Tuesday, October 27, 2015

Kansai (Osaka) : Part 7

Day 2 : Osaka Castle

Balik dari Fushimi Inari Shrine, dah kul 6 dah. Gelap. 1 lagi tempat yang aku tangguh semalam ialah Osaka Castle. Aku tak kira, malam pon malam lah. Janji aku kena sampai kat Istana Osaka nih.

Sekali lagi turun kat Morinomiya stesen dan kena jalan kaki lalu taman istana sejauh 500 meter untuk sampai ke Istana. Sungguh besar tamannya. Dan sekali lagi, aku wondering ngan orang Jepun nih, diorang ramai berjogging malam-malam. Time tuh kul 8 malam dah, tapi ramai still jogging kat taman, so takde lah takut sangat jejalan kat taman walaupun ia sikit gelap.

Sampai kat perkarangan Istana, ade 2-3 grup tourist yang still melepak kat situ. So, tak pelik lah aku kalau datang malam pon…





Suggestion: Istana ni cantik pada musim bunga, sebab keliling istana semua pokok bunga sakura.

Selain bangga dah sampai kat istana nih (walaupun takleh masuk ke dalam istana dah), boleh juga enjoy view bandar Osaka dari istana. Sesekali ada cahaya flight berkelip-kelip kat langit. Entah macamana entah, rasa syahdu dan syukur pada yang Esa… duk relax jer kat situ sampai tak sedar dah kul 10 malam…

Note: kalau korang pergi Osaka Castle nih, kirim salam kat sekor Kucing Gemok warna oren. Aku syak dia King kat sini. Sombong dia, lalu gerek depan aku, bila panggil, jeling jer… kat area istana nih banyak kucing sebab ader penjaga sukarela akan bagi kucing-kucing ni makan ikan.

p/s: kalo nak tau tentang Osaka Castle ni, sape yang bangunkan, disnasti mane plis google sendiri, aku tak berapa gemar tentang sejarah.

Monday, October 19, 2015

Kansai (Kyoto) : Part 6

Day 2 : Gion district & Fushimi Inari Shrine

Seterusnya aku ke Gion. Satu lokasi yang wanita Jepun berkimono, silap-silap boleh jumpa Geisha. Tapi rezeki aku nak jumpa Geisha tak kesampaian pulak. Mungkin aku tiba kat Gion ni awal sangat kot. Banyak attraction kat Gion – temple (aku tak tahu nama temple nih), studio filem Jepun, Nishiki market dan memacam lagi. Tapi aku hanya sempat gi area ni yang locates kat Gion-Shinjo Dori.

Gion - Shinjo street


Shinjo street

Shinjo Street lagi. nampak tak temple merah tuh. itu pun attraction gak. tapi aku tak sempat ke sana.

cuci mate
hajat nak snap geisha... tapi geisha takde


Note: Dori ialah street atau jalan dalam bahasa jepun. Kalau Shinjo Dori maksudnya Shinjo street. Kalau Dori fish, makna ikan jalan.. gahahaha ;p

Kemudian ke Fushimi Inari Shrine. Yang ni aku touch and go jer sebab dah lambat dah. Dah kul 4 dah time nih. Ape yang aku dapat tau, Fushimi Inari ni dibina oleh penganut Shinto untuk mencari kemakmuran dalam bisnes diorang (Prosperity for Bussiness). Senang citer, sebagai tempat diorang berdoa supaya perniagaan diorang maju berjaya dan bertambah kaya la.


























Oh my gaddd… memang tak sempat ler ke Kinkuji, Ginkakuji ke, Kiyomizudera ke segala… tak sempat… patot ader orang cakap kena spend 3 hari sekuang-kuang nak cover Kyoto nih. 

Apa-ape pon, Arashiyama dan Gion pon dah cukup bagi aku. Tu pon dah bagi pengalaman yang best dah (ayat pujuk hati ni). daripada takde keinginan nak travel langsung, yer dak?

update. ni route kyoto aku..

ok bai..

Friday, October 16, 2015

Kansai (Osaka & Kyoto) : Part 5

Day 2 : Tennoji, Osaka ke Arashiyama, Kyoto

Hari kedua nih, aku terjaga dalam 8 pagi. Dah siang beb. Sape kata tak Jetlag datang ke Jepun nih. Tambah lagi penat sehari suntuk berjalan semalam. Sedar-sedar terus bangun mengelupur sekor-sekor bangun bersiap-siap sebab taknak bazir masa. Sebab guest room nih berkongsi bilik air, terpaksa lah jugak kena tunggu. Mat salleh yang teserempak ngan aku semalam, awal-awal pagi dah blah. Kul 9, baru terhegeh-hegeh kuar guest room.

FYI, Guest room atau hotel bajet (hotel mewah aku tak sure) receptionist tak stay 24 jam. diorang akan datang dalam kul 10 keatas nanti. Sebab tuh diorang tak amik deposit, bayar harga dan stay jer. Nak tunggu receptionist memang taklah, aku tinggalkan kunci bilik tuh atas meja pastuh blah.

Ke mana? Tentulah ke hotel no. 2, yakni Hotel Tennoji 1-2-3 yang berada di bandar Tennoji, Osaka.
Hotel Tennoji. Cilok dari Agoda

Hotel ni aku tak recommend walaupun murah. Sebabnya, jauh dari stesen subway. Stesen subway paling dekat stesen Tennoji pastuh kena jalan dalam 10 minit atau 700 meter jauhnya. Nak cari hotel ni pon bukan senang, 1 jam dah terbuang kat situ. Nak wat camne, map pon tak print, merasa lah aku…

Berkenaan Hotel Tennoji 1-2-3, takde beza pon hotel lain. Malas arr citer, baik korang cari hotel lain k…. :p

Pas check in dan tinggalkan beg bagai, terus aku menuju ke Kyoto.

Sebenarnya, Kyoto destinasi yang betol-betol aku target nak pergi setelah jejak Jepun. Memang dalam list, priority list. Aku spend 1 hari kat Kyoto jer, itu pun tak cukup lagi sebenornya.

Dari Tennoji nak ker Arashiyama makan masa lebih kurang 1 jam aku rasa, turun naik train, tukar-tukar line, ada sekali tu, siap kena halau lagi sebab tak turun train masa kena train change. Mana aku tau, korang bermoshi moshi bahasa Jepun. Muka selenge jer lah turun tuh…. hahaha (driver train tuh takde lah marah, dia suh turun jer… lagipun dia tau kitorang ni bukan local..)























Sampai kat Arashiyama dalam kul 11 pagi, dan-dan sampai kat stesen… hujan selebat alam turun. Aduhai, time nih lah aku perasan duit aku tak cukup JPY20 000. Pasrah. Itu jer aku bleh kata. Hujan turun lagi mencurah, ahli jemaah beriya beli payung yang pemegang dia macam hulu pedang samurai. –noted ok, ade pengajaran ni nanti.

Pelan-pelan kitorang berjalan menuju ke Sungai dan pekan Arashiyama, hujan turun lagi lebat sampai tahap mood aku mati dah. Tengah melangok tunggu hujan reda, tetiba ade makcik ngan 3 orang anak dia tegur kitorang, ekceli ahli jemaah aku… aku tak tahu ape benda dia cakap, moshi moshi hanate hanate… anak dia hulur kertas kat aku, “please pray for happiness” aku ingatkan diorang suh aku baca doa untuk anak diorang, it’s okay sebab sikit-sikit tuh boleh lah aku baca doa, konon nak tunjuk muslim sejati la kan, tapi….. rupa-rupanya diorang jadikan kitorang plak bahan berdoa. Serius time tuh aku blur, pastuh terbahak-bahak gelak. Ketahian apakah ini? Hahahaha… ekceli payung yang ahli jemaah aku beli ada simbol happiness, prosperity dan apa benda entah lagi… tu pasal mak cik tuh approach ahli jemaah masa dia pegang payung… tak pasal2 jadi bahan memuja…haha

Pas kejadian, tak semena-mena hujan reda sikit, tapi still renyai-renyai halus. Aku pelan-pelan jalan kaki ke kaki bukit untuk ke hutan buluh atau Bamboo Groove. Cantik weyhh.. tempat nih…




























Pas amik gambar segala nak buat, pelan2 kuar ke pekan Arashiyama. Hujan merintik-rintik lagi time nih. Dan kat sini aku terjumpa t-shirt murah. JPY1080 jer.. please, kat sini murah ok, jangan dilepaskan peluang, nanti menyesal macam aku. Dah murah, cantik lak. Last-last tak jumpa dah t-shirt gitu.

