Monday, January 11, 2016

Krabi : Part 2

Pengalaman hari kedua Krabi

Assalam semua…

Bagi hari kedua nih agak bosan sikit sebab sebelah siangnyer aku dan Krabi Clique mati kutu tak tau watper. Semalam yer2 dicuss cam banyak nak wat. Nak gi Blue pond la (pond ok, not porn), Emerald pool, Heaven 7 dan memacam lagi… tapi tuh semua terkubur sebab tak tau nak hala ke mana. Tambah lagi Emerald pool kena redah 70km untuk sampai. Kalo ikut hati aku, nak jer redah sesorang.. tapi aku tengok diorang , tak sampai hati lah. (tambahan lagi tengahari tuh hujan pastu hari jumaat plak… please terima alasan nih)

Antara aktiviti roughly aku buat iyelah:
  • Sewa motor kat area hotel Orange City (hotel Faiz & Bob) dengan THB200 per day
  • Pergi terjah Fossil Shell beach (tak masuk pon sebab ada entry fee THB200)
  • Aku lebih duk melanguk menghanjing sesorang kat dorm.
  • Aku sempat berjumaat kat masjid Aonang. Settle solat… sambung menghanjing, pastuh tido kat dorm. 
  • survey harga island hopping
  • gi pasar malam dekat Krabi Town
  • last, bersantap di Rohanee Restaurant
Gastropod Fossil

area lepak Gastropod Fossil

dari view Gastropod Fossil clive

Eh! nampak kepala ayam. itu Chicken Island

Pasar Malam Krabi

akak yang ukir bunga lilin

Bunga lilin. ini benda paling berseni dan kreatif di Pasar Malam Krabi

Magnet Fridge. aku sebat 2 ketul

Ro Hanee. recommended.

Dragon fruit jus. betol2 buah dragon fruit tuh dia blended. taktipu.

Nasi Goreng apa entah tak hingat. tapi sangat sangat sedap. sayangnya portion sangat ciput.





















Dalam kul 5, Bob datang hotel aku sebab nak gi deal Island Hopping untuk esok. Pas dihitung dan dikira, kitorang dapat THB910/pax untuk trip Phi Phi Island.

Petang tuh kitorang ke Krabi town untuk ke Krabi Night Market dengan menaiki motor. First time naik motor Ego, cam bongok berlapis-lapis sebab sebelom nih aku pernah kutuk motor yang jenis duduk kepit ni, tak macho ok. Bile lama2 bawak nih, rasa cam cool pulak.

Berkenaan Krabi Night Market plak, untungnya sebab night market nih hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jer. Barang-barang sourvenir dan baju-baju t-shirt dia murah. Sangat murah jika dibandingkan kat Aonang street Walk. Aku tak sure boleh ke tak bargain harga, tapi harga baju cam THB100 aku rasa cam dah murah dah bagi aku lerrr…

Jarak Krabi town ke Aonang adalah lebih kurang 18 km*. Aku serahkan trip nih pada Bob dan Faiz. Aku ngikut jer dari belakang, best gak jadi ekor sekali sekala..hak3

Dalam kul 10 baru balik dan kitorang singgah makan jap kat Rohanee restoran. Nasi Goreng Kari ngan Jus Dragon fruit dia…. Perghhhhhh!!! Sedap sungguh.

* jalan Krabi ke Aonang agak creepy bile memalam ok. Jangan ler nak brani sesorang wat trip bermotorsikal kat sini. Hantu Nang Nak takpe lagi, takot yang bawak pistol je yang kuar nanti.

Friday, January 8, 2016

Krabi : Part 1

Assalam…

in positif tone....

Walaupun trip Krabi trip aci redah, tapi sikit-sikit aku faham ler kedudukan geografi dia masa trip nih. Nak suh aku google dan wat reasearch time ni semula, o no no no… memang tak lah, malas dah aku. Mari aku citer sikit berkenaan Krabi berdasarkan pemahaman cetek ni…
  • Located Krabi adalah berada selatan Thailand, mengadap laut Andaman.
  • Selain Pekan Krabi, pantai Ao Nang merupakan tarikan utama jika bertandang ke sini.
  • Disebabkan located di selatan Thailand, hampir separuh dari penduduk Krabi adalah beragama Islam dan berbahasa melayu (cam bunyi dialek Kelantan sikit).
  • Sebelum Krabi nih faymes, Phuket adalah destinasi paling popular di kalangan pelancong dan pengembara belah barat. Walau bagaimanapun, selepas kejadian tsunami yang melanda Phuket pada tahun 2004, perhatian mula beralih kepada Krabi.
  • Salah satu sebab Krabi mencaras populariti Phuket adalah angka korban kejadian Tsunami hanya dalam 28 orang, manakala Phuket beratus-ratus orang. Selain tuh, Kedudukan Krabi lebih dekat dengan main pulau yang sangat diberi perhatian iaitu Phi Phi Island dan Lanta Island.
  • Peak season Krabi adalah dari bulan Disember hingga April. Sebabnya, time nih negara-negara dari hemisfera utara kang ngah musim sejuk. So, diorang lari tempat panas cam ke Krabi nih. Lower season Krabi ialah September dan Oktober. Kerap hujan dan keadaan laut tak cantik.
Berkenaan itinerary lak, aku akan cerita secara ringkas. Bukan takde mood, aku takut agak bosan nanti kalau setakat cerita aku tido jer yang kuar nanti. Planning lari berterabur dari asal sebabkan hati remuk rendam pas member buat aku gitu..


Pengalaman hari pertama

Touch down airport Krabi International Airport selepas flight 1 jam 25 minit.

Tolong jangan amik sebarang pakej kat airport nih. Mahal. Sebaiknya amik dekat Krabi Town atau Aonang nanti. Disebabkan aku stay kat Haleeva Sunshine, Ao nang, aku amik shuttle bus jer. THB150/ pax. Bus ni nanti akan hantar ke depan hotel terus. (kena print alamat hotel atau bagi hotel booking terus kat drebar bus) kalau jenis travel reramai, teksi adelah pilihan terbaik, kadar charger yang aku discover ialah THB500 per car.






















Sampai kat hotel Haleeva Sunshine dan settle check in dalam kul 5 petang. Oh ya, masa Thailand lambat 1 jam dari Malaysia. walaupun baru 6 petang, tapi dah start gelap. Kira jam jer lambat 1 jam, tapi waktu matahari naik dan jatuh still sama cam Malaysia.

Untuk trip krabi nih, aku stay kat Dorm ajer. Ini first time aku stay dorm, sesorang plak tuh. Mula agak cuak juga takut terstay ngan mat salleh mabuk yang memacam, dan… itu jadi kenyataan bila mat salleh tuh tinggalkan kesan muntah dia dalam toilet. Agak bangsat jugak bile diorang nih berak tak flush. Nasib baik aku tak pakai spek mata time tuh. Jilake.

Walau bagaimanapun aku recommended hotel Haleeva Sunshine sebab dia bersih, dekat ngan pantai, kedai makanan halal sebelah pintu jer (kedai Bangboo), ader bar yang ada karoeke (so tak takut lah memalam sunyi), dekat ngan Masjid Ao nang (jalan kaki 3 minit) dan memacam lagilah…

Sampai tuh aku terlelap sekejap pastuh aku mingle around dekat Ao nang beach sesorang. Bayu pantai petang tu agak sendu sikit tapi view cecantik sangat. Baru nak tunjuk skill, tetiba bateri kamera abis.. siot tol. Ini jerlah hasil tangkapan pertama aku kat Krabi.




kedudukan Haleeva Sunshine di Main road. depan sikit masjid Ao Nang.

Malam tuh, aku melilau tanpa arah sekitar Aonang Walk, sampai ke mana pun aku tak tahu dah. Kira check up tempat dulu. Malam pertama aku dah jumpa maknyah-makyah ngan mak ayam dah… esok aku tak tau la ape aku jumpa lagi. (aku terlupa Thailand nih syurga seks dan maknyah bersepah)

Selain maknyah dan mak ayam, nak tau apa lagi trademark Krabi, next entri yer.

