Tuesday, November 13, 2018

Sydney : Langkah pertama di Benua Kanggaru

Assalamulaikum… dan salam sejahtera.

Setelah beberapa kali tertangguh-tangguh, akhirnya ada juga masa nak share pasal trip Sydney. Itupun, time tulis content ni pun aku bertabahkan hati nak buat jugak. Kerja sebagai GD ni, paham-paham laaa….

FYI, trip ni adalah trip negara yang ke 12 sebelum aku ke Bandar Seri Bangawan yakni sebelum aku berkerat rotan dengan syarikat AMSB. Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun dah rupanya aku peram.

Lengkap tak lengkap, ingat tak ingat… aku go through aje dulu. Once, ada penambahbaikan (Ceh, ayat KPM membawak ke sini!) , aku topup lah nanti…


Day 1: Langkah pertama di benua Kanggaru

Perkara pertama aku nampak pada Sydney adalah view dia. Of course lah kan… tapi, Maksud aku kat sini adalah interaksi orang-orangnya dengan ekosistem dan budaya kehidupan diorang. Bahasa mudah, hubungan kepelbagaian kaum (campuran mat salih dan orang asia) tinggal bersama, bersatu padu untuk menjadikan dahulunya tanah tandus ni menjadi sebuah negara maju – faham dak? Kalau tak faham apa benda aku merepek ni, tak pelah. Go on layan gambar aje….

diguna untuk naik train, bas, feri dan memacam lagi..
train 3 tingkat for the first time aku tengok

on the way ke hostel. first view sydney aku 
























Day 2: Perjalanan ke Three Sister

Ekceli aku pun lupa macam mana aku boleh sampai dekat sini. Yang aku ingat, perjalanan menaiki train ke Emu Plain yang menempatkan Echo point ni ambil masa 3 jam dari stesen Central..

Echo point


Three sister

hamparan gunung ganang. nikmat mana yang kau nak dustakan?


laluan ke sister

laluan ke sister

dinner hari kedua
























Day 3: merayau ke Darling harbour, Sydney Opera house & Taman Botani Sydney

Simple bajet punye trip. Merayau jalan kaki sekitar bandar sydney. Daripada darling harbour ke taman botaninya… satu aje aku rasa time ni, lonely.

Obviously, Sydney sangat sesuai untuk family atau group trip…




Bukti aku dah pegang Sydney Opera house





























Day 4: Bondi junction & Bondi beach

Sebelum pergi jauh, untuk tidak malukan diri, sebutan Bondi ni adalah “Bondaii” okey.

Yang ni pun trip ala kadar jugak. Aku guna kudrat kaki untuk terjah pantai yang faymes kat sydney. Lebih kurang 1 jam dari bandar seingat aku.

Bondi beach. walopon sejuk, still lagi ada dugong2 berjemur.. 


























Apa yang membuatkan aku Ralat sepanjang trip ni

  • Sepanjang trip Sydney, aku dalam keadaan blur gile. First, langsung tak wat preparation sebab banyak masa dengan kerja.  Disebabkan itulah, aku  jadi tak ada mood langsung nak teruskan trip ni. Pergi pon just terasa rugi kat harga tiket. tak guna la berebut harga paling murah kalo cancel.
  • Second, aku banyak termenung sambil memikirkan masalah yang menekan jiwa time tu. Allah saja tahu betapa stressnya aku time trip ni. Nak dapat cuti 3 hari bukan main payah, siap bersyarat bagai walaupun aku dah penuhi tanggungjawab. Memacam aku kena ugut untuk dapat cuti ni. kompeni lambakkan kerja sampai aku burnout tau. tapi once aku buat salah, siaplah! Itu belum lagi kena hadap manusia2 hasad dengki dan muka-muka bertalam. Perangai masing-masingkan... Ah, aku datang jauh2 semata2 untuk fikir masalah aje tau!
  • Aku tak dapat bertemu mata dengan kanggaru dan beruang koala
  • Gambar banyak hilang semenjak pendrive aku rosak ari tu…
mesej yang sempat aku buat masa stay sesorang kat Taman Botani tu... harap diterima