Friday, October 31, 2014

Hong Kong : Part 6

Greetingsss…

Okey, ini last chapter percutian aku di Hong Kong… Sat gi aku share lak pengalaman aku bercuti di Shenzhen yooo!!...

Day 6: Avenue of Star

Jam 8 pagi, rasa hangat matahari yang segalah sudah meninggi di kaki langit Hong Kong. Fuh, cantik plak pagi terakhir ni. Tapi nak camne, nak kena balik jugak lah. flight ke KL jam 12 tgh hari.

Sebelum tuh, sempat aku pegi ke Avenue of Stars untuk ambil gambar last kopek. Nak cari patung Bruce Lee, tapi jauh plak nak kena menapaknye. Ambil lah patung yang pompuan berbalut filem pun jadilah. Avenue of Stars jugak… tak gitu?

Sebenarnya, ada sekelumit kerugian terselit gak rasanya. Rencana untuk saksikan Symphony of Light tak dapat aku alami. Tempoh 6 hari 5 malam, sebenarnya cukup dengan planning yang padat. Cuma perangai nak ngan taknak jer wat aku ralat. Mentang-mentang show nih free…huihss melepas!

Lepas ambik gambar 2-3 keping gambor untuk kali terakhir… lepas tuh, pelan-pelan amik beg dan naik bas untuk ke Airport. Dari Chungking Mansion, kena jalan ke Haiphong Road sebab bus-stand untuk Bas A21 ada kat situ. Masa nak tunggu bas tuh, teringat kedai semalam yang jual bag I love HK. Laju jer aku pegi memandangkan takde pilihan dah.
























Satu lagi kesah yang tak bleh luper, lepas settle checkin dan clear immigration… best jer lepak kat waiting room. Belek-belek wallet, tetiba ternampak Octopus Cards – manja dia menyelit cecelah credit kad dan ATM kad aku…. Whattt???? Aku lupa nak serahkan balik Octopus card dan refund balik deposit + balance dalam tuh – kira-kira dalam HKD90 semuanya…!! Aarghhhhhh!!! Dush-dush-dush aku tendang tayar kapal terbang….

Ok, lupakan jap pasal Octopus Cards – maka berakhirlah percutian atau pengembaraan aku di Hong Kong, Macau dan Shenzhen. Harap-harap ada rezeki untuk next trip plak, In-Sha-Allah… boleh aku shared kat blog even aku spesis lambat pickup. Orang ntah ke mana, kita baru dekat-dekat sini…

Ok…bye, sys!

Tuesday, October 28, 2014

Hong Kong : Part 5

Greetingsss…

Day 5: Hong Kong’s Disneyland

Yuuhhhhuuuuuu……!!! Akhirnya, masa dah tiba. Nak jadi kanak-kanak riang jap. Aku saja simpan Disneyland ni di hari-hari last. Baru mood bercuti tak spoiled. Yer tak?

Hokey seriusly, Disneyland adalah destinasi terbaik kalau bercuti di Hong Kong. Tak rugi bayar HKD415, sebab sepanjang hari berada di Disneyland jer, dari pagi hingga ke malam. Dalam nih memacam benda boleh buat. Tak mau cakap banyak, sebab taktau nak explain camne dia punyai keriangannya, unless kena merasakannya,.. sendirikk!...

Disneyland terbahagi kepada 7 tema iaitu Main Street, USA, Adventureland,, Grizzly Gulch, Mystic Point, Toy Storyland, Fantasyland dan Tomorrowland. Memasing ada fun dan  besties dia tersendiri. Yang paling thrilled yang aku cuba yerlah, Andy’s Car yang hayun korang 120 darjah.

Ada 2 restoran Halal kat sini. Aku makan dekat Explorer’s Club sebab ada menu makanan Malaysia kat sini. Dah tekak melayu, lama tak makan nasik plak tuh.. jadi aku order Nasi Goreng dan Nasi Ayam Hainan. Harga 1 set makanan ni agak mahal walaupun nasi tak sesedap nasi goreng kampung makcik Melah. Sedap ke tak sedap, nak wat camne... telan jer lah. Selain Explorer’s Club, satu lagi restoran halal ialah kat Tahitian Terrace.

Tarzan Housetree. mati-mati aku ingat pokok betul..rupe2nye pokok konkrit je
Istana di Mystic Point
Nampak? Nasi Goreng ada okey... di restoren Explorer Club- Mystic Point
Tahitian Terrace kat Adventureland... aku tak berapa gemor sbb dia ada menu2 ala vegeterian...

Istana It's Small world kat Fantasyland

Make sure 7.30 mlm kena gerak terus ke depan Istana Sleeping Beauty untuk berebut tempat duduk yang best























Okay, ni tips-tips untuk ke Disneyland:
  • Untuk pegi ke Disneyland kena tukar 3 train (kalo start dari Tsim Sha Tsui naik MTR). Memula naik train line merah, turun kat Stesen Lai King. Pastuh naik line kuning turun kat Sunny Bay. Kat Sunny Bay, baru tukar MTR Disneyland line pink.
  • Kalau bawak air minuman, simpan botol sebab boleh refill kat mana-mana tempat refill air. Biasanya berada di luar toilet. Oh ya, botol air untuk ke tandas pon perlu juga. Jangan tertukar plak… hehehe
  • Sebarang makanan macam roti-roti, biskut dan makanan dalam bekas tertutup kemas dibenarkan masuk. Makanan dalam tin cam sardin, tuna atau kaya tidak boleh yer. Aku sorokkan sardin celah pokok bunga, bajet balik nanti boleh amek… sekali kantoi daa… acaner diorang tau erk?
  • Makanan kat Disneyland mahal. 1 set makanan kira-kira dalam HKD150 (termasuk tax) atau dalam RM60++. Amatlah digalakkan untuk berjimat cermat. Contohnya, 3 orang nak makan. Beli jer 2 set makan. Nak jimat lagi, takyah order air. Minum jerlah air mineral yang korang bawak tuh.
  • Kaunter tiket Disneyland tak terlalu crowded dengan orang. Sebabnya penjualan tiket Disneyland sangat lah meluas di sekitar Hong Kong, boleh beli di mana-mana. Kat airport sendiri pon ada kedai tiket iaitu Magic Disneyland.Selain tu, boleh didapati di hotel-hotel, agen-agen rasmi Disneyland dan ulat-ulat tiket. Beli ngan ulat-ulat atas risiko sendirik. 
  • Barang-barang sourvenir dia tak mahal dan tak murah, ikut standard. Jadi kalau nak, memang kena spend lebih sikit. Baju t-shirt harga dalam RM60-70 paling murah (tapi kualiti dia bagus lah). Jadi, simpan lah duit sikit atau beli lah ikut kemampuan. Tak salah nak beli… lagipun bila lagi nak datang lagi yer dak?

Rasa ini saja kot. Memang sepanjang hari ni, aku have fun jer kat Disneyland sampai terlupa nak snap gambar personally. Balik Disneyland aku singgah kat Ladies market jap. nak completekan target aku, tapi bukan big deal pun. Itu saja. SYS!

Wednesday, October 15, 2014

Hong Kong : Part 4

Ellloooo…

Entry ni sepatutnya sambungan dari entry Macau pt.2 hokey…

Day 4: The Peak

Aku tiba di China Ferry Terminal, Kowloon dalam kul 4-5 petang selepas seharian di Macau. Timing jadual planning aku dah lari sikit. Balik bilik, tukar kasut ke selipar, minum air seteguk dua, buang air – amazing race sikit naik MTR ke Central Station. Dari Central station kena menapak jalan kaki ke Peak Tram. Sebabnya cecepat ni nak kejar sunset di The Peak.

Tapi semua itu tak kesampaian. Dah lah terlajak jalan, pastuh sesampai kat stesen tram, perghhhhh…. Berderet-bersusun manusia beratur nak naik tram untuk naik ke the Peak. Dari kul 5 petang beratur, kul 7 belum tentu boleh naik. Semua nak kejar naik nak tengok sunset. Yang ni aku geram. Apasal time nih ramai orang ha???... apsal diorang mesti nak berebut ngan aku hah??!!.. grrrr (aku dah mengarut)

Lepas dapatkan tiket tram, kena plak berebut naik tram plak. Serius aku cakap erk, dah jadi adat kot nak naik benda alah ni mesti kena berebut. tak tahu mana sopan dan timbang rasa diorang nih. Nasib baik aku tak bawak mak aku untuk ke trip Hong Kong nih, kalau tak… tak tahu lah. walau macam mana pun, aku taknak kalah beb, berebut pun berebut lah… last2 lah dapat duduk gak. Belah kanan lagi – sebab belah kanan akan nampak bandar Hong Kong time tram mendaki. Masa tram start gerak, hari dah gelap, kelihatan lampu-lampu neon bangunan-bangunan Hong Kong dah bergemerlapan cemerlang.

Tak lama pun tempoh naik tram, dalam 5-7 minit jer aku rasa. Sampai-sampai berada mall The Peak. Selain Sky Terrace, The Peak ada gak attraction yang korang mesti tau yakni Madame Tussaude. Aku tak purchased tiket Madame Tussaude, jadi aku tak tahu. Korang jangan banyak tanya. Tiket Tram (return) + Sky terrace 428 adalah HKD80.

Sky Terrace 428 ni lebih kurang cam menara tinjau bagi aku. Dia dibangunkan untuk tourist-tourist menikmati dan menghayati keindahan Hong Kong dari Puncak Victoria, iaitu sudut pandangan tertinggi di Hong Kong (menghayati lah sangat). Kat atas nih, sempoi-sempoi angin selain disajikan view yang incredible.

Lama aku lepak kat atas nih, dalam 2 jam rasanya hingga perut rasa lapar, baru sibuk nak balik. Aktiviti lain kat The Peak; shopping, lepak-lepak, makan-makan atau jalan-jalan sekitar taman dia. Dalam kul 9, aku pun gerak turun. (nak turun pun kena beratur panjang + berebut jugak.. hampeh).



















Lupa plak nak bagitau, dari MTR Central, exit J2. Kena seberangi dataran Chater Garden, (depan korang nampak menara Bank of China kan) hingga jumpa depan bangunan Cheung Kong Centre. Pusing bangunan kiri sikit akan jumpa jalan Garden Road. Jalan terus jer Jalan Garden Road hingga jumpa Bank of China berada sebelah kiri korang. Terus jalan hingga jumpa The Peak Tram dihadapan korang. Tempoh berjalan dalam 5-8 minit yer.




Sila ke Website The Peak… memacam info korang akan dapat. A to Z.

Hong Kong The Peak

Ok, cukup untuk hari yang panjang ni (jika korang combine trip aku ke Macau). Balik aku mandi dan melantak maggi kemudian tidur dengan nyenyaknya… tamat hari ke-4!

Tuesday, October 14, 2014

Hong Kong : Part 3

Assalam semua....
hadoi, aku sangat busy lately... nak cari rumah sewa baru katanya since rumah yang aku stay skang, tuan rumah sebok nak jual.. yang sakit lagi tertinggal pendrive aku kat umah abang long... itu yang lama benor tak terupdatenye ni...

hokey sebelum korang fening... aku skip dulu citer kat Shenzhen sebab nak habiskan dulu entry-entry Hong Kong ni... kira aku wat 1 chapter, 1 chapter lah. Jangan risau, habis Hong Kong - terus aku update Shenzhen (hari 2 & 3)... kemudian Macau (hari ke-4) ye... Peace!