Ok, tbc …

Wednesday, January 6, 2016

Misi Membawa Hati ke Syurga Dunia






















Hidup ni kang… tak selalunyer cerah, tak selalu happy. Bumi mane tak ditimpa hujan. Ade masa kita down, ade masa kita macam rasa takde ape-ape kat dunia nih. Adakalanya cam nak sepak muka orang yang buat isu atau cuba kacau privasi yang boleh buat kita rasa tak comfort. Aku akui, aku bukannya perfect sangat, aku manusia mudah rapuh, ada pasang surut.. buat silap dan selalu mengeluh adalah perkara biasa.

Probs family + Kerjaya. Satu kombinasi masalah yang setiap orang pun tak boleh lari. kalo ni blog cerita tentang fitrah dan lumrah hidup, berjela aku luah nanti. Tapi takpe lah, Ni blog travelog, wat aper nak citer pasal masalah, ya dak? rosak mood plak nanti kang...

Perancangan awal sebenarnya aku akan join grup kawan kat ofis lama dulu. Ini tambah satu lagi kisah yang aku sakit hati, sampai bila-bila aku ingat. Ni bukan dendam. Jenis aku, kalau dah kena sekali, cukup lah. Beriya deal ngan aku, nak join venture, nak travel sekali, bla bla bla bestnyer bla bla siap tunjuk wassap bukti book hotel.. alih2 aku kesorangan jer.

Yang buat aku rasa sakit tuh, seminggu nak trip baru aku tahu dia & geng tak jadi pegi. Itu pun aku figure out sendiri. Sikit pon tak bagitau aku. Sebelom seminggu tu segala dah settle. Tiket flight dah beli, hotel dah book dan cuti aku pun dah lulus. Katanya, Kononnya tiket mahal dan dah plan ke tempat lain. Tiket naik rm40 pon ko berkira, ada hati nak wat trip jauh-jauh… Fuck la ko!... Tapi takpe. Kalo ko fikir aku takbest dan so-sial macam ko, it’s ok then.. no more next..

Asalnya aku nak cancel jer trip ni, tambah lagi aku tak berapa suka trip pantai/pulau. Tapi aku rasa aku dah cukup matang untuk buat keputusan. Aku utarakan problem aku ni kat dalam grup Backpecker di FB. Dan atas moral support dan tips-tips diorang, why not aku wat solo bekpek?

aku pernah solo bekpek ke Yogyakarta sebelom ni, so aku tahu betapa tak bestnya solo travel nih. Lagi2 jenis yang berat mulut cam aku nih

Nah, dalam keadaan semak dan gundah gulana nih, aku terbang sesorang diri ke wilayah selatan Thai, iaitu Krabi.






















Walau bagaimana pon, setiap cerita sedih berakhir ngan happy ending. Alhamdullillah…

Dari trip nih, aku dapat capture kawan baru. Bob dan Faiz. Travel ngan diorang best sebab diorang nih cam sengal-sengal ubi cam aku jugak. Jadi tahap satu kepala tuh dah buat kitorang compliment each other. Paham dak?

So, citer duka aku sebelom trip Krabi nih terganti ngan kenangan manis jer. Aku, Bob dan Faiz dah macam geng yang dah lama kenal dah. Siap plan lagi nak ke mana lagi untuk next trip lepas nih.

Aku just nak thanks kat geng BBM dan Krabi Clique, Bob & Faiz. U all make my Krabi guys!

Yang kawan lama aku tuh, Bastard lah ko!!

Friday, December 18, 2015

Bajet : Jepun
















Ok, ni part last. Pasni takde dah citer Jepun nih. 3 bulan baru abis yer. Dalam masa 3 bulan ni, life aku sikit hambar. Tak gi memane pun, keje kat opis tak banyak, pastuh melengok menghanjing kat opis taktau nak wat ape. Masa nak gi travel, baru nak start nak sibuk balik. Nampak? Dah memang tertulis, planning lah camner pun, last2 jadi lain. Masa free, free sangat lah. redha aje lah.

Btw, trip Jepun nih aku grab tiket promo biasa (bukan time free seat). Sebenar tiket dalam RM 850 jer, pastuh tambah seat RM35/section dengan processing fee lebih kurang RM16, mencecah ler RM1000 lebih. Quite mahal. Redha sekali lagi. Tambah redha lagi, currency Malaysia menjunam jatuh. Dalam seminggu RM1.20 per unit jatuh. Tak ke giler namanya tuh? padahnya negara ditadbir oleh orang moron dan penipu. Negara gawat pun still lagi dalam TV cakap negara berkembang maju dan stabil, sentiasa membantu rakyat. Kamon lah, celah mane maju dan membantu rakyat aku pun taktau lah. Harga train ERL ke KLIA pon dah naik. Membantu kepala bana dia. Sampai bila nak redha dapat menteri-menteri bangang cenggini aku tak pasti lagi.

Ok, ni total hangus sepanjang trip Jepun. Harap dapat membantu kalau trip nak ke Jepun especially Osaka ke Tokyo, one way.

Pre-travel order:
Airasia return full KUL-KIX & HND-KUL : RM1002.08
Willer bus: RM45.80 (JPY1500)

Day 1
Kansai Thru Pass : JPY4000
Hotel 1 : JPY2000
Drinking water: JPY1000
Total : JPY7000

Day 2
Hotel 2 : JPY3200
Total : JPY3200

Day 3
Subway to Umeda station : JPY280
Hotel 3 : JPY3200
Chopstik : JPY 540
T-shirt : JPY 970
Nagoya castle entry : JPY 500
Dinner : JPY 2 200
Kebab : JPY 600
Total: JPY8290

Day 4
Shinkasen fare : JPY 10 360
Suica card: JPY 2000
Hotel 4 : JPY 3200
Magnet Fridge: JPY 340
2 mug : JPY 1300
Dinner : JPY 2400
Total: JPY19 600

Day 5
Chopstick : JPY680
Crepe : JPY600
Lunch : JPY200
Total : JPY1480

Total 5 day in Japan : JPY39 570 

GRAND TOTAL: RM1392.864 + RM1002.08 + RM48.50
                           RM2440.75

JPY1 = RM0.000352

Sikit lagi aku nak share trivia sepanjang aku berada di Bumi Matahari terbit nih.
  • Jepun adalah negara moden yang taraf mega tapi still lagi menghormati agama, adat resam dan tradisi mereka. Kimono, Geisha, istana, kedai minum sake, gerbang Torii adalah antara elemen yang menjadikan Jepun unik. Tokong jepun yang dipanggil Shrine (Jiin) di bina dengan senibina tradisi, ade di celah-celah bandar.
  • Hampir keseluruhan masyarakat Jepun menganut agama Shinto dan selebihnya agama Buddha dan agama lain. Walau camana pun, mekeme ni semua amat menghormati agama lain termasuklah Islam. Disebabkan ramai orang Malaysia dah pergi ke Jepun, setiap main airport Jepun cam Haneda dan Kansai airport dah disediakan surau lagi.
  • Sangat disiplin dan pantual. Tambah lagi, aku peranti jer mereka nih pergi dan balik berkerja, jalan cam lipas kudung dan baju kerja mereka mesti baju putih dan seluar hitam. Tak penah plak aku nampak diorang pakai baju kuning, merah atau biru turqoise.
  • Mesra dengan tourist. Walau kebanyakan mereka tak pandai berbahasa inggeris, still lagi diorang sanggup tolong orang. Sebutan dalam bahasa jepun juga sangat jelas dan lurus. Maksud aku, kalau ditulisnya perkataan “Shibuya Crossing”, kita sebut perkataan tuh, faham lah diorang. Tak sama cam aku pergi Hong Kong dan Macau hari tuh. Sebut “Tram” ngan “Senado Square” pon tak paham.
  • Kat Malaysia, hari-hari kita dengar hon keta. Salah sikit hon, nampak keta depan bangang sikit hon.. Sesaje hon pon ade. Kat Jepun, even ko masuk selekoh tak bagi signal, orang belakang akan pelan2 kan keta, bila nampak yang depan terhegeh2 dah selamat masuk simpang, yang belakang rilek jer teruskan perjalanan. Mane pegi bunyi hon? Rosak ke? Honda Mitshubishi kot.
  • Makan pandai2 simpan dan kemaskan meja makan. Takyah nak merungut. Sampah jangan buang merata, kalo takde tong… simpan dalam poket dulu. Reti?
  • Pantang kalo orang bagi tips. Kemon lah, orang Jepun kaya-kaya ok. Tetiba ko, orang Malaysia, orang Najib nak bagi dia tips. Lagi pun diorang ade prinsip, keja biar ikhlas.
  • Ko nak wat ape, ko nak pakai aper… buatlah. Takde sorang pun nak marah atau nak disgust ko, asalkan ko bahagia dan berjaya. Orang Jepun sikit pun tak menghendik atau maki ko. Tahap menghormati orang Jepun terhadap orang lain sangat tinggi dan tak pernah nak mencemuh orang. Sebab itu lah, ramai orang Jepun bebas nak berfesyen, atau nak kerja apa – pelukis manga ke, jaga train ke, pelakon lucah ala Maria Ozawa ke, apatah lagi Majistret atau Lawyer…. diorang tak kisah asalkan korang berjaya.
  • Last sekali, Jepun adalah negara yang sempurna yang aku macam ketagih nak duduk tinggal sini terus. Kadar ragut dan penjenayah sangat rendah. Sifar penjenayah pon aku rasa boleh cakap. Ye lah, selamba jer aku kira duit dalam train (kes duit aku tak cukup tuh).. tak kena ragut plak hari tuh…hehehe
Akhirnya, berjaya aku bungkuskan entry citer-citer Jepun nih… Yahooo!!

Ok, Bye.

Friday, December 4, 2015

Tokyo : Part 16 (Last)

Day 5 : Haneda Airport

Flight balik mesia pada jam 11.45 malam. Dari Shibuya ke Haneda Airport sangat senang. Naik Train JR kat Shibuya dan turun kat Shinagawa. Pastuh transfer naik line Haneda Airport. Ikut jer Board dia kalo taknak sesat atau salah train.


Kat Haneda Airport ni aku tinggalkan sedikit kisah kuciwa sikit. Suica kard aku tercicir atas kecuaian aku sendiri. Baru jer nak claim, Cissss!!!!

Pastuh lagi huru hara pasal payung ahli jemaah aku. Ingat lagi tak payung yang berhulu pedang samurai yang diorang beli kat Kyoto tuh, payung tuh tertewas kat Haneda… hahaha

Lagi satu huru-hara pasal boarding pass. Tak tau pulak kena tukar boarding pass. Aku dah check in kat KLIA2 siap-siap sebab taknak terkejar-kejar ke Haneda Airport ni. Dah siap check barang semua, disebabkan payung hulu pedang samurai tu ler dengan aku-aku kena recheck. Sebab tuh gak ler kantoi pasal boarding pass tuh. Nak taknak, kena beratur gak kat kaunter yang berderet panjang. Yang nak marah sangat, aku kena check barang 2 kali.

Noted: Haneda Airport tegas ngan peraturan diorang demi nak jaga standard. Walaupun strict, diorang still lagi mesra pelanggan. Yang aku bengang pasal hilang Suica hilang jer, tambah lagi kena check barang 2 kali. Itu jer. Yang lain-lain, Jepun still is the best!

departure gate Haneda Airport.

Samurai yang tertewas...huhuhu

Tokyo dari atas

Close up sikit...





















Jam 11.50 pm, boarding ontime dan sepanjang 15 minit pertama aku tengok view Tokyo untuk kali terakhir dari pandangan atas….

Sayonara Nippon!

Huhuhu berjaya gak habiskan log Jepun nih... untuk conclusion ngan expension, next entry k... 

