Monday, October 12, 2015

Kansai (Osaka) : Part 4

Day 1 : Dotonbori

Dari Kobe, bergegas balik ke Osaka sebab nak kejar ke Osaka Castle. Tapi, tersalah naik Train yang Normal Line walhal ade jer yang Express Limit tuh. Duk berkira-kira dalam train, sampai sudah tak tukar line. Ngok gak aku ni kang.

Ade tiga line yang menghubungkan Kobe (Sannomiya) ke Osaka (Umeda) iaitu Hanshin, Hankyu Kobe & Hankyu Takarazuka. Nama-nama line korang takyah hafal pon takpe, janji tau nak gi mana, naik kat mane and turun kat mane. Itu jer tips nya pon.

Nak ke Osaka Castle, kena get off stesen Morinomiya. Yang buat aku pasrah, kuar dari stesen ni, dah gelap dah. Masa tuh baru kul 5.40 seingat aku. Tapi memang gelap ler. Nak tak nak, simpan jer untuk esok. Kalo tak sempat redah ajer lah.

Plan aku seterusnya, gegar Dotonbori. Salah satu main point Osaka, yang kalo tak ke sini, tak lengkap datang Osaka. Aku pon tak tau apasal, Dotonbori ni jadi ikonik Osaka.







Katanye, karakter orang lari (karakter glico) ni dah wujud dari tahun 1920-an.

Ekceli, Dotonbori nih dekat ngan Stesen Namba. Tapi aku sengaja turun kat Shinshabashi stesen pastuh jalan kaki sampai lah jumpa Dotonbori. Saje nak ambil angin dan enjoy berjalan dalam bandar kedua terbesar di Jepun.


https://en.wikipedia.org/wiki/Osaka

bagi aku, Dotonbori takde ape-ape pon. Nak makanan halal susah, nak beli sourvenir pun barang tak berapa nak menggetarkan tulang rusuk. Tengok-tengok, snap-snap gambar and enjoy jer moment tuh.

settle Dotonbori, baru le aku gerak balik.

Masa sampai kat stesen Sinchido nak ke guest house dalam kul 10 malam rasenye. Area Sakai takde busy sesakai Osaka. Masa berjalan ke guest house feeling cam berjalan dalam citer Sinchan. Serious tak takut, sebab ade jer makcik atau pakcik jalan sesorang. 1 lagi budaya jepun, diorang nih kalau berjalan sesorang jer, takde makna nak bawak jemaah reramai, tak koser. Kalo berdua pon loving couple jer jalan berdua nih.

Sampai guest house, memasing kebulur. Melantak maggi ler mekome. Tak pe, hari first je baru.

No comments: