Saturday, September 20, 2014

Bajet : Singapore














Ok.. ok.. aku patah balik ke entri singapore nih jap sebelum entri-entri Hong Kong memenuhi ruang entry aku. Maybe nih yang last chapter dari singapore. Aku combine sekali bajet ngan tips sebab trip ni memang simple sebenarnya, hokey?

Bajet

Aku ke JB naik 1 keta share 4 orang. Anggaran untuk tol + petrol + parking dalam RM200. Jadi seorang aku amik RM50 seorang. Then, hotel yang aku menginap tentulah di Tune Hotel. Masa tuh Tune wat promosi, Twin Room RM65++ (All in), Quad Room RM194 (All in, sekali Aircond) dan Single Room RM55 (All in). Ikut bajet aku, nak amik yang single room jer, tpi abang member kata nak join – jadi aku book yang Twin room tuh… last2 abang member tak jadi join. Agak rasa rugi plak kat situ.

Untuk trip 2 hari satu malam nih, cukup lah stay kat JB jer. Pada aku, senang cari makan. Sekitar tune hotel, banyak kedai makan yang memang sah-sah halal. Kat seberang jalan depan tune hotel plak, ada tempat makan paling besar dan faymes lagi – Singgah Selalu…

Ringkasnya:

Pre-book

Tune Hotel: RM65.80
USS 1-day pass: RM175.60
Oddysey bas: RM30
JB trip return: RM50

Day 1:
Shopping di USS: SD21.70

Day 2:
Causeway bas to Kranji MRT : RM1
Kranji MRT to Ang Kio Mo : SD2.30
Tourist Pass: SD10 (excluding deposit SD10)
Sourvenir @ Bugis Street : SD29
Jus Cherry : SD1
Ang Kio Mo to Kranji: SD2
Causeway bus to CIQ: SD1

Grand Total Expense: RM322.40 + SD67 (RM171.86)

 =RM494.26

SD1 = RM2.65

Aku bawak SD100 jer untuk ke Singapore nih. tu pasallah aku giler-giler nak jimat...

Untuk tips ke Singapore agak senang bagi aku. Kira 1 minggu jer untuk paham semua benda – tempat attraction dan sistem MRT dia. Sebenarnya aku teringin nak gi ke Garden By The Bay, tapi masa amat mencemburui sangat. Takpe, aku simpan untuk next trip.

Walaupun dekat ngan Malaysia, nak cari makanan halal agak susah sebenarnya. Itu pasal lah aku prefer stay kat JB. Kalau kat Singapore, dengar2 ada kat sekitar masjid di Arab Street satu, kat Little India (kedai mamak) satu. Lebih-lebih, aku tak tahu.

Then, penggunaan Tourist card amatlah sangat membantu terutama jenis 1 hari 10 tempat korang nak pegi. Sebab dia takde had nilai. Naik jer MRT selagi korang boleh naik.

Ok. Takat tuh jer kot. Kalau ada-ada apa, nanti aku topup balik, k…. bye!

Thursday, September 18, 2014

Hong Kong : Introduction

Salammmmm…. !!!

Waaa… teruja cheq nak story kat hangpa semua ni… cheq ni baru balik dari trip Hong Kong selama 6 hari 5 malam. 6 hari tau.. lama tu – agak lama bagi cheq sebab sebelum nih paling lama 4 hari jer, trip ke Bandung tuh. Dalam tempoh 6 hari kat Hong Kong ni, memacam perkara baru cheq belajar, lalui dan memang pengalaman yang amat berharga bagi cheq naa…! – (tak memasal cakap loghat kedah)






















Sebelum tu, aku nak bagitahu kedudukan geografik Hong Kong dari pemahaman aku pas wat bedah siasat. Hong Kong terbahagi 4 wilayah, iaitu:

  • Lantau Island : Letaknya Airport Hong Kong, Disneyland, Cable car dan Tokong buddha yang besar tuh
  • Kowloon : Sebahagian tempat tumpuan pelancong. Adanya Tsim Sha Tsui dan Mongkok. Kira tempat nih area Shopping, Hotel dan memacam lagi lah.
  • Hong Kong Island : letaknya bangunan-bangunan faymes Hong Kong yang jadi mercu tanda Hong Kong cam Bank of China, Sky100 dan International Finance Centre. Kira nih wilayah pentadbiran Hong Kong la kot.
  • New Territories : yang nih aku tak berapa tahu sangat. Mungkin area warga Hong Kong tinggal, universiti-universiti, taman reakreasi warga Hong Kong dan ketenteraan.

sila klik
Hong Kong menggunakan bahasa cina dialek Cantonese secara meluas, 85% secara kasar. Jadi amatlah payah nak cari warga Hong Kong yang betul-betul yang berbahasa Inggeris. Sepanjang aku kat sana, takde seorang pun Chinese local yang boleh tolong time sesat jalan. Bila jumpa Chinese yang cakap Inggeris, tanya-tanya balik - mereka adalah Chinese Singapura, Chinese Indonesia dan Chinese Malaysia yang berkerja kat sana. Dan, Chinese Singapura, Indonesia atau Malaysia ini faham sangat dengan sikap rakyat Malaysia yang baik hati & bertimbang rasa, lagi-lagi time dalam train. (bersyukur jadi rakyat Malaysia)

By the way, sebenarnya trip ni bukan aku main kat Hong Kong jer, kaki memanjangkan lagi ke Shenzhen dan Macau memandangkan 2 bandar nih dekat-dekat ngan Hong Kong. Alang-alang tiket flight mahal, serbu jer semua.

Ringkasnya, trip Hong Kong nih aku planning lebih kurang 6 bulan yakni lepas trip aku ke Yogyakarta. Dalam masa 6 bulan nih, sebenar aku busy ngan keje tapi at the same time, kena gak uruskan soal visa ke China, booking hotel dan menggoogle segala maklumat tentang Hong Kong, Macau ngan Shenzhen nih.

SYS!

Monday, September 8, 2014

Hotspot : BBQ Portugese Grill Fish

Sebenarnya, lama benar dah aku nak wat entry pasal tempat makan feveret aku nih kalau datang bertandang kat Mid Valley. Dah 2-3 tahun rasanya aku pendam since takde platform nak berkongsi ngan you alls... kali ni tak bleh dah, membuak-buak nak citer kat korang…

Nampak?!.. beriya benor aku nak citer nih… ye lah, setiap kali aku ke Mid Valley, mesti nak beli, at least tapau seketul dua ikan bakar portugese nih wat balik umah… ~Makan! ( ~ wat cam bunyi lagu raya, time WARIS cakap ‘makan’ tuh)

Walaupun story hikayat Singapore tak habes lagi, aku nak distract jap ngan spot point ni, ikan bakar portugese atau nama IC dia – BBQ Portugese Grill Fish.

Aku tak tahu nak explain camana dalam bentuk teks atau kata-kata unless korang kena nikmati rasa and bau dia. Silap-silap bleh ketagih cam aku nih…

Dah siap masak, biasanya kakak kaunter merangkap tukang amik order akan bukak bungkusan foil tuh dan korang tinggal nak perah asam limau atasnya… korang bayangkan lah ehh, faveret aku ikan kembung, panas-panas ngan wap stim, ngan bau-bau rencah cam ala asam pedas sikit tuh, aroma seafood, ketam, udang, ikan bilis naik.. perah lak asam limau… perghhhh!!.. serius aku ngah kecur air liur dah nih….

Sebut tang kakak tadi, ada sorang kakak yang aku tak tahu nama tapi dia memang lama dah kerja situ… dari memula aku start makan dalam tahun 2009 lagi hingga sekarang dia masih lagi kerja kat situ.. trademark dia, dia akan jerit; “Order! Order!” atau “Bos! Order bos!”…. takpun “Order!... Order Lencai/amoi!” (utk orang cina).... hahaha…. Kelasss giler!!




kakak yang aku cakap tuh..yang pakai baju pink tuh...























Btw, ni alamat dia, BBQ Portugese Grill Fish, Oasis Foodcourt , Level 2 Center Court, Mid Valley.

Dah jumpa tempat nih, tengah nak-nak makan tuh, jangan lupa aku lak, ok? bye!..