Sunday, April 5, 2015

Manila : Part 3

Day 3 : Sesat di Manila – mencari jalan ke MALL of Asia

Sebenarnya tak ada apa pon yang menakutkan kat Phillippine. Kalau korang rasa Phillipine nih very very the spooky, please tukar persepsi korang. Kalau korang jenis open dan cepat boleh terima apa yang korang lihat dan alami, Phillippine exspecially Manila takde menakutkan sangat pon. Sebabnya, orang awam dia memang cukup baik dan helpful giler. Walaupun diorang tau aku stranger atau tourist, tak pernah plak aku kena tipu hari tuh. Kali ni aku akui, diorang sangat bagus dan baik, (mungkin lagi baik dari orang Jakarta dan Kuala Lumpur sendiri… sorry aku kena jujur dalam buat penilaian). For Manila people, thumb up for you all…

Kisahnya, pas maghrib aku plan kuar lagi untuk terjah mall yang paling faymes di Manila iaitu Mall of Asia, mall yang paling besar di dunia satu ketika dahulu dan jadi no.3 skang. Member aku lah kata, “jalan kaki je beb, Mall tu dekat jer”.. Poodah! dekat konon, jalan buta-buta ntah mana-mana ntah kitorang pegi. Pandai-pandai plak dia gi tanya sorang uncle nih, uncle ni plak explain dalam bahasa english campur tagalog sikit. Aku dah mula pening. Tetiba2, uncle tadi suh kitorang naik Jeepney. Dia siap tahan jeepney dan suh kitorang naik jer.

Kemana arah aku pun tak tau. serius, aku memang dah lain macam dalam jeepney tuh. Dah orang ngah ramai, jem plak lak tuh. Member aku plak dah berlakon wat biasa. Tetiba aku dok mengomel, sorang uncle nih tegur kitorang. “Orang melayu pun pandai naik jeep” bulat mata aku… Orang pinoy tapi boleh bahasa melayu beb. Nasib baik aku tak kutuk orang Philippine kaw-kaw tadi nih hah. Sembang lah jap ngan uncle untuk hilang lain macam tadi. Pastu uncle tadi pun turun, mula rasa lain macam tadi datang balik. Bila dah rasa takleh bla, aku bayar tambang jeepney tuh terus turun kat satu area kedai-kedai. Kat mana? Aku pon tak tau… haha Giler.

Aku jalan lagi kononnya kot-kot dapat wahyu lain. Tapi member aku sekali lagi wat giler dia, kali ni dia gi tanya sorang brader plak. Nasib baik brader tuh pon baik gak. dia siap gi tahan teksi untuk kitorang, tapi teksi tak berenti plak. Kelakar campur kesian aku tengok. Berlari-lari dia beb. Memang nak menangis aku ngan orang pinoy yang baik-baik nih. Ok, aku tak bleh dah. Aku gi pegang bahu dia dan ucap tima kasih banyak-banyak kat dia. “it’s ok, we will find out other way… thank you so much bro!” aku bisik kat dia. Aku tau dia pun serba salah dah. Aku senyum sambil cakap “it’s ok! It’s Ok!” hahaha…

Info teksi putih lagi murah dari teksi kuning, brother ni lah yang bagi tahu aku pas aku tanya dia (sebab aku takut kena caj mahal lagi naik teksi macam aku kena petang tadi). So, berbekal info tuh aku tahan teksi putih kat area kedai-kedai kat depan 7E tadi. Dalam 5 minit gitu, dapatlah aku satu teksi untuk aku gi terjah Mall of Asia malam tuh.

Apsal aku beriya benor nak ke Mall of Asia nih? Sebabnya kat sini ada satu-satu kedai sourvenir Manila iaitu Kultura. Walaupun harga sourvenir dia agak mahal, tapi takde pilihan jika datang dalam masa singkat cam aku ni. 





















































































Dah dapat teksi, tetiba hujan... rahmat betol..























Poyo info, Bandar Manila nih besar (kalo dah sampai 16 bandar, takkan tak besar lagi tuh?) dan sebagai tourist atau first timer datang Manila sangat sukar untuk ke point attraction dia walaupun Manila ada sediakan public transport cam tricycle, jeepnie, bas dan LRT. Jeepnie contohnya, dia ada laluan sendiri. Lain lah korang sorang traveller dan ada masa banyak, boleh ler study lah sampai khatam laluan dia atau korang jenis hardcore, suka random bolehlah try. Aku? Teksi putih jer lah yang mampu.

Ok, selain Kultura di Mall Asia, tempat yang korang atau aku akan pergi (kalau datang lagi) ialah:- Tienseditas di Ortigas Center dan Quippo Market di Quippo dekat masjid emas.

Kat Mall of Asia ni aku pergi kejap jer sebab time tu dah agak malam dah. Selain orang ramai cam semut, jem nak mampos sebab pinoy sambut Valentine dan pengalaman berebut teksi nak balik, aku rasa itu jer kot pengalaman aku malam tuh.

No comments: