galliano) (no)
Flipped the landscape when Nigo made A Bathing Ape
I got expensive taste (oh, well) guess I better save up (cho takai)

Nampak tak? perempuan US pun kalah dengan style awek-awek Jepun dalam bab stylish. Harajuku adalah pusat tumpuan yang awek-awek dia pakai pakaian unik yang dipanggil Street fesyen. Rata-rata fesyen diorang terpengaruh dari komik Manga diorang.

Kalo nak cakap pasal fesyen Jepun, aku tak expert ler. Tapi aku tau jugak 2 jenis fesyen yang faymes cam Gothic dan Lolita. Lolita yang faymes, yang sweet-sweet comel, color2 pink, tu Lolita. Counter dia ialah; Gothic yang ala creepy, wajib ader warna hitam.

Masa on the way ke Harajuku, tetiba couple nih muncul…






















Tapi tak sempat nak snap-snap diorang.. yang sailormoon tuh memang comel giler ler. tak sure laki ke pompuan, tinggi dia lain macam fishy sikit...

Tampat yang Happening kat Harajuku ialah Takeshita Street, tambah lagi hari ni hari Ahad, maka ini lah jadinya..

Tada!... tetiba ada Maher Zain versi hot

Takeshita Street

Kendian, ada geng Lolita berarak...





















Kalo naik JR Loop Line.. turun kat Harajuku Station nih.





















Memang happening habis, aku tak sure apa benda diorang cari kat sini sangat. Tapi yang menjadi ralat, aku tak jumpa awek lolita nih, salah timing lagi kot…

Kat Harajuku aku sempat merasa aiskrim crepe, yang macam Rajah Farah makan dalam rancangan Rasa Halal tuh. Sambil makan sambil lepak. Sesekali ada orang jepun pandang-pandang aku siap senyum lagi, bukan ape orang jepun nih jenis keep moving atau takreti duk diam, diorang tak penah kot tengok orang lepak tepi jalan sambil makan aiskrim,.. haha, banggalah pulak bawak budaya lepak ni ke negara orang.

Then, terserempak plak mamat warga pakistan, (ke Iran,aku tak ingat, nama ada dia bagitau tapi aku tak ingat jugak) duk promo kebab ayam kat street nih. Disebabkan dia hensem, kitorang layan jer lah. Katenye Student Engineering, wat part time jer jual-jual kebab ayam nih.. hehe
Epal + Cinnamon crepe (terbias cahaya matahari..abis jadi putih pic nih)

 Kebab nih ader di second floor

time tuh pulak lah ader artist Jepun wat promo jumpa peminat, bersesak sesak. Korang kenal group nih?























Ader lebih dua jam jugak ler duk lepak2 cuci mate kat Harajuku nih. Dah memang hobi aku suka tengok orang, sayang betul nak tinggal kemeriahan tempat nih. hehehe...

Then patah balik ke Shibuya Crossing, kat sini aku lepak sampai gelap… bukan apa, nak feeling feeling cam scene citer Resident Evil: Afterlife, yang awek Jepun start nak jadi zombi tuh… win sangat…

Antara shot malam Scramble Crossing Shibuya. sebenarnya banyak, tapi ni je lah aku share... malas aku nak ngedit.. huhu























Bersambung...

#ader 1 lagi entry Jepun ni yer kengkawan.. sabar semua...

Tuesday, December 1, 2015

Tokyo : Part 14

Day 5 : Living in Mega City – Shibuya in Hectic Pace

Suka pulak aku tajuk nih… cam tajuk dokumentari TV…

Sebenarnya, pagi nih planning asal aku ke Kawaguchiko, tapi itulah, men proposed, God disposed… setiap apa yang kita nak, tak semua kita dapat… memang ada sedikit kuciwa di hati, tapi nak camner, masalah dan dugaan tu yang wat kita sabar sebenarnya. Kalau la paham apa maksud aku, heh!

Trip hari terakhir bermula ke Shibuya, yes! Ke subbandar paling sibuk dan faymes tahap 5 bintang Tokyo. Kira cam jalan Bukit Bintang kalau kat Kuala Lumpur, tapi 14 kali ganda sibuknyer.

Sebelum tu, aku dah check out kat Hotel Soho Asakusa, segala beg yang berat cam anak gajah nih aku sumbat ke dalam coin locker. Itu satu lagi kemudahan berada di Jepun. Cam paham-paham kehendak tourist.
route ke Shibuya
Untuk ke Shibuya dari Asakusa, aku amik line Ginza (line oren). Aku naik kat Iriya Station since stesen nih lagi dekat dengan Hotel Soho Asakusa, kendian tranfer kat Ueno station ). Sampai kat Shibuya, exit no.8, terus kuar kat Shibuya Scramble Crossing. Happening tak hengat! Tambah hari tu ari Ahad, bersemak ngan manusia segenap alam.

Pas ushar-ushar line, aku decide ke Yoyogi Park sebelum ke Harajuku. Nak kenal awek-awek anime, kalau ade jodoh ler.

Dari Shibuya Crossing ke Yoyogi Park nih aku jalan kaki. Senang jer, straight jerrr….

Kat Yoyogi park nih cantik time Sakura ok. Lagi-lagi kat tengah-tengah taman nih ada tokong faymes iaitu Meiji Shrine, yang tori gate besar tuh. Tapi, time season aku datang, habuk pun tarak. Takde special apa-apa selain pokok-pokok sakura hijau mendaun. Amik kau ayat aku.

Dah hagak rasa sesat, cik puan tourist infomation sedia membantu






















Tuh dia, gate utama Shibuya Station.























Shibuya Scramble Crossing dari view Starbuck























Dari view bangunan depan Starbuck.





















Yoyogi Park.. ade 2-3 pokok jer baru nak memerah..
























Ngah syok layan snickers, tetiba… “moshi moshi…!!! Moshi moshi hanate hanate… Pos-ce!” ade vlogger minah jepun approach aku untuk wat pose comel dalam video dier. Layan jer lah…

Ni tak paksa tau, tak recommended pon… malah aku merayu takyah lah ke link nih… pompuan nih saje nak suh ramai viewer dia jer.


Youtube Kuruminaroma - Special appearence oleh aku

Kat Yoyogi Park, ni antara perasan ramai nauu orang pinoy datang lepak… “eh kaya sangat ke pinoy?, kiri kanan orang pinoy nih?” rupa-rupanya, kat belakang stadium ade benda ni hah…
























No Wonder…

Bersambung…

Friday, November 20, 2015

Tokyo : Part 13

Day 4 : Sepetang di Asakusa

Skytree Asakusa (cam senget jer, aku amik gambar nih)



























Memang kebetulan sampai di hotel dalam kul 2.30 petang. Setengah jam lagi dah boleh check in, dah boleh masuk bilik dah. Sementara melangok lah jap kat lobi tuh.

Pas check in, kitorang makan maggi*** dulu sementelah maggi yang aku bawak ni tinggal lagi 3 bijik. Makan kenyang sebab jap lagi nak berjalan lagi.

Dalam kul 4, yakni lepas baring tergolek terlentang hilang penat dan sakit kaki katanya. Baru ler gerak kuar. Asalnya plan nak ke Shibuya Crossing, Harujuku dan Yoyogi park sebab esok nak layan Kawaguchiko. Tapi sebab dah kul 4 sekang, tak koser aku nak kejar-kejar dah. Kawaguchiko ker, fuji ker, apa ker… tambah lagi, kalo dah asyik hujan dan berkabus jer baik tak payah. Next season jer lah kalo ader rejeki.

Disebabkan masa kuar dari Asakusa station tadi aku tengok cam meriah jer dengan wanita berkimono dan abang-abang penarik beca, tak kurang tourist yang ke hulur-hilir, tu pasal lah aku nak spend petang ni kat sini jer. Patutlah, ada suggestion tourist untuk datang ke sini selain Asakusa ni locatednya Skytree.

Pas jalan kaki hampir 20 minit, sebab dah sakit kaki dah, sampai aku kat area Asakusa station and the first thing nampak ialah:



































































Masa aku sampai nih, aku tak tau pun nama tempat nih. Tapi highly sangat ramai tourist kat sini. ada jual2 sourvenir, tempat makan2 dan di hujung kedai ada temple. And then, aku jumpa jugaklah 2-3 group awek Malaysia bertudung, sangat sombong baqqq hanggg. Memang orang kita kalau gi mane2, jumpa, wat taktau ekk??? Huissshh, senyum2 lah kak… takdenyer aku pegi mintak duit korang kalau korang senyum pong…

ni awek tudung biru yg poyos... yang indian ok pulak.. still bleh senyum lagi.













































Baru google, Skang aku tau apa nyer nama tempat nih: Nakamise Shopping Street (Kaminarimon)

Lama jugak ke hulu hilir, kononnya nak bershopping tapi pura-pura jer lah. aku ader lebih kurang JPY10 000 dalam poket. Ko rase? dapat? Barang-barang sourvenir mahal berbanding Osu Shopping district tu tapi still murah sikit daripada Harajuku. Dalam dok berkira2, terembat juge ler mug 2 bijik dan sebijik magnet fridge kat sini hah.

