Tuesday, November 3, 2015

Nagoya : Part 9

Assalam...

just for note: Nagoya merupakan bandar terbesar yang terletak dalam Aichi Prefecture, region Chubu.

Day 3 : Nagoya – Bersolat Jumaat di Nagoya Mosque

Lepas 2 jam naik bus willer akhirnya sampai lah aku kat Bandar Nagoya. Bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Osaka. Dalam bas bajet nak tengok view kampung-kampung, tapi bajet jer lah.. melangok aku tido sepanjang perjalanan.

view dari bas yang aku sempat snap.
view dari bas yang aku sempat snap. bukti jepun pon still tanam padi

Nagoya


dari view Sasashhima Live. Nampak bangunan Avengers plak kat depan tuh.























Sampai bandar Nagoya, bas willer campak kitorang kat Sasashima Live, kena jalan kaki ke Station Nagoya since Hotel Eco Nagoya aku berdekatan dengannya.

Sampai kat hotel dalam kul 11 pagi gitu, check in dan tinggalkan beg kat kaunter. Terus kitorang bertebaran untuk ke Masjid Nagoya.

Kalo dulu, maybe boleh jumpa orang Malaysia atau tourist pelanggan tetap Airasia, tapi sekarang takde lah kelibat diorang sebab Airasia dah tutup route ke sini.

Seperti yang diplankan, kat Nagoya nih aku taknak naik Metro subway. Bukan nak jimat ke hape, saje nak feel and nak cabar daya tahan berjalan kaki aku. Hari-hari duk selambak atas kerusi main komputer, jogging pon tidak… so, aku jadikan travel sebagai senaman. Ade moral anjakan paradigma kat situ.

route Nagoya.

 Sebenar aku pura-pura lupa hari tuh hari jumaat Memang betul aku lupa, kebetulan aku lalu, ader pakcik yang berasal dari Indonesia (aku lupa nama dia) bagi salam kat aku since dia nampak aku nih ada muka jawa. Aku jawab sambil nonong wat bodo jer jalan lalu depan dia tapi bila aku pusing belakang, ehhh..??? ahli jemaah tanya tempat makan halal kat pakcik tuh, tak abis-abis makan je diorang ni. Pakcik tuh beriya bawak kitorang makan ke sini. Tadi cam sombong ngan pakcik tuh, awkward satu.

Kedai dia dalam 150 meter belakang masjid Nagoya nih jer. Aku tak banyak cakap ngan pakcik, tapi dia ajak aku bersolat jumaat,. Aku senyum, setuju padahal masa tuh surprised habis, “errrr…jumaat ke hari nih???” awkward dua.

Aku tengok jam kul 12.15 minit. Pakcik tuh kata Solat jumaat kat Nagoya nih start 12.40 pm. Pakcik tuh tinggalkan aku sebab Khutbah dah start dah. Hadoi, kebetulan makanan siap cepat jadi cepat2 lah aku makan. Ahli jemaah order roti naan ngan nasi beriani. Sedap gak.

Beriyani Kambing. Yummmeh!!

Ayam Tadoori. pon sedap

Roti Naan

Kedai makan sebelom aku semayang jumaat


Nagoya Mosque





































































12.30 aku gerak ke masjid, taknak ler dicop orang Malaysia lembap dan tak tepati masa yer dok? Memang beb, Khutbah dah start time tuh, tak sempat kebas pon kaki aku, tak sampai 10 minit dah start semayang dah. Tak ramai pon jemaah dia, ade 4 baris (tapi masjid dia ader 4 tingkat, 1 tingkat untuk pompuan)

Khutbah pasal Ukhwah – brothers in Islam protecting and humanity for Palestine against Israel. Gitu ler tajuk dier.. tak reti nak translate dalam BM.

Selesai bersolat jumaat, aku nak thanks pakcik tuh tapi baru nak ramah, sekali dia jumpa geng dia daa…, dengarnya baru datang Nagoya nak sambung belajar. Aku hanya senyum dari tepi, nak menyampuk diorang cakap Jawa. Awkward giler time tuh. then diorang pon blah, sebab student tuh nak makan – pakcik tuh tunjuk kedai yang dia tunjuk kitorang makan tadi. AWKWARD.

aku salam pakcik sebelum dia blah sementara aku plak tunggu member trip aku selesai solat.

Monday, November 2, 2015

Kansai (Osaka) : Part 8

Day 3 : Dari Osaka ke Nagoya

Hari ketiga nih, kena bangun awal sebab bas untuk ke Nagoya aku dah book kul 7.30 pagi. Awal nak mampos, memula nyesal sebab tak cukup tido. Tapi, kalo pikir balik, bagus jugak aku ni, sangat pikir ke depan.

Sebabnya, 7.30 pagi dah terang benderang; takde maknanya datang Jepun sekadar nak tido. Pastuh biler pagi, sampai kat Nagoya nanti awal lah sikit. Bagus aku nih, *tepuk bahu sendiri…. Hehehe

Dalam kul 6, menapak lah kitorang dari Hotel 1-2-3 tuh ke Stesen Tennoji. Kuar awal sebab takut sesat and terlambat nanti. Terpaksa skip breakfast kat Hotel tau. Tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Seperti yang dinyatakan, office bas Willer ni berada di Umeda Skybuilding. Jadi aku kena beli tiket sehala ke Umeda Station.


Memang terkial-kial lah weyh, tapi nasib baik stesen nih ade pengawai bertugas yang betul-betul helpful. Senang jer rupenya nak beli tiket sehala nih, masukkan duit siling, pastuh tekan tiket yang berharga berapa. Cumanya, board stesen semua tulisan jepun, nak tak nak kena mintak tolong pengawai nih jugak.

Dah dapat tiket sehala, kena hati-hati ler sebab taknak lah tersalah train ke, terlajak stesen ker, haru nanti. Kalau guna pass kansai thru, boleh lah wat suka hati...

Sampai kat Umeda Stesen, berjalan ler kitorang ke Umeda Skybuilding. Tak jauh, maybe 200 meter atau 4-5 minit jer. Cuma bertanya tuh haruslah. Time kasih uncle yang approach & tolong kitorang… soklan pertama dia tanya, “Indonesian?” sebenarnya nak jer aku iyerkan… haha (malu ngan status negara sekarang)

Sampai kat office Bus willer, lapor diri and kena tunggu lagi setengah jam. memula lepak luar.. tapi makin lama sejuk plak. Mengelupur masuk dalam balik.

office & terminal bas Willer. mati2 aku ingat terminal bas dia cam TBS. hahaha..

ada flat screen siap movie dalam tuh. movie bese2 je le.. nak cari Maria Ozawa mmg takde..






















Tepat jam 7.25 am, pengawai yang manage bas ke Nagoya panggil. Dan, bermula lah perjalanan kitorang ke Nagoya… Selamat tinggal Osaka! We will see you again… hopefully.

Tuesday, October 27, 2015

Kansai (Osaka) : Part 7

Day 2 : Osaka Castle

Balik dari Fushimi Inari Shrine, dah kul 6 dah. Gelap. 1 lagi tempat yang aku tangguh semalam ialah Osaka Castle. Aku tak kira, malam pon malam lah. Janji aku kena sampai kat Istana Osaka nih.

Sekali lagi turun kat Morinomiya stesen dan kena jalan kaki lalu taman istana sejauh 500 meter untuk sampai ke Istana. Sungguh besar tamannya. Dan sekali lagi, aku wondering ngan orang Jepun nih, diorang ramai berjogging malam-malam. Time tuh kul 8 malam dah, tapi ramai still jogging kat taman, so takde lah takut sangat jejalan kat taman walaupun ia sikit gelap.

Sampai kat perkarangan Istana, ade 2-3 grup tourist yang still melepak kat situ. So, tak pelik lah aku kalau datang malam pon…





Suggestion: Istana ni cantik pada musim bunga, sebab keliling istana semua pokok bunga sakura.

Selain bangga dah sampai kat istana nih (walaupun takleh masuk ke dalam istana dah), boleh juga enjoy view bandar Osaka dari istana. Sesekali ada cahaya flight berkelip-kelip kat langit. Entah macamana entah, rasa syahdu dan syukur pada yang Esa… duk relax jer kat situ sampai tak sedar dah kul 10 malam…

Note: kalau korang pergi Osaka Castle nih, kirim salam kat sekor Kucing Gemok warna oren. Aku syak dia King kat sini. Sombong dia, lalu gerek depan aku, bila panggil, jeling jer… kat area istana nih banyak kucing sebab ader penjaga sukarela akan bagi kucing-kucing ni makan ikan.

p/s: kalo nak tau tentang Osaka Castle ni, sape yang bangunkan, disnasti mane plis google sendiri, aku tak berapa gemar tentang sejarah.

Monday, October 19, 2015

Kansai (Kyoto) : Part 6

Day 2 : Gion district & Fushimi Inari Shrine

Seterusnya aku ke Gion. Satu lokasi yang wanita Jepun berkimono, silap-silap boleh jumpa Geisha. Tapi rezeki aku nak jumpa Geisha tak kesampaian pulak. Mungkin aku tiba kat Gion ni awal sangat kot. Banyak attraction kat Gion – temple (aku tak tahu nama temple nih), studio filem Jepun, Nishiki market dan memacam lagi. Tapi aku hanya sempat gi area ni yang locates kat Gion-Shinjo Dori.

Gion - Shinjo street


Shinjo street

Shinjo Street lagi. nampak tak temple merah tuh. itu pun attraction gak. tapi aku tak sempat ke sana.

cuci mate
hajat nak snap geisha... tapi geisha takde


Note: Dori ialah street atau jalan dalam bahasa jepun. Kalau Shinjo Dori maksudnya Shinjo street. Kalau Dori fish, makna ikan jalan.. gahahaha ;p

Kemudian ke Fushimi Inari Shrine. Yang ni aku touch and go jer sebab dah lambat dah. Dah kul 4 dah time nih. Ape yang aku dapat tau, Fushimi Inari ni dibina oleh penganut Shinto untuk mencari kemakmuran dalam bisnes diorang (Prosperity for Bussiness). Senang citer, sebagai tempat diorang berdoa supaya perniagaan diorang maju berjaya dan bertambah kaya la.


























Oh my gaddd… memang tak sempat ler ke Kinkuji, Ginkakuji ke, Kiyomizudera ke segala… tak sempat… patot ader orang cakap kena spend 3 hari sekuang-kuang nak cover Kyoto nih. 

Apa-ape pon, Arashiyama dan Gion pon dah cukup bagi aku. Tu pon dah bagi pengalaman yang best dah (ayat pujuk hati ni). daripada takde keinginan nak travel langsung, yer dak?

update. ni route kyoto aku..

ok bai..

Friday, October 16, 2015

Kansai (Osaka & Kyoto) : Part 5

Day 2 : Tennoji, Osaka ke Arashiyama, Kyoto

Hari kedua nih, aku terjaga dalam 8 pagi. Dah siang beb. Sape kata tak Jetlag datang ke Jepun nih. Tambah lagi penat sehari suntuk berjalan semalam. Sedar-sedar terus bangun mengelupur sekor-sekor bangun bersiap-siap sebab taknak bazir masa. Sebab guest room nih berkongsi bilik air, terpaksa lah jugak kena tunggu. Mat salleh yang teserempak ngan aku semalam, awal-awal pagi dah blah. Kul 9, baru terhegeh-hegeh kuar guest room.

FYI, Guest room atau hotel bajet (hotel mewah aku tak sure) receptionist tak stay 24 jam. diorang akan datang dalam kul 10 keatas nanti. Sebab tuh diorang tak amik deposit, bayar harga dan stay jer. Nak tunggu receptionist memang taklah, aku tinggalkan kunci bilik tuh atas meja pastuh blah.

Ke mana? Tentulah ke hotel no. 2, yakni Hotel Tennoji 1-2-3 yang berada di bandar Tennoji, Osaka.
Hotel Tennoji. Cilok dari Agoda

Hotel ni aku tak recommend walaupun murah. Sebabnya, jauh dari stesen subway. Stesen subway paling dekat stesen Tennoji pastuh kena jalan dalam 10 minit atau 700 meter jauhnya. Nak cari hotel ni pon bukan senang, 1 jam dah terbuang kat situ. Nak wat camne, map pon tak print, merasa lah aku…

Berkenaan Hotel Tennoji 1-2-3, takde beza pon hotel lain. Malas arr citer, baik korang cari hotel lain k…. :p

Pas check in dan tinggalkan beg bagai, terus aku menuju ke Kyoto.

Sebenarnya, Kyoto destinasi yang betol-betol aku target nak pergi setelah jejak Jepun. Memang dalam list, priority list. Aku spend 1 hari kat Kyoto jer, itu pun tak cukup lagi sebenornya.

Dari Tennoji nak ker Arashiyama makan masa lebih kurang 1 jam aku rasa, turun naik train, tukar-tukar line, ada sekali tu, siap kena halau lagi sebab tak turun train masa kena train change. Mana aku tau, korang bermoshi moshi bahasa Jepun. Muka selenge jer lah turun tuh…. hahaha (driver train tuh takde lah marah, dia suh turun jer… lagipun dia tau kitorang ni bukan local..)























Sampai kat Arashiyama dalam kul 11 pagi, dan-dan sampai kat stesen… hujan selebat alam turun. Aduhai, time nih lah aku perasan duit aku tak cukup JPY20 000. Pasrah. Itu jer aku bleh kata. Hujan turun lagi mencurah, ahli jemaah beriya beli payung yang pemegang dia macam hulu pedang samurai. –noted ok, ade pengajaran ni nanti.

Pelan-pelan kitorang berjalan menuju ke Sungai dan pekan Arashiyama, hujan turun lagi lebat sampai tahap mood aku mati dah. Tengah melangok tunggu hujan reda, tetiba ade makcik ngan 3 orang anak dia tegur kitorang, ekceli ahli jemaah aku… aku tak tahu ape benda dia cakap, moshi moshi hanate hanate… anak dia hulur kertas kat aku, “please pray for happiness” aku ingatkan diorang suh aku baca doa untuk anak diorang, it’s okay sebab sikit-sikit tuh boleh lah aku baca doa, konon nak tunjuk muslim sejati la kan, tapi….. rupa-rupanya diorang jadikan kitorang plak bahan berdoa. Serius time tuh aku blur, pastuh terbahak-bahak gelak. Ketahian apakah ini? Hahahaha… ekceli payung yang ahli jemaah aku beli ada simbol happiness, prosperity dan apa benda entah lagi… tu pasal mak cik tuh approach ahli jemaah masa dia pegang payung… tak pasal2 jadi bahan memuja…haha

Pas kejadian, tak semena-mena hujan reda sikit, tapi still renyai-renyai halus. Aku pelan-pelan jalan kaki ke kaki bukit untuk ke hutan buluh atau Bamboo Groove. Cantik weyhh.. tempat nih…




























Pas amik gambar segala nak buat, pelan2 kuar ke pekan Arashiyama. Hujan merintik-rintik lagi time nih. Dan kat sini aku terjumpa t-shirt murah. JPY1080 jer.. please, kat sini murah ok, jangan dilepaskan peluang, nanti menyesal macam aku. Dah murah, cantik lak. Last-last tak jumpa dah t-shirt gitu.

Time tuh plak, kuar plak gadis-gadis cantik Jepun berkimono. Memang Jepun abis. And guys, kalau korang cari definasi Jepun yang pure dan originals, Arashiyama adalah destinasi tempatnya. Kadar menyesal aku datang Jepun adalah 0.002% jer time nih.

Noted; lagi cantik kalau datang time musim luruh sepenuhnya. Suggestion bulan November. Serius beb, aku nak repeat tempat ni. In sha Allah.

Monday, October 12, 2015

Kansai (Osaka) : Part 4

Day 1 : Dotonbori

Dari Kobe, bergegas balik ke Osaka sebab nak kejar ke Osaka Castle. Tapi, tersalah naik Train yang Normal Line walhal ade jer yang Express Limit tuh. Duk berkira-kira dalam train, sampai sudah tak tukar line. Ngok gak aku ni kang.

Ade tiga line yang menghubungkan Kobe (Sannomiya) ke Osaka (Umeda) iaitu Hanshin, Hankyu Kobe & Hankyu Takarazuka. Nama-nama line korang takyah hafal pon takpe, janji tau nak gi mana, naik kat mane and turun kat mane. Itu jer tips nya pon.

Nak ke Osaka Castle, kena get off stesen Morinomiya. Yang buat aku pasrah, kuar dari stesen ni, dah gelap dah. Masa tuh baru kul 5.40 seingat aku. Tapi memang gelap ler. Nak tak nak, simpan jer untuk esok. Kalo tak sempat redah ajer lah.

Plan aku seterusnya, gegar Dotonbori. Salah satu main point Osaka, yang kalo tak ke sini, tak lengkap datang Osaka. Aku pon tak tau apasal, Dotonbori ni jadi ikonik Osaka.







Katanye, karakter orang lari (karakter glico) ni dah wujud dari tahun 1920-an.

Ekceli, Dotonbori nih dekat ngan Stesen Namba. Tapi aku sengaja turun kat Shinshabashi stesen pastuh jalan kaki sampai lah jumpa Dotonbori. Saje nak ambil angin dan enjoy berjalan dalam bandar kedua terbesar di Jepun.


https://en.wikipedia.org/wiki/Osaka

bagi aku, Dotonbori takde ape-ape pon. Nak makanan halal susah, nak beli sourvenir pun barang tak berapa nak menggetarkan tulang rusuk. Tengok-tengok, snap-snap gambar and enjoy jer moment tuh.

settle Dotonbori, baru le aku gerak balik.

Masa sampai kat stesen Sinchido nak ke guest house dalam kul 10 malam rasenye. Area Sakai takde busy sesakai Osaka. Masa berjalan ke guest house feeling cam berjalan dalam citer Sinchan. Serious tak takut, sebab ade jer makcik atau pakcik jalan sesorang. 1 lagi budaya jepun, diorang nih kalau berjalan sesorang jer, takde makna nak bawak jemaah reramai, tak koser. Kalo berdua pon loving couple jer jalan berdua nih.

Sampai guest house, memasing kebulur. Melantak maggi ler mekome. Tak pe, hari first je baru.