Time tuh plak, kuar plak gadis-gadis cantik Jepun berkimono. Memang Jepun abis. And guys, kalau korang cari definasi Jepun yang pure dan originals, Arashiyama adalah destinasi tempatnya. Kadar menyesal aku datang Jepun adalah 0.002% jer time nih.

Noted; lagi cantik kalau datang time musim luruh sepenuhnya. Suggestion bulan November. Serius beb, aku nak repeat tempat ni. In sha Allah.

Monday, October 12, 2015

Kansai (Osaka) : Part 4

Day 1 : Dotonbori

Dari Kobe, bergegas balik ke Osaka sebab nak kejar ke Osaka Castle. Tapi, tersalah naik Train yang Normal Line walhal ade jer yang Express Limit tuh. Duk berkira-kira dalam train, sampai sudah tak tukar line. Ngok gak aku ni kang.

Ade tiga line yang menghubungkan Kobe (Sannomiya) ke Osaka (Umeda) iaitu Hanshin, Hankyu Kobe & Hankyu Takarazuka. Nama-nama line korang takyah hafal pon takpe, janji tau nak gi mana, naik kat mane and turun kat mane. Itu jer tips nya pon.

Nak ke Osaka Castle, kena get off stesen Morinomiya. Yang buat aku pasrah, kuar dari stesen ni, dah gelap dah. Masa tuh baru kul 5.40 seingat aku. Tapi memang gelap ler. Nak tak nak, simpan jer untuk esok. Kalo tak sempat redah ajer lah.

Plan aku seterusnya, gegar Dotonbori. Salah satu main point Osaka, yang kalo tak ke sini, tak lengkap datang Osaka. Aku pon tak tau apasal, Dotonbori ni jadi ikonik Osaka.







Katanye, karakter orang lari (karakter glico) ni dah wujud dari tahun 1920-an.

Ekceli, Dotonbori nih dekat ngan Stesen Namba. Tapi aku sengaja turun kat Shinshabashi stesen pastuh jalan kaki sampai lah jumpa Dotonbori. Saje nak ambil angin dan enjoy berjalan dalam bandar kedua terbesar di Jepun.


https://en.wikipedia.org/wiki/Osaka

bagi aku, Dotonbori takde ape-ape pon. Nak makanan halal susah, nak beli sourvenir pun barang tak berapa nak menggetarkan tulang rusuk. Tengok-tengok, snap-snap gambar and enjoy jer moment tuh.

settle Dotonbori, baru le aku gerak balik.

Masa sampai kat stesen Sinchido nak ke guest house dalam kul 10 malam rasenye. Area Sakai takde busy sesakai Osaka. Masa berjalan ke guest house feeling cam berjalan dalam citer Sinchan. Serious tak takut, sebab ade jer makcik atau pakcik jalan sesorang. 1 lagi budaya jepun, diorang nih kalau berjalan sesorang jer, takde makna nak bawak jemaah reramai, tak koser. Kalo berdua pon loving couple jer jalan berdua nih.

Sampai guest house, memasing kebulur. Melantak maggi ler mekome. Tak pe, hari first je baru.

Thursday, October 8, 2015

Kansai (Kobe) : Part 3

Day 1 : Kobe Mosque, Kobe

Ekceli aku lupe habis route untuk ke Kobe Mosque nih. Tak pe, nanti-nanti lah*

Apsal beriya sangat aku nak ke Masjid Kobe ni? Baik sangat kah aku?, alim sangat kah aku? Aku pon tak tau lah nak jawab. Maybe sebagai muslim, aku terpanggil untuk ke sini. Apa yang aku bangga dapat jejak kat Masjid Kobe ni sebabnya ini-

Kobe Mosque (神戸モスク Kōbe Mosque), also known as Kobe Muslim Mosque (神戸ムスリムモスク Kōbe Muslim Mosque), was founded in October, 1935 in Kobe and is Japan's first mosque. Its construction was funded by donations collected by the Islamic Committee of Kobe from 1928 until its opening in 1935. The mosque was confiscated by the Imperial Japanese Navy in 1943. However, it continues to function as mosque today. It is located in the Kitano-cho foreign district of Kobe. Owing to its basement and structure, the mosque survived the air raids that laid waste to most of Kobe's urban districts in 1945 and was able to endure through the Great Hanshin earthquake in 1995. The mosque is located in one of Kobe's best-known tourist areas, which features many old western style buildings.
The mosque was built in traditional Indian style by the Czech architect Jan Josef Švagr (1885–1969), the architect of a number of Western religious buildings throughout Japan.
sources : Wikipedia
Dan Masjid Kobe ialah masjid pertama yang dibina di Jepun. Tapi sikit ralat, masa aku sampai nih, ramai qari dan qariah, Japanese muslim dan muslim maustatin tengah membaca al-quran. Taknak kacau diorang. Aku hanya sempat jengah dari tingkap jer. Takpe, aku duduk kat tangga dia kejap, ambil berkat kata orang.
























Then, ahli jemaah aku nak lunch sebab biasanya kat area masjid nih mesti ade makanan halal. Restoran rata dah tutup, yang bukak kedai runcit depan masjid nih. Yang kelako tuh, barang-barang makanan dalam kedai 60% dari Malaysia & Indonesia, wat penat jer aku seludup maggi 5 paket. Rupernya ade jer jual kat sini hah..


ni lah kedai runcit depan masjid tuh






















Aku tengok jam, 3.40 pm.. OMG, Osaka Castle menunggu. Sempat ker tak, aku main terjah ni, tapi tengok condong matahari kul 4, jepun dah mula gelap.. 

Bersambung lagi..

• Cara nak ke Masjid Kobe, stop kat Sannomiya Stesen, pastuh kena tanya orang sebab aku pon sesat hari tuh… hehehe (landmark yang aku dapat ari tuh, kena cari Jejantas dan NHK office (stesen saluran tv Jepun)



Board biru letaknya Sannomiya station

* satu lagi attraction Kobe ialah Menara Kobe, yang palang besi warna merah tuh. Tepi tuh boleh lepak tepi laut since Kobe terkenal sebagai bandar perlabuhan. Yang ni aku tak list dalam must go list aku, sebab aku tau memang tak sempatnyer….

Inilah dia Kobe Port Tower (yg merah tu). cilok dari travelneu.com

Monday, October 5, 2015

Kansai (Osaka) : Part 2

Day 1 : Osaka Guest House Drummer’s Dream & Sumiyoshi Taisha

Aku rasa dah beberapa kali aku ingat kan kat hangpa semua. Cari hotel atau tempat nginap tuh dekat stesen bas atau main attraction. Senang nak cari. Tapi aku pon kali ni main langgar jugak tips yang aku sendiri bagi… hoho.

Bukan senang nak cari hotel murah tapi selesa kat Jepun. Dalam Booking.com, balik2 yang nih yang kuar. Location tak penting time nih, janji murah. ekceli time nih AirBNB tak berapa nak faymes lagi. So, aku main rembat jer lah.

BTW, Guest House ni ok jer sebenarnya. Takde masalah kalo jenis boleh berjalan sikit (kira-kira 500 meter dari Stesen Shinchido). Lagi pon, guest house ni located kat area Sakai, area yang tak berapa sibuk sangat. Feeling2 macam duk area umah Shin Chan gitu. Recommended, ngan syarat korang print map google dia.. hehehe.























Sweet memorable: pas hagak dah sesat, kitorang ader tanya 2-3 orang local kat situ. Diorang memang baik dan helpful walaupun sepatah haram diorang cakap Jepun aku tak paham. Last sekali, ade pakcik nih berbasikal, dia tolong kitorang cari guest house nih. Comel pakcik tuh, dia nih pendek, umur mungkin dalam 65-70 kot. Dia suh ikut dia yang berbasikal, kitorang jalan kaki. haha.. sweet giler

Pung pang pung pang, settle checkin, letak bag kat guest house nih.. jam dah kul 12 tengah hari tak silap time tuh. Hujan turun plak renyai, boleh tahan sejuk jugak lah Kansai nih. Pakai baju 2 lapis pon tak berpeluh.

Sebelum nak jejak kaki ke bandar Kobe, aku singgah jap kat Sumiyoshi Taisha atau Grand Shrine. Temple satu nih tak berapa popular, tourist kurang pegi sangat walau pun dia agak cantik. Lagi-lagi part jambatan dia yang melengkung ngan bangunan cat merah yang memorable sangat.

vending mesin air minuman ader di mana2 sahaja.. takyah risau.


























Cara nak ke Sumiyoshi Taisha ni ialah melalui Nakkai Line dan got off kat Stesen Sumiyoshitaisha.

 ok, tu jer so far...