Friday, October 3, 2014

Hong Kong : Part 2

Salam… Selamat hari raya Aidil Adha..

Day 1: Tsim Sha Tsui

Bersambung dari part 1..

Dah dapatkan Simkad & Octopus kad, terus aku keluar dari bangunan airport untuk mendapatkan public transport untuk ke Chungking Mansion yang berada di Tsim Sha Tsui. Plan asal aku nak naik train jer, tapi bile aku dapat tahu kos train ke Tsim Sha Tsui adalah HKD100/pax, langsung aku tukar plan last minute. Selain train, ada teksi dan bas untuk ke Tsim Sha Tsui. Teksi dalam HKD230-250/car dan yang murah bas yang caj dia HKD33/pax.

Untuk ke Tsim Sha Tsui, kena naik bas CityFlyer yang bernombor A21 yang akan menuju ke Hung Hom Station. Tempat naik bas ni betol-betol kat area parking keta. Jangan risau, ada jer board-board direction yang tunjuk arah dengan tepat sekali. Time tuh dah dekat-dekat 8 malam, tak ramai orang sangat yang pilih naik bas nih. Masa tergesa-gesa tadi, ramai tourist naik MRT. Hokey, time trip aku nih Hong Kong musim panas, masa tunggu bas nih aku rasa cam duk KL je… bahang!

Bas yang aku naik nih ada 21 tempat berhenti (pitstop) seingat aku. Untuk ke Chungking Mansion, kena turun kat pitstop no.14, iaitu di Middle Road. Tempoh perjalanan dia pulak dalam 1 jam. Dalam perjalanan bas, lihat bangunan-bangunan tinggi dan lampu neon yang banyak tulisan cina buatkan perasaan teruja aku dah tak boleh bendung dah. Bangga pun ada, dapat gak aku ke Hong Kong akhirnya..hehe

Dah sampai kat pitstop Middle Road, turun-turun dari bas, aku disambut oleh golongan rakyat Nepal-Benggali-Bangla daaa… mane-mane ada diorang nih, boleh berbahasa melayu plak tuh.. diorang nih dok promote kedai makan, hotel dan money changer diorang. Memang diorang akan aim tourist yang galas bag. Laju jer aku jalan sebab taknak layan diorang nih.



Bus Stand - luar Hong Kong airport









































Firstly, aku cari receptionist hostel aku untuk malam nih, HK Downtown Backpacker. Memang backpacker betol lah bilik nih… pintu tandas cam nak roboh dan bau bilik cam hujung dapur orang bangla tau. Jalan nak ke receptionist pon creepy giler, nasib baik penuh ngan CCTV kat bangunan nih. Hokey, tang bilik plak memang tak boleh nak kata apa sebab harga hotel RM150 – 3 ke 4 bintang kat Malaysia sama taraf takde bintang kat Hong Kong. Sempit! Dalam gambar website memang dah tak lawa, kat luar bertambah tak lawa… nasib baik aku memang plan 1 malam jer kat sini. Itu pun, taukey cina hostel cuba hasut aku untuk stay lama kat hostel dia… memang tak lah!

Taknak duduk jer dalam bilik lama-lama, aku plan gi ronda-ronda sekitar jalan Nathan Road, Avenue of Star (dalam 5 minit je jalan kaki dari Chungking Massion) kemudian, aku ushar-ushar MRT train dan explore jalan subway Tsim Sha Tsui. Aku cukup kagum dengan pembangunan sistem subway ni yang banyak memberi faedah kepada rakyat Hong Kong. Harap-harap Malaysia adalah wat sistem subway, selamat dan memudahkan kepada penjalan-penjalan kaki dan pengguna kenderaan awam.

Kat Avenue of Star plak, aku spend masa sikit – ambil gambar dan kagumi dengan pembangunan Hong Kong nih. Kat sini aku sempat dinner roti jagung gardenia sebab kat dalam bilik tak selera nak makan..



Chungking Massion (arrow) dari view depan I-Square




















I-Square dari view Chungking Massion, Nathan Road

senarai fare dari Tsim Sha Tsui

Subway Tsim Sha Tsui - jam 10, orang dah makin kurang

Hong Kong Island, dari view Avenue of Stars

Nightlife, kul 9 malam TST still lagi hidup







































































































Lebih kurang kul 11 malam, baru aku balik bilik. Balik memang nak tidur jer… itu pun kalau boleh tidur. Esok pepagi lagi nak gerak Shenzhen.

tbc…

No comments: