Tuesday, October 28, 2014

Hong Kong : Part 5

Greetingsss…

Day 5: Hong Kong’s Disneyland

Yuuhhhhuuuuuu……!!! Akhirnya, masa dah tiba. Nak jadi kanak-kanak riang jap. Aku saja simpan Disneyland ni di hari-hari last. Baru mood bercuti tak spoiled. Yer tak?

Hokey seriusly, Disneyland adalah destinasi terbaik kalau bercuti di Hong Kong. Tak rugi bayar HKD415, sebab sepanjang hari berada di Disneyland jer, dari pagi hingga ke malam. Dalam nih memacam benda boleh buat. Tak mau cakap banyak, sebab taktau nak explain camne dia punyai keriangannya, unless kena merasakannya,.. sendirikk!...

Disneyland terbahagi kepada 7 tema iaitu Main Street, USA, Adventureland,, Grizzly Gulch, Mystic Point, Toy Storyland, Fantasyland dan Tomorrowland. Memasing ada fun dan  besties dia tersendiri. Yang paling thrilled yang aku cuba yerlah, Andy’s Car yang hayun korang 120 darjah.

Ada 2 restoran Halal kat sini. Aku makan dekat Explorer’s Club sebab ada menu makanan Malaysia kat sini. Dah tekak melayu, lama tak makan nasik plak tuh.. jadi aku order Nasi Goreng dan Nasi Ayam Hainan. Harga 1 set makanan ni agak mahal walaupun nasi tak sesedap nasi goreng kampung makcik Melah. Sedap ke tak sedap, nak wat camne... telan jer lah. Selain Explorer’s Club, satu lagi restoran halal ialah kat Tahitian Terrace.

Tarzan Housetree. mati-mati aku ingat pokok betul..rupe2nye pokok konkrit je
Istana di Mystic Point
Nampak? Nasi Goreng ada okey... di restoren Explorer Club- Mystic Point
Tahitian Terrace kat Adventureland... aku tak berapa gemor sbb dia ada menu2 ala vegeterian...

Istana It's Small world kat Fantasyland

Make sure 7.30 mlm kena gerak terus ke depan Istana Sleeping Beauty untuk berebut tempat duduk yang best























Okay, ni tips-tips untuk ke Disneyland:
  • Untuk pegi ke Disneyland kena tukar 3 train (kalo start dari Tsim Sha Tsui naik MTR). Memula naik train line merah, turun kat Stesen Lai King. Pastuh naik line kuning turun kat Sunny Bay. Kat Sunny Bay, baru tukar MTR Disneyland line pink.
  • Kalau bawak air minuman, simpan botol sebab boleh refill kat mana-mana tempat refill air. Biasanya berada di luar toilet. Oh ya, botol air untuk ke tandas pon perlu juga. Jangan tertukar plak… hehehe
  • Sebarang makanan macam roti-roti, biskut dan makanan dalam bekas tertutup kemas dibenarkan masuk. Makanan dalam tin cam sardin, tuna atau kaya tidak boleh yer. Aku sorokkan sardin celah pokok bunga, bajet balik nanti boleh amek… sekali kantoi daa… acaner diorang tau erk?
  • Makanan kat Disneyland mahal. 1 set makanan kira-kira dalam HKD150 (termasuk tax) atau dalam RM60++. Amatlah digalakkan untuk berjimat cermat. Contohnya, 3 orang nak makan. Beli jer 2 set makan. Nak jimat lagi, takyah order air. Minum jerlah air mineral yang korang bawak tuh.
  • Kaunter tiket Disneyland tak terlalu crowded dengan orang. Sebabnya penjualan tiket Disneyland sangat lah meluas di sekitar Hong Kong, boleh beli di mana-mana. Kat airport sendiri pon ada kedai tiket iaitu Magic Disneyland.Selain tu, boleh didapati di hotel-hotel, agen-agen rasmi Disneyland dan ulat-ulat tiket. Beli ngan ulat-ulat atas risiko sendirik. 
  • Barang-barang sourvenir dia tak mahal dan tak murah, ikut standard. Jadi kalau nak, memang kena spend lebih sikit. Baju t-shirt harga dalam RM60-70 paling murah (tapi kualiti dia bagus lah). Jadi, simpan lah duit sikit atau beli lah ikut kemampuan. Tak salah nak beli… lagipun bila lagi nak datang lagi yer dak?

Rasa ini saja kot. Memang sepanjang hari ni, aku have fun jer kat Disneyland sampai terlupa nak snap gambar personally. Balik Disneyland aku singgah kat Ladies market jap. nak completekan target aku, tapi bukan big deal pun. Itu saja. SYS!

No comments: