Ok, ni part last. Pasni takde dah citer Jepun nih. 3 bulan baru abis yer. Dalam masa 3 bulan ni, life aku sikit hambar. Tak gi memane pun, keje kat opis tak banyak, pastuh melengok menghanjing kat opis taktau nak wat ape. Masa nak gi travel, baru nak start nak sibuk balik. Nampak? Dah memang tertulis, planning lah camner pun, last2 jadi lain. Masa free, free sangat lah. redha aje lah.
Btw, trip Jepun nih aku grab tiket promo biasa (bukan time free seat). Sebenar tiket dalam RM 850 jer, pastuh tambah seat RM35/section dengan processing fee lebih kurang RM16, mencecah ler RM1000 lebih. Quite mahal. Redha sekali lagi. Tambah redha lagi, currency Malaysia menjunam jatuh. Dalam seminggu RM1.20 per unit jatuh. Tak ke giler namanya tuh? padahnya negara ditadbir oleh orang moron dan penipu. Negara gawat pun still lagi dalam TV cakap negara berkembang maju dan stabil, sentiasa membantu rakyat. Kamon lah, celah mane maju dan membantu rakyat aku pun taktau lah. Harga train ERL ke KLIA pon dah naik. Membantu kepala bana dia. Sampai bila nak redha dapat menteri-menteri bangang cenggini aku tak pasti lagi.
Ok, ni total hangus sepanjang trip Jepun. Harap dapat membantu kalau trip nak ke Jepun especially Osaka ke Tokyo, one way.
Pre-travel order:
Airasia return full KUL-KIX & HND-KUL : RM1002.08
Willer bus: RM45.80 (JPY1500)
Day 1
Kansai Thru Pass : JPY4000
Hotel 1 : JPY2000
Drinking water: JPY1000
Total : JPY7000
Day 2
Hotel 2 : JPY3200
Total : JPY3200
Day 3
Subway to Umeda station : JPY280
Hotel 3 : JPY3200
Chopstik : JPY 540
T-shirt : JPY 970
Nagoya castle entry : JPY 500
Dinner : JPY 2 200
Kebab : JPY 600
Total: JPY8290
Day 4
Shinkasen fare : JPY 10 360
Suica card: JPY 2000
Hotel 4 : JPY 3200
Magnet Fridge: JPY 340
2 mug : JPY 1300
Dinner : JPY 2400
Total: JPY19 600
Day 5
Chopstick : JPY680
Crepe : JPY600
Lunch : JPY200
Total : JPY1480
Total 5 day in Japan : JPY39 570
GRAND TOTAL: RM1392.864 + RM1002.08 + RM48.50
RM2440.75
JPY1 = RM0.000352
Sikit lagi aku nak share trivia sepanjang aku berada di Bumi Matahari terbit nih.
- Jepun adalah negara moden yang taraf mega tapi still lagi menghormati agama, adat resam dan tradisi mereka. Kimono, Geisha, istana, kedai minum sake, gerbang Torii adalah antara elemen yang menjadikan Jepun unik. Tokong jepun yang dipanggil Shrine (Jiin) di bina dengan senibina tradisi, ade di celah-celah bandar.
- Hampir keseluruhan masyarakat Jepun menganut agama Shinto dan selebihnya agama Buddha dan agama lain. Walau camana pun, mekeme ni semua amat menghormati agama lain termasuklah Islam. Disebabkan ramai orang Malaysia dah pergi ke Jepun, setiap main airport Jepun cam Haneda dan Kansai airport dah disediakan surau lagi.
- Sangat disiplin dan pantual. Tambah lagi, aku peranti jer mereka nih pergi dan balik berkerja, jalan cam lipas kudung dan baju kerja mereka mesti baju putih dan seluar hitam. Tak penah plak aku nampak diorang pakai baju kuning, merah atau biru turqoise.
- Mesra dengan tourist. Walau kebanyakan mereka tak pandai berbahasa inggeris, still lagi diorang sanggup tolong orang. Sebutan dalam bahasa jepun juga sangat jelas dan lurus. Maksud aku, kalau ditulisnya perkataan “Shibuya Crossing”, kita sebut perkataan tuh, faham lah diorang. Tak sama cam aku pergi Hong Kong dan Macau hari tuh. Sebut “Tram” ngan “Senado Square” pon tak paham.
- Kat Malaysia, hari-hari kita dengar hon keta. Salah sikit hon, nampak keta depan bangang sikit hon.. Sesaje hon pon ade. Kat Jepun, even ko masuk selekoh tak bagi signal, orang belakang akan pelan2 kan keta, bila nampak yang depan terhegeh2 dah selamat masuk simpang, yang belakang rilek jer teruskan perjalanan. Mane pegi bunyi hon? Rosak ke? Honda Mitshubishi kot.
- Makan pandai2 simpan dan kemaskan meja makan. Takyah nak merungut. Sampah jangan buang merata, kalo takde tong… simpan dalam poket dulu. Reti?
- Pantang kalo orang bagi tips. Kemon lah, orang Jepun kaya-kaya ok. Tetiba ko, orang Malaysia, orang Najib nak bagi dia tips. Lagi pun diorang ade prinsip, keja biar ikhlas.
- Ko nak wat ape, ko nak pakai aper… buatlah. Takde sorang pun nak marah atau nak disgust ko, asalkan ko bahagia dan berjaya. Orang Jepun sikit pun tak menghendik atau maki ko. Tahap menghormati orang Jepun terhadap orang lain sangat tinggi dan tak pernah nak mencemuh orang. Sebab itu lah, ramai orang Jepun bebas nak berfesyen, atau nak kerja apa – pelukis manga ke, jaga train ke, pelakon lucah ala Maria Ozawa ke, apatah lagi Majistret atau Lawyer…. diorang tak kisah asalkan korang berjaya.
- Last sekali, Jepun adalah negara yang sempurna yang aku macam ketagih nak duduk tinggal sini terus. Kadar ragut dan penjenayah sangat rendah. Sifar penjenayah pon aku rasa boleh cakap. Ye lah, selamba jer aku kira duit dalam train (kes duit aku tak cukup tuh).. tak kena ragut plak hari tuh…hehehe
Ok, Bye.
No comments:
Post a Comment