Friday, November 20, 2015

Tokyo : Part 13

Day 4 : Sepetang di Asakusa

Skytree Asakusa (cam senget jer, aku amik gambar nih)



























Memang kebetulan sampai di hotel dalam kul 2.30 petang. Setengah jam lagi dah boleh check in, dah boleh masuk bilik dah. Sementara melangok lah jap kat lobi tuh.

Pas check in, kitorang makan maggi*** dulu sementelah maggi yang aku bawak ni tinggal lagi 3 bijik. Makan kenyang sebab jap lagi nak berjalan lagi.

Dalam kul 4, yakni lepas baring tergolek terlentang hilang penat dan sakit kaki katanya. Baru ler gerak kuar. Asalnya plan nak ke Shibuya Crossing, Harujuku dan Yoyogi park sebab esok nak layan Kawaguchiko. Tapi sebab dah kul 4 sekang, tak koser aku nak kejar-kejar dah. Kawaguchiko ker, fuji ker, apa ker… tambah lagi, kalo dah asyik hujan dan berkabus jer baik tak payah. Next season jer lah kalo ader rejeki.

Disebabkan masa kuar dari Asakusa station tadi aku tengok cam meriah jer dengan wanita berkimono dan abang-abang penarik beca, tak kurang tourist yang ke hulur-hilir, tu pasal lah aku nak spend petang ni kat sini jer. Patutlah, ada suggestion tourist untuk datang ke sini selain Asakusa ni locatednya Skytree.

Pas jalan kaki hampir 20 minit, sebab dah sakit kaki dah, sampai aku kat area Asakusa station and the first thing nampak ialah:



































































Masa aku sampai nih, aku tak tau pun nama tempat nih. Tapi highly sangat ramai tourist kat sini. ada jual2 sourvenir, tempat makan2 dan di hujung kedai ada temple. And then, aku jumpa jugaklah 2-3 group awek Malaysia bertudung, sangat sombong baqqq hanggg. Memang orang kita kalau gi mane2, jumpa, wat taktau ekk??? Huissshh, senyum2 lah kak… takdenyer aku pegi mintak duit korang kalau korang senyum pong…

ni awek tudung biru yg poyos... yang indian ok pulak.. still bleh senyum lagi.













































Baru google, Skang aku tau apa nyer nama tempat nih: Nakamise Shopping Street (Kaminarimon)

Lama jugak ke hulu hilir, kononnya nak bershopping tapi pura-pura jer lah. aku ader lebih kurang JPY10 000 dalam poket. Ko rase? dapat? Barang-barang sourvenir mahal berbanding Osu Shopping district tu tapi still murah sikit daripada Harajuku. Dalam dok berkira2, terembat juge ler mug 2 bijik dan sebijik magnet fridge kat sini hah.

Dalam kul 8, kitorang menapak ke Sekai CafĂ© yang jugak berada berdekatan Nakamise street nih. Sile google…hehehe..





jumpa jugak doraemon kat jepun

Me goreng..




















































































Btw, eku enjoy mee goreng malam tuh. “sampai ke Jepun brand ni masuk..... sluurrrpppp”, kata aku sambil pegang botol sos cili Life tuh…

***Sambil sambil makan meggi nih, ada aku terpikir pasal pembandaran di Jepun. Sekejap Tokyo, sekejap Asakusa, sekejap Shibuya… abis tuh Harujuku apa plak?? Aku pun dah start confius dah nih. So, aku terus meresearchnya and dari research aku, dapat aku simpulkan:

Jepun terbahagi kepada 8 region iaitu Hokkaido, Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai, Chugoku, Shikoku, Kyushu.

Dalam region terbahagi pulak prefecture. Contohnya prefecture Kanto ialah Ibaraki, Tochigi, Gunma, Saitama, Chiba, Tokyo dan Kanagawa.

Dalam prefecture plak terbahagi sub-sub bandar yang dipanggil Special Ward. Contohnya special ward atau subbandar Tokyo ialah Taito, Shibuya, Shinjuku dan sebagai

Then, dalam Special ward ada District iaitu bandar kecil. Contoh special ward Taito adalah Asakusa.

Ringkasnya: Region (Kanto) > prefecture (Tokyo)> special ward (Taito) > district (Asakusa)

Region, prefecture dan district nih tak boleh didescribekan dalam bahasa melayu ok. Tak boleh kata region nih bahagian ke, wilayah ke atau negeri since memasing ada terms dia tersendiri. Takyah nak hadam benda semua sebab wat sakit otak jer nanti. Just faham dengan hati terbuka.

Nampak tak sistem pembandaran Jepun. Kalo Malaysia cukuplah Bahagian > Negeri > Daerah > Kampung

Saturday, November 14, 2015

Tokyo : Part 12

Day 4 : Tokyo – Chaos at Shinagawa

Aku tak tau naper aku ngantuk cam cibai dalam train tuh. padahal semalam dah tido lena dah tuh. Sesampai kat Shinagawa, lalok habes. 3 jam dalam train tu kejap jer rasa, sebab 2 jam setengah aku membute jer.

First thing, chaos pertama, nak cari Suica Card. Dari bahan yang aku terima, Suica card pass ni kena beli dari kat office jr. Kalo tak pon, kat machine tiket. Tapi, tu sumer tipu. Wat penat jer aku beratur panjang2, pastuh sampai turn aku kena ignore camtuh… “mosho moshi. Hanate, hanete” kata pengawai tuh sambil tunjuk sebelah sebelah.. ingat kan dia suh cucuk kat vending ticket sebelah tuh… sekali lagi aku beratur… tapi hampeh jugak, pengawai yang jaga vending ticket ni bagitau yang Suica card ni kena beli kat kedai ni jer.

NewDays Store.. sebelah vending machine ticket.

memacam hal ngan Si penguin ni.












































Harga Suica card nih JPY2 000, aku nak tambah value dia JPY2 000 lagi tapi makcik cashier tuh tak paham aku cakap; “additional values, please…” 2 kali cakap, tapi dia “moshi moshi???”…. hadoi

Pastuh, chaos kedua; masa nak transfer stesen pon huru hara juga. Ingatkan boleh simpan tiket shinkasen since dah lepas masa first scan masa kuar gate shinkasen. Rupernya tiket nih jadi tiket tranfer rupernya. Masa kat gate tranfer, masukkan tiket shinkasen, pastuh slide suica kad nih… gitu caranya ok. (sampai rosak mesin slide kad aku kerjakan.. hahaha)

Then Chaos ketiga, train ke Asakusa yang aku naik tuh Super Limites express, sampai sudah aku takleh baca yang mana train super express atau normal ni. Baru nak lelap, tetiba sampai di stesen Asakusa dah. Terkonco-konco kuar dari train. Ahli jemaah terpisah ngan aku la plak… terpaksa tunggu diorang patah balik 15 minit kemudian.

Lepas tuh, nak kena menapak cari hotel untuk stay malam ni di Tokyo. Punyer lah jauh sampai rasa cam nak sepak jer tiang bangunan Skytree tuh. Acehhh! Berani kalau nak buat gitu…

Tokyo... Aku datang!























By the way, Hotel Soho Asakusa yang aku stay tuh sangatlah aku tak recommend. Jauh dari stesen metro and jauh pulak dari main point utama. Nak cari pun susah ok, aku tak tau apa sebab aku stay sini. Dalam 1 jam lebih gak lah cari hotel… apa apa alasan pon, hotel ni aku recommended.

Aku sampai dalam 2.30 petang, alang-alang, tunggu jer setengah jam lagi untuk check in. Receptionist orang pinoy, dasyat orang pinoy nih – BI & Jepun dia bantai borak.

Tuesday, November 10, 2015

Nagoya - Tokyo : Part 11

Day 4 : From Nagoya ke Tokyo – 300kmph on the ride way

“Halamekkk, dah hari ke empat dah… cepatnya masa…” rungut aku separa sedar pagi tuh di Nagoya. Dah berapa kali aku luah perasaan, kalo ade peluang nak jer aku tinggal kat Jepun terus… siyesss bahagia.

Eco Hotel Nagoya. takde building spesifik nak tunjuk coz hotel dalam building lain. trademark dia patung sotong tuh jer since restoran takoyaki ni berada di bawah hotel ni. (source photo: pantip.com)
Dalam kemalasan hari sabtu, bingkas bangun, capai towel, gi basement untuk mandi. Kat Eco Hotel Nagoya nih, tempat mandi dia lain sikit. Aku tak hingat dah istilah bilik mandi camni, ala bilik mandi cam kotak peti ais tuh. sempit jer. Kalau aku mandi, bunyi degegum gedegang bergema abis dalam tuh. tapi syok beb, takde sorang pun dengar and tau kita wat aper dalam tuh. hahaha…

Dah siap pakai baju, boleh hairdryer depan cermin besar lagi… agak selesa jugak lah. kalo ader minah vogue Jepun atau mat saleh, kena ler simpan sikit jakun tuh…

Brekfast roti gardenia yang terakhir pagi. Dah tamat tempoh semalam, tapi belasah jer lah.

Dalam kul 10 pagi menapak lah kitorang ke Nagoya station yang tak sampai 5 minit. Hotel Eco Nagoya nih aku highly recommend. Senang & simple. Kalo sesat pon, marking terus Nagoya Station, kompem jumpa.

Untuk Naik Shinkasen, aku memang tak beli secara online sebab train nih boleh jer walk in kat office kaunter dia.
Note sikit: option dalam beli tiket Shinkasen

Reserve seat: class yang seat dia memang direserve. Ada flat screen bagai, kira yang mewah lah ni. Dah nama pun reserve, harga tiket dia pon mahal ler. Kena bajet dalam JPY12 000 utk seat ni

Non-Reserved Seat: Class ekonomi. Free seat, kira boleh jer duk mane2 seat asalkan tak duk di class reserve seat tadi.
Pastuh ader tiga jenis Shinkasen iaitu:
Nozomi: Train paling laju iaitu 300kmph. Train ni hanya berhenti kat stesen-stesen besar jer ok. ader extra charge ke tak, aku tak pasti. Tapi rase takde cuma Nozomi ada time-time dia bergerak.

Hikari: Train kedua iaitu dalam 270kmph. Train ni gak berhenti kat kat stesen-stesen besar jer.

Kodama: Train nih lagi laju dari Hikari iaitu 285kmph. Tapi train berhenti di setiap stesen, tu pasal lah dia lambat sikit dari Hikari.
Masa kat kaunter tuh cakap; “ticket to Tokyo, please…. 3 person”,.. pastuh dia akan mintak passport (kekadang dia tak mintak). 3 minit pastuh, dia bagi ticket Nagoya ke Shinagawa station. Time tuh, aku expect ker Tokyo Station terus, tapi kena tau Shinagawa nih kira KL Sentral kita ok. Itulah muka pintu Tokyo dan segala pengangkutan ada kat situ. Dah dapat ticket tuh, tunggu kat terminal. Mulanya cadang nak naik Hikari, tapi entah macam mana ternaik Kodama. Hati tak sabar beb.



"one ticket to tokyo please..!" - The bride (Kill Bill) cenggitu lah feeling aku time purchased tiket. haha

Tiket Shinkasen. RM360 one way. *pitam

schedule train. Non reserved tuh kira cam free seat. then, coach dia  1-3.

kenape train ni laju? sebab train ni terapung dgn menggunakan teknologi semi conductor. Sila baca buku fizik tingkatan 4 yer. Kredit untuk cikgu Hasmaruddin.






















































































Korang expect aper aku buat dalam train laju nih, 30 minit pertama layan view ngan perasaan teruja cam nak mampos.. lepas tuh aku gi bantai tido … hahaha

p/s: Dari Nagoya ke Tokyo, Shikansen guna Tokkaido line and sampai kat area FujiShin, please lebar mata, kalo ader rezeki hari terang boleh tengok Gunung Fuji. Tapi hari tuh, kabus tebal, aku dapat tengok tapak kaki tanah gunung fuji jer… sedeyy…

Friday, November 6, 2015

Nagoya : Part 10

Day 3 : Nagoya Castle & Osu Shopping District

Lepas Awkward moment kat masjid Nagoya tadi, aku ngan ahli jemaah pon slow-slow jalan untuk ke Nagoya Castle. Dari Masjid Nagoya ke Nagoya Castle jaraknya dalam 1.5 km tapi slow-slow sampai gak kitorang kat Istana tuh dalam kul 2 petang. Cuaca suam-suam jer. Tak panas, tak sejuk.

Design Nagoya Castle ni cam sama ngan Osaka Castle tapi lain sikit. aku nak citer lebih pon tak pandai sebab bukan arkitek. Ader fee lak nak masuk nya, JPY500/pax. Tapi, kira berbaloi lah masuk sini sebab dalam Istana nih dah renovate jadi Muzium. Laman dia pun cantik dengan pokok sakura. Lagi cantik kalo time autumn atau sakura spring dia.

Nagoya dari view jejantas di main road










Nagoya nampak lebih relax dari Osaka dan Kobe.











Ada laksamana Fasolatido..hoho











tiket Nagoya. JPY500 aka RM15+











bayangkan time sakura... Waa lah!
















oh.. ni sejarah Nagoya Castle.






































































































 Nak ke sini dari masjid Nagoya, cari jer dalam google map macam ni hah…


dari masjid jalan straight sampai jumpa sungai dan belok kiri. Taa daa, jumpa gak Istana nih.

Sekali lagi aku nih nak bagi statement; aku tak berapa gemor sejarah. Jadi jangan tanya aku sejarah Nagoya Castle ok. Nak tau google jerrrr…

Satu lagi perkataan jepun aku tahu, Jo bermaksud Istana. Nagoyajo maknanya Istana Nagoya… haha bijak tak aku?

Selesai Istana Nagoya, next destination ialah Osu Shopping district. Kalo naik subway kena turun kat Osukannon (guna line Tsrumai)

Kalo jalan kaki cam kitorang dalam 15-20 minit dah sampai. Btw, tak jauh, dalam 1km jer. Along the way boleh tengok view bandar Nagoya since Osu nih betul-betul tengah bandar. Kira cam Petaling Street ler nih.

Seperti yang dijangkakkan, banyak ler bebarang sourvenir, fesyen dan kasut yang ader kat sini. Dan harga sourvenir, t-shirt pon boleh tahan murah kalo nak dibandingkan kat main point utama di Osaka dan Tokyo.








Selain Osu, juga dikenali sbg Banshoji St.











Ni ler kedai T-shirt murah tuh. makcik kedai taknak bagi aku amik gambar kedai die. aku taktau naper tapi aku amik jugak atas tujuan promote ni hah.











Jumpa kebab Turki. Satu JPY600 @ RM17 satu. tercekik!
































































Sambil cuci mata, terserempak plak kedai makan turki. Boleh lah layan kebab, walaupun aku teringin sangat nak makan sushi yang ori dari jepun ni. Kat Dotonbori ari tuh, banyak tapi takde pulak yang halalnya.

Tuesday, November 3, 2015

Nagoya : Part 9

Assalam...

just for note: Nagoya merupakan bandar terbesar yang terletak dalam Aichi Prefecture, region Chubu.

Day 3 : Nagoya – Bersolat Jumaat di Nagoya Mosque

Lepas 2 jam naik bus willer akhirnya sampai lah aku kat Bandar Nagoya. Bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Osaka. Dalam bas bajet nak tengok view kampung-kampung, tapi bajet jer lah.. melangok aku tido sepanjang perjalanan.

view dari bas yang aku sempat snap.
view dari bas yang aku sempat snap. bukti jepun pon still tanam padi

Nagoya


dari view Sasashhima Live. Nampak bangunan Avengers plak kat depan tuh.























Sampai bandar Nagoya, bas willer campak kitorang kat Sasashima Live, kena jalan kaki ke Station Nagoya since Hotel Eco Nagoya aku berdekatan dengannya.

Sampai kat hotel dalam kul 11 pagi gitu, check in dan tinggalkan beg kat kaunter. Terus kitorang bertebaran untuk ke Masjid Nagoya.

Kalo dulu, maybe boleh jumpa orang Malaysia atau tourist pelanggan tetap Airasia, tapi sekarang takde lah kelibat diorang sebab Airasia dah tutup route ke sini.

Seperti yang diplankan, kat Nagoya nih aku taknak naik Metro subway. Bukan nak jimat ke hape, saje nak feel and nak cabar daya tahan berjalan kaki aku. Hari-hari duk selambak atas kerusi main komputer, jogging pon tidak… so, aku jadikan travel sebagai senaman. Ade moral anjakan paradigma kat situ.

route Nagoya.

 Sebenar aku pura-pura lupa hari tuh hari jumaat Memang betul aku lupa, kebetulan aku lalu, ader pakcik yang berasal dari Indonesia (aku lupa nama dia) bagi salam kat aku since dia nampak aku nih ada muka jawa. Aku jawab sambil nonong wat bodo jer jalan lalu depan dia tapi bila aku pusing belakang, ehhh..??? ahli jemaah tanya tempat makan halal kat pakcik tuh, tak abis-abis makan je diorang ni. Pakcik tuh beriya bawak kitorang makan ke sini. Tadi cam sombong ngan pakcik tuh, awkward satu.

Kedai dia dalam 150 meter belakang masjid Nagoya nih jer. Aku tak banyak cakap ngan pakcik, tapi dia ajak aku bersolat jumaat,. Aku senyum, setuju padahal masa tuh surprised habis, “errrr…jumaat ke hari nih???” awkward dua.

Aku tengok jam kul 12.15 minit. Pakcik tuh kata Solat jumaat kat Nagoya nih start 12.40 pm. Pakcik tuh tinggalkan aku sebab Khutbah dah start dah. Hadoi, kebetulan makanan siap cepat jadi cepat2 lah aku makan. Ahli jemaah order roti naan ngan nasi beriani. Sedap gak.

Beriyani Kambing. Yummmeh!!

Ayam Tadoori. pon sedap

Roti Naan

Kedai makan sebelom aku semayang jumaat


Nagoya Mosque





































































12.30 aku gerak ke masjid, taknak ler dicop orang Malaysia lembap dan tak tepati masa yer dok? Memang beb, Khutbah dah start time tuh, tak sempat kebas pon kaki aku, tak sampai 10 minit dah start semayang dah. Tak ramai pon jemaah dia, ade 4 baris (tapi masjid dia ader 4 tingkat, 1 tingkat untuk pompuan)

Khutbah pasal Ukhwah – brothers in Islam protecting and humanity for Palestine against Israel. Gitu ler tajuk dier.. tak reti nak translate dalam BM.

Selesai bersolat jumaat, aku nak thanks pakcik tuh tapi baru nak ramah, sekali dia jumpa geng dia daa…, dengarnya baru datang Nagoya nak sambung belajar. Aku hanya senyum dari tepi, nak menyampuk diorang cakap Jawa. Awkward giler time tuh. then diorang pon blah, sebab student tuh nak makan – pakcik tuh tunjuk kedai yang dia tunjuk kitorang makan tadi. AWKWARD.

aku salam pakcik sebelum dia blah sementara aku plak tunggu member trip aku selesai solat.

Monday, November 2, 2015

Kansai (Osaka) : Part 8

Day 3 : Dari Osaka ke Nagoya

Hari ketiga nih, kena bangun awal sebab bas untuk ke Nagoya aku dah book kul 7.30 pagi. Awal nak mampos, memula nyesal sebab tak cukup tido. Tapi, kalo pikir balik, bagus jugak aku ni, sangat pikir ke depan.

Sebabnya, 7.30 pagi dah terang benderang; takde maknanya datang Jepun sekadar nak tido. Pastuh biler pagi, sampai kat Nagoya nanti awal lah sikit. Bagus aku nih, *tepuk bahu sendiri…. Hehehe

Dalam kul 6, menapak lah kitorang dari Hotel 1-2-3 tuh ke Stesen Tennoji. Kuar awal sebab takut sesat and terlambat nanti. Terpaksa skip breakfast kat Hotel tau. Tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Seperti yang dinyatakan, office bas Willer ni berada di Umeda Skybuilding. Jadi aku kena beli tiket sehala ke Umeda Station.


Memang terkial-kial lah weyh, tapi nasib baik stesen nih ade pengawai bertugas yang betul-betul helpful. Senang jer rupenya nak beli tiket sehala nih, masukkan duit siling, pastuh tekan tiket yang berharga berapa. Cumanya, board stesen semua tulisan jepun, nak tak nak kena mintak tolong pengawai nih jugak.

Dah dapat tiket sehala, kena hati-hati ler sebab taknak lah tersalah train ke, terlajak stesen ker, haru nanti. Kalau guna pass kansai thru, boleh lah wat suka hati...

Sampai kat Umeda Stesen, berjalan ler kitorang ke Umeda Skybuilding. Tak jauh, maybe 200 meter atau 4-5 minit jer. Cuma bertanya tuh haruslah. Time kasih uncle yang approach & tolong kitorang… soklan pertama dia tanya, “Indonesian?” sebenarnya nak jer aku iyerkan… haha (malu ngan status negara sekarang)

Sampai kat office Bus willer, lapor diri and kena tunggu lagi setengah jam. memula lepak luar.. tapi makin lama sejuk plak. Mengelupur masuk dalam balik.

office & terminal bas Willer. mati2 aku ingat terminal bas dia cam TBS. hahaha..

ada flat screen siap movie dalam tuh. movie bese2 je le.. nak cari Maria Ozawa mmg takde..






















Tepat jam 7.25 am, pengawai yang manage bas ke Nagoya panggil. Dan, bermula lah perjalanan kitorang ke Nagoya… Selamat tinggal Osaka! We will see you again… hopefully.