Part 2 : Island Hopping
Gusar gaklah pagi tuh sebab hujan turun renyai2. Plan awal aku nak pergi kat Beras Terbakar kemudian Island Hopping. Tapi kalau dah hujan ni, aku terpaksa cancelkan Beras Terbakar awal-awal lagi dan aku pikirkan nak wat indoor jer. Nak gi Underwater. Tup-tup, hujan berhenti dalam kul 10 pagi dan plan aku untuk Island Hopping on. Kali ini semua family aku join. Untuk aktiviti Island Hopping ni, aku kena pergi ke Pantai Cenang sekali lagi. Tapi sebelum sampai Pantai Cenang, kita orang drop jap kat tempat beli ubat gamat sebab mak aku nak beli ubat katanya. Aku tak teruja dengan benda mak-mak ni, so aku hanya ushar-ushar jap sebelum aku dok tepi kedai sambil main game dalam telefon.ngeh3
|
Kat Nusantara Maju ent.. tempat jual ubat gamat fresh.. |
Lepas dah puaskan hati mak aku, kitorang gerak ke Pantai Cenang untuk cari tiket aktiviti Island Hopping hari ini. Selepas ditimbangtara, aku terima nikahnya, hehe..aku beli… beli ke? Aku join aktiviti Hopping yang disediakan agen island hopping yang kedainya betul-betul kat depan Hotel AB. Aku purchase kat agen ni sebab tempat nih lah paling murah iaitu RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Agen-agen lain pun ada sedia, berlambak tapi rata-rata kenakan RM30 dan RM35 per head takat aku survey nih.
Harga kat AB Hotel ni aku rasa dah ok, jadi aku deal dengan 8 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak dengan harga total RM230. Trip nih bermula jam 2.00. Sebelum pergi pusing-pusing pulau jap lagi, amat disyorkan lah gi makan dulu. Kitorang gerak kat tempat makan yang berada tak jauh dari Pantai Cenang ni. Destinasinya, mestilah kedai makan Makcik-makcik ala kampung sebab kat situ dijamin murah dan sedap, halal lagi. Sebut pasal makan kat Langkawi ni, memang sangat senang. kalau korang nak bajet dan simple, makan lah kat kedai makcik-makcik ni bak kata kakak aku. Senang cari, murah dan sedap!
Lepas makan, kakak-kakak aku pusing kedai-kedai kat Pantai Cenang sementara aku dengan mak ayah lepak tepi pantai. Angin berderu-deru membuatkan aku lupa pasal kerja jap. Kat situ pun, banyak mat-mat saleh berjemur. So dapatlah cuci mata jap.hahaha. Tepat jam 2 ptg, aku gerak ke perlabuhan bot yangaku lupa namanya. Takpa, dengan AB trip ni, korang dibawa sendiri oleh driver AB hotel yang akan datang ambil pergi balik korang dari AB Hotel ke jeti. Korang hanya tampal sticker warna hijau kat baju korang kalau korang taknak ditinggalkan jer.
|
Petang cenang 1 ptg. time2 nih lah mat & minah salleh suka berjemur... cuci mate lagi..hehe |
|
jeti tmpat naik bot untuk Island Hopping.. |
|
Nampak gunung cam pompuan ngadung tgh baring ni.. Ni lah Pulau Dayang bunting. |
Disebabkan aku punya member family ramai, so kena lah tunggu lama sikit untuk diorang arrange bot mana-bot mana. Family aku diberi satu bot yang agak besar dengan 2 enjin shared dengan 2 family lain. Tak kesah janji boleh pusing-pusing pulau. Walau bot kitorang yang paling last gerak dari jeti, tapi bot kitorang antara yang paling cepat. Korang bayangkanlah betapa lajunya bot kitorang. Sampai senget-senget tudung kakak-kakak aku. Rambut aku pulak takyah cakaplah, bersepah! Dalam bot, tersengih-sengih tahan gelak tanpa sebab.