Thursday, December 3, 2015

Tokyo : Part 15


Day 5 : Harajuku

Boring lepak kat Yoyogi Park, moh ler kite ke Harujuku. Sebut Harujuku nih, teringat plak lagu Gwen Stefani, Harujuku Girl…

Wa mono - there's me, there's you (hoko-ten)
In a pedestrian paradise
Where the catwalk got its claws (meow)
A subculture in a kaleidoscope of fashion
Prowl the streets of Harajuku (irasshaimase)
Super lovers, tell me where you got yours
(at the super lovers store)
Yoji Yamamoto, I'm hanging with the locals
Where the catwalk got its claws, all you fashion know-it-alls
With your underground malls in the world of Harajuku
Putting on a show, when you dress up in your clothes
Wild hair color and cell phones
Your accessories are dead on

Harajuku Girls you got the wicked style
I like the way that you are, I am your biggest fan
Harajuku Girls you got the wicked style
I like the way that you are, I am your biggest fan

Harajuku girls, I'm looking at you girls
You're so original girls
You got the look that makes you stand out
Harajuku Girls, I'm looking at you girls
You mix and match it girls
You dress so fly and just parade around (arigato)

I'm fascinated by the Japanese fashion scene
Just an American girl, in the Tokyo streets
My boyfriend bought me a Hysteric Glamour shirt
They're hard to find in the states, got me feeling couture (it's really cool)
What's that you got on? Is it Comme des Garcons?
Vivienne Westwood can't go wrong, mixed up with second hand clothes
(Let's not forget about John Galliano) (no)
Flipped the landscape when Nigo made A Bathing Ape
I got expensive taste (oh, well) guess I better save up (cho takai)

Nampak tak? perempuan US pun kalah dengan style awek-awek Jepun dalam bab stylish. Harajuku adalah pusat tumpuan yang awek-awek dia pakai pakaian unik yang dipanggil Street fesyen. Rata-rata fesyen diorang terpengaruh dari komik Manga diorang.

Kalo nak cakap pasal fesyen Jepun, aku tak expert ler. Tapi aku tau jugak 2 jenis fesyen yang faymes cam Gothic dan Lolita. Lolita yang faymes, yang sweet-sweet comel, color2 pink, tu Lolita. Counter dia ialah; Gothic yang ala creepy, wajib ader warna hitam.

Masa on the way ke Harajuku, tetiba couple nih muncul…






















Tapi tak sempat nak snap-snap diorang.. yang sailormoon tuh memang comel giler ler. tak sure laki ke pompuan, tinggi dia lain macam fishy sikit...

Tampat yang Happening kat Harajuku ialah Takeshita Street, tambah lagi hari ni hari Ahad, maka ini lah jadinya..

Tada!... tetiba ada Maher Zain versi hot

Takeshita Street

Kendian, ada geng Lolita berarak...





















Kalo naik JR Loop Line.. turun kat Harajuku Station nih.





















Memang happening habis, aku tak sure apa benda diorang cari kat sini sangat. Tapi yang menjadi ralat, aku tak jumpa awek lolita nih, salah timing lagi kot…

Kat Harajuku aku sempat merasa aiskrim crepe, yang macam Rajah Farah makan dalam rancangan Rasa Halal tuh. Sambil makan sambil lepak. Sesekali ada orang jepun pandang-pandang aku siap senyum lagi, bukan ape orang jepun nih jenis keep moving atau takreti duk diam, diorang tak penah kot tengok orang lepak tepi jalan sambil makan aiskrim,.. haha, banggalah pulak bawak budaya lepak ni ke negara orang.

Then, terserempak plak mamat warga pakistan, (ke Iran,aku tak ingat, nama ada dia bagitau tapi aku tak ingat jugak) duk promo kebab ayam kat street nih. Disebabkan dia hensem, kitorang layan jer lah. Katenye Student Engineering, wat part time jer jual-jual kebab ayam nih.. hehe
Epal + Cinnamon crepe (terbias cahaya matahari..abis jadi putih pic nih)

 Kebab nih ader di second floor

time tuh pulak lah ader artist Jepun wat promo jumpa peminat, bersesak sesak. Korang kenal group nih?























Ader lebih dua jam jugak ler duk lepak2 cuci mate kat Harajuku nih. Dah memang hobi aku suka tengok orang, sayang betul nak tinggal kemeriahan tempat nih. hehehe...

Then patah balik ke Shibuya Crossing, kat sini aku lepak sampai gelap… bukan apa, nak feeling feeling cam scene citer Resident Evil: Afterlife, yang awek Jepun start nak jadi zombi tuh… win sangat…

Antara shot malam Scramble Crossing Shibuya. sebenarnya banyak, tapi ni je lah aku share... malas aku nak ngedit.. huhu























Bersambung...

#ader 1 lagi entry Jepun ni yer kengkawan.. sabar semua...

Tuesday, December 1, 2015

Tokyo : Part 14

Day 5 : Living in Mega City – Shibuya in Hectic Pace

Suka pulak aku tajuk nih… cam tajuk dokumentari TV…

Sebenarnya, pagi nih planning asal aku ke Kawaguchiko, tapi itulah, men proposed, God disposed… setiap apa yang kita nak, tak semua kita dapat… memang ada sedikit kuciwa di hati, tapi nak camner, masalah dan dugaan tu yang wat kita sabar sebenarnya. Kalau la paham apa maksud aku, heh!

Trip hari terakhir bermula ke Shibuya, yes! Ke subbandar paling sibuk dan faymes tahap 5 bintang Tokyo. Kira cam jalan Bukit Bintang kalau kat Kuala Lumpur, tapi 14 kali ganda sibuknyer.

Sebelum tu, aku dah check out kat Hotel Soho Asakusa, segala beg yang berat cam anak gajah nih aku sumbat ke dalam coin locker. Itu satu lagi kemudahan berada di Jepun. Cam paham-paham kehendak tourist.
route ke Shibuya
Untuk ke Shibuya dari Asakusa, aku amik line Ginza (line oren). Aku naik kat Iriya Station since stesen nih lagi dekat dengan Hotel Soho Asakusa, kendian tranfer kat Ueno station ). Sampai kat Shibuya, exit no.8, terus kuar kat Shibuya Scramble Crossing. Happening tak hengat! Tambah hari tu ari Ahad, bersemak ngan manusia segenap alam.

Pas ushar-ushar line, aku decide ke Yoyogi Park sebelum ke Harajuku. Nak kenal awek-awek anime, kalau ade jodoh ler.

Dari Shibuya Crossing ke Yoyogi Park nih aku jalan kaki. Senang jer, straight jerrr….

Kat Yoyogi park nih cantik time Sakura ok. Lagi-lagi kat tengah-tengah taman nih ada tokong faymes iaitu Meiji Shrine, yang tori gate besar tuh. Tapi, time season aku datang, habuk pun tarak. Takde special apa-apa selain pokok-pokok sakura hijau mendaun. Amik kau ayat aku.

Dah hagak rasa sesat, cik puan tourist infomation sedia membantu






















Tuh dia, gate utama Shibuya Station.























Shibuya Scramble Crossing dari view Starbuck























Dari view bangunan depan Starbuck.





















Yoyogi Park.. ade 2-3 pokok jer baru nak memerah..
























Ngah syok layan snickers, tetiba… “moshi moshi…!!! Moshi moshi hanate hanate… Pos-ce!” ade vlogger minah jepun approach aku untuk wat pose comel dalam video dier. Layan jer lah…

Ni tak paksa tau, tak recommended pon… malah aku merayu takyah lah ke link nih… pompuan nih saje nak suh ramai viewer dia jer.


Youtube Kuruminaroma - Special appearence oleh aku

Kat Yoyogi Park, ni antara perasan ramai nauu orang pinoy datang lepak… “eh kaya sangat ke pinoy?, kiri kanan orang pinoy nih?” rupa-rupanya, kat belakang stadium ade benda ni hah…
























No Wonder…

Bersambung…