Dalam kul 8, kitorang menapak ke Sekai Café yang jugak berada berdekatan Nakamise street nih. Sile google…hehehe..





jumpa jugak doraemon kat jepun

Me goreng..




















































































Btw, eku enjoy mee goreng malam tuh. “sampai ke Jepun brand ni masuk..... sluurrrpppp”, kata aku sambil pegang botol sos cili Life tuh…

***Sambil sambil makan meggi nih, ada aku terpikir pasal pembandaran di Jepun. Sekejap Tokyo, sekejap Asakusa, sekejap Shibuya… abis tuh Harujuku apa plak?? Aku pun dah start confius dah nih. So, aku terus meresearchnya and dari research aku, dapat aku simpulkan:

Jepun terbahagi kepada 8 region iaitu Hokkaido, Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai, Chugoku, Shikoku, Kyushu.

Dalam region terbahagi pulak prefecture. Contohnya prefecture Kanto ialah Ibaraki, Tochigi, Gunma, Saitama, Chiba, Tokyo dan Kanagawa.

Dalam prefecture plak terbahagi sub-sub bandar yang dipanggil Special Ward. Contohnya special ward atau subbandar Tokyo ialah Taito, Shibuya, Shinjuku dan sebagai

Then, dalam Special ward ada District iaitu bandar kecil. Contoh special ward Taito adalah Asakusa.

Ringkasnya: Region (Kanto) > prefecture (Tokyo)> special ward (Taito) > district (Asakusa)

Region, prefecture dan district nih tak boleh didescribekan dalam bahasa melayu ok. Tak boleh kata region nih bahagian ke, wilayah ke atau negeri since memasing ada terms dia tersendiri. Takyah nak hadam benda semua sebab wat sakit otak jer nanti. Just faham dengan hati terbuka.

Nampak tak sistem pembandaran Jepun. Kalo Malaysia cukuplah Bahagian > Negeri > Daerah > Kampung

Saturday, November 14, 2015

Tokyo : Part 12

Day 4 : Tokyo – Chaos at Shinagawa

Aku tak tau naper aku ngantuk cam cibai dalam train tuh. padahal semalam dah tido lena dah tuh. Sesampai kat Shinagawa, lalok habes. 3 jam dalam train tu kejap jer rasa, sebab 2 jam setengah aku membute jer.

First thing, chaos pertama, nak cari Suica Card. Dari bahan yang aku terima, Suica card pass ni kena beli dari kat office jr. Kalo tak pon, kat machine tiket. Tapi, tu sumer tipu. Wat penat jer aku beratur panjang2, pastuh sampai turn aku kena ignore camtuh… “mosho moshi. Hanate, hanete” kata pengawai tuh sambil tunjuk sebelah sebelah.. ingat kan dia suh cucuk kat vending ticket sebelah tuh… sekali lagi aku beratur… tapi hampeh jugak, pengawai yang jaga vending ticket ni bagitau yang Suica card ni kena beli kat kedai ni jer.

NewDays Store.. sebelah vending machine ticket.

memacam hal ngan Si penguin ni.












































Harga Suica card nih JPY2 000, aku nak tambah value dia JPY2 000 lagi tapi makcik cashier tuh tak paham aku cakap; “additional values, please…” 2 kali cakap, tapi dia “moshi moshi???”…. hadoi

Pastuh, chaos kedua; masa nak transfer stesen pon huru hara juga. Ingatkan boleh simpan tiket shinkasen since dah lepas masa first scan masa kuar gate shinkasen. Rupernya tiket nih jadi tiket tranfer rupernya. Masa kat gate tranfer, masukkan tiket shinkasen, pastuh slide suica kad nih… gitu caranya ok. (sampai rosak mesin slide kad aku kerjakan.. hahaha)

Then Chaos ketiga, train ke Asakusa yang aku naik tuh Super Limites express, sampai sudah aku takleh baca yang mana train super express atau normal ni. Baru nak lelap, tetiba sampai di stesen Asakusa dah. Terkonco-konco kuar dari train. Ahli jemaah terpisah ngan aku la plak… terpaksa tunggu diorang patah balik 15 minit kemudian.