Aku lupa beberapa lama dari jeti ke pulau dayang bunting. Tapi dalam tempoh korang kena betul-betul lah nikmatinya sebab, bila lagi kang. Tengok keindahan pulau-pulau sudah cukup untuk aku insaf sekejap. First pulau ialah pulau dayang bunting. Kat situ kitorang diberi masa 1 jam untuk ke tasik pulau dayang bunting. So kena cepat-cepat lah. Ayah aku memula lagi dah tarik diri, takmau dah dia naik bukit yang tinggi tuh. Semput katanya. Kat sini kitorang disambut oleh monyet yang tak takut orang langsung! Pantang nampak benda berbungkus, semua pakat terkam ingatkan makanan. Kat sini janganlah sesekali korang bawak makanan, konon nak berkelah. Hah, berkelahlah korang dengan beruk-beruk ni semua.
|
penyambut tetamu pulau dayang bunting |
Naik ke tasik dayang bunting taklah jauh sangat, dalam 100 meter jer kot, tapi kena menapak daki bukit ler. Semput gak lah aku, wat malu ngan mak aku jer. Sesampai kat tasik, subhannallah cantik sungguh weh. Tak tahu cakap apa melainkan korang alami sendiri. Kat sini, aktiviti aku mestilah ambil gambar berdas-das. Aku ngan adik aku jer yang lebih poyo. Yang lain tak tahu wat apa. Jangan lepas nih nyesal lak takde gambar. Anak buah aku, mandi jer kejenya kat kolam kecik atas pelantar nih. Bab mandi, jangan tanya aku. Hanya orang terrer berenang jer boleh terjun dalam tasik yang dalam lebih kurang 14 meter tuh. Jangan harap aku nak terjun. Cari maut tuh.
Ok dah settle Pulau Dayang Bunting, kitorang bergerak pulak ke Pulau Singa Besar untuk lihat burung helang yang sambar menyambar daging ayam. Tak ada apa yang best pon sesi ni, sebab kitorang hanya lihat helang terbang jer. Tapi, ambil lah gambar helang 2-3 das, sekuang-kuang moment nih jadi kenangan korang. Then baru lah, kitorang gerak Pulau Beras Basah untuk acara mandi-mandi dan berkelah. Kat sini barulah korang boleh keluarkan bekal makanan korang sebab dah tak ada gangguan monyet dah. Makan lah dengan tenang dan diingatkan tau, kat sini tak ada toilet. Aku pun tak faham naper sini tak ada toilet. Mungkin pengusaha pulau ni consider yang orang datang sini semua akan mandi. So boleh lah kencing dah berak dalam air agaknya.hahaha. kesian mak aku nak buang air kecil time tuh.
Kat pulau ni pun dia bagi masa 1 jam sepatutnya, tapi abang driver bot bagi extra lebih 15 minit kerana masa masih panjang.
Masa untuk berposing lagi.
Kemudian masa kat jeti bot kat sini, aku perasan banyak tol ikan yang bermain-main kat bawah jeti.
Ada satu sudut aku lepak kat situ untuk tengok ikan tuh. Tak ada apa pun. Cuma nak cakap banyak anak ikan comel jer kat sini… hehe.
|
Helang makan (Eagle Feeding) |
|
Jeti Pulau beras Basah |
|
View Pulau Beras Basah |
|
kalau bleh saut ikan ni, lama dah aku saut, jemur wat ikan kering |
Trip pusing-pusing pulau akhir tamat dengan kitorang dibawa balik kat tempat kitorang naik bot tadi. Badan aku dah lemau dah nih. Sesampai, kakak aku dah teruja nak beli sourvernir yang ada gambar kitorang. Ikot malas nak layan, mahal kot 1 pinggan RM10. Pandai diorang berniaga tau. Bayangkan kitorang 10 orang diambil satu-satu gambar pastu print, lekatkan pada pinggan putih. Kitorang 10 orang, jadi RM100 lah. Membazir ingat sekali.
Kitorang balik ke apartment dan berehat sekejap. Kakak-kakak aku plan nak ke Bazar lagi malam nih. Aku tak ikut. Maleh lah aku. Kali ni diorang dah kaw-kaw shopping. Baju, keychain, coklat siap bag bagasi lagi. Nasib baik kakak-kakak aku bukan jenis gila pinggan mangkuk. Mau tak, jadi cerita aku lah. Pas makan, kitorang mula mengemas-ngemas barang. Esok last day kot.
Bersambung lagi...
No comments:
Post a Comment