Wednesday, November 27, 2013

Langkawi : Part 3

Part 3 : Oriental Village - Cable Car & Dataran Lang

Kitorang gerak keluar dari aparment dalam kul 9.30 pagi dan main event kitorang hari ini ialah Cable car. Sebelum tuh, aku check out apartment siap-siap sebab nak claim balik RM50 deposit kunci hotel. Rule dia macam deposit transport yang aku cakap tu lah. Once kau lambat check out, kira deposit burn. Jadi aku checkout terus disebabkan aku rasa tak sempat sebab checkout Seaview Hotel ni pukul 12.00 tgh hari. Pas settle, kitorang gerak terus ke Oriental Village yang jauhnya kira-kira 25km. Tapi sebelum tuh, turn kakak aku pulak nak beli minyak gamat. Singgah lah jap dalam 10 minit. Sempat lagi aku, kakak dan adik aku shot gambar 2-3 das kat monumen botol gamat yang besar tuh.

Dalam perjalanan, kitorang singgah isi minyak kat petronas lepas turun jalan bukit Pantai Kok. Petronas nih betul-betul sebelah Telaga Harbour Quay. Cantik gak. Snap 2-3 gambar lagi sebelum terus gerak ke Oriental Village yang dah tak jauh dari Danna Hotel.

Telaga Harbour Quay
Masa kitorang sampai kat oriental Village nih, orang tak berapa ramai lagi. So, senang jer kitorang beli tiket Cable car. Untuk warganegara Malaysia yang ada IC, harga tiket RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Kali ni, mak dan ayah aku tak nak join sebab diorang takut high. Jadi aku bayar RM110 untuk 6 Dewasa dan 2 kanak-kanak.

Untuk naik cable car nih, korang ikut jer arahan die. Beratur dan sabar. Tak lama pun beraturnya. 1 cable car dimaksimunkan 6 orang jer tau. Jadi family aku terpaksa pecah 2. Time nih, aku rasa hanya aku sorang jer kot teruja giler, sebab kakak-kakak aku macam kecut jer dalam cable car, padahal diorang yang beriya yang nak naik. Kat atas gunung Mat cincang, dia ada 2 check point. Korang boleh turun check point pertama atau terus naik ke check point atas. Bagi aku, dah bayar mahal-mahal ni, rasa lah semua. Turun check poin pertama dan snap 2-3 gambar, pastuh gerak ke check point puncak gunung Mat Cincang.

Kat atas gunung takyah lah cakap cantik view bukit bukau dan laut membiru di atas hamparan bumi. Chewah! Insaf weh seketika. Takleh nak bayang betapa best duk kat atas nih. Angin dia pun sejuk jer macam duk kat Cameron Highland. Tapi memandangkan kitorang tinggal mak ayah kat bawah, jadi dalam masa 40 minit jer kitorang kat atas ni. Bagi aku dah cukup kot. Janji dah berdas-das gambar aku amek sebagai kenang-kenangan.

Time berangin sempoi2 pun.. orang berani mati jer bleh main atas nih
Landmark Langkawi
Dalam jam 1 petang kitorang gerak terus kat tempat sewa keta kat Pekan Rabu untuk checkout van sebelum bergerak ke jeti. Untuk ke jeti mestilah diorang kena hantar korang. Lepas settle bab van, aku terjah tempat tiket feri dulu untuk rebut time feri depart. Dapatlah aku naik feri pada pukul 2.30 petang nanti. Ada masa dalam 1 jam lagi, jadi kitorang ambil masa ini untuk bergambar di mercu utama Langkawi iaitu Monumen gergasi Helang kat Dataran Lang. Apa guna korang pergi Langkawi tapi takda gambar helang ni. Aku make short je duk kat dataran nih sebab panas weyh! Matahari mencanak panas kat kepala. 1 lagi aku menyampah duk kat sini, lagi-lagi masa pegang kamera, aku jadi photographer tak berbayar tourist lain. Hape? Ingat aku tukang ambik gambar korang ker?

Lepas settle kat Dataran Lang ni, jam baru kul 2.10 ptg, 20 minit lagi diisi dengan shopping coklat kat dalam jeti. Tepat jam 2.30 petang aku ngan family aku terus gerak naik feri untuk pulang ke Kuala Kedah. Maka tamatlah cuti-cuti Langkawi aku nih dan aku rasa dah cukup kot aku datang sini. Next time aku target tempat lain lak.

No comments: