Thursday, August 28, 2014

Singapore : Part 2

Greetings…

Aku tengah struggle nak abiskan story aku ke Singapore ni since my laptop dah jahanam. Mencilok lah aku nak menaip story ni, kat opis ke, umah family aku ke – asal ada pc atau laptop, aku belasah jer…. Hahaha

Day 2 : Merlion Park & Bugis Street

Trip hari ni ala-ala amazing race sikit. Tapi taklah rushing berlari-lari tak tentu arah cam orang giler… slow-slow dah lah walaupun kaki kekadang terlaju jugak secara automatik sebab dah terpengaruh ngan orang-orang Singapore berjalan…;p

Semalam dah tido nyenyak dah, so hari ni rasa energy sikit. Dalam kul 8 pagi dah checkout hotel dan bersarapan kat Boy zone café, dekat ngan tune hotel. Pekena nasi goreng ngan teh tarik, dah cukup syarat dah nak berjalan lagi nih...heh!

Hokey, dengan berkereta aku drive masuk pusat bandar dan parkir kereta kat Caltex belakang bangunan JB Central. Disebabkan ni je yang aku tahu tempat parkir, tambah lagi hari ni hari ahad, orang JB kerja, parkir agak payah sikit lah, jadi aku parkir sini daripada dok sesat birat. RM12 per entry, quiet mahal jugak. Settle parkir, aku gerak masuk ke CIQ melalui JB sentral ni untuk ambil bas Causeway nak seberangi tambak.

Kalau nak tahu, Causeway bus ni antara bas yang jadi perantaraan Malaysia-Singapura. Dari CIQ ke MRT singapore terdekat - stesen MRT Kranji ngan tambang dia RM1 jer.  Nanti aku sediakan link kat bawah or next entry, sebab laaa ni.. tak sempat…

Parking Caltex.. dkat JB Sentral & CIQ




















Tourist Pass yang comel..




























Lepas settle check passport kat CIQ, terus turun ke platform B (platform untuk kenderaan awam) untuk naik bas Causeway laluan ke Kranji bernombor CW1. Pastikan dapatkan tiket dan simpan yer, nanti dekat Imigresen Woodlands Singapore nanti, sah-sah korang kena tinggal oleh bas yang korang naik tuh.

Nanti, tunggu bas CW1 laluan ke Kranji yang lain, korang naik je dan tunjuk je tiket korang tadi. Tak payah bayar lagi… Paham?

Pas settle imigresen bagai, sampailah kitorang kat MRT Kranji. Kat sini kena beli tiket untuk ke Ang Kio Mo stesen. Sebabnya kat stesen Ang Kio Mo ni ada jual Tourist Pass yang menyenangkan kitorang untuk naik MRT dan bas kat Singapore nih. Just slide kad ni jer bila nak naik MRT, kira macam Touch N Go la. Harga tourist pass nih SGD20 seorang per day.  SGD10 sebagai deposit. Jangan lupa minta map sistem laluan MRT Singapore ya.

Standard Chattered di Six Battery Road
amenda nama dataran aku tak hingat... ke lalu datran terus ke Bus stand yang korang bleh nampak tuh
laluan ke merlion park, lalu ikut belakang bas stand
depan lagi, jumpe hotel One fulerton.. merlion dok belakang dia ye..
seberang jalan, terus jumpa board nih...
aku siap sketch lagi laluan ke merlion.. jgn memain ngan singa aku!

Bila dah dapat tourist pass ni, terus aku menuju ke Merlion Park, mercu tanda Singapore – singa berkaki duyung yang dok pancut air tuh – untuk ke Merlion park ni kena exit stesen Raffles Place. Kemudian jalan kaki melalui Six Battery Road yang ada bangunan Standard Chatterd ke arah kanan hingga jumpa menara Maybank dan Bank of China. Pastuh jalan lagi ke depan,  jumpa lplak One Fullerton Road. Kat sini dah nampak bangunan Marina Bay Sands Skypark dari kejauhan. Jalan kaki lagi arah kanan jalan One Fullerton (lalu ikut belakang Bus stand) sampai jumpa simpang 3. Kat simpang ni, kena tunggu lampu hijau dulu ye nak lintas jalan, jangan wat cam Malaysia pulak… kena saman tak memasal korang nanti.

