Friday, January 29, 2016

Bajet : Krabi




















Pra Penerbangan
Airasia tix : RM168 (pergi dan balik)

Hari pertama
Airport shuttle fee: THB200 (kongsi 3 orang)
Shuttle Bus :THB150
Pancake banana: THB50
Dorm fee @ 3 day :THB900
Air teh: THB100
Lemon Tea @ bangboo: THB70
Jumlah: THB1 470

Hari kedua

Sewa motor : THB200
Sarapan : THB90
Pakej lawatan Phi Phi Island : THB910
Makan malam @ Rohanee res: THB100
Jumlah: THB1 300

Hari kedua

Minyak Motor : THB90
Dinner (Nasi Goreng) THB70
Pancake THB40
Jumlah: THB200

Grand Total:  RM 523.85

1 THB = RM0.1198

Thursday, January 28, 2016

Krabi : Part 4

Hari Last

Sebenarnya trip aku ni bukan 4 hari 3 malam.. tapi 2 hari setengah jer ok, full. Apa tidaknya, hari last nih, pepagi bute dah flight balik.

Apa yang manis hari last tuh, masa tunggu driver pickup aku jam 5.30 pagi… aku sembang2 dengan receptionist merangkap guard Haleeva Sunshine. Aku lupa nama dia, tapi dia sangat baik dan melayan jer aku sebab dia tak mahu aku duk tunggu sorang2, padahal dia ngah ngantuk tuh… huhu

Siap bagi roti lagi kat aku ok.

Antara topik utama dia borak ngan aku adalah pasal Haji. Tersentuh plak bile dia kata dia bercita-cita nak gi haji sebelom tua. Deep. Pastuh dia tanya aku pasal tabung Haji Malaysia plak… meleret-leret aku citer pasal Tabung Haji.. aku tak tau ler dia paham ke idak.. tapi asyik angguk setuju jer, ke dia ngantuk?? Tak tahu la… hahaha

Dalam kul 5.25 am, driver aku datang.. tak sempat lak thanks abang guard sebab time aku nak blah tuh.. dia pegi check bilik geng orang Malaysia yang checkout yang sama flight ngan aku nanti.













Trivia sepanjang aku stay Krabi:
  • Diorang amalkan tips. Jangan sesekali suruh diorang buat itu ini jika taknak bagi tips. Even pondan nak amik gambar diorang pon kena tips.
  • Banana pancake (add nutella atau kaya) adalah mark food di Krabi.
  • Urut-mengurut jugak aktiviti wajib. Memacam style urut ader. Full body massage, foot massage, hammer massage, B2B pon ader kalo nak… Tapi aku tak gi mengurut pun. Takmau ahh aku. Geli, kang salah pegangkan, aku terajang orang ngurut tu kang. Selain mak, arwah ayah aku jer penah dan boleh urut aku.
  • Selain pancake, kena cuba makan pulut mangga. Pulut adalah ruji orang Thailand.
  • Bar dan kelab malam bersepah kat Ao nang.
  • Tak sure malam hidup ke tak kat Ao nang. Asal malam jer aku dah kejung tido.

Friday, January 15, 2016

Krabi : Part 3

Sebenarnya dari hari first lagi aku tak letak harapan tinggi pada Krabi sebab bagi aku, Boracay jauh lebih menarik dan cantik. Tapi nak wat camner, satu kebiasaan jika trip pantai/pulau, mesti nak kena ada masa untuk berisland hopping . Well, disebabkan Pulau dan Pantai di Thailand ini diiktiraf sebagai Syurga dunia, aku pun nak cuba jugalah sekali, mana tau jumpa duyung ker tetengah laut andaman ni. Gitu ko…

Seperti yang dijangkakan Phi Phi Island ke hape island, laut warna hijau turqouise dan rimbunan hutan hijau,… mostly cam Langkawi jerrr…

Tapi dalam gambar agak cantik la plak…




























 Selain trip Phi phi island (7 island) ader gak trip 4 island dan Hong Island trip.

Seperti yang aku cakap sebelum nih, Krabi tak banyak aktiviti cam Boracay. Tiada aktiviti cam Parasailing, Helmet diving and so on… yang ader cuma Scuba dan Snorkeling… pastuh Scuba dan Snorkeling… lepas Scuba, snorkeling lagi…. Lain sikit Kayaking… itu sahaja. Bye.

Btw, Maya Bay adalah satu location yang betul-betul aku amazed dalam banyak-banyak pitstop dalam Trip 7 island ni. Supercantik dan unik. Tapi sayang, beratus-ratus orang melepak sini, sampai air laut warna hijau pun dan hilang seri. Tak selera aku nak amik gambar dah…

Aper yang aku nak simpulkan, takde special lain kat Krabi nih selain Maya Bay. Yang James bond island tak jejak pulak sebab tak termasuk pakej. Siot tull….

FYI, Maya Bay faymes sebab menjadi locaton filem The Island lakonan Leonardo De Caprio. Tour guide aku kata “please don’t expect a waterfall in this island… That’s movie is just a lie”

Trip bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Ada orang datang pickup dan hantar kat hotel, dan pakej termasuk makanan halal. Itu jer.

Petang tuh aku tido sampai Isyak. Pas Isyak aku kuar cari makan sekejap sebelom masuk ke Center Point.






















Nko nak tau ape benda center point? First impression aku lepas kena approach mat bangla yang kerja kat situ sebagai promoter – Tempat jual perempuan, kalo taste unik sikit, langgan pondan… heee haaaa!!….

Walaupun tak sampai ke tingkat 2, tapi aku tau kat atas sana ader aper. Ya… bagi yang jenis kaki clubbing, kaki perempuan, kaki Bukit Bintang, kaki tak pernah ke masjid, ini lah tempatnyer. Aku ke sini sebab ramai yang kecoh pasal Center Point. Aku pon sesaje jer nak try tengok, cekidap ape yang doh kecoh2 sangat tuh… Nah! Ini rupernyer, wajah sebenar Thailand… Tarian bogel, Tarian Tiang segala tarian ader (tarian inang ngan zapin takder la yer)… nak2 malam tuh ader Tiger Night… aku tak pikir camner diorang jadi rimau nanti… tak sampai 7 minit pon, aku blah dari situ….























BTW, nasi goreng udang yang aku beli malam last tuh, tak sedap!

Monday, January 11, 2016

Krabi : Part 2

Pengalaman hari kedua Krabi

Assalam semua…

Bagi hari kedua nih agak bosan sikit sebab sebelah siangnyer aku dan Krabi Clique mati kutu tak tau watper. Semalam yer2 dicuss cam banyak nak wat. Nak gi Blue pond la (pond ok, not porn), Emerald pool, Heaven 7 dan memacam lagi… tapi tuh semua terkubur sebab tak tau nak hala ke mana. Tambah lagi Emerald pool kena redah 70km untuk sampai. Kalo ikut hati aku, nak jer redah sesorang.. tapi aku tengok diorang , tak sampai hati lah. (tambahan lagi tengahari tuh hujan pastu hari jumaat plak… please terima alasan nih)

Antara aktiviti roughly aku buat iyelah:
  • Sewa motor kat area hotel Orange City (hotel Faiz & Bob) dengan THB200 per day
  • Pergi terjah Fossil Shell beach (tak masuk pon sebab ada entry fee THB200)
  • Aku lebih duk melanguk menghanjing sesorang kat dorm.
  • Aku sempat berjumaat kat masjid Aonang. Settle solat… sambung menghanjing, pastuh tido kat dorm. 
  • survey harga island hopping
  • gi pasar malam dekat Krabi Town
  • last, bersantap di Rohanee Restaurant
Gastropod Fossil

area lepak Gastropod Fossil

dari view Gastropod Fossil clive

Eh! nampak kepala ayam. itu Chicken Island

Pasar Malam Krabi

akak yang ukir bunga lilin

Bunga lilin. ini benda paling berseni dan kreatif di Pasar Malam Krabi

Magnet Fridge. aku sebat 2 ketul

Ro Hanee. recommended.

Dragon fruit jus. betol2 buah dragon fruit tuh dia blended. taktipu.

Nasi Goreng apa entah tak hingat. tapi sangat sangat sedap. sayangnya portion sangat ciput.





















Dalam kul 5, Bob datang hotel aku sebab nak gi deal Island Hopping untuk esok. Pas dihitung dan dikira, kitorang dapat THB910/pax untuk trip Phi Phi Island.

Petang tuh kitorang ke Krabi town untuk ke Krabi Night Market dengan menaiki motor. First time naik motor Ego, cam bongok berlapis-lapis sebab sebelom nih aku pernah kutuk motor yang jenis duduk kepit ni, tak macho ok. Bile lama2 bawak nih, rasa cam cool pulak.