Day 3: Ladies Market

Lepas habiskan 2 hari 1 malam kat Shenzhen, aku balik ke Hong Kong semula. Dalam kul 5 petang aku sampai di Tsim Sha Tsui. Kali ni aku checkin kat hostel Canadian plak. Blok E kat Chungking Mansion gak. Tapi bilik ni ok sikit dari hostel first night ari tuh. Walaupun kecik, berlaga bontot tapi agak bersih dan tak berbau jelik.

Rehat-rehat, segar-segar diri, kembara di Hong Kong bersambung lagi. Pas Maghrib, aku menuju Ladies Market di Mongkok untuk cari sourvenir kalau ada yang berkenan. Memula teruja gak nengok baju I love HK, keychain ngan Fridge magnet nih berlambak-lambak. Tapi bila tanya 1 set keychain (6 ketul) harga HKD150, terus tertutup nafsu. Nak murah boleh, kena bargain lah kaw-kaw. Tang nih, aku menyampah. Korang kena tau, orang Hong Kong nih kekwat sikit, tak macam kat Jogja dulu. Senang jer nak tawar menawar. Lepas menghenjut, dapatlah aku HKD60. Itupun convert duit malaysia, RM25.20 1 set. Mahal nak mampos! (Eh, hello.. aku gi holiday kat Singapore pon tak cenggini..)

Hokey-hokey rileks jap…


Tips shopping kat Ladies Market:
  • Cari tempat yang jual HKD100 untuk 8 item atau lebih. Contohnya, aku jumpa t-shirt I love HK berharga HKD100 untuk 8 helai. Dengan ini, tak payah nak tawar-menawar dan murah berbaloi dah. Sehelai boleh dapat dalam RM5.25 je. Puas!...
  • Ok, kalau nak tawar-menawar gak… kena wat muke serius, cam nak marah gitu, tapi tak marah… bukan apa, kalau yang jenis kerek, kena wat kerek lah… memang kena pandai psikologi dan ayat-ayat tajam setempek..
  • Kalau sesi tawar-menawar korang tak berjaya, cakaplah, “No, I can’t agree” atau “I can’t take it” atau something lah. guna jer ayat tak puas hati korang. Masa aku beli t-shirt itu hari, ada tourist philipine jerit, “ No, That’s can’t be..!” jadi, korang boleh buat lebih dari tuh kalau tak takut kena hempuk.
  • Kalau tak boleh blah jugak, korang blah jer tinggalkan peniaga. Ada dua jer, sama ada peniaga tuh panggil balik dengan tawar yang murah atau korang dimaki. aku rasa better kena maki sebab bila korang patah balik, dia akan twist balik harga. Hei! Aku pun kena maki tau! Ada ker beg woven dia jual HKD70 satu. Kalau barang Jerman ke, Jepun ke, boleh lah aku beli… ini dah sah-sah “made in china” (aku nak beli 10 pieces, itu aku rasa tak berbaloi). Dia jerit aku; Chi-si!.. hehehe..




































Untuk ke Ladies Market, korang kena exit E2 di Mongkok station. Keluar akan jumpa board Virginia Hotel, jalan depan sikit jumpa West Wing China Bank (kalau tak silap ler), belok kiri jumpa lah Ladies Market ni yang berada di Tung Choi Street. Btw, banyak jalan lain… tapi aku dah terbiasa jalan nih. Waktu operasi Ladies Market : 10am - 11pm okey... ingat, Hong Kong malam tak hidup sangat.



Walau camne pun, aku balik dengan perasaan tak puas hati. Ada 2-3 barang aku tak jumpa…

Oklah bersambung…

Friday, October 3, 2014

Hong Kong : Part 2

Salam… Selamat hari raya Aidil Adha..

Day 1: Tsim Sha Tsui

Bersambung dari part 1..

Dah dapatkan Simkad & Octopus kad, terus aku keluar dari bangunan airport untuk mendapatkan public transport untuk ke Chungking Mansion yang berada di Tsim Sha Tsui. Plan asal aku nak naik train jer, tapi bile aku dapat tahu kos train ke Tsim Sha Tsui adalah HKD100/pax, langsung aku tukar plan last minute. Selain train, ada teksi dan bas untuk ke Tsim Sha Tsui. Teksi dalam HKD230-250/car dan yang murah bas yang caj dia HKD33/pax.

Untuk ke Tsim Sha Tsui, kena naik bas CityFlyer yang bernombor A21 yang akan menuju ke Hung Hom Station. Tempat naik bas ni betol-betol kat area parking keta. Jangan risau, ada jer board-board direction yang tunjuk arah dengan tepat sekali. Time tuh dah dekat-dekat 8 malam, tak ramai orang sangat yang pilih naik bas nih. Masa tergesa-gesa tadi, ramai tourist naik MRT. Hokey, time trip aku nih Hong Kong musim panas, masa tunggu bas nih aku rasa cam duk KL je… bahang!

Bas yang aku naik nih ada 21 tempat berhenti (pitstop) seingat aku. Untuk ke Chungking Mansion, kena turun kat pitstop no.14, iaitu di Middle Road. Tempoh perjalanan dia pulak dalam 1 jam. Dalam perjalanan bas, lihat bangunan-bangunan tinggi dan lampu neon yang banyak tulisan cina buatkan perasaan teruja aku dah tak boleh bendung dah. Bangga pun ada, dapat gak aku ke Hong Kong akhirnya..hehe

Dah sampai kat pitstop Middle Road, turun-turun dari bas, aku disambut oleh golongan rakyat Nepal-Benggali-Bangla daaa… mane-mane ada diorang nih, boleh berbahasa melayu plak tuh.. diorang nih dok promote kedai makan, hotel dan money changer diorang. Memang diorang akan aim tourist yang galas bag. Laju jer aku jalan sebab taknak layan diorang nih.



Bus Stand - luar Hong Kong airport









































Firstly, aku cari receptionist hostel aku untuk malam nih, HK Downtown Backpacker. Memang backpacker betol lah bilik nih… pintu tandas cam nak roboh dan bau bilik cam hujung dapur orang bangla tau. Jalan nak ke receptionist pon creepy giler, nasib baik penuh ngan CCTV kat bangunan nih. Hokey, tang bilik plak memang tak boleh nak kata apa sebab harga hotel RM150 – 3 ke 4 bintang kat Malaysia sama taraf takde bintang kat Hong Kong. Sempit! Dalam gambar website memang dah tak lawa, kat luar bertambah tak lawa… nasib baik aku memang plan 1 malam jer kat sini. Itu pun, taukey cina hostel cuba hasut aku untuk stay lama kat hostel dia… memang tak lah!

Taknak duduk jer dalam bilik lama-lama, aku plan gi ronda-ronda sekitar jalan Nathan Road, Avenue of Star (dalam 5 minit je jalan kaki dari Chungking Massion) kemudian, aku ushar-ushar MRT train dan explore jalan subway Tsim Sha Tsui. Aku cukup kagum dengan pembangunan sistem subway ni yang banyak memberi faedah kepada rakyat Hong Kong. Harap-harap Malaysia adalah wat sistem subway, selamat dan memudahkan kepada penjalan-penjalan kaki dan pengguna kenderaan awam.

Kat Avenue of Star plak, aku spend masa sikit – ambil gambar dan kagumi dengan pembangunan Hong Kong nih. Kat sini aku sempat dinner roti jagung gardenia sebab kat dalam bilik tak selera nak makan..



Chungking Massion (arrow) dari view depan I-Square




















I-Square dari view Chungking Massion, Nathan Road

senarai fare dari Tsim Sha Tsui

Subway Tsim Sha Tsui - jam 10, orang dah makin kurang

Hong Kong Island, dari view Avenue of Stars

Nightlife, kul 9 malam TST still lagi hidup







































































































Lebih kurang kul 11 malam, baru aku balik bilik. Balik memang nak tidur jer… itu pun kalau boleh tidur. Esok pepagi lagi nak gerak Shenzhen.

tbc…

Wednesday, October 1, 2014

Hong Kong : Part 1

Greetingsss…

Aku mulakan story aku terus jer lah yer… kang sebelum ni dah wat intro pepanjang dah…

Day 1: Hong Kong International Airport

Flight Airasia ke Hong Kong berlepas dalam jam kul 2 petang dari KLIA2. Tapi aku dah prepared 3 jam awal lagi, kul 11 pagi dah ada kat KLIA2. Tang KLIA2, memang gempak habis beb skang. Memang patah kaki nak berjalan – dari exit train, masuk ke dalam shopping mall terus ke level depatures.. besar dan luas sampai jenuh nak berjalan, belum lagi ke level imigresen nak kemudian ke depart bay lagi tuh.

Pas checkin luggage, sempat lunch kat marry brown even aku tak makan sangat – mana taknya, dibelinya aku Veggie burger. Tak lepas telan.

Settle makan, dalam kul 11.30 clearkan imigresen, then tunggu kat waiting room. Masa tuh, dah nampak dah, sekerat dua je muka melayu yang akan naik flight ngan aku nanti… yang len, mata sepet je sumer…

Aku impressed betul sebab skang airasia pun dah guna air skybridges walaupun jauh dalam hati aku nih aku rindu nak berjalan dari bay gate ke flight guna tangga. Time tuh, bleh amik-amik gambar ke hape ker kang.

Tempoh flight ke Hong Kong adalah kurang dari 4 jam. Lau dah take off jam 2.10, dalam kul 6.00 aku sampai Hong Kong International Airport. Masa kat Hong Kong sama jer ngan Malaysia. Jadi takyah nak pusing-pusing jam.

Besar betol airport Hong Kong, siap naik tren dari bay gate nak ke arrival hall. Jenuh berjalan kat KLIA2 tadi pun tak habis lagi, ni kena berjalan lagi jauh. Hadoi!

Masa terbuang gara-gara ramai plak tourist lain arrival, time clash ngan flight lain. Nak settelkan imigresen pun dah hampir setengah jam, pastuh tunggu lak luggagesetengah jam lagi. Tup-tup, jam hampir 7 malam baru settle semua.

Tapi, tak habis lagi kesah kat airport nih. Kena dapatkan Octopus Card ngan Traveller Simcards dulu untuk melancarkan percutian di Hong Kong nih. Octopus Card tuh macam Tourist cards Singapore yang aku citer dulu tuh. Cuma function dia sebijik cam Touch n Go. Means, dia tolak balance dalam kad tuh setiap kali korang guna. Octopus Card ni gunanya naik MTR dan bas selain boleh membeli barang kat 7-E dan memacam lagi lah as long ada logo kad octopus nih. Harga HKD150 dengan HKD50 sebagai deposit. Tapi aku siap topup lagi HKD100. Jadi aku bayar HKD250/pax

Traveller Simcards lak kena gak beli in case korang memerlukan sangat internet. Bagi aku yang terlalu bergantung ngan informasi pantas, memang kena ada lah. Harga dia HKD88 dengan unlimited kuota dalam tempoh masa 7 hari. Nak lebih tempoh boleh, dengan extra charge lah. Sim kad nih boleh korang beli kat kedai 1010. Octopus card kad customer services center. Dua-dua nih berada sama level kat exit gate lepas korang pick-up luggage.



Pulau Lantau kelihatan - 5 minit sebelum landing..

Arrival Card Hong Kong - wajib isi dahulu siap-siap

Hong Kong Airport.. memang jauh nak ke Arrival dia.

Tempat beli Octopus cards, ada kat luar main entrance arrival T2 - depan airport MTR

1010 utk purchased internet line... keluar dari arrival hall, terus nampak kedai.. tak susah k




Octopus Card

Bila dah betol-betol settle, bermulalah pengembaraan aku di Hong Kong!....