Tuesday, November 18, 2014

Shenzhen : Part 5

Assalam sumer... ni last part Shenzhen hokey...

Day 3: OCT East & Muslin Restaurant

Bangun pagi dengan segar pagi nih. Yeahhh!!.. bilik luas, wangi dan katil luas, mau tak lena tidur aku semalam. Tetengok jam dah kul 9 pagi, aaiyyooo… cam malas nak bangun plak, tapi taknak sia-siakan percutian nih.. ari nih target nak gi Overseas Chinese Town atau OCT East.

Alah kalau google keluar taman yang bunga merah kuning yang sederet ke atas bukit tuh. Kat situ ada taman-taman cantik, kira cam Cameron Highland. Tapi….

Hampa!.. tengok dalam map Metro cam senang kan sebab ada station nama OCT. ingatkan keluar-keluar terus jumpa taman OCT nih, tanpa aku tahu mana ceruk dia letak. Serius lost. Bile google map, tak kuar plak location dia. Tanya local, tak seorang pon speak in english.. serius aku marah time tuh… tambah tension tetiba hujan turun kaw-kaw lebat… tepaksa berteduh kat gate OCT station. Tunggu reda, jalan lah jap kot-kot jumpa signal atau dapat hidayat, tapi… haram.. korang bayang lah erk.. aku jalan dari station OCT sampai jumpa Window of the World balik.. @#*! Aku carut…

Yang aku jumpa signage ke Spledid China dan Chinese Village Folk jer. Time tuh dah kul 12 tgh hari tak silap, perut lapar.. jadi aku simpan jer lah ke OCT ni dan terus balik ke Muslim hotel balik.

OCT East Park, kempunan aku nak bergambar kat taman nih.. Source gambar - En.Google
Hujan yang meranap hajat aku ke OCT























Untuk merawat duka aku, aku dibelanja lunch kat Muslin Restoran kat Muslim Hotel. Untuk lunch, aku order nasi goreng, sohon + kubis panggang, kacang panjang goreng ngan faveret aku Udang + kentang goreng berempah. Nama sebenar menu-menu aku tak tahu, sebab dia tulis dalam bahasa cina. Jadi, aku main tunjuk-tunjuk jer masa nak order nih. Sedap, lagi-lagi udang+kentang goreng berempah tuh… rase dia punya serbuk kari + paprika dia tuh. Cruchy sgt…

























Tengah syok-syok makan, tetiba aku terperasan yang banyak motosikal parking depan hotel. Sesekali ada lelaki pakai jubah / berkopiah masuk hotel nih. Dari seorang, ke dua orang… pastuh 3.. sampai lah aku sedar yang sebenarnya diorang gi semayang jumaat rupanya. Yess! Hotel muslim nih function sebagai masjid jugak rupenye…

Sementara tunggu hujan reda, aku lepak depan Muslim hotel… syahdu rasenye nak tinggalkan Shenzhen...

















Ini pic terakhir aku di Shenzhen.. kalau panjang umur murah rezeki, aku harap ke sini lagi... In-Sha-Allah...

K bai!

Saturday, November 15, 2014

Shenzhen : Part 4

Day 2: Muslim Hotel & Dongmen Street

Hampir seharian kat Window of the Worlds, dalam kul 3 petang aku balik hotel. Balik pun sebab penat dan kebulur dah, itu pasal merangkak balik tuh. Tambah lagi, asal petang mesti nak hujan renyai-renyai kat Shenzhen nih.

Dalam kul 3 lebih, aku checkin hotel dengan CNY240/night kat Muslim Hotel. Totally aku suka hotel ni. Segala kemudahan dan keperluan orang islam ada kat sini. Ada satu kedai kat luar hotel, siap jual tasbih, kopiah & sejadah lagi. Selain cina muslim, orang islam dari seluruh dunia aku boleh jumpa. India, arab, pakistan, bangla dan memacam lagi… yang aku kagum bangla cakap china wooo…hahaha

Masuk bilik hotel, ewaaahhh… luas dan selesa. Even harga CNY240 (dalam RM130) sangat selesa hotel nih yer. Letak beg, terus baring hingga hampir nak terlena dibuatnya... Pada masa sama, kitorang terus bukak luggage yang berisi makanan tuh terus melahap maggi sampai kenyang. Hotel ni ada sediakan pantry, tapi kat luar bilik, kat tingkat 2. Walaupun share, tapi tak risau sangat lah, sebab namapun Muslim hotel.


Muslim Hotel (aku amik pic nih dari booking.com)

Dah makan, mandi & baring-baring jap sembil recover balik kaki yang dah macam nak meletup nih, dalam kul 6 petang, aku planning ke Dongmen Street. Katanya area shopping terbesar di Shenzhen nih. Aku assume dapat lah sehelai 2 baju I love Shenzhen dan magnet fridge ker atau keychain. 

Tapi, satu benda sourvenir yang tertulis Shenzhen pun aku tak nampak. Kat Dongmen Street nih lebih kepada jual barangan eletrik ngan baju-baju K-pop je berlambak. Kalau ada kedai sourvenir pun macam kedai 99 kat Malaysia. Hampa. Nasib baik aku beli FM kat Windows of the World 3 ketul tadi. Itu pun, kena belasah CNY25 seketul. Last-last, aku beli keychain yang macam baju cheongsam 13 ketul ngan CNY50.

Untuk ke Dongmen street nih dari Muslim Hotel, aku jalan kaki jer ikut arah ke Hubei. Then, aku discover yang Muslim Hotel sebenarnya lagi dekat kalau exit Hubei Station. Kalau tengok map metro Shenzhen, kan jumpa Hubei dulu baru Huangbeiling. Tapi tengok masa berjalan Muslim Hotel ke Hubei Station dalam 4-7 minit jer berjalan. Ok, Muslim Hotel lagi dekat kalau exit Hubei Station.

Lepas jumpa Hubei Station jalan depan lagi akan jumpa simpang 4. Untuk seberang jalan, boleh lintas jalan ikut zebra-crossing atau subway. Dongmen Street ni bukan seberang jalan ke hadapan, tapi dia berada di belah kiri. Pastikan kena ke arah ke kiri. (aku tak tau nak bagi ayat camna dah.)

– ayat mudah - seberang jalan depan Hubei station, jalan terus jumpa simpang 4, kat situ lah Dongmen Street. Kat situ korang dah jumpa signboard dia dah. Takpun, cari Hubei road, Dongmen depan-depan tuh jer. 

Lepas seberang jalan, jalan terus hingga lah jumpa Dongmen overpass. Hah kemeriahan Dongmen street dah aku rasa dah.

























Lama juga aku kat sini, tapi tak sempat habis pun aku ronda. Dalam kul 9 malam aku jalan kaki balik. Serius, dah tempat besar camni, masalah “terlebih berjalan” memang tak dapat dibendung. Nak tak nak kena cari balik Hubei station atau Shennan South Road dengan sedikit bantuan orang tempatan dan sense of instinct. Aku sesat dalam 15 minit jer, itupun aku terikut jalan dalam – ikut jalan pasar basah yang aku suspek pasar gelap. Apa-pun, nasib baik tak jumpa haiwan haram tuh, kalau takk….

 *update in 29/11/14
nah!... simple map latest updateuntuk ke Dongmen Street

Shenzhen : Part 3

Greetingsss…

Day 2: Windows of the World

Settle bab Metro yang 1 hari aku cuba memahaminya, terus aku ke Muslim Hotel yang kena exit di Huang Beiling station. Pastuh kena jalan kaki sepanjang jalan Shennan East Road menuju ke Wenjin South Road. Lebih 5-10 minit jalan kaki, sampai lah aku di Muslim Hotel dalam kul 9.40 pagi. Cik amoi receptionist tak pandai cakap english, tapi aku paham dia kata checkin kul 2 ptg. Jadi aku letak beg & luggage dan nak gi Windows of the World.






















Kena patah balik jalan kaki 5-10 minit ke Huangbeiling stesen untuk WoW. Sepanjang jalan kaki, dah rasai dah kechinaan dia (nampak?! bahasa aku tuh..hehe). Berbeza dari Hong Kong, Shenzhen nampak tenang, aman dan tak sesibuk Hong Kong. Ruang jalan kaki dia luas jer. Bukan tuh jer, orang-orang dia pun nampak lebih lembut, mesra dan biasa-biasa jer dari Hong Kong yang dressed yang sooo over tuh. Tapi, pandangan-pandangan selek kat golongan berhijab memang tetap adalah. Ok dah!, stop judging…

Ok, nak ke Window of the World boleh jer guna line oren direct ke Window of the World, tapi lebih suka tranfer-tranfer train nih. Bile lagi nak rasanya yer tak? (padahal still jakun lagi… ;p) Aku naik line oren di Huangbeiling dan tranfer line hijau kat Grand Theatre.

Sampai kat stesen Window of the World, pilih exit J (Window of the World (pyramid)). Ok, tahu nak Exit mana nih pun penting nih. Aku tersalah exit I, kena berjalan sikit sebab keluar dari pintu timur Window of the World. Kalau kuar exit J,  kuar-kuar akan terus jumpa main gate Window of the World dah.

Window of the World nih merupakan salah satu attraction yang wajib pergi kalau di Shenzhen. Window of the World macam theme park yang dalam terkumpulnya memacam mercu tanda, landmark dan trademark sesebuah negara. Contohnya, Taj Mahal (India), Borobudur (Indonesia), Tulips (Netherland) dan memacam lagi. Menara Eiffel (France) yang jadi main core trandmark. Banyak lagi, nak bagitau satu-satu tak habis. Tapi, KL Tower atau KLCC tak kelihatan plak.

Dia terbahagi kepada 5 region iaitu, Europe, Asian, Oceania, Africa dan America. Sila ke link Wiki Window of The World nih. Aku malas copy.

Tak semua aku jengah, lagi-lagi yang last-last belah africa. Luas dan besar beb Window of the World nih. Berbaloi aku bayar CNY180 untuk tiket. Last-last sendiri mengaku kalah. Masuk dalam kul 10 pagi tadi, kol 3 lebih dah nak kuar dah.

Apapon, aku belanja 2-3 gambar.. nak belanja semua tak terrajin plak aku... heh!













































Overall, aku tak kata Window of the world tak bagus, cuma dia sikit boring. Mungkin Windows nih tersangat besar kot, membuatkan aku berjalan cam nak patah kaki, penat memang tak boleh tipu lah. Lagi-lagi time summer cam aku pegi nih. Berbotol-botol air habis tapi still haus, dihidrat lebih.. tuh yang moody giler tuh kot. (ditambah makanan halal tak disediakan di sekitar area nih). Selain tuh, ada 2-3 monumen cam kesian jer aku tengok, tak di maintainence ngan baik. Paling ketara Sydney Opera House tuh le, berkerak aku tengok, ngan satu dinding roboh... haha.. apapon 2-3 monumen jer... tak semua. Paling happening & boleh pujuk ambik mood korang balik adalah area Menara Eiffel tuh.. ~ni sikit coretan pendapat aku je hokey..

Dalam kul 4 aku balik hotel dan aku stori next entry lah yer….

Tuesday, November 11, 2014

Shenzhen : Part 2

Assalam...!

sebelum poei jauh, den nak kobar kek kau orang periha Metro Shenzhen sikit joh. kiro nih selingan aka mini series aka tipsbook or watsoever!..haha

Metro Shenzhen

Dari Luohu station nak ke Shenzhen Muslim Hotel pun ada citer hampeh gak sebenarnya. Masa nak beli token train MRT (yang dipanggil Metro Shenzhen), aku telah menyalahi pemahaman aku dari hasil pembacaan dari salah satu blog. Katanya boleh beli 8 token dalam satu masa untuk single journey. Aku faham, sekali beli 8 token tuh terus boleh guna untuk naik memana stesen. Salah sama sekali.

token Shenzhen Metro



Booth yang jual Shenzhen Tong











































Gini ya, 8 token boleh dibeli dalam satu masa. Tapi… untuk 8 orang lah untuk naik di satu stesen metro. Means, untuk seorang korang kena beli 1 token jer untuk satu-satu stesen. Kalau aku, ada tiga orang jadi aku purchase lah 3 token kat Louhu. 1 token tuh memang single journey. Alah macam kite naik LRT putra jer. Faham?! (aku tak tahu nak wat ayat camne dah) token dibeli di vending mesin. Jangan risau, bersepah mesin dia, jadi takde pernah aku beratur atau berebut pun.

Shenzhen ada tak kad cam Octopus kad? Jawapan dia…. Ada. Beli Shenzhen Tong. Tapi aku tak beli lah kad nih, sebabnya harga journey untuk token paling mahal aku pernah purchased dari stesen Huang Beiling ke Window of the World pun cuma CNY5 je. Dalam RM2.60 je. Harga tambang Metro Shenzhen agak murah dan beli token single journey dia tak leceh, jadi tak perlu beli Shenzhen Tong. Lain lah korang duduk kat Shenzhen ni lebih 2 minggu dan hari-hari naik Metro. Shenzen Tong berharga CNY80 termasuk CNY20 deposit.

Yang nih aku kena mengaku, stesen Shenzhen cam kat Grand Theatre, besar dan mengelirukan (atau dalam kata len, aku culture shock sebenornya... keh3). Kat Grand Theatre, aku kena transfer dari line hijau (Luobao line) ke line Oren (Shekou line), mana taknya dari train line hijau kena naik tangga, 2 level plak tuh untuk ambik train line oren… tak semena-mena aku terrrrrexit. Tak memasal kena beli token baru ke Huangbeiling. Cis!...