Berkenaan Krabi Night Market plak, untungnya sebab night market nih hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jer. Barang-barang sourvenir dan baju-baju t-shirt dia murah. Sangat murah jika dibandingkan kat Aonang street Walk. Aku tak sure boleh ke tak bargain harga, tapi harga baju cam THB100 aku rasa cam dah murah dah bagi aku lerrr…

Jarak Krabi town ke Aonang adalah lebih kurang 18 km*. Aku serahkan trip nih pada Bob dan Faiz. Aku ngikut jer dari belakang, best gak jadi ekor sekali sekala..hak3

Dalam kul 10 baru balik dan kitorang singgah makan jap kat Rohanee restoran. Nasi Goreng Kari ngan Jus Dragon fruit dia…. Perghhhhhh!!! Sedap sungguh.

* jalan Krabi ke Aonang agak creepy bile memalam ok. Jangan ler nak brani sesorang wat trip bermotorsikal kat sini. Hantu Nang Nak takpe lagi, takot yang bawak pistol je yang kuar nanti.

Friday, January 8, 2016

Krabi : Part 1

Assalam…

in positif tone....

Walaupun trip Krabi trip aci redah, tapi sikit-sikit aku faham ler kedudukan geografi dia masa trip nih. Nak suh aku google dan wat reasearch time ni semula, o no no no… memang tak lah, malas dah aku. Mari aku citer sikit berkenaan Krabi berdasarkan pemahaman cetek ni…
  • Located Krabi adalah berada selatan Thailand, mengadap laut Andaman.
  • Selain Pekan Krabi, pantai Ao Nang merupakan tarikan utama jika bertandang ke sini.
  • Disebabkan located di selatan Thailand, hampir separuh dari penduduk Krabi adalah beragama Islam dan berbahasa melayu (cam bunyi dialek Kelantan sikit).
  • Sebelum Krabi nih faymes, Phuket adalah destinasi paling popular di kalangan pelancong dan pengembara belah barat. Walau bagaimanapun, selepas kejadian tsunami yang melanda Phuket pada tahun 2004, perhatian mula beralih kepada Krabi.
  • Salah satu sebab Krabi mencaras populariti Phuket adalah angka korban kejadian Tsunami hanya dalam 28 orang, manakala Phuket beratus-ratus orang. Selain tuh, Kedudukan Krabi lebih dekat dengan main pulau yang sangat diberi perhatian iaitu Phi Phi Island dan Lanta Island.
  • Peak season Krabi adalah dari bulan Disember hingga April. Sebabnya, time nih negara-negara dari hemisfera utara kang ngah musim sejuk. So, diorang lari tempat panas cam ke Krabi nih. Lower season Krabi ialah September dan Oktober. Kerap hujan dan keadaan laut tak cantik.
Berkenaan itinerary lak, aku akan cerita secara ringkas. Bukan takde mood, aku takut agak bosan nanti kalau setakat cerita aku tido jer yang kuar nanti. Planning lari berterabur dari asal sebabkan hati remuk rendam pas member buat aku gitu..


Pengalaman hari pertama

Touch down airport Krabi International Airport selepas flight 1 jam 25 minit.

Tolong jangan amik sebarang pakej kat airport nih. Mahal. Sebaiknya amik dekat Krabi Town atau Aonang nanti. Disebabkan aku stay kat Haleeva Sunshine, Ao nang, aku amik shuttle bus jer. THB150/ pax. Bus ni nanti akan hantar ke depan hotel terus. (kena print alamat hotel atau bagi hotel booking terus kat drebar bus) kalau jenis travel reramai, teksi adelah pilihan terbaik, kadar charger yang aku discover ialah THB500 per car.






















Sampai kat hotel Haleeva Sunshine dan settle check in dalam kul 5 petang. Oh ya, masa Thailand lambat 1 jam dari Malaysia. walaupun baru 6 petang, tapi dah start gelap. Kira jam jer lambat 1 jam, tapi waktu matahari naik dan jatuh still sama cam Malaysia.

Untuk trip krabi nih, aku stay kat Dorm ajer. Ini first time aku stay dorm, sesorang plak tuh. Mula agak cuak juga takut terstay ngan mat salleh mabuk yang memacam, dan… itu jadi kenyataan bila mat salleh tuh tinggalkan kesan muntah dia dalam toilet. Agak bangsat jugak bile diorang nih berak tak flush. Nasib baik aku tak pakai spek mata time tuh. Jilake.

Walau bagaimanapun aku recommended hotel Haleeva Sunshine sebab dia bersih, dekat ngan pantai, kedai makanan halal sebelah pintu jer (kedai Bangboo), ader bar yang ada karoeke (so tak takut lah memalam sunyi), dekat ngan Masjid Ao nang (jalan kaki 3 minit) dan memacam lagilah…

Sampai tuh aku terlelap sekejap pastuh aku mingle around dekat Ao nang beach sesorang. Bayu pantai petang tu agak sendu sikit tapi view cecantik sangat. Baru nak tunjuk skill, tetiba bateri kamera abis.. siot tol. Ini jerlah hasil tangkapan pertama aku kat Krabi.




kedudukan Haleeva Sunshine di Main road. depan sikit masjid Ao Nang.

Malam tuh, aku melilau tanpa arah sekitar Aonang Walk, sampai ke mana pun aku tak tahu dah. Kira check up tempat dulu. Malam pertama aku dah jumpa maknyah-makyah ngan mak ayam dah… esok aku tak tau la ape aku jumpa lagi. (aku terlupa Thailand nih syurga seks dan maknyah bersepah)

Selain maknyah dan mak ayam, nak tau apa lagi trademark Krabi, next entri yer.

Ok, tbc …

Wednesday, January 6, 2016

Misi Membawa Hati ke Syurga Dunia






















Hidup ni kang… tak selalunyer cerah, tak selalu happy. Bumi mane tak ditimpa hujan. Ade masa kita down, ade masa kita macam rasa takde ape-ape kat dunia nih. Adakalanya cam nak sepak muka orang yang buat isu atau cuba kacau privasi yang boleh buat kita rasa tak comfort. Aku akui, aku bukannya perfect sangat, aku manusia mudah rapuh, ada pasang surut.. buat silap dan selalu mengeluh adalah perkara biasa.

Probs family + Kerjaya. Satu kombinasi masalah yang setiap orang pun tak boleh lari. kalo ni blog cerita tentang fitrah dan lumrah hidup, berjela aku luah nanti. Tapi takpe lah, Ni blog travelog, wat aper nak citer pasal masalah, ya dak? rosak mood plak nanti kang...

Perancangan awal sebenarnya aku akan join grup kawan kat ofis lama dulu. Ini tambah satu lagi kisah yang aku sakit hati, sampai bila-bila aku ingat. Ni bukan dendam. Jenis aku, kalau dah kena sekali, cukup lah. Beriya deal ngan aku, nak join venture, nak travel sekali, bla bla bla bestnyer bla bla siap tunjuk wassap bukti book hotel.. alih2 aku kesorangan jer.

Yang buat aku rasa sakit tuh, seminggu nak trip baru aku tahu dia & geng tak jadi pegi. Itu pun aku figure out sendiri. Sikit pon tak bagitau aku. Sebelom seminggu tu segala dah settle. Tiket flight dah beli, hotel dah book dan cuti aku pun dah lulus. Katanya, Kononnya tiket mahal dan dah plan ke tempat lain. Tiket naik rm40 pon ko berkira, ada hati nak wat trip jauh-jauh… Fuck la ko!... Tapi takpe. Kalo ko fikir aku takbest dan so-sial macam ko, it’s ok then.. no more next..

Asalnya aku nak cancel jer trip ni, tambah lagi aku tak berapa suka trip pantai/pulau. Tapi aku rasa aku dah cukup matang untuk buat keputusan. Aku utarakan problem aku ni kat dalam grup Backpecker di FB. Dan atas moral support dan tips-tips diorang, why not aku wat solo bekpek?

aku pernah solo bekpek ke Yogyakarta sebelom ni, so aku tahu betapa tak bestnya solo travel nih. Lagi2 jenis yang berat mulut cam aku nih

Nah, dalam keadaan semak dan gundah gulana nih, aku terbang sesorang diri ke wilayah selatan Thai, iaitu Krabi.






















Walau bagaimana pon, setiap cerita sedih berakhir ngan happy ending. Alhamdullillah…

Dari trip nih, aku dapat capture kawan baru. Bob dan Faiz. Travel ngan diorang best sebab diorang nih cam sengal-sengal ubi cam aku jugak. Jadi tahap satu kepala tuh dah buat kitorang compliment each other. Paham dak?

So, citer duka aku sebelom trip Krabi nih terganti ngan kenangan manis jer. Aku, Bob dan Faiz dah macam geng yang dah lama kenal dah. Siap plan lagi nak ke mana lagi untuk next trip lepas nih.

Aku just nak thanks kat geng BBM dan Krabi Clique, Bob & Faiz. U all make my Krabi guys!

Yang kawan lama aku tuh, Bastard lah ko!!