Tuesday, September 29, 2015

Pengalaman Menjejak Negara Matahari Terbit

Toyota, Honda, Mitshubishi, Hitachi, Panasonic, bateri Yokohama, Kansai paint, Nippon paint, Nagoya textile, Daiso, Denso, sushi, wasabi, Dragon ball, Sailormoon, Pokemon, Doraemon, Shin Chan, Fresh & White, hantu Ju-On, hantu jepun, selipar jepun, Maria Ozawa, apalagi yang aku tak sebut pasal Jepun ek? Boleh kata banyak gak pengaruh Jepun dalam hidup kita ya. Tapi tu semua material konkrit yang kita guna hari-hari, camane plak ngan life style dan budaya mereka yer. Hah!, ini peluang aku untuk menyingkap dan mendekati budaya Jepun yang faymes dengan kisah Samurai, Ninja, Geisha dan awek-awek manga.

Memang tak nafikan, aku tunggu saat-saat nih. Jepun kot. Sekali lagi, JEPUN. Bukan ramai yang ade peluang dan rezeki untuk ke negara Moden nih. Setahun aku tunggu untuk prepared trip nih. (aku book tiket sejurus balik dari Hong Kong). Nak fokus pada Jepun dalam masa setahun, tak lah sampai macam tu sekali. Cuma debaran tuh lain macam sikit.


Anyway, secara kasarnya route aku ialah land on kat Osaka. Pastuh pit stop kat Nagoya kemudian take off kat Tokyo.

Preparation ke Jepun ni aku upgrade dari preparation gi Hong Kong ari tuh jer
  • Bawak 5 paket maggi jer. Pastuh on the go, aku beli Snikers 10 bar, kebetulan Econsave wat promotion ari tuh. 
  • Check cuaca kat Osaka & Tokyo. Kena tau, jarak Osaka ke Tokyo agak jauh gak. dalam 600km, macam duk Bukit kayu hitam nak ke Johor Bahru. Kalau Osaka panas, tak semestinya Tokyo panas. BTW, time aku pergi nih peralihan musim panas nak ke musim luruh, jadi hari-hari hujan 2-3 tempat nanti.
  • Paling penting aku tak amik luggage kali ni. Pandai-pandai nak seludup barang-barang nanti.
  • tempat atraction aku refer kat Youtube terus. aku try gak baca blog-blog blogger, tapi rata-rata merepek-repek ngan ayat meleret-leret tanpa point. bla bla, kyoto bla bla bla bla bla haha.. bla bla bla bla bla sampai mereput...
  • Pas tengok Youtube tempat attraction, listkan then check google map untuk tengok location dan susun itinerary. Yang dekat-dekat gi dulu jadi priority, yang kena menapak jauh-jauh letak last sekali.
  • Pas dihitung tolak tambah, itinerary jadi ginih.
Itinerary aku. yg petak kecik2 tuh kira checklist lah.

Seperti sedia maklum, Jepun nih terkenal ngan World of Trains. So, bestnyer ceruk Jepun mane pon boleh jejak ngan naik trains jer. Yang tak best nyer, berserabut tengok line train diorang. Silap-silap boleh pitam sebab usus tak hadam tengok line diorang nih. Walau bagaimanapun, aku sangat suka trip yang menggunakan train sebab ia sangat convenient & easy-to-reach. Selain tuh, dalam train la aku boleh lihat budaya, attitude dan ragam orang luar lebih dekat (termasuklah cara diorang dressing.. hehehe).

Aku nyaris nak beli pass JR Line yang reger nya cecah RM12++ tuh. kalo feeling kaya boleh la. Tapi jenis poket nipis nafsu jejalan boya aku, terpaksa lah aku tekap poket pastuh sengih kat depan pc sebab duit tak cukup.. keh3

Day 1 & 2 : Osaka, Kobe & Kyoto

Sepanjang kat Kansai, aku beli pass Kansai Thru 2-day Pass jer. Harga dia JPY4000 atau RM140. Dengan pas nih, aku boleh cover 1 kansai iaitu area Osaka, Kobe, Kyoto, Nara dan Wakayama. Penggunaan Pass ni takde had, Unlimited tapi dalam masa 2 hari jer lah, start first day kita mula guna kad nih. Aku tak tahu lah, untung ke tak untung guna pass nih. Tapi rasa berbaloi gak lah sebabnya aku stay kat Osaka 2 hari jer pastuh aku nekad nak cover 4-5 tempat satu hari. Kira touch n Go lah. lagi satu takyah ler terhegeh2 nak beli tiket sehala kat machine tiket diorang yang sepatah haram aku tak paham.

Website Kansai Thru 2-day Pass

Note: Kuar dari arrival gate, sila ke kaunter tourist info. Kat sini lah nak beli Kansai Thru pass. ekceli, banyak lagi pass yang dia jual yang boleh jadi pilihan kalbu. Kansai Thru Pass juga ada yang 3 hari. Map subway & train dia akan bagi sekali dengan handbook Pass nih.

Map yang Kansai Thru pass ni cover.

Day 3 - 4 : Nagoya

Dari Osaka nak ke Nagoya aku naik Willer bus. Hohoho. Murah ler tambang dier, JPY4500 atau RM45.++ jer. Aku book online terus sebab time tuh Willer bus wat promo, agaknye lah.

Website: Willer Bus

Kat bandar Nagoya; Jalan kaki adalah transport aku.


Day 4-5: Tokyo

Dari Nagoya ke Tokyo, aku naik kereta api paling laju di dunia, Shinkasen atau Bullet Train. Memang harganya boleh wat rasa nak bunuh diri, tapi sekali seumur hidup, bile lagi ye dak?

Bullet Train

Then, touch down kat Shinagawa station, Tokyo. Aku purchase Suica Card untuk aku naik train JR dan Metro subway dengan Harga JPY2000. Fungsi Suica card lain sikit dari Kansai Thru Pass, Sica Card dia macam Touch n Go, ataupun cam Octopus card Hong Kong. Kena slide, topup kalo baki habis dan boleh redeem kad ngan JPY500, ok. Nanti aku citer lagi lain kali k.

 Web site Suica Card 


Map Subway & train JR

Sebenarnya banyak cara lain untuk beli tiket train atau transport lain. BANYAK okey. Tips aku, takyah pening-pening, just cari 1 jer decision terbaik and go!

Untuk expericed lengkap, korang tunggu la yer entri-entri akan datang. Aku rasa panjang nih hikayat jejak jepun nih. Untuk setakat ni, ni je lah dulu. Ok bai..