Asalnya aku set nak gi ke Quippo pagi ni sebelum berangkat pulang Malaysia. Tapi kemalasan aku menggaban giler pagi nih. Semalam dah huru-hara dah, biarlah pagi nih chill-chill sikit. Penat aku tak abih lagi. Aku kuar jap pon gi breakfast kat dining hall memandangkan dapat breakfast free. Pas breakfast sambung tidur balik. Best tol baring atas katil ni hah. Lau ler hari-hari cenggini pun takpe.
Apa yang best kat Ramada hotel, semua komplete. Katil, ruang, jakuzi dan decoration memang selesa sangat. Feeling nih sama cam aku stay kat Hotel Best Western, Kuala Lumpur satu ketika dulu. Aku stay sini pun sebab desakan member sebenarnya. Nak poyo-poyo bercuti mewah katanya. Layan aje lah, aku nengok reger hotel nih pon bleh tahan gak, masih di bawah bajet aku sebenornye.
Cuma agak sedikit tak best sebab dia berada Metro Manila dan payah bebenor nak dapatkan teksi kat sini. Nak senang teksi boleh, mintak receptionist tipon teksi tapi kena bayar caj teksi ontheway ke hotel terus lah. Sebut metro manila, iyalah metro manila nih antara bandar terawal dari subbandar manila yang lain. Agak oldies sikit ler view dan bangunan-bangunan dia. Kalau rasa nak moden-moden please cari kat area Makati dan Pasay ok.
Satu lagi yang tak berapa best, - sebagai muslim, locate Ramada Hotel sebelah jer ngan gereja. Member aku, cantik jer salib luar tingkap.. lagi satu Bible adalah wajib dalam bilik hotel di Manila. Aku kepak bible tuh baik punyer letak laci bawah sekali, mengucap pepanjang beb..
toilet takde lah aku amik gambar.. ruang peribadi kot..
Takde aktiviti lain aku pagi nih selain duk bersantai, recharge balik tenaga and of coz menghayati moment nih… hehe ok Bai!
No comments:
Post a Comment