Bila dah lepas lintas jalan ni, sampai la korang Merlion Park ( kena turun tangga). Sini memang tempat ambil gambar dan tumpuan pelancong. Even hari panas, ramai gak pelancong luar, mostly orang-orang South-East Asia yang datang melepak, mat-mat salleh cam kurang sikit.  Selain singa Merlion ngan Marina Bay Skypark, kat Merlion Square nih korang leh nampak Singapore Flyer dan Esplenade Theatre.

merlion
marina bay Sand Skypark
Esplanede Theatre





















Tak lama aku kat sini, sebab tujuan memang nak ambil gambar pong kang… so aku gerak ke Bugis street  untuk mendapatkan sourvenir yang murah-murah sebelum balik.

Untuk ke Bugis Street, kena amik MRT line hijau kat Raffle Place dan exit di Bugis Station. Bila dah turun tuh memang berada dalam shopping mall Bugis Junction, korang keluar Bugis Junction dan cari board Bugis Street. Honestly, Bugis Street sebijik cam Central Market kita.

Kat sini aku rembat 2-3 sourvenir.. banyak betul sourvenir dia, baju t-shirt, mug, bag, keychain yang mampu orang tak berduit cam aku ni beli…:p belum sempat masuk ke dalam lagi dah memacam dah aku dapat. Argghh! Janji settle…


tak banyak aku amik gambar kat bugis... sibuk bershopping





















Hokey sebelum balik, korang kena patah balik ke Ang Kio Mo dan serahkan balik Tourist Pass korang. Dengan itu, korang akan dipulangkan semula SGD10 yang dijadikan deposit macam aku cakap tadi. Pastuh, balik ke Kranji dengan amik bas Causeway jugak untuk balik ke JB Sentral.

Masa naik bas ni, korang kena bagi tambang ngam2 yer sebab driver bas tak akan pulangkan duit baki duit kecil korang. Contoh, tambang Kranji ke CIQ SGD0.80 jer, aku masukkan SGD1, haram dia wat dek jer. Nak mintak, malu… tapi kalau dikira balik SGD1 sama dengan RM2.65 tau… means, kos tambang balik lagi mahal dari pergi… menipu betol! Hahaha….

Saturday, August 23, 2014

Singapore : Part 1

Greeting…

Mission ambush Singapore finally accomplished ngan jayanya. Berbekalkan bajet ciput, akhir berjaya gak aku pijak semen-semen negara kota singa…hoho. Ringkasnya, trip nih berlangsung 2 hari 1 malam dan segala persiapan dalam urusan booking-membooking dilakukan hampir 2 bulan sebelum tarikh kejadian terjadi.

Dan, Ya! Aku kaptennya. Takde orang len yang berani amik position aku lagi setakat ni. Jadi, segala mak nenek bapak cucu segala booking online dan dealing task aku managekan. Book tiket USS,  hotel tune & deal ngan Oddyssey bus nanti aku wrap dalam next entry. Kali ni, aku just nak share pengalaman aku ke USS untuk first day.


Singapore : Day 1 – Universal Studio Singapore 1-Day Trip

Aku tiba kat tune hotel Danga Bay, JB dalam kul 3 pagi lepas hampir 4 jam drive dari Bangi. Berlegar-legar kitorang  kat area tune hotel sementelah tunggu 4 jam lagi nak kul 7.30 pagi. Nak cari hotel bajet nak tido, raso tak dayo dah. Berbaloi pun tak. Lastnya tido kat surau tune hotel jer lah jawabnya…

Dalam 15 minit sebelum kul 7, bangun ngan muke cam budu. Basuh muka & semayang subuh gajah kat surau terus siap-siap nak gerak dah. Pas settle dapatkan tiket bas Oddysey & isi borang whitecard (borang imigresen Singapore) melopong jap tunggu akak staf Oddysey bus arrange kitorang naik bas mana-naik bas mana. Cam kelam-kabut jer cik akak staf Odyssey bus nih buat kerja. Memula aku naik bas no.1, pastuh kene tukar bas no.2 lak… kulu-kilir, 8.30 pg baru gerak.

Dalam 15 minit kot, sampai kitorang kat imigresen Malaysia, kene turun bas dan ke tingkat atas untuk urusan check passport kemudian turun platform A (untuk kenderaan yang disewa penumpang) tunggu ahli rombongan lain. Dah nak masuk Singapore nih, semua benda nak kena cepat-cepat.. Ada yang berlari-lari anak nak kejar bas. Tapi ngan Oddysey bas ni, xyah nak kejar-kejar sangat, cepat ke lambat ke, dia memang tunggu kita, cukup ahli jemaah baru boleh gerak.

Ikotkan dari imigresen malaysia (CIQ) ke imigresen Singapore (Woodlands) dekat jer, tapi jammed bagai nak gila atas Tambak nih. Hampir 1 jam lagi baru sampai kat imigresen Singapore. Dah sampai tu, kena turun bas lagi, naik tingkat atas, check/cop passport& check bag kemudian kena turun platform A untuk  cari bas Oddysey lagi.

Masuk jer highway Singapore, dah rasa kelainan sikit.. smooth je jalan, xjam langsung cam Malaysia. Keta tak banyak kat Singapore nih (harga keta &  petrol mahal kot.. keh3). Tak sampai 30 minit dari Woodland tadi sampai lah kami kat Resort World Sentosa kat Pulau Sentosa yang terletak di selatan Singapore.

Pasal tiket USS, tak jadi masalah. Aku nengok ramai nau beratur panjang, tapi kitorang kitorang jalan dengan kembang hidung sebab  aku awal-awal lagi purchase tiket secara online masa RWS buat promosi, SD68 je seorang.

Hokey, tang Universal Studio ni aku taknak citer banyak, kecuali korang rasa sendiri. Dia terbahagi kepada 7 tema cam:

  • Hollywood – jalan pintu masuk USS memula korang lalui. Kat sini ada Walk of Fame.
  • Madagascar – ada watak-watak Magascar cam Alex the lion, kuda belang (aku tak hingat nama) gloria the Hippo, zirafah tuh ngan penguin-penguin ngan lemurs sekali.
  • Far Far Away – karakter Shrek ngan tersenggam istana Far Far Away. Dalam tuh ada 4D movie. Selain tuh, ada roller coster Dragon lau korang nak cuba.
  • The Lost World – taman bertemakan haiwan purba. Kat sini boleh cuba Jurassic Park Dual ride yang hayung koranground taman tema ni. Ingat nak try, sekali panjang berderet beratur…
  • The Egypt Ancient – tema ala mesir purba. Ada berhala-berhala firaun gitu. Sini gak ada ride adventure yang boleh wat darah korang tinggal sesudu.
  • Sci-fi – Science Fiction adanya Tranformer 4D. Yang ni aku saran korang cuba walaupun panjang korang beratur. Best tak hengat. Ingat nak repeat tapi tak sempat time… next time maybe?
  • New York – ada Sesame street ngan beberapa lagi yang aku miss. BTW, aku assume tema New York ni adaptdari jalan New York Time Square, tapi dia adapt ala-ala Broadway gitu jer.




































































Dalam jam-jam tertentu setiap tema karekter-karekter akan kuar buat show dan bergambar dengan korang. Kalau jenis suka bergambar lah...

Diingatkan kat USS nih barang-barang dia mengikut standard pelancong asing yang berkemampuan. Baik sourvenir dan makanan… fuh! Yang tak berapa berkemampuan cam aku ni mengurut dada je lah. Satu lagi tips, cuaca kat sini panas (cam Malaysia je pon), jadi sediakan sebotol air, payung atau baju hujan, kot-kot tetiba hujan. kalau nak solat, ada surau terletak kat area belakang Egypt Ancient.

Hokey, takat tuh dulu… next day, till then!