Shenzhen : Part 1

Greetingsss…

Day 2: Louhu Station, Shenzhen

Menguap aku, pagi-pagi dah bangun. Dalam kul 5 dah tak sabar-sabar nak kuar bilik nih. Aku dah agak dah, memang takleh tidur semalam. Aku ni jenis payah tidur, lagi-lagi dah beralih tempat tidur kata orang. Kena bau bilik cam hampeh, memang menyiksakan gak lah. Nak wat camne, rate bilik nih paling murah kat Booking.com, HKD337 utk 1 malam include tax.

Pas siap-siap dalam 1 jam, aku gerak ke receptionist yang berada di Blok A Chungking Mansion. Tempoh bersiap tak lama, sebab luggage memang aku tak sepahkan lagi. Settle-settle kan semua deposit dan serah kunci, tanpa cakap banyak aku blah dari Chungking Mansion ke stesen MRT East Tsim Sha Tsui melalui Subway depan Sheraton Hotel.

Kul 6 pagi dah macam kul 8 dah. Kena ingat Hong Kong skang musim panas, jadi masa siang agak panjang lah. 6 pagi dah cerah dan kul 7.30 malam baru mula start gelap. Pagi-pagi tsim Sha Tsui tak berapa nak hidup. Aku assume malam memang tak hidup kat Hong Kong nih.

Hokey, sampai kat MRT Tsim Sha Tsui East kena amik train ke Hung Hom. Guna train line merah (Tsuen Wang Line) dan akan tranfer ke train line biru muda (East Rail line) yang menuju ke Lo Wu. Sorry, aku nama-nama line train nih aku tak expert sangat. Janji aku tahu color-color line mane yang aku kena amik. Basic naik MRT ni sama jer cam trip Singapore ari tuh. Senang sangat lagi-lagi ada Octopus card nih.

Kat East Tsim Sha Tsui sempat aku breakfast roti 2 mulut sebelum pak guard datang melarang supaya jangan makan kat MRT nih. Kerek! Perjalanan East Tsim Sha Tsui ke Hung Hom terus naik train ke Lo Wu nih dalam 30 – 40 minit je. Pagi-pagi orang dah ramai, ada yang nak pegi kerja, pegi pasar ngan gi universiti. Sepanjang perjalanan, aku nampak area train penuh ngan rumah-rumah rakyat Hong Kong yang tinggi-tinggi. Kira area New Territories nih penuh ngan tempat kediaman warga Hong Kong, ada taman reakreasi ngan pusat pengajian lah kot.























Untuk masuk ke Shenzhen, kena tempuh imigresen lah kan. Sampai kat Lo Wu, terus jalan kaki masuk imigresen Hong Kong dan imigresen China. Ye lupa… nak masuk ke China, rakyat Malaysia kena ada visa. Visa ni aku dah siapkan beberapa minggu sebelum flight ke Hong Kong. Visa China sah selama 3 bulan dan aku wat single entry jer. Apa bondo eh single entry nih? Nanti aku ceritakan kemudian yer…



























Dah settle imigresen, sampai lah aku ke Shenzhen yang aku idam-idamkan nih lepas tengok rancangan Destinasi Ria episod Shuib & Sara… haha. Sebelum naik train terus ke Shenzhen Muslim Hotel, aku keluar dari stesen, depan tuh ada cam ruang legar atau dataran yang sekitarnya ada mall-mall. Aku lepak jap sambil cari info-info Shenzhen balik yang aku dah siap-siap print. Tetiba aku jadi blank jap. Bukan apa, teruja sangat sampai tak tahu nak wat dulu. Masa tuh bukan aku seorang jer lepak, orang Shenzhen pun ramai yang melepak. Agak-agak budaya lepak nih datang dari budaya orang cina rasanya???…. Hmmmm

Ok, memang ada perubahan sikit dalam initerary aku. Sepatutnya aku nak gi Mangrove Nature Reserved Park kat Shenzhen Bay. Tapi takde train Shenzhen Metro ke situ. Kalau adapun bas yang aku tak berape expert sangat (perlukan setengah hari nak fahami lagi). Jadi aku putuskan gi hotel untuk letak bag dulu dan fikirkan ke mana dulu nanti kemudian... heh! ;p

captain nak reschedule initerary...


































Ok, stop jap… to be continued…