Lepas tuh, nak kena menapak cari hotel untuk stay malam ni di Tokyo. Punyer lah jauh sampai rasa cam nak sepak jer tiang bangunan Skytree tuh. Acehhh! Berani kalau nak buat gitu…

Tokyo... Aku datang!























By the way, Hotel Soho Asakusa yang aku stay tuh sangatlah aku tak recommend. Jauh dari stesen metro and jauh pulak dari main point utama. Nak cari pun susah ok, aku tak tau apa sebab aku stay sini. Dalam 1 jam lebih gak lah cari hotel… apa apa alasan pon, hotel ni aku recommended.

Aku sampai dalam 2.30 petang, alang-alang, tunggu jer setengah jam lagi untuk check in. Receptionist orang pinoy, dasyat orang pinoy nih – BI & Jepun dia bantai borak.

Tuesday, November 10, 2015

Nagoya - Tokyo : Part 11

Day 4 : From Nagoya ke Tokyo – 300kmph on the ride way

“Halamekkk, dah hari ke empat dah… cepatnya masa…” rungut aku separa sedar pagi tuh di Nagoya. Dah berapa kali aku luah perasaan, kalo ade peluang nak jer aku tinggal kat Jepun terus… siyesss bahagia.

Eco Hotel Nagoya. takde building spesifik nak tunjuk coz hotel dalam building lain. trademark dia patung sotong tuh jer since restoran takoyaki ni berada di bawah hotel ni. (source photo: pantip.com)
Dalam kemalasan hari sabtu, bingkas bangun, capai towel, gi basement untuk mandi. Kat Eco Hotel Nagoya nih, tempat mandi dia lain sikit. Aku tak hingat dah istilah bilik mandi camni, ala bilik mandi cam kotak peti ais tuh. sempit jer. Kalau aku mandi, bunyi degegum gedegang bergema abis dalam tuh. tapi syok beb, takde sorang pun dengar and tau kita wat aper dalam tuh. hahaha…

Dah siap pakai baju, boleh hairdryer depan cermin besar lagi… agak selesa jugak lah. kalo ader minah vogue Jepun atau mat saleh, kena ler simpan sikit jakun tuh…

Brekfast roti gardenia yang terakhir pagi. Dah tamat tempoh semalam, tapi belasah jer lah.

Dalam kul 10 pagi menapak lah kitorang ke Nagoya station yang tak sampai 5 minit. Hotel Eco Nagoya nih aku highly recommend. Senang & simple. Kalo sesat pon, marking terus Nagoya Station, kompem jumpa.

Untuk Naik Shinkasen, aku memang tak beli secara online sebab train nih boleh jer walk in kat office kaunter dia.
Note sikit: option dalam beli tiket Shinkasen

Reserve seat: class yang seat dia memang direserve. Ada flat screen bagai, kira yang mewah lah ni. Dah nama pun reserve, harga tiket dia pon mahal ler. Kena bajet dalam JPY12 000 utk seat ni

Non-Reserved Seat: Class ekonomi. Free seat, kira boleh jer duk mane2 seat asalkan tak duk di class reserve seat tadi.
Pastuh ader tiga jenis Shinkasen iaitu:
Nozomi: Train paling laju iaitu 300kmph. Train ni hanya berhenti kat stesen-stesen besar jer ok. ader extra charge ke tak, aku tak pasti. Tapi rase takde cuma Nozomi ada time-time dia bergerak.

Hikari: Train kedua iaitu dalam 270kmph. Train ni gak berhenti kat kat stesen-stesen besar jer.

Kodama: Train nih lagi laju dari Hikari iaitu 285kmph. Tapi train berhenti di setiap stesen, tu pasal lah dia lambat sikit dari Hikari.
Masa kat kaunter tuh cakap; “ticket to Tokyo, please…. 3 person”,.. pastuh dia akan mintak passport (kekadang dia tak mintak). 3 minit pastuh, dia bagi ticket Nagoya ke Shinagawa station. Time tuh, aku expect ker Tokyo Station terus, tapi kena tau Shinagawa nih kira KL Sentral kita ok. Itulah muka pintu Tokyo dan segala pengangkutan ada kat situ. Dah dapat ticket tuh, tunggu kat terminal. Mulanya cadang nak naik Hikari, tapi entah macam mana ternaik Kodama. Hati tak sabar beb.



"one ticket to tokyo please..!" - The bride (Kill Bill) cenggitu lah feeling aku time purchased tiket. haha

Tiket Shinkasen. RM360 one way. *pitam

schedule train. Non reserved tuh kira cam free seat. then, coach dia  1-3.

kenape train ni laju? sebab train ni terapung dgn menggunakan teknologi semi conductor. Sila baca buku fizik tingkatan 4 yer. Kredit untuk cikgu Hasmaruddin.






















































































Korang expect aper aku buat dalam train laju nih, 30 minit pertama layan view ngan perasaan teruja cam nak mampos.. lepas tuh aku gi bantai tido … hahaha

p/s: Dari Nagoya ke Tokyo, Shikansen guna Tokkaido line and sampai kat area FujiShin, please lebar mata, kalo ader rezeki hari terang boleh tengok Gunung Fuji. Tapi hari tuh, kabus tebal, aku dapat tengok tapak kaki tanah gunung fuji jer… sedeyy…

Friday, November 6, 2015

Nagoya : Part 10

Day 3 : Nagoya Castle & Osu Shopping District

Lepas Awkward moment kat masjid Nagoya tadi, aku ngan ahli jemaah pon slow-slow jalan untuk ke Nagoya Castle. Dari Masjid Nagoya ke Nagoya Castle jaraknya dalam 1.5 km tapi slow-slow sampai gak kitorang kat Istana tuh dalam kul 2 petang. Cuaca suam-suam jer. Tak panas, tak sejuk.

Design Nagoya Castle ni cam sama ngan Osaka Castle tapi lain sikit. aku nak citer lebih pon tak pandai sebab bukan arkitek. Ader fee lak nak masuk nya, JPY500/pax. Tapi, kira berbaloi lah masuk sini sebab dalam Istana nih dah renovate jadi Muzium. Laman dia pun cantik dengan pokok sakura. Lagi cantik kalo time autumn atau sakura spring dia.

Nagoya dari view jejantas di main road










Nagoya nampak lebih relax dari Osaka dan Kobe.











Ada laksamana Fasolatido..hoho











tiket Nagoya. JPY500 aka RM15+











bayangkan time sakura... Waa lah!
















oh.. ni sejarah Nagoya Castle.






































































































 Nak ke sini dari masjid Nagoya, cari jer dalam google map macam ni hah…


dari masjid jalan straight sampai jumpa sungai dan belok kiri. Taa daa, jumpa gak Istana nih.

Sekali lagi aku nih nak bagi statement; aku tak berapa gemor sejarah. Jadi jangan tanya aku sejarah Nagoya Castle ok. Nak tau google jerrrr…

Satu lagi perkataan jepun aku tahu, Jo bermaksud Istana. Nagoyajo maknanya Istana Nagoya… haha bijak tak aku?

Selesai Istana Nagoya, next destination ialah Osu Shopping district. Kalo naik subway kena turun kat Osukannon (guna line Tsrumai)

Kalo jalan kaki cam kitorang dalam 15-20 minit dah sampai. Btw, tak jauh, dalam 1km jer. Along the way boleh tengok view bandar Nagoya since Osu nih betul-betul tengah bandar. Kira cam Petaling Street ler nih.

Seperti yang dijangkakkan, banyak ler bebarang sourvenir, fesyen dan kasut yang ader kat sini. Dan harga sourvenir, t-shirt pon boleh tahan murah kalo nak dibandingkan kat main point utama di Osaka dan Tokyo.








Selain Osu, juga dikenali sbg Banshoji St.











Ni ler kedai T-shirt murah tuh. makcik kedai taknak bagi aku amik gambar kedai die. aku taktau naper tapi aku amik jugak atas tujuan promote ni hah.











Jumpa kebab Turki. Satu JPY600 @ RM17 satu. tercekik!
































































Sambil cuci mata, terserempak plak kedai makan turki. Boleh lah layan kebab, walaupun aku teringin sangat nak makan sushi yang ori dari jepun ni. Kat Dotonbori ari tuh, banyak tapi takde pulak yang